“Dia
yang tanya saya... macam mana nak selesaikan soalan Kalkulus...”
“Kau
suka dia kan? Dari kelas aku nampak kau asyik pandang dia aje!” pintas lelaki
itu sambil merenung tajam wajah Echad.
“Kalau
saya suka pun, dia tak akan suka saya...” Sebuah tumbukan hinggap di pipi Echad
membuatkan jejaka itu tersungkur jatuh.
“Belasah
dia!” Lelaki yang menumbuk Echad mengarahkan anak-anak buahnya memukul lelaki
itu. Apa lagi, terkemut-kemut Echad menahan setiap tendangan dan tumbukan yang
hinggap di tubuhnya.
“Sakit!
Jangan pukul aku!” teriak Echad menahan kesakitan.
Pelajar
yang lalu lalang hanya sekadar melihat, tidak punya keberanian untuk masuk
campur. Echad yang suka bersendirian itu pula tidak mempunyai rakan yang
sanggup membantu dirinya.
“Jilat
kasut aku kalau kau tak nak rasa kena pukul!” arah lelaki yang bertindak
sebagai ketua itu.
“Maafkan
saya... saya janji tak akan kacau kekasih awak lagi!”
Lelaki
itu ketawa besar.
“Razan!”
panggil seorang gadis yang ditemani rakannya yang dikenali oleh Echad sebagai
Aisyah Mazyadi.
“Melur...
Acha...” tutur Razan yang terkejut dengan kehadiran Melur dan Acha di taman
itu.
“Apa
yang awak buat dengan dia?” marah Melur sambil bercekak pinggang. Acha yang bertudung
ketika itu sekadar berdiri di sebelah Melur, sambil melemparkan renungan
penuh meluat ke arah Razan dan beberapa orang budak lelaki.
“Dia
kacau awak, buah hati saya!” kata Razan sambil menundingkan jarinya ke arah
Echad yang terbaring merekuk macam ulat gonggok kerana kesakitan dipukul oleh
Razan dan ahli kumpulannya. Acha kelihatan membantu Echad untuk bangkit
berdiri.
“Mulai
hari ini, saya dengan awak tak apa-apa!” Melur membuatkan Razan terpempan.
Wajah Razan bertukar pucat seperti darah tidak lagi mengalir di wajahnya.
“Mari
pergi Echad,” tutur Melur sambil sempat melemparkan jelingan ke arah Razan yang sedang patah hati itu.
Kelihatan
Echad sedang duduk semeja dengan Melur di sebuah perpustakaan. Acha kelihatan
menyertai mereka dan Echad yang antara pelajar bijak di kampus itu sedang
mengajar dua orang gadis di hadapannya.
“Awak
nak pergi Langkawi ke minggu depan? Universiti kita ada buat lawatan ke sana.
Percuma aje. Ditaja oleh Gaddafi Corporation, syarikat milik ayah Hazira,” kata
Melur.
“Tapi
awak kena daftar cepatlah.” Acha menyampuk.
Echad
terdiam.
“Awak
berdua pergi?” tanya Echad.
Acha
mengangguk teruja.
Echad
tersenyum.Echad antara
orang yang tahu rahsia yang dipendamkan oleh Acha selain daripada Melur.
“Kesian
saya tengok Fiq...” gumam Echad sambil melemparkan pandangan ke arah Afiq, Zaff
dan Ummu yang sedang duduk di satu sudut meja di dalam perpustakaan Universiti
Tun Dr Mahathir.
“Dia
fikir awak benci dia,” kata Echad lagi. Acha mengangguk.
“Melur,
inilah yang dinamakan cinta. Kadang-kadang kita akan jatuh cinta pada seseorang
yang kita tak jangka. Dan bila kita sedar yang kita dah larut dalam perasaan
itu, ketika itu sudah tiada jalan untuk berpatah balik.” Echad begitu semangat
mengucapkan falsafah cinta hidupnya.
“Sejak
bila Echad pandai cakap pasal cinta ni?” tanya Melur sambil ketawa kecil. Echad
sekadar tersenyum, dia tidak terus menjawab soalan Melur itu tetapi menatap
kedua-dua mata Melur membuatkan Melur tertunduk, tidak punya keberanian untuk
saling merenung mata.
