Home Novel Thriller/Aksi The Lost World
Bab 11: Biar Aku Tebus Dosa Itu

Acha dipaksa untuk berjalan daripada belakang oleh Khairin manakala Husna hanya mampu berserah ketika lehernya dipeluk dari belakang oleh Khairin sambil sebiji batu sebesar penumbuk seorang lelaki diacukan di kepala Husna.

“Jalan ke kiri!” arah Khairin dari belakang.

Acha terpaksa akur. Kalau dia tersilap langkah, Khairin pasti akan mengapa-apakan Husna. Lama juga kaki Acha melangkah menurut segala arahan daripada Khairin sehinggalah mereka tiba di sebuah kawasan di dalam muzium itu. Serta-merta kaki Acha terus berhenti, tanpa arahan daripada Khairin.

“Kenapa berhenti?” tempik Khairin dari belakang.

“Itu… ada telur!” gumam Acha sambil menundingkan jarinya ke arah beberapa biji teluryang bersisik aneh dan berwarna hijauyang terletak di dalam sesuatu yang kelihatan sepertisarang.

“Telur?” gumam Khairin tidak percaya. Dia merenung telur itu dari jauh. Kemudian, dia memaksa Husna untuk berjalan sambil dia berada di belakang Husna.

“Dinosaur ni… kenapa mereka tinggalkan telur mereka kat sini?” tanya Khairin.

Perhatian Khairin teralih pada telur tadi. Dia leka sebentar dan kesempatan itu diambil oleh Husna. Tiba-tiba sahaja Husna menyiku tulang rusuk Khairin membuatkan Khairin terlepas rangkulannya. Husna mengambil kesempatan itu dengan cuba melarikan diri, tetapi rambutnya sempat ditarik oleh Khairin.

“Kau nak lari mana?” tempik Khairin yang bertukar berang.

Tangan Khairin sedang memegang erat dagu Husna. Air mata sudah mengalir di wajah Husna dan Khairin, seperti orang gila pada waktu itu. Mata hitam Husna direnung tajam. Seolah-olah ada dendam antara Khairin dan Husna.

“Aku tak akan bunuh kau… tetapi aku akan buat kau diburu maut,” gumam Khairin lalu menarik rambut Husna, dan mengheret gadis itu di atas lantai. “Biar kau mati dalam ketakutan!”

“Jangan Khairin! Sakit sangat!” teriak Husna.

“Khairin! Hentikanlah!” teriak Acha merayu.

Namun, jeritan Husna dan Acha tidak sedikitpun diendahkan oleh Khairin. Khairin terus mengheret Husna hinggalah mereka dekat dengan sarang dinosaur.

“Nampak benda tu?” tanya Khairin namun Husna masih teresak-esak menangis, tidak menjawab langsung soalan Khairin.

Pang! Satu tamparan hinggap di pipi Husna.

“Aku tanya jawab!” Khairin menghentak kepala Husna di lantai lalu dia kembali bertanya.

“Nampak telur tu?” tanya Khairin.

“Nam.. pak…” gumam Husna.

Khairin tersenyum sinis bila soalan dia dijawab. Jejaka itu mengambil sebiji telur lalu memukul telur itu sehingga pecah di badan Husna. Habis tubuh Husna basah akibat cecair putih dan kuning yang keluar dari telur itu.Bau yang busuk pula tersebar daripada cecair yang melekit itu.

“Sekarang, aku tinggalkan kau dengan si Acha itu di sini. Larilah ke mana pun, dan pemilik telur ini akan mencari kau. Bau telurnya ada dengan kau,” kata Khairin sambil terbahak-bahak ketawa.

Sejurus kemudian, Khairin melarikan diri daripada situ, meninggalkan Husna dan Acha. Acha pantas menghampiri Husna lalu membantu Husna untuk berdiri. Husna terhincut-hincut berjalan.

“Kita kena cari Fiq cepat!” kata Acha.

Sedari tadi, Acha tidak sedap hati, seolah-olah sesuatu yang buruk bakal menimpa Afiq.

Ya ALLAH, kau selamatkanlah Afiq, getus hati kecil Acha lalu beredar dari situ.

***

“Sekurang-kurangnya aku tak perlu bunuh diaorang,” gumam Khairin yang sedang berehat di satu koridor. Khairin mengesat peluh yang mengalir di dahinya dengan baju-T hijau yang dipakainya.

“Echad, hutang nyawa aku dengan kau dah terbalas. Tolong jangan kacau aku…” ujar Khairin lagi.

