Afiq
terpisat-pisat membuka matanya. Kelihatan seorang lelaki menepuk-nepuk pipinya,
menyuruhnya bangun dari tidur. Afiq sekadar tersenyum, menyedari bahawa masanya
telah ditiba. Andai dia tewas nanti, itulah saat di mana ajalnya akan
menjemput.
“Ya
ALLAH, kau berikanlah pada hambamu ini sebuah kekuatan untuk berdepan dengan
ujianmu ini.”
“Bangun!”
Nada suara orang suruhan Gempita itu tinggi, mengherdik Afiq supaya bergegas
untuk bangkit.
“Mana
Ummu?” tanya Afiq selepas melihat kelilingnya.
“Ada
dengan Gempita, anak Tok Putih,” dingin sahaja suara pengiring Afiq itu. Afiq
sekadar mengangguk. Tangan Afiq diikat dengan tali ata sebab keselamatan, tidak
mahu Afiq cabut lari.
Afiq
dibawa menyusuri kawasan perkampungan itu. Di hadapan setiap rumah, terdapat
beberapa biji kepala manusia yang sudah tinggal tengkorak, melambangkan bahawa
anak lelaki yang lahir telah berjaya menebas kepala manusia.
Akhirnya
Afiq tiba di sebuah lapangan semalam. Lapangan yang telah menyaksikan dua orang
penduduk kampung Puak Pemburu Kepala itu ditebas kepalanya kerana melanggar
pantang larang.
“Ummu…”
tutur Afiq yang hilang kata-kata apabila melihat Ummu sudah diubah dengan
sangat drastik sekali. Dia dipakaikan dengan pakaian yang sangat cantik, milik
puak itu. Rambut Ummu yang selalu dibiar lepas kini telah diikat sanggul.
Wajahnya itu dihias oleh alat solek tradisional.
“Cantik…”
gumam Afiq tidak percaya melihat Ummu.
“Cepat
jalan!” arah lelaki di belakangnya. Afiq ditendang masuk ke tengah-tengah
gelanggang. Kelihatan orang ramai berpusu-pusu mengelilingi kawasan gelanggang
itu dan kelihatan seorang lelaki berjambang sedang berdiri, seperti menunggu
Afiq sedari tadi.
Afiq
sempat menjeling ke arah Ummu yang sedang duduk di atas sebuah kerusi seperti
raja dengan Gempita. Kedudukan kerusi itu sedikit atas dari lapangan, di atas
sebuah pentas. Orang ramai tidak dibenarkan untuk menghalang pandangan Gempita
dan Ummu.
“Awak
boleh menang…” tutur Ummu perlahan. Dia tidak berani bersuara kerana tangan
sasa Gempita sedang memegang lengannya. Cengkaman Gempita sudah cukup
membuatkan dirinya mengerang kesakitan.
Afiq
berdiri cekal sambil merenung susuk tubuh lelaki berjambang di hadapannya itu.
Tubuh lelaki itu sama sasa dan tegap seperti Gempita. Jelas, dirinya bukanlah
lawan lelaki berjambang itu.
“Kalung!
Patahkan tulang lelaki itu!” teriak Gempita.
Serentak
itu, Kalung berlari ke arah Afiq yang masih berdiri sambil membawa sebilah
kapak di tangannya. Afiq yang tidak bersenjata itu sempat melompat ke tepi,
mengelakkan hayunan kapak Kalung. Kapak itu menghentam gelanggang yang
diperbuat daripada batu itu. Melekat dan Kalung cuba menarik kapak itu.
“Fiq!
Serang sekarang!” teriak Ummu tiba-tiba sambil teruja bertepuk tangan.
Afiq
mengangguk sambil sempat menjeling ke arah Ummu yang sedang berdiri itu.
Afiq pantas melompat ke belakang Kalung lalu memukul kepala
Kalung berulang kali dengan penumbuknya. Kalung yang cuba menarik kapaknya
terlepas pegangan tangannya. Kalung cuba menjatuhkan Afiq tetapi sebelum tangannya
mencari Afiq, pantas Afiq melompat.