“Melur
Juwita binti Khalil, saya dah jatuh cinta dengan awak,” tutur Echad berani di
hadapan Acha. Melur terus hilang kata-kata.
Tapak
tangan Melur lantas dicapai oleh Echad membuatkan sekali lagi perkataan yang
mahu diungkapkan oleh Melur tersekat di kerongkong.
“Saya
betul-betul mencintai awak. Awak ialah perempuan pertama yang sudi mendekati
saya yang tak ada apa-apa ni,” tutur Echad lagi. Melur diam lagi. Dia
membiarkan Echad erat
menggengam tapak tangannya.
“Maafkan
saya Echad. Awak kena cari orang lain. Lebih baik kita jadi kawan. Tak lebih
daripada itu,” tutur Melur lalu mencapai beg galasnya serta beberapa buah buku.
Melur kemudian menarik tangan Acha, meninggalkan Echad yang sedang tunduk
sedih. Kelihatan air mata sedang
membasahi pipi Echad.
“Maafkan
aku... maafkan aku...” tutur Echad sambil teresak-esak menangis. Dia sekadar
duduk di tepi jasad Melur. Rakan-rakannya yang baru sahaja bangun dari tidur
terkejut melihat apa yang berlaku.
“Kau
nampak siapa yang bunuh dia?” tanya Razan ketika baru sahaja menanam jasad
Melur.
“Dia
lari... dia cuba bunuh aku jugak...” tutur Echad sambil menunjukkan pehanya
yang cedera ditikam.
“Kita
akan cari dia. Jangan risau. Kematian Melur akan terbela!” Razan sedang
menenangkan Echad yang masih belum berhenti menangis. Ahli kumpulan Razan yang
berjumlah belasan orang itu kembali meneruskan perjalanan, mencari pantai bagi
menyenangkan tugas menyelamat mereka.
“Hai sahabat,” tutur satu suara yang
tiba-tiba muncul dari belakang Echad. Pantas Echad menoleh belakang.
“Engkau...”
gumam Echad tergagap-gagap. “Siapa kau?”
Lelaki
bertopeng yang mendakwa dirinya sebagai Qarin sekadar menunjukkan isyarat
supaya Echad diam.
“Aku
tahu apa yang kau buat...” gumam lelaki itu lalu duduk bersila di sebelah
Echad.
“Aku
tak buat apa-apa...”
“Kesian
Melur kan? Kau begitu sayangkan dia... tapi apa yang dia bincangkan dengan
Razan semalam buat kau berang...”
Echad memejamkan matanya, sambil meletakkan kedua-dua jari hantunya di lubang
telinga. Dia menggelengkan kepalanya seperti cuba menghalau kembali memori
hitam yang Qarin cuba calitkan kembali dalam hidupnya. Cukuplah dia kehilangan
Melur...
Beberapa hari lalu...
Echad sedang memakan ikan bakar yang dipancingnya
sambil menikmati pemandangan air sungai yang sedang tenang mengalir di
hadapannya. Sedap, fikir Echad. Dia lebih suka untuk bersendirian daripada
bersama dengan ahli kumpulannya yang lain. Pasti Echad akan menjadi bahan
gurauan dan ejekan mereka semua. Echad benci semua itu! Tiba-tiba, kedengaran
bunyi bising dari semak di belakangnya sekaligus mencuri perhatian Echad.
“Aku
dah tak sanggup dah Razan! Sampai bila kita nak gunakan dia?” Melur membentak.
“Tak cukup aku dan kau gunakan dia? Aku tak nak terus seksa dia!”
Razan
menggelengkan kepalanya. Dia seperti tidak dapat menerima apa yang dikatakan
oleh Melur.
“Jangan
sekarang! Terus gunakan budak tu. Dia dah jatuh hati dengan kau. Tak ada dia,
kita semua dah lama mati dalam hutan ni. Otak dia boleh kita gunakan... dan kau
kena ingat yang bayi dalam perut kau tu, aku ayahnya. Kalau kau nak aku
bertanggungjawab, teruskan rancangan kita!”
