Afiq Zaki, jejaka yang
berketinggian sederhana, berambut hitam kusut, menyarung jersi Liverpool FC,
dengan nombor 8 di belakang jersinya,
serta berlatarkan
nama Steven Gerrad yang
merupakan legenda Liverpool itu kelihatan mengheret
sebuah beg baju beroda. Suasana di Lapangan Terbang Eurasia riuh rendah dengan
orang ramai yang berjalan tanpa henti dengan urusan masing-masing. Pandangan
mata Afiq melilau mencari kelibat rakannya.
Kelihatan
seorang lelaki yang memakai kemeja berkotak yang disarungkan seperti jaket,
sambil memakai baju-T bercorak aneh di dalamnya sedang duduk sambil tersenyum.Tengku Nizarif,
lelaki yang berkumis halus di dagunya dan berlesung pipit itu melambaikan
tangannya. Di sebelah Zaff, seorang gadis yang berambut ikal sehingga paras
pinggang, sedang membaca senaskah novel yang bertajuk Epidemik T mendongak
melihat Afiq yang sedang
menghampiri mereka.
“Hai
Zaff!”sapa Ummu
sambil tersenyum.
“Hai
Ummu!”balas Afiq.
Huluran tangan Zaff disambut oleh Afiq.
“Kenapa
lambat sangat ni?”
tanya Zaff.
“Aku
melepas tadi. Hahahaha...” tutur Afiq sambil menyelitkan tawa kecil dihujung
katanya. Zaff mengangguk mengerti. Memang itu sifat azali rakannya itu.
Sedang Afiq dan Zaff kusyuk
berbual, kelihatan seorang gadis yang berjalan bersama
rakan-rakannya melintas di hadapan Afiq. Jelingan tajam sempat dilemparkan oleh gadis
bertudung itu.
“Trouble maker...” Perkataan itu terbit
dalam nada bisik daripada gadis yang berbibir merah itu.
“Kau
sakitkan hati Acha lagi ke, Fiq?” tanya Ummu yang menyedari akan reaksi Acha
tadi.
“Aku
terlanggar dia aje. Itu pun nak mengamuk macam dunia nak hancur dah,” tutur
Afiq bengang.
Ummu
mengangguk faham. Siapa yang belajar di Universiti Tun Dr Mahathir, Eurasia
pasti mengenali bagaimana hubungan
antara Afiq dan Acha. Umpama anjing dan kucing. Mereka akan sentiasa bergaduh
setiap kali bertemu. Zaff setiap kali mengusik Afiq dengan
mengatakan bahawa suatu hari nanti Afiq dan Acha akan berkahwin. Katanya, orang
yang selalu bergaduh akan saling jatuh cinta pada akhirnya.
“Kau
ni pengaruh novel cinta kuat juga
kan?” rungut Afiq apabila Zaff asyik membangkitkan
teori cintanya. Tiada balasan daripada Zaff cuma ketawa panjang.
Namun,
perbualan dua orang jejaka itu tidak berpanjangan apabila beberapa orang
pramugari melintas di hadapan mereka. Seorang yang paling jelita dan anggun
antara mereka mencuri perhatian Afiq. Pantas kemeja berkotak Zaff ditarik oleh
Afiq.
“Perghh... cun awek
tu!” tutur Afiq sambil matanya tidak langsung lari daripada menatap lenggok
punggung pramugari tadi. Rambut lurus cantik pramugari tadi menambahkan lagi
pesonanya. Husna Mukhtar, nama itu yang tertulis pada tag nama yang tersemat di
dada gadis yang berkebaya biru itu.
“Macamlah
kau boleh dapat,” gumam Zaff malas. Namun, Zaff seperti Afiq, tidak melepaskan
peluang untuk mencuci mata mereka dengan kemunculan pramugari-pramugari tadi.
“Fiq...
kau ni kalau sehari tak tengok perempuan tak boleh ke?” tanya Ummu yang
tiba-tiba naik berang. “Tak habis-habis dengan gatalnya.” Berkerut dahi Ummu
ketika memarahi Afiq.
Afiq
dan Zaff saling berkongsi pandangan. Kemudian, masing-masing mengangkat bahu,
malas mahu melayan bebelan Ummu.
“Tapi
aku yakin, kau boleh dapat punya!” Afiq menepuk-nepuk belakang badan Zaff.