“Kurang ajar!” teriak Kalung sambil membuka lariannya ke
arah Afiq.
Afiq
masih tenang berdiri. Ketika tangan Kalung hampir mencari leher Afiq untuk
dicekiknya, Afiq tunduk lalu menendang bahagian sulit Kalung. Apa lagi, meraung
kesakitanlah Kalung.
“Bagus
Fiq!” teriak Ummu.
Afiq
berlari ke arah kapak yang cuba ditarik oleh Kalung ketika Kalung belum mampu
berdiri menahan senak.
“Berat
gila!” teriak Afiq ketika cuba menarik kapak.
Selepas
beberapa percubaan, barulah kapak itu berjaya ditarik dan ketika itu… Kalung
sedang berdiri di belakang Afiq. Baru sahaja Afiq memalingkan tubuhnya, kapak
di tangan Afiq dirampas oleh Kalung.
“Ucapkan
selamat tinggal kepada Ummu,” tutur Kalung sambil tersenyum.
Afiq
memejamkan matanya, bersedia untuk menghadapi maut manakala suara Ummu menjerit
menyapa cuping telinga Afiq.
“Aku
naik saksi bahawa tiada TUHAN yang disembah melainkan ALLAH dan aku naik saksi
bahawa nabi MUHAMMAD itu persuruh ALLAH.”
Selepas beberapa ketika, Afiq berasa pelik kenapa kepalanya
masih belum menjadi mangsa hayunan kapak Kalung. Sebaik sahaja dia membuka
mata, kelihatan Hafeez dan Piqah sedang berlari menghampiri lapangan itu.
“Ada
Velociraptor! Ada Velociraptor!” teriak Hafeez seperti orang gila.
Orang
ramai di situ sudah mula bertempiaran lari mendengarkan jeritan Hafeez. Piqah
pula menghampiri Kalung yang tidak percaya melihat orang ramai sedang melarikan
diri daripada dataran kampung itu.
Bahu
Kalung ditepuk dari belakang.
“Kau
cari gaduh dengan orang yang salah,” gumam Piqah ketika Kalung berpaling
menghadapnya. Sebuah tumbukan kemudian hinggap di pipi Kalung daripada Piqah
menyebabkan Kalung berundur beberapa langkah ke belakang. Kalung pantas
menghayunkan kapaknya berulang kali dan setiap hayunan Kalung itu berjaya
dielak oleh Piqah dengan senang.
“Tak
guna!” teriak Kalung kepenatan.
“Fiq,
pergi selamatkan Ummu. Aku uruskan dia ni!” Afiq mengangguk, membiarkan Piqah
bertarung seorang diri dengan Kalung.
“Lepaskan
dia!” tempik Afiq ketika melihat Ummu sedang meronta-ronta untuk melepaskan
diri daripada Gempita yang sedang mengusung Ummu di bahu seperti sekarung guni.
“Ke
tepi! Dia milik aku! Kau dah kalah!” teriak Gempita.
“Tidak!
Selagi kepala aku belum terpisah daripada badan aku. Ummu tetap milik aku!”
“Kau
tak akan dapat buat apa pada aku!” kata Gempita sambil tersenyum sinis.
Afiq
menggenggam penumbuknya. Matanya melihat keliling dan kelihatan sebatang kayu
sedang terdampar tidak jauh daripada Afiq. Lantas senyuman terukir di wajah
Afiq.
“Main
kotor!” teriak Gempita bengang. Kali ini, Afiq tersenyum sinis.
“Kau
pun main kotor dengan aku. Kalung kau berikan kapak, dan aku?”
Gempita
terdiam. Kemudian, dia menurunkan Ummu ke lantai. Ketika Ummu mahu cabut
daripada Gempita, pantas leher Ummu dipeluk dari belakang oleh Gempita.
Kemudian, tangan Gmpita memegang sebilah golok yang diatriknya dari sarung teli
seluarnya.
“Kau
nak tengok Ummu mati? Aku lebih suka dia mati daripada kau memilikinya!”
Afiq
hilang kata-kata.
“Tinggalkan
saya dan pergi dari sini!” kata Ummu tiba-tiba.