Echad
benar-benar tergamam. Ketika Razan mahu meninggalkan Melur yang sedang berdiri
seorang diri itu, Echad pantas mencari tempat untuk bersembunyi. Echad melihat Razan
melangkah penuh marah
meninggalkan mereka. Melur pula masih berdiri di situ memikirkan
sesuatu.
Echad
pantas bangkit lalu mendekati Melur dari belakang. Suasana malam yang gelap itu
menyebabkan Melur tidak menyedari kehadiran Echad. Ketika Melur menoleh ke
belakang, dia melihat Echad sedang tersenyum.
“Betina
sundal...”tutur Echad.
Matanya merah menyala,
seperti sedang menahan satu gelojak dalam dirinya. Melur menoleh apabila
kedengaran bunyi seseorang menghampirinya dari belakang.
“Awak
dah tahu?” tanya Melur yang cuba mengundurkan diri beberapa langkah ke
belakang. Echad sedang menyembunyikan pisau yang digunakan untuk menyiang ikan
yang baru ditangkapnya di belakang tubuh.
“Sampai
hati kau betina sundal!”
Melur menggelengkan kepalanya.
“Ucapkan selamat tinggal
pada dunia!” Sebaik sahaja perkataan itu diucapkan oleh Melur, pantas pisau
Echad menikam perut Melur.
“Awak...”
gumam Melur sambil melihat darah yang sedang membuak-buak keluar dari perutnya.
“Maafkan saya sebab selama ini saya tipu awak.”
Selepas
beberapa ketika, barulah Echad sedar apa yang dilakukannya. Echad melihat sendiri buah
hatinya sedang bergelut
dengan maut. Melur tidak menjerit walau sepatah pun
kerana tidak mahu Echad ditangkap. Echad menghampiri jasad Melur yang sudah
tidak bernyawa itu lalu memeluk seerat-eratnya.
“Maafkan
aku... maafkan Melur. Aku terlalu mencintai kau...” Echad larut dalam
kesedihan.
***
“Kau
tahu?” tanya Echad. Qarin mengangguk.
“Tiada
apa yang berlaku dalam hutan ini lari dari pengetahuan aku. Aku raja hutan
ni...” Qarin terus berceloteh.
“Kau
tak akan hukum aku?” tanya Echad. Pada hematnya, jika seorang raja, maka
tanggungjawab menghukum itu pasti akan dipegang oleh raqja.
“Hukuman
pertama kau... ialah bunuh budak perempuan tu. Dia dengar perbualan kita,” kata
Qarin sambil menundingkan jarinya ke arah seorang gadis yang bersembunyi di
semak yang berhampiran, mencuri dengar perbualan mereka berdua.
Si
gadis itu bangkit, cuba melarikan diri dan Echad mengeluarkan pisaunya lalu
melontarkan pisau itu yang kemudiannya terbenam di belakang kepala gadis itu.
Darah membuak-buak keluar.
“Sekarang,
kau boleh mainkan helah kau. Aku akan larikan diri, dan au...”
“Aku
faham...”
“Panggil
aku Qarin.” Sebaik sahaja perkataan itu diungkapkan oleh Qarin, lelaki
bertopeng it uterus melarikan diri.
“Pembunuh
semalam baru aje bunuh orang!” teriak Echad yang kemudiannya mengejutkan
rakan-rakannya yang tidur. Razan yang paling hampir bangun lalu berlari ke arah
punca jeritan Echad.
“Dyla
mati. Dia datang lagi...” tutur Echad sambil menundingkan jarinya ke arah Qarin
yang semakin menghilang dari horizon.
“Shit! Apa yang dia nak sebenarnya?”
Razan geram.
Echad
sekadar mengangkat bahunya. Tak lama lagi giliran kau Razan, getus Echad sambil merenung Razan yang sedang mengerutkan
dahinya, meneliti mayat Dyla.
***
Aisyah
Mazyadi tiba-tiba menjerit dalam tidurnya lantas mengejutkan Husna dan Ummu
yang tidur di sebelahnya.