Khairin mahu bangkit beredar daripada situ namun hasratnya mati apabila mendengar satu bunyi nyaring dari kejauhan. Kemudian, senyuman terukir di wajah Khairin. Dinosaur pemilik telur yang dipecahkannya itu pasti sudah mula dikuasai perasaan marah melihat telur yang ditatangnya itu pecah. Pasti mereka mahu membalas dendam dengan mencari Husna.

“Selamat tinggal Husna,” tutur Khairin lalu berjalan tenang mahu meninggalkan muzium lama itu.

Namun, langkahnya mati tiba-tiba seekor Velociraptor muncul tepat di hadapan matanya. Tak mungkin, getus hati Khairin. Khairin mula berpatah balik dan… seekor Velociraptor muncul di arah yang bertentangan.

“Bunyi tadi… cis! Aku tertipu. Mereka buat bunyi seperti mereka masih jauh. Padahal mereka dah dekat dan bunyi tadi berjaya menipu aku dan membuat aku leka,” ujar Khairin sendirian ketika dirinya diapit dari segala arah kawanan Velociraptor.

Velociraptor tadi merenung tajam ke arah Khairin. Kemudian, seekor Velociraptor yang bertindak seperti ketua di antara dinosaur yang lain berbunyi nyaring, mengarahkan anak buahnya untuk menyerang Khairin.

Ketika itu, Khairin baru tersedar bahawa terdapat sedikit kesan lendir telur tadi melekat di seluar jeansnya. Seekor Velociraptor melompat di udara lalu membenamkan kuku kakinya yang tajam itu di kepala Khairin. Bersepai kepala Khairin seperti ditembak oleh pistol. Darah merah kelihatan meleleh daripada lubang hidung dan telinga Khairin. Sesaat sahaja yang diperlukan oleh Velociraptor tadi untuk mencabut nyawa Khairin.

***

Husnatidak punya kekuatan lagi untuk berdiri. Kakinya yang luka serta kepalanya yang masih berdarah itu membuatkan Husna tidak dapat meneruskan langkah.Husna sedang duduk di satu koridor muzium itu, keletihan.

“Tinggalkan akak kat sini,” tutur Husna sambil memegang kakinya.

Acha menggelengkan kepalanya.

“Kakak kena bertahan! Kapten Azrin mesti tengah tunggu kakak!” Acha memberi semangat sambil membangkitkan nama pemilik hati Husna Mukhtar, Kapten Azrin Fakhri.

Husna tersenyum mendengarkan nama Azrin.

“Kirim salam kat dia kalau Acha jumpa dia nanti. Cakap kat dia yang kakak sayangkan dia…”

Kata-kata Husna terhenti apabila kedengaran bunyi nyaring Velociraptor dari jauh.

“Mereka tengah cari kakak. Bau telur tu melekat pada badan kakak,” tutur Husna. “Pergi Acha… selamatkan diri!”

Acha menggelengkan kepalanya buat kali kedua. Dia tiba-tiba mengepit lengan Husna lalu memaksa Husna untuk berdiri. Kemudian, Acha menundukkan dirinya.

“Saya akan gendong akak pergi dari sini,” kata Acha nekad.

“Nanti kakak akan lambatkan Acha…”

“Lebih baik kita mati mencuba daripada mati sia-sia,” pintas Acha membuatkan Husna terdiam.

“Terima kasih Acha,” ucap Husna lalu meletakkan kedua-dua tapak tangannya di atas bahu Acha.

***

“Dengar tak bunyi tu?” ujar Naim sebaik sahaja bunyi nyaringseperti sesuatu sedang berkomunikasi bersahut-sahutan di sekeliling mereka.

Afiq mengangguk. Afiq faham apa yang dimaksudkan oleh Naim meskipun dia kehilangan ingatannya.Naim sudah menjelaskan segala-galanya kepada Afiq apa yang sedang berlaku daripada A sampai Z. 

“Ada dinosaur dalam muzium ini,” tutur Ummu.

“Kemungkinan besar ianya datang daripada Velociraptor. Mereka mmpunyai IQ tersendiri dan antara spesis dinosaur yang mempunyai bahasa komunikasi tersendiri.”

“Mereka boleh bercakap?” tanya Ummu.

Naim mengangguk sambil membetulkan kaca matanya.