“Aku?”
tutur Zaff sambil menundingkan jarinya ke arah wajahnya sendiri, dengan mulut
yang terlopong.
“Yup.
Tengku Nizarif,
jejaka paling kacak dan tampan di Universiti Tun Dr Mahathir.Senyuman kau yang berlesung pipit, muka kau
yang macam artis korea dan gaya penampilan kau yang nampak cool, aku berani bertaruh yang perempuan macam pramugari-pramugari
tadi setakat petik jariaje.”
Zaff
tersengih seperti kerang busuk apabila bertimbun pujian dihamburkan oleh Afiq.
“Aku
pun ada lesung pipit, tak cantik ke Fiq?” tanya Ummu tiba-tiba.
Ummu yang sedang kusyuk
membaca novel Epidemik T mencelah perbualan dua orang jejaka UTDM itu.Afiq dan Zaff merupakan
rakan baik Ummu terutama Afiq yang dikenali Ummusejak zaman
persekolahan lagi.
“Ummu
Habibah, ya, kau cantik! Dah berkali aku cakap, kau tu ialah perempuan melayu
terakhir,” balas Afiq malas.
“Kau
nak mengayat aku ke apa?” tanya Ummu.
“Aku
bukan kasanova macam Hafeez...”
Kata-kata
Afiq terhenti apabila kelihatan dari jauh, seorang lelaki tampan sedang berbual
dengan dua orang gadis jelita universiti mereka. Sekali sekala, Hafeez
tersenyum, manakala dua orang gadis itu ketawa kecil. Hafeez Hamzah, lelaki
yang berambut perang, berseluar jeans yang kelihatan ranggi serta berkaca mata
hitam kelihatan sangat selesa diapit oleh dua orang gadis yang boleh tahan lawanya.
“Amirul
Hafeez, kasanova UTDM. Setiap bulan, dia akan bertukar teman wanita. Dia tak
boleh tengok perempuan cantik. Kau kena hati-hati tau Ummu,” gumam Zaff sambil
merenung tajam ke arah Hafeez. Memori ketika betumbuk dengan Hafeez dulu masih
segar dalam benak Zaff.
“Lelaki
macam dia tak akan pandang aku...”
“Kau
cantik Ummu. Lemah-lembut... ada sifat keibuan. Aku ingat lagi masa kau jumpa
budak-budak. Aku tengok, betapa ayunya...”
“Fiq!
Boleh tak kau berhenti mengayat aku? Hahahah... kelakar pulak aku dengar benda
tu dari mulut kau,” pintas Ummu sebelum Afiq menghadiahkannya dengan berbakul
pujian lagi. Ummu tak suka pujian.
Seorang
budak lelaki yang bertubuh kecil, tapi agak gempal kelihatan menghampiri mereka
bertiga. Tangannya sedang memegang kemas sebuah kamera video mahal.
“Tengok
siapa yang ada kat sini. Afiq, si trouble
maker. Zaff, jejaka paling hot di universiti kita dan... wah,
tengok siapa yang ada kat depan kita. Ummu! Say
hi to the
camera,” ujar Nabil yang kelihatan sangat
teruja merakam Ummu yang sedang membaca. Ummu mendongak tatkala namanya
dipanggil oleh Nabil.
“Hai...”
gumam Ummu sambil mengangkat tangannya, melambai-lambai ke arah kamera itu.
Kelihatan senyuman yang dibuat-buat terukir di wajah ayu Ummu.
Nabil kemudiannya berlalu pergi,
menghampiri seorang jejaka tinggi lampai yang sedang bermain dengan duit
syiling dengan jarinya.
Saiful Hawiz kelihatan memakai baju kemeja hitam lengan panjang
“Senyum
Saiful. Say hi to the camera, dude!”
“Jangan
rakam aku...” Suara Saiful kedengaran dingin. “Aku bukan artis untuk kau
rakam.” Saiful berlalu pergi meninggalkan Nabil.
Nabil
yang sedang sibuk dengan kamera videonya mencari sasarannya yang lain pula.
Seorang gadis yang sedang sibuk membelek sebuah buku menjadi mangsa Nabil.
Hazira Gaddafi tidak mengendahkan langsung Nabil. Dia sebaliknya memalingkan
wajahnya daripada terus dimamah kamera video Nabil.Kelihatan anak patung dinosaur diletakkan di sebelah
Hazira.
“Dia
kacau si Hazira tu pulak...” kata Zaff sambil memerhatikan sahaja tingkah
Nabil.