Wajahnya berpeluh, seolah-olah baru sahaja mengalami mimpi ngeri.
Tidak lama kemudian, Afiq muncul bersama Dr Izwan. Kelibat Naim tidak kelihatan, mungkin masih diulit lena.
“Awak
tak apa-apa ke?” tanya Afiq yang bercangkung di sebelah Acha.
Mereka
menjadikan lokasi berhampiran dengan sungai sebagai tempat mereka bermalam.
Lokasi itu sedikit tersembunyi dari mana-mana pemangsa.
“Saya
mimpikan kawan saya... Melur...” tutur Acha dengan wajahnya yang berpeluh itu.
“Hanya
mimpi jer awak,” tutur Afiq sambil tersenyum. “Pergilah tidur...”
Pantas
tapak tangan Afiq dicapai oleh Acha. Mata Afiq direnung tajam oleh Acha.
“Saya
nampak dia mati... ada seseorang bunuh dia. Dia terselamat daripada serangan
Velociraptor tempoh hari.” Acha kelihatan begitu bersungguh-sungguh menerangkan
mimpinya.
“Kita
jalan-jalan ambil angin dulu ya?” ajak Afiq. “Mungkin dapat tenangkan fikiran
awak ke?”
“Awak
temankan saya?” tanya Acha. Afiq mengangguk.
“Aku
nak ikut!” Ummu menawarkan dirinya.
Afiq
dan Acha saling berkongsi pandangan.
“Kalau
lelaki dan perempuan berdua-duaan, akan ada orang ketiga iaitu syaitan. Jadi,
sebelum ada syaitan antara Afiq dan Acha, biarkan Ummu temankan.”
“Tak
ada masalah...” Belum sempat Afiq mahu berganjak, lengannya tiba-tiba dipeluk
oleh Ummu.
“Apa
ni...”
“Mari
pergi,” kata Ummu sambil tersenyum. Afiq sempat menoleh ke arah Acha yang masam
wajahnya.
Mereka
bertiga bangkit sambil berjalan-jalan di tepi sungai yang mengalir tenang. Ummu
tidak lagi memeluk lengan Afiq sebaliknya berjalan seiringan dengannya,
meninggalkan Acha yang berjalan dengan wajah yang penuh mencuka.
“Kenapa
kau suka kacau aku dengan Acha?” tanya Afiq tiba-tiba.
Ummu
yang sedang berjalan sambil melemparkan pandangan merenung cahaya bulan yang
tumpah di atas permukaan sungai menoleh tidak percaya ke arah Afiq.
“Aku
yang kacau kau? Aku cuma bosan...”
“Kau
jealous aku dengan Acha ya?” tanya
Afiq yang memintas sebelum sempat Acha menjawab.
“Jealous?
Tak ada masa...” Ummu menafikannya.
Afiq
tersengih jahat. Dia tiba-tiba berundur ke belakang mendekati Acha,
membuatkan Ummu semakin tidak sedang duduk dibuatnya.
“Macam
yang saya janjikan, saya akan temankan awak,” tutur Afiq sambil berhenti tepat
di sebelah Acha.
Lama mereka berdua berjalan, sambil
Ummu mendahului di hadapan, sehinggalah mereka tiba di sebuah tempat yang lebih
dekat dengan sungai.
“Kita
berdua duduk kat sini ya? Hirup udara segar?” kata Afiq lalu melabuhkan punggungnya di atas
rumput. Acha mengangguk lalu menyertai Afiq.
“Tak
sangka yang Fiq ni baik jugak kan?” Acha melontarkan pujian membuatkan Afiq
mengguntumkan senyuman.
“Tak
kenal maka tak cinta,” jawab Afiq membuatkan Ummu ketawa kecil.
“Apa
yang lawaknya pun aku tak tahulah,” kata Ummu lalu melangkah pergi dari situ.
Ketika dia sedang berjalan pergi, dia terlanggar sesuatu dalam kegelapan malam
membuatkan dia terjatuh.