“Velociraptor, antara dinosaur yang paling bijak yang pernah dunia lihat. IQ mereka melebihi budak berumur 12 tahun,” tambah Dr Izwan pula, tidak mahu kalah dengan Naim.

“Kalau macam tu kita kena cepat cari…” Afiq terdiam. Dia tidak dapat menyambung ayat tadi kerana dia terlupa nama dua orang gadis yang harus dicari oleh mereka.

“Husna dengan Acha,” sambung Ummu.

“Kita kena cepat cari mereka berdua,” kata Afiq menyambung kembali ayatnya yang tergantung. Agak sukar untuk dia mengingat nama mereka yang ada di situ. Sungguh, tiada satu pun wajah di situ yang melekat di kepalanya.

***

Echad sedang berdiri di hadapan Acha yang sedang mengendong Husna. Mata Echad tajam merenung Acha sambil di tangan kanan, kelihatan sepucuk pistol yang bila-bila masa sahaja bakal membaham Acha.

“Selamat bertemu kembali Aisyah Mazyadi,” tutur Echad.

“Echad…” gumam Acha. Langkah kakinya serta-merta mati.

“Aku ada soalan untuk kau,” tutur Echad.

“Er… soalan apa?” tanya Acha.

“Kau tahu rancangan Melur untuk kenakan aku dengan Razan?”

Acha diam. Dia lantas tenggelam dalam memori lama.


Kampus Universiti Tun Dr Mahathir

Beberapa bulan yang lalu…

Aisyah Mazyadi menggelengkan kepalanya berulang kali. Dia membantah rancangan yang disuarakan oleh Melur itu. Acha terus bangkit daripada kerusi di perpustakaan itu lalu berdiri membelakangi Melur.

“Dengarlah dulu apa yang aku nak cakap…” rayu Melur sambil memegang lengan sahabatnya itu.

“Kau nak gunakan si Echad tu?” tanya Acha.

“A’a. Budak pandai macam dia. Top 5 Universiti Tun Dr Mahathir punya student. Kalau tak ada Naim dengan Ummu, dia dah boleh jadi yang terpandai! Dia boleh tolong kita banyak punyalah!” Melur mempertahankan rancangannya. Acha terdiam lalu memikirkan sesuatu.

“Pastikan dia tolong aku sekali,” kata Acha.

Melur hampir melompat apabila Acha akhirnya melahirkan kata putusnya. Pantas tubuh Acha dipeluk oleh Melur. Namun, riak wajah Acha masih terpamer rasa bersalah mahu mengenakan Echad.

“Betul ke apa yang kita nak buat ni?” tanya Acha sekali lagi, mahu menyedapkan hatinya.

“Percayalah pada aku. Kita akan dapat banyak manfaat nanti. Razan pun tak kisah nak tolong kita,” kata Melur lagi yang kelihatan sangat teruja.

“Macam mana kita berdua nak rapat dengan dia?” tanya Acha.

“Itu serahkan pada aku,” jawab Melur sambil mengenyitkan matanya.

***

Melur sedang duduk di sudut katilnya sambil menangis teresak-esak. Tapak tangannya sedang menyentuh perutnya. Pintu bilik Melur diketuk dari luar. Namun, Melur tidak sedikitpun menyahut jerita Acha yang memanggil dirinya.

“Mungkinkah ini balasan yang tuhan berikan pada aku selepas apa yang aku lakukan pada Echad?” gumam Melur sendirian.

Pintu biliknya terbuka juga akhirnya. Kelihatan Acha menyerbu masuk.

“Kau ni kenapa?” tanya Acha lalu duduk di sebelah Melur.

Melur hanya menggelengkan kepalanya.

“Rasa bersalah lepas kau dump Echad macam tu jer?” sindir Acha.

“Ya, memang aku akui salah aku. Aku ambil kesempatan terhadap dia, beri dia harapan palsu. Tapi, aku menangis bukan sebab dia,” tutur Melur sambil mengesat air matanya.

“Habis tu, kenapa kau menangis?” tanya Acha.

“Aku mengandung…”

Riak wajah tenang Acha tadi lantas berubah. Dia merenung tidak percaya sahabatnya itu.

“Astagfirullahazim… macam mana boleh jadi macam tu?” Acha kelihatan bersitighfar berulang kali sambil mengurut dadanya.

“Razan... dia yang buat aku macam ni,” gumam Melur perlahan.

“Macam mana kau boleh terlanjur dengan dia ni? Kau tak ingat ALLAH ke? Tak ingat mak bapak kau?”