Afiq
menggelengkan kepalanya.
“Sekarang
bukan masa untuk awak jadi wira Fiq. Awak dah banyak kali jadi hero saya! Dan
saya…”
Kata-kata
Ummu mati apabila kelihatan seorang lelaki sedang berdiri di belakang Afiq.
Ummu kenal susuk tubuh lelaki tinggi lampai itu.
“Saiful
Hawiz…” tutur Ummu tidak percaya.
Afiq
pantas menoleh dan kelihatan Saiful berdiri sambil mengukirkan senyumanya.
“Rindukan
aku?” tanya Saiful.
Afiq
mengangguk.
“Siapa
engkau?” teriak Gempita seperti orang yang hilang akal.
“Lepaskan
dia…” dingin sahaja suara Saiful.
“Tak
akan sesekali!” tutur Gempita sambil mendengur kasar.
Saiful
melangkah penuh tenang ke arah Gempita. Gempita jadi takut apabila melihat
Saiful langsung tidak gentar dengan ugutannya mahu membelah leher Ummu.
“Aku
tahu kau tak akan berani…” gumam Saiful lagi ketika mendekati Gempita yang
semakin berundur beberapa langkah.
“Kurang
ajar kau!” teriak Gempita lalu menolak Ummu ke tepi. Afiq pantas menghampiri
Ummu yang jatuh tersungkur di atas tanah.
“Kita
bertempur!” tempik Gempita sambil memegang erat golok di tangannya.
***
Saiful
Hawiz sekadar mengangguk mendengarkan tawaran Gempita. Dalam masa yang sama,
Piqah dan Yasmin sedang menguruskan Kalung yang masih tidak menyerah. Afiq pula
sedang memapah Ummu jauh dari situ sambil ditemani oleh Acha. Kelibat Hafeez
tidak kelihatan manakala Hazira kelihatan duduk keseorangan sambil melihat
suasana huru-hara di perkampungan itu. Naim kali terakhir dilihat ketika sedang
meneliti setiap tengkorak yang dipacakkan di keliling kampung itu.
Kalung
menghayunkan kapaknya buat sekian kali tetapi Piqah pantas mengelak dengan
berguling ke tepi. Kesempatan itu diambil oleh Yasmin dengan menghadiahkan
sebuah tendangan yang tepat mengenai kepala Kalung.
Kalung
terasa pening. Dia terhuyung-hayang buat seketika.
“Sekarang!”
teriak Yasmin. Piqah mengangguk.
Dua
tendangan sekali lagi mengenai kepala Kalung, kali ini serentak daripada Yasmin
dan Piqah. Impak daripada kaki kedua orang gadis itu membuatkan Kalung terundur
beberapa tapak ke belakang sebelum jatuh pengsan.
“Jangan
cari gaduh dengan kami, jaguh silat Universiti Tun Dr Mahathir,” ucap Yasmin
dan Piqah serentak.
Sementara
itu, Saiful masih mengelak setiap hayunan golok yang dihadiahkan oleh Gempita.
Setiap penggerakan Gempita dapat dibaca oleh Saiful dengan mudah. Perasaan
kagum mula timbul di hati Afiq memerhatikan kelicnahan Saiful.
“Sikit
aje lagi,” gumam Saiful apabila melihat Gempita sudah semakin penat.
Kesempatan
itu diambil oleh Saiful dengan menghadiakan tendangan yang tepat mengenai
tangan Gempita. Golok yang menjadi senjata Gempita tadi terjatuh ke tanah
membuatkan Gempita merenung tajam wajah Saiful penuh amarah.
“Sini
kau!” teriak Gempita sambil cuba menumbuk Saiful. Namun, seperti biasa, Saiful
lincah mengelak dan membalas dengan sikuan daripada belakang membuatkan Gempita
jatuh tersembam di atas tanah.
Gempita
bangkit lalu cuba untuk menumbuk Saiful buat kali kedua. Kali ini, penumbuk
Gempita berjaya ditangkap oleh Saiful membuatkan riak wajah Gempita bertukar
tidak percaya.