“Apa
benda ni...” tutur Ummu sambil bangkit. Tapak tangannya meraba benda yang
membuatnya terjatuh dan beberapa saat kemudian... satu jeritan keluar dari
mulutnya. Afiq yang sedang kusyuk berbual dengan Acha lantas bangkit.
“Itu
suara... Ummu!”
Afiq
tidak mempedulikan Acha yang keseorangan di stitu sebaliknya membuka
langkah seribu mencari Ummu
“Ummu!”
panggil Afiq ketika Ummu sedang duduk melutut, menangis teresak-esak.
“Fiq!”
panggil Ummu sambil menundingkan jarinya ke arah mayat seseorang yang sedang
terbaring tidak bernyawa. Pantas Afiq mendapatkan Ummu.
“Dia
dah mati... tak ada apa yang akan berlaku,” tutur Afiq ketika menepuk-nepuk
belakang tubuh Ummu.
“Saya
fobia dengan mayat...” tutur Ummu, lantas memori hitamnya kembali berputar di
layar minda.
12 tahun yang lalu...
SMK
Dato’Onn merupakan antara sekolah yang terbaik di Pulau Eurasia. Banyak orang
ternama lahir daripada sekolah ini, antaranya ialah Datuk Seri Shahrin Ruslan
sendiri, perdana menteri Malaysia ketika itu. Hanya yang terbaik sahaja mampu
memasuki sekolah ternama itu, segah dengan namanya, diambil dari seorang tokoh
yang sangat terkenal dalam sejarah.
Antara
pelajar sekolah tersebut yang tersergam indah di tepi jalan, di tengah-tengah
kota metropolitian Eurasia ialah Ummu Habibah.Ummu dikenali di kalangan
rakan-rakannya sebagai
Ummu.
Seorang gadis yang comel, anak kepada ahli perniagaan terkenal sedang menunggu
pemandu yang diupahnya datang. Ummu sempat melambaikan tangan ke arah Afiq,
rakan sepermainan sejak kecil lagi itu.
Ketika
dia sedang menunggu Kereta Lamborghini mengambilnya, tiba-tiba sebuah van
berhenti tepat di hadapan Ummu. Ummu memandang ke arah Afiq yang sudah jauh
meninggalkannya.
“Awak!
Tolong saya!” teriak Ummu sambil melambaikan-lambaikan tangannya. Namun,
seorang lelaki berbadan gemuk sudah menghadiahkan sebuah tamparan yang agak
kuat membuatkan Ummu jatuh pengsan.
“Kita
akan kaya...” tutur ketua penculik yang bertindak sebagai pemandu.
***
Ummu
membuka matanya. Sedar-sedar sahaja tubuhnya sedang diikat pada sebuah kerusi.
Mulutnya disumbat dengan sebuah kain. Dia melihat beberapa orang lelaki buncit
sedang duduk di atas sebuah kerusi malas. Seorang daripada mereka
sedang melayari internet dengan komputer ribanya manakala seorang lagi sedang
menghisap rokok.
“Dah
bangun pun kau budak...” tutur seorang lelaki buncit yang menghampiri Ummu.
Kain yang membuatkan Ummu tidak dapat bersuara dicabut oleh lelaki buncit itu
lantas membuatkan Ummu hampir menjerit, namun sepucuk pistol yang dihalakan ke
arah kepala Ummu lantas membuatkan gadis itu kembali membisu.
“Kenapa
buat saya macam ni?” tanya Ummu yang sudah mula menangis.
Lelaki
berperut buncit yang merupakanketua
penculik itu mengambil sebuah kerusi lalu duduk di hadapan Ummu. Dia selamba
sahaja meletakkan kakinya di atas peha Ummu lalu disilangkan. Ummu yang lengkap
berbaju kurung sekolahnya tidak mampu berbuat apa sahaja. Hanya renungan penuh
simpati yang mampu dilontarkannya.
“Kau
tak tanya, apa yang bapak kau buat kat aku sampai aku sanggup buat macam ni?”
Soalan yang dilontarkan oleh Ummu dijawab dengan soalan oleh ketua penculik
itu.
“Apa-apa
pun ayah saya buat, tak ada kena mengena dengan saya. Saya tak berdosa,” tutur Ummu.