“Itu
anak Tan Sri Gadaffi kan? Jutawan Malaysia tu?”
Zaff
mengangguk.
“Kalaulah
aku dapat dia, kira aku ni bertuah punya!” Afiq teruja melihat Hazira dari
jauh. Nabil sedang melontarkan pertanyaan demi pertanyaan mengenai buku yang
sedang dibaca oleh Hazira.
“Fiq!
Tolong jangan gatal!” Ummu membentak marah sambil menutup novel yang dibacanya.
Gadis itu kemudian mengambil beg bajunya lalu melangkah pergi meninggalkan Afiq
dan Zaff yang terpingga-pingga.
“Kenapa
dengan dia tu?” tanya Afiq.
Zaff mengangkat bahunya.
Zaff sendiri
susah untuk membaca angin Ummu. Kadang-kadang, Ummu akan menjadi sangat baik
dengan mereka. Perangai buruk Afiq pun tidak akan membuatkan Ummu naik marah.
Ada kalanya, Ummu akan bertukar 360 darjah. Afiq dan Zaff tersilap cakap pun boleh
membuatkan Ummu akan membebel lamanya.
Nabil
sedang
mendekati seorang budak lelaki yang berjeragat wajahnya. Orangnya berkaca mata
dan kelihatan malu-malu ketika Nabil merakam wajahnya.Tiba-tiba, tubuh Nabil tertolak ke tepi apabila sekumpulan pelajar Universiti Tun Dr Mahathir sedang meluru ke arah lelaki berkaca mata itu.
“Sini
rupanya kau bersembunyi ya Echad?” tanya seorang budak lelaki yang kelihatan
seperti seorang ketua.
“Jangan
kacau aku. Aku tak buat apa-apa pun,” gumam Echad sambil memeluk beg galasnya.
“Kita
orang rindukan kau,” tutur lelaki yang lain pula. Rakan-rakannya yang lain
ketawa besar mendengarkan ungkapannya.
“Kau
mengadu kat Acha yang kita orang buli kau kenapa?”
Belum sempat Echad menjawab,
kepalanya di siku oleh kumpulan manusia tadi.
“Kau
tengok apa yang kita orang buat kat kau nanti bila dah sampai Langkawi.”
Kemudian,
kumpulan anak muda yang dalam jumlah 3 orang itu meninggalkan Echad yang
terpingga-pingga.
“Kesian
dia...” komen Afiq.
Namun,
perasaan simpati mereka tidak bertahan lama apabila fokus mereka dikacau oleh
kemunculan seorang lelaki.
“Kosong
ke?” tanya seorang lelaki yang tiba-tiba muncul dari belakang mereka. Lelaki
itu berbadan tegap, berjambang nipis di kelililing pipinya. Tersarung rantai
putih yang tertulis nama seseorang di lehernya. Zaff mengangguk dan lelaki itu
mengambil tempat kosong yang ditinggalkan Ummu.
“Azmi.
Sarjan Azmi,” tutur Azmi sambil menghulur tangan untuk bersalaman dengan Afiq
dan Zaff. Namun, belum sempar Azmi memulakan perbualan, kelihatan seorang
lelaki menghampiri Afiq dan Zaff. Mereka kenal lelaki itu sebagai Presiden
Majlis Perwakilan Pelajar UTDM, Taufiq Ariffin.
“Cik
Mia dah tunggu kita kat sana. Cepat sikit korang berdua,” tutur Taufiq memberi
arahan. Afiq dan Zaff mengambil beg baju mereka lalu bergerak ke arah Cik Mia
yang sedang mengambil kehadiran.
Cik
Mia merupakan pensyarah di universiti mereka. Wanita yang berketinggian
sederhana itu kelihatan memakai
tudung bawal. Orangnya manis dengan hidung yang mancung. Cik Mia sedang berbua ldengan Saiful ketika mereka menghampiri wanita yang dalam
pertengahan usia 20-an itu.
Afiq
menghampiri Cik Mia, untuk mengambil kehadirannya.
“Mana
rakan kamu Fiq? Ummu?” tanya Cik Mia.
Belum
sempat Afiq menjawab, seorang gadis muncul dari belakang lalu menolak Afiq ke
tepi, tanpa segan silu. Ummu sedang berdiri sambil membelakangi Afiq.
Dia marah kat aku lagi tu...