“Ini
ialah kali pertama aku melihat seseorang menangkap penumbuk Gempita?” gumam
Gempita tidak percaya.
“Biarkan
kami pergi dengan aman. Aku tak nak apa-apakan kau,” tutur Saiful.
Gempita
menarik penumbuknya. Perasaan gerunnya melihat Saiful sedang berdiri di
hadapannya membuatkan Gempita mula berfikir dua kali untuk mengapa-apakan
Saiful.
“Pembohong!”
teriak satu suara dari kejauhan.
Tok
Putih datang bersama dengan orang kampung. Masing-masing membawa obor api
memandangkan hari sudah mula gelap di atas mereka. Piqah dan Yasmin yang baru
sahaja menguruskan Kalung memandang antara satu sama lain. Hazira pantas
menghampiri mereka. Saiful tunduk mengambil golok milik Gempita. Gempita pula
berlari ke arah kumpulan penduduk kampung yang tidak puas hati di tipu.
“Itu
ialah…” gumam Hazira.
Kelihatan
Hafeez dan Naim sedang diikat serta dipakaikan kain hitam di mata. Kuning dan
Badul kelihatan memaksa kedua-dua jejaka itu berjalan tanpa bantuan mata.
“Serahkan
Ummu dan budak lelaki itu kepada kami!” teriak Tok Putih.
Ummu
dan Afiq saling berkongsi pandangan.
“Kami
tak akan serahkan sahabat kami kepada kau!” tempik Saiful.
Ummu
mengangguk manakala Afiq tersenyum mendengarkan ungkapan sahabat daripada
Saiful.
“Mereka
berdua bukan sahabat kau?” teriak Tok Putih sambil menundingkan obor apinya ke
arah Naim dan Hafeez yang sedang berlutut tidak jauh dari mereka.
“Tinggalkan
aku kat sini. Pergi selamatkan diri kau!” teriak Naim.
Hafeez
menggeleng tidak percaya mendengarkan ungkapan Naim itu.
“Jangan
dengar cakap ‘empat mata’ ni. Selamatkan aku! Aku tak nak mati lagi!” laung
Hafeez pula.
“Fiq…
Ummu! Pergi selamatkan diri korang! Tinggalkan kami! Aku tak kisah kalau hari
ini aku mati sebagai wira!” laung Naim lagi.
“Bodoh!
Aku tak nak mati lagi Naim. Diam kau!” Hafeez cuba menendang Naim yang berada
di sebelahnya tetapi tidak mengena.
“Korang
dua boleh diam tak?” kali ini Tok Putih naik berang dengan sikap Naim dan
Hafeez.
“Atas
sana…” tutur Hazira tiba-tiba.
Masing-masing
mendongak memandang langit. Berpuluh-puluh ekor kawanan Petranodon sedang
berterbangan memenuhi langit di atas mereka.
“Masa
untuk persembahan kepala kepada mereka sudah tiba…” gumam Afiq.
Seekor
Pteranodon tiba-tiba menjunam seperti jet yang dipandu oleh pejuang kamikaze
lalu kakinya tiba-tiba mencapai tubuh Hafeez.
“Hafeez!”
teriak Acha dari jauh.
“Lepaskan
aku! Lepaskan aku! Aku tak nak mati!” teriak Hafeez ketika kaki Petranodon yang
bersisik itu sedang erat menggengam belakang bajunya. Kemudian, Hafeez
dilepaskan dari ketinggian yang boleh tahan tingginya. Bam! Bunyi tubuh Hafeez
menghempas tanah kedengaran. Pantas mereka mendekati Hafeez.
“Hafeez!”
panggil Afiq. Kepala Hafeez berlumuran darah. Tubuhnya terlentang di atas
tanah. Saiful mendekati Hafeez lalu memegang nadinyanya.
“Dia
masih hidup!” tutur Saiful. “Mujurlah burung tadi tak lepaskan dia dari
ketinggian yang tinggi!”
Orang
kampung yang dikumpulkan oleh Tok Putih sekali lagi bertempiaran lari. Ada
beberapa penduduk kampung yang menjadi mangsa paruh panjang Pteranodon.