“Tak
berdosa?” tuturketua
penculik itu sinis. Dia kemudian meludah tepat mengenai wajah Ummu.
“Dan
aku akan buat kau rasa berdosa!”kata
ketua penculik lalu menghadiahkan sebuahtamparanyang membuatkan Ummu jatuh terperosok dilantai sambil
tubuhnya masih terikat pada kerusi.
“Rasa
berdosa?” tanya ketua
penculik sambil memegang rambut Ummu. Kelihatan darah meleleh keluar dari bibir
merah gadis itu.
“Saya
minta maaf untuk apa yang ayah saya pernah lakukan.” Teresak-esak Ummu
menuturkan ayat itu.
“Dan
ini maaf daripada aku,” tuturketua
penculik lalu menendang belakang tubuh Ummu.
***
“Lama
tak dengar suara kau, Junaidi!” tuturketua penculik itu.
“Kau
ialah... Leong? Kau masih hidup Leong?” tutur Datuk Junaidi tidak percaya.
Leong
mengangguk walaupun Datuk Junaidi tidak dapat melihat angukannya.
“Kau
ingat aku dah mati? Kau ingat Leong akan mati macam tu aje? Simpan mimpi dan
angan kau sebab sekarang anak perempuan kau, Ummu Habibah ada di tangan aku.
Kalau kau tak nak tengok aku rogol dan bunuh dia, pastikan wang berjumlah 3juta
berada di tangan aku!”
Dunia
dikeliling Datuk Junaidi seolah-olah berhenti sejenak. Tangannya yang memegang
telefon bimbitnya menggigil aneh.
“Kasi
aku bercakap dengan anak aku...” gumam Datuk Junaidi.
“Ayah!
Ummu kat sini ayah. Jangan risaukan Ummu. Ayah kena kuat..”
Belum
sempat Ummu bercakap dengan ayahnya, Leong terus merampas telefon bimbitnya
lalu kembali bercakap dengan Datuk Junaidi.
“Sebelum
subuh esok, pastikan wang 3 juta ada ditangan aku atau... anak perempuan kau
akan mati!”
Panggilan
terus dimatikan dan serentak itu, Datuk Junaidi rebah ke tanah. Serangan
jantung mengejut barangkali. Orang gaji Datuk Junaidi lantas mencapai telefon
bimbit Datuk Junaidi dan menelefon ambulans.
***
Petang
itu, pasukan polis menyerbu rumah kosong yang menempatkan Ummu Habibah . Tembak
menembak berlaku antara pasukan polis dan Leong serta anak buahnya. Akhirnya,
pasukan polis berjaya memenangi pertempurna itu dan Ummu berjaya dilepaskan.
Kemudian,
Ummu terus dibawa ke rumahnya. Sampai sahaja Ummu, kedengaran suara orang
membaca Surah Yassin. Dia melangkah penuh longlai dan kelihatan sekujur tubuh
sedang terbaring tidak bernyawa. Tubuh itu sudah siap dikafankan.
“Ummu...”
tutur ibu Ummu ketika melihat gadis itu sedang berdiri merenung lemah jasad
ayahnya. Lantas, tubuh Ummu dipeluk oleh Wanita
itu.
“Ayah
dah pergi...” Hanya itu sahaja perkataan yang mampu diucapkan oleh ibu Ummu.
Seperti
ayahnya, Ummu jatuh pengsan. Sejak hari itu, Ummu mengalami fobia apabila
melihat mayat. Mayat akan mengingatkannya pada si ayah sudah lama pergi. Hari
ini, penemuan mereka dengan mayat seseorang telah kembali membawa Ummu kepada
memori lama.
***
“Ummu
rindukan ibu...” tutur Ummu yang menangis teresak-esak. Afiq mahu memujuk gadis
itu tetapi sempat dihalang oleh Husna.
“Biarkan
dia... dia masih sedih. Penemuan mayat lelaki tadi mengingatkan dia pada ayah
dia,” tutur Husna memberi nasihat.
“Kakak...
saya tak boleh tengok Ummu menangis,” tutur Afiq sambil merenung sedih wajah
Ummu yang sedang merenung unggun api yang sedang menyala di hadapan mereka.