Beberapa daripada mereka menjadi mangsa.
Naim
pula masih terpingga-pingga ditinggalkan bersendirian. Dirinya masih melutut
sambil orang di kelilingnya berlari melintasinya. Naim cuba melepaskan diri
daripada belenggu ikatan.
Afiq yang
mahu mendekati Naim tiba-tiba mati langkah kakinya. Beberapa ekor Petranodon
dari langit menjunam ke arah Naim. Ummu kelihatan memegang lengan Afiq, mahu
menghalang Afiq daripada mendekati Naim.
“Tapi…”
“Nanti
awak kena sekali!” Ummu menegah Afiq.
“Arghh!”
kedengaran suara Naim menjerit kesakitan.
“Sekejap…”
tutur Hazira tiba-tiba. “Petranodon itu sedang berebutkan Naim. Naim masih
selamat sekarang. Pteranodon sedang bertarung antara satu sama lain sambil Naim
tersepit di tengah-tengah!”
Afiq kembali
tersenyum mendengarkan ungkapan Hazira itu.
“Dengar
sini, saya tak akan apa-apa. Naim ialah sahabat saya. Dan saya mesti menolong
dia!” kata Afiq sambil menolak tangan Ummu dengan lembut. Belakang Afiq ditepuk
oleh seseorang.
“Kalung
yang saya berikan pada awak mana?” tanya Acha.
Afiq
mengeluarkan sesuatu yang tergantung di lehernya dan terlindung di bawah baju.
Senyuman diukirkan oleh Afiq. Afiq kemudian membuka lariannya ke arah Naim. Di
tangan Afiq kelihatan sebatang kayu.
“Kita
kena tolong Fiq sekali!” kata Yasmin pula.
Piqah
mengangguk sambil tersenyum. Saiful pula membuka lariannya.
“Jom
Ummu?” tutur Acha sambil menghulurkan tapak tangannya, membantu Ummu untuk
berdiri.
Ummu
menyambut huluran tangan Acha itu dengan senyuman. Mereka mengekori Saiful,
Yasmin dan Piqah dari belakang. Hazira seperti biasa sekadar memerhati sambil
memeluk anak patungnya.
“Indah…
makhluk yang indah…” tutur Hazira.
***
Hafeez
sedang terbaring lemah di dalam sebuah rumah kayu yang didirikan oleh puak
pemburu kepala. Kepala Naim sedang dibalut oleh Acha sementara Afiq sekadar
mengintai dari luar. Beberapa ekor Petranodon masih berjaga dan sedang meratah
mayat-mayat penduduk kampung yang berterbaran.
“Kau
okey ke Hafeez?” tanya Saiful.
Hafeez
sekadar tersengih. Mujurlah tiada apa yang patah. Cuma beberapa luka di kepala
dan tubuhnya.
“Kenapa
buat kerja gila tadi?” tanya Ummu yang mendekati Afiq yang sedang duduk berdekatan
dengan tingkap.
“Naim…
dia sahabat saya,” tutur Afiq sambil melemparkan pandangan ke arah Naim.
“Dia
tak ucap terima kasih pun,” rungut Ummu.
Afiq
tersenyum lagi.
“Ummu
pun kenal kan siapa Naim tu?”
“Tapi,
awak sanggup mati untuk dia tadi!”
“Dia
sahabat saya kat sini, Ummu.”
“Awak
pun sahabat saya jugak!” bengkeng Ummu yang membuatkan Afiq tersenyum. “Kalau
awak mati nanti, saya tak tahu macam mana nak hidup lagi kat pulau ni!”
Afiq
terdiam. Wajah Ummu yang sedang duduk berpeluk di sebelahnya direnung oleh
Afiq. Setiap urat dan raut wajah Ummu ditatapnya.
“Kalau
sesuatu terjadi pada awak, saya percaya yang Zaff tak akan membiarkan awak
keseorangan. Dia akan lindungi awak, macam saya lindungi awak. Mungkin lebih
lagi,” ucap Afiq.
“Kenapa
pulak?” tanya Ummu.
Namun,
belum sempat Afiq menjawab soalan Ummu itu, Acha tiba-tiba melabuhkan
punggungnya di sebelah Afiq.
“Tangan
awak okey?” tanya Acha.
Afiq
mengangguk. Tangan Afiq kelihatan berbalut oleh baju. Luka parah akibat
terseret terjatuh terkena kipasan kepak Petranodon. Ummu dengan setianya telah
membalut luka di tangan Afiq.
“Siapa
suruh awak buat kerja gila tadi?” tanya Acha.
“Dia
kawan…”
“Kalau
awak jadi macam Hafeez macam mana? Awak kawan saya! Saya tak nak awak cedera!”
marah Acha. Dia langsung tidak memberikan peluang kepada Afiq untuk bersuara
walau untuk sepatah pun. Akhirnya, Afiq memilih untuk tersenyum sahaja.
“Hafeez
pun kawan awak…
“Tapi
saya tak sayangkan dia macam saya sayangkan awak!” Afiq termengkelan. Dia menatap
wajah Acha tidak percaya. Kemudian, Afiq tersenyum.
“Kalau
tadi yang jadi mangsa ialah Aisyah Mazyadi atau Ummu Habibah, saya tetap akan
selamatkan,” ujar Afiq cuba menenangkan Acha dan Ummu yang tidak habis-habis
meleterinya sedari tadi.
***
“Puak
pemburu kepala ini adalah daripada nenek moyang kita dulu,” gumam Naim
tiba-tiba membuatkan semua mata di situ merenung Naim.
“Maksud
kau?” tanya Piqah yang kelihatan berminat.
“Kita
ialah bangsa Melayu. Bangsa Melayu ialah dalam kategori Austronesian. Nenek
moyang kita, bangsa Austronesian tu sebelum datangnya agama Hindu dan Buddah,
serta kemasukan Islam ke Kepulauan Melayu ini mengamalkan budaya memburu
kepala.
Tapi
berbeza mengikut sesetengah puak. Ada yang memburu kepala kerana tradisi puak
mereka dan lelaki yang paling gagah ialah lelaki yang memburu kepala paling
banyak. Tapi, ada juga puak yang memburu kepala untuk dipersembahkan kepada
tuhan mereka… sebagai korban,” terang Naim panjang lebar.
“Jadi…
mereka nak kepala kita sebab untuk dipersembahkan pada Pteranodon yang mereka
katakan tuhan tu?” tanya Yasmin.
“Ya.
Tak syak lagi. Tapi, ‘tuhan’ mereka mengamuk. Kepala manusia yang
dipersembahkan kepada mereka tak kunjung tiba. Sebab tu penduduk kampung ni
jadi mangsa burung gergasi tu…”
Naim
terdiam apabila kedengaran bunyi nyaring dari luar sana. Afiq dan Saiful lantas
berdiri. Saiful memegang kapaknya manakala Afiq setia dengan kayu panjang. Ummu
dan Acha pula saling berkongsi pandangan.
“Kenapa?”
tanya Hafeez lemah.
“Shyy…”
tutur Afiq.
Tiba-tiba
bumbung rumah kayu terangkat. Kelihatan seekor Pteranodon sedang menjunam
sambil menghalakan kakinya ke arah mereka.
“Cabut!”
teriak Saiful.
Afiq
menghampiri Hafeez yang sedang terbaring itu, menolongnya untuk bangkit. Seekor
Pteranodon menjunam lagi, kali ini kepaknya yang luas itu terkena Afiq dan
Hafeez membuatkan mereka berdua terjatuh.
“Merangkak,”
arah Afiq sambil mengesot.
“Bawak
Hafeez pergi!” teriak Saiful sambil mengacah seekor Pteranodon yang mendarat di
dalam ruang rumah yang sempit itu dengan kayu panjang sambil rakan-rakannya
yang lain berterbangan di atas sana.
“Pteranodon…
haiwan yang hidup pada zaman Cretaceous. Ianya merupakan reptilian dan
dikatakan sebagai haiwan yang paling besar pernah terbang di udara. Tapi… aku
tak sangka yang benda ni memang boleh terbang,” gumam Naim.
“Bodoh!