“Fiq
nyanyi untuk dia ke? Macam dalam video hari tu, akak ada tengok Zaff nyanyi.
Ummu hilang sikit kesedihan dia...” Husna memberi nasihat.
Afiq merenung wajah perempuan yang sudah
dianggap seperti kakak sendiri selepas 2 minggu lebih terperangkap di atas
pulau misteri itu. Perempuan itu ialah tempat dia mengadu segala susah dan
senang.
“Nak
nyanyi lagu apa kak?” tanya Afiq.
Husna
tersenyum.
“Ummu
suka lagu apa?” tanya Husna.
Berkerut
dahi Afiq memikirkan sesuatu sebelum mengukirkan senyuman. Afiq melihat
sekelilingnya, mencari apa-apa yang boleh dijadikan alat muzik. Beberapa batang
kayu diambil oleh Afiq diketuknya pada batu tempat dia sedang duduk tadi. Ummu
menoleh ke arah Afiq.
“Kau
buat apa?” tanya Ummu.
Afiq
tidak menjawab sebaliknya terus tersenyum.
Come
stop your crying
It
will be alright
Just
take my hand
Hold
it tight
I
will protect you
From
all around you
I
will be here
Don't
you cry
For
one so small,
You
seem so strong
My
arms will hold you,
Keep
you safe and warm
This
bond between us
Can't
be broken
I
will be here
Don't
you cry
Ummu
tersenyum mendengarkan Afiq menyanyikan lagu kegemarannya daripada Phill
Collins. Gadis itu pantas duduk di sebelah Afiq mendengarkan Afiq mendendangkan
lagu kegemarannya yang bertajuk ‘You’ll Be In My Heart.’
When
destiny calls you
You
must be strong (you gotta be strong)
I
may not be with you
But
you've got to hold on
They'll
see in time
I
know
We'll
show them together
'Cause
you'll be in my heart
Yes,
you'll be in my heart
I'll
be there from this day on,
Now
and forever more
Ketika
Afiq sedang menyanyikan lagu, kelihatan Dr Izwan sedang membincangkan sesuatu
dengan Naim.
“Mayat
tadi... ada seseorang yang dibunuh,” tutur Dr Izwan membuka bicara.
“Aku
tahu. Berdasarkan keadaan tubuhnya, jelas yang dia bukannya mati lemas tetapi
belakang kepalanya dipukul dengan objek keras yang tumpul,” tutur Naim sambil
membetulkan kaca matanya.
“Kau
pun sedar benda yang sama?” tanya Dr Izwan tidak percaya.
“Aku
ni genius kawan...” tutur Naim sambil tersenyum sinis.
“Kita
nak buat apa?” tanya Dr Izwan.
“Tadi,
aku baru aje berjumpa dengan Acha. Dia cakap yang Melur, rakan baik dia ada
dalam kumpulan lelaki yang kita jumpa mati tu. Dia takut sesuatu
yang buruk berlaku pada Melur. Dia minta tolong aku, suruh kita ubah haluan
kita cari kumpulan Melur,” tambah Naim lagi.
“Kau
tahu ke mana kumpulan Melur tu pergi?” tanya Dr Izwan. Naim tersenyum sinis
lagi.
“Berdasarkan
tubuh mangsa, mangsa dihanyutkan oleh air sungai. Jadi, tak lain tak bukan,
mereka pasti ada di bahagian hulu sungai, di atas sana. Kita di tengah-tengah,
jadi kita kena mulakan perjalanan esok, menghala ke hulu sungai.” Naim
menerangkan rancangannya.
Dr
Izwan melemparkan pandangan ke arah air sungai yang sedang mengalir lembut.
“Apa
yang sedang menunggu kita di atas sana?” tutur Dr Izwan namun soalannya dijawab
oleh Naim.
“Pembunuh
yang kejam... macam dalam karya Ramlee Awang Murshid.”
Naim
tersenyum sinis. Kalau benda itu berlaku, dia mahu jadi seorang detektif yang
beradu akal dengan pembunuh kejam itu.