Tunduk!” teriak Afiq sambil menolak Naim yang terlentang di atas lantai itu.
“Kau
buat apa tadi?” tanya Afiq.
“Tunjukkan
kat korang betapa geniusnya kepala otak aku!”
tutur Naim.
“Aku
kira sampai tiga, kita bertiga cabut?” ujar Afiq.
Hafeez
yang sedang merangkak tidak jauh daripada Afiq mengangguk. Sambil melihat
beberapa ekor Pteranodon sedang terbang di atas kepala mereka, mereka bertiga
bangkit lalu membuka langkah seribu.
“Masuk
kat dalam sana! Rumah penghulu!” teriak Afiq.
“Kau
nak ke mana?” tanya Hafeez yang sedang dipapah oleh Naim.
“Kawan-kawan
aku masih ada kat sana! Aku tak akan biarkan diaorang!” tutur Afiq.
“Bodoh!”
gumam Naim melihat Afiq kembali berlari untuk membantu Saiful. Sempat juga Afiq
mengambil sebatang kayu di atas tanah.
***
“Kau
datang balik?” tutur Saiful yang termengah-mengah menguruskan dua ekor
Pteranodon yang sedang berdiri tidak jauh daripadanya sementara Ummu dan Acha
berada di belakang mereka, mencari ruang untuk melarikan diri.
“Pergi,
bantu Ummu dan Acha kat belakang sana. Uruskan burung-burung ni pada aku,
Yasmin dan Piqah.” Afiq mengangguk, lalu berlari ke arah Ummu dan Achah yang
masih meniarap mengelekakkan diri mereka daripada disambar kaki bersisik
Pteranodon.
“Ikut
saya. Lari sama-sama ya?” ujar Afiq.
Ummu
dan Acha mengangguk.
Kedua-dua
tapak tangan Ummu dan Acha erat digenggam oleh Afiq sambil mata Afiq melihat
sekeliling. Saiful seperti tidak mampu bertahan lama lagi. Beberapa ekor burung
sedang mengelilingi Saiful, Yasmin dan Piqah.
“Sekarang,”
bisik Afiq ketika sang-sang burung gergasi itu tidak menyedari kehadiran
mereka.
Serentak
itu, Afiq menarik tangan Ummu dan Piqah, menyuruh kedua-dua gadis itu berlari
bersamanya. Langkah kaki dibuka, deras. Naim sedang berdiri di pintu depan
rumah yang paling besar dalam perkampungan itu, milik Tok Putih yang sudah
mati.
Tiba-tiba
dari langit terbuka, seekor Pteranodon menjunam seperti pesawat tempur yang
dipandu oleh kamikaze. Naim melihat tidak percaya.
“Mereka
membalut tubuh mereka dengan kepak untuk memberi kepantasan kepada junaman
mereka. Saling tak tumpah macam helang,” gumam Naim dari jauh.
“Tunduk!”
tempik Afiq sambil menolak Ummu dan Acha ke tanah.
Tubuh
Afiq terpelanting terkena kepak Pteranodon yang sempat dikembangkan oleh
Pteranodon sebaik sahaja tubuhnya hampir mendarat. Ummu cuba bangkit menolong
Afiq namun Acha sempat menarik tangan Ummu.
“Kenapa?”
tanya Ummu.
“Bahaya!”
Ummu
kembali melemparkan pandangan ke arah Afiq yang sedang terbaring tidak sedarkan
diri. Seekor Petranodon sedang melangkah ke arah Afiq yang terbaring. Naim pula
sekadar merenung dari jauh, tidak berani mahu masuk campur.
“Saiful!”
teriak Ummu lagi.
Saiful
menoleh belakang.
“Tolong
Fiq!” teriak Ummu lagi.
Saiful
melemparkan pandangan ke arah Afiq yang sedang tidak sedarkan diri. Saiful
melihat sekeliling, tidak punya ruang untuk lari lagi. Dia terkepung dan dia
sudah cukup masalah.
“Aku
kena pergi!” gumam Ummu.
“Jangan!”
bisik Acha sambil memeluk tubuh Ummu dari belakang.
“Fiq…”
Ummu mula sebak.
Seekor
Pteranodon dari udara kelihatan mendarat tidak jauh daripada Afiq. Afiq yang
tidak sedarkan diri itu terkepung. Dua ekor Pteranodon sedang menghampirinya.
“Bangun
Fiq!” teriak Ummu.
Seekor
Pteranodon tiba-tiba melangkah laju, mengangakan paruhnya. Ummu menutup
matanya, tidak sanggup lagi untuk melihat apa yang akan berlaku kepada Afiq.
Seketika kemudian, kedengaran suara seekor Pteranodon menjerit nyaring. Dia
diserang oleh rakannya yang lain di bahagian dada.
“Sekejap…”
tutur Naim yang sedang mengintai dari dalam rumah itu. “Tadi, dada burung
gergasi itu diserang… bahagian dada.” Dahi Naim berkerut memikirkan sesuatu.
Kemudian, senyuman terukir di wajahnya.
“Ummu!
Serang burung tu kat bahagian dada!” teriak Naim.
Ummu
dan Acha saling berkongsi pandangan, kemudian masing-masing merenung Naim yang
tidak jauh daripada mereka.
“Kenapa?”
tanya Ummu.
“Buat
aje apa yang aku suruh! Serang dia kat bahagian dada!”
Ummu
melihat sekeliling. Terdapat sebongkah batu tidak jauh daripada Ummu.
“Dengan
ni boleh tak?” tanya Ummu.
“Boleh!”
balas Naim.
“Lepaskan
aku Acha,” gumam Ummu. Acha akur.
“Burung
tak guna! Lepaskan Fiq! Datang cari aku!” teriak Ummu tiba-tiba.
Dua
ekor Pteranodon yang sedang berebutkan Fiq tiba-tiba menoleh ke arah Ummu,
seolah-olah memahami provokasi gadis berambut hitam paras pinggang itu. Seekor
daripada Pteranodon itu berlari ke arah Ummu dan… Ummu melemparkan bongkah batu
tadi tepat mengenai dada Pteranodon. Buat seketika langkah kaki Pteranodon itu
berhenti, sebelum dia menjerit nyaring, kesakitan.
“Macam
mana…” tutur Ummu tidak percaya.
“Saiful!
Serang burung tadi guna kayu kau. Serang bahagian dada!” tempik Naim lagi.
Saiful
menoleh ke arah Naim sebelum mengangguk. Kayu tadi dihalakan tepat ke arah dada
Petranodon lalu ditusuk sekuat hati. Tembus… darah merah merembes membasahi
wajah Saiful. Beberapa ketika kemudian, Pteranodon rebah. Beberapa ekor
Petranodon yang mengelilingi Saiful, Yasmin dan Piqah tiba-tiba menjarakkan
diri daripada Saiful.
“Kita
berjaya… mereka dah takut,” ujar Yasmin.
***
“Macam
mana kau tahu?” tanya Saiful ketika mereka sedang berehat di tepi sungai yang
tidak jauh daripada perkampungan puak pemburu kepala itu.
“Sebab
aku genius,” balas Naim sambil tersenyum puas.
“Seriuslah
Naim!” bidas Saiful.
“Aku
sebenarnya tak percaya burung sebesar tu boleh terbang. Dengan saiz itu, berat
mereka mungkin mencecah 100 Kilo. Tapi, bila aku tengok mereka diserang di
bahagian dada, terus sakit. Aku mula terfikir, mungkin tulang badan mereka
rapuh, dan sebab tu mereka kurang pertahanan diri. Aku suruh Ummu serang di
bahagian dada, memang betul. Sebab tu kayu kau senang aje tembus badan burung
tadi. Sebabnya, tulang mereka rapuh,” ujar Naim.
“Tak
menyesal aku bawa kau dengan kitaorang,” puji Saiful.
“Naim!
Saiful!” teriak Ummu yang tiba-tiba muncul dari belakang.
“Kenapa?”
tanya mereka berdua serentak seraya menoleh.
“Fiq
dah sedar!”
“Alhamdulilah,”
ucap Naim dan Saiful, serentak juga.