Acha menghamburkan kata-kata itu tanpa berlapik lagi. Baginya, Melur sudah jauh terbabas dari landasan Islam. Inilah akibatnya bila Melur berkawan dengan geng Razan. Melur larut dengan nama dan populariti yang dikecapinya bila bersama dengan kumpulan Razan. Satu universiti kenal siapa Razan, anak ahli perniagaan terkenal itu. Ahli kumpulannya pula daripada golongan elit di universiti. Bila anak kampung seperti Melur mendapat peluang, dia menerima satu kejutan budaya. Akibatnya…

“Razan suruh aku gugurkan,” sambung Melur selepas melihat Acha hilang kata-kata.

“Jangan jadi bodoh! Kau dah lakukan satu dosa besar iaitu BERZINA! Dan sekarang kau nak buat satu lagi dosa besar? Dosa MEMBUNUH!” Acha sudah hilang sabar dengan Melur.

Melur terdiam.

“Sekarang ni aku nak buat apa?” tanya Melur.

“Jaga anugerah daripada ALLAH yang berada di dalam perut kau. Kau tak keseorangan Melur. Kau ada aku. Walaupun apa yang berlaku, aku tetap disisi kau.”

“Janji?” tutur Melur.

Kali ini, barulah senyuman terukir di wajah Acha. Huluran jari kelingking daripada Melur disambut oleh Acha.

“Aku janji yang aku akan tetap bersama kau, senang atau susah,” tutur Acha. Lantas, tubuhnya dirangkul oleh Melur lalu didakap erat. Rambut Melur yang lurus itu dibelai oleh Acha.


Hari Ini... 

“Maafkan aku Melur sebab tak dapat tunaikan janji aku. Aku tak bersama kau ketika saat susah dulu,” ujar Acha tiba-tiba sambil merenung tajam Echad yang sedang berdiri di hadapannya.

“Kalau aku tanya, kenalah jawab!” tempik Echad bengang.

“Ya, aku tahu rancangan mereka berdua,” balas Acha sambil erat memegang lengan Husna yang tidak mampu berdiri itu.

“Dan kau tidak terdetik pun mahu hentikan mereka berdua?” tanya Echad sambil tersenyum sinis.

“Sumpah Echad. Aku rasa bersalah buat kau macam tu. Tapi…”

“Tapi apa?” pintas Echad.

“Kami rasa bersalah sangat-sangat. Melur nak bagitahu kau pasal benda tu, tapi Razan ugut dia,” kata Acha cuba mempertahankan dirinya dan arwah Melur.

“Budak Razan tu ugut apa?”

“Razan ugut nak dedahkan yang Melur mengandung!”

“Perempuan sundal… aku tahu dia mengandungkan anak luar nikah Razan. Sebab itu, aku bunuh dia,” ujar Echad lagi, seolah-olah sedang bercakap dengan dirinya. Riak wajah Echad pula tidak dapat dibaca. Sekejap dia sedih, sekejap dia ketawa sendirian.

“Kau pulak… mengandungkan anak siapa?”

Pertanyaan yang dilontarkan oleh Echad itu membuatkan kalimah istigfar meluncur keluar dari lidah Acha.

“Apa perasaan kau bila berkawan dengan sundal…” Echad terhenti seketika. Kemudian, dia menjerit lagi. “Jangan panggil Melur aku sundal!”

Ketika itu, Acha dan Husna saling berkongsi renungan. Echad memang dah gila.

“Nanti… bila aku dah hantar kau ke neraka, kirim salam aku pada Melur ya?” Echad bersuara lagi. Kali ini dengan mata pistol dihalakan ke arah Acha dan Husna.

“Echad…”

“Acha, tolong cakap yang aku masih mencintai dia. Setulus hati aku…” Ketika Echad sedang kusyuk menyusun ayat, entah dari mana seorang lelaki menerkam tubuh Echad membuatkan Echad terjatuh di atas lantai. Pistol Echad tercampak jauh.

“Kau nak buat apa, hah?” tempikAfiq lalu menghadiahkan tumbukan tepat di pipi Echad. Pistol tadi pantas diambil oleh Naim lantas diacukan ke arah Echad yang sedang bergelut dengan Afiq yang berbalut kepala itu.

“Aku nak bunuh korang. Sesiapa yang menyaksikan aku jadi pembunuh tidak boleh terus hidup,” kata Echad lemah selepas wajahnya ditumbuk berulang kali olehDr Izwan.

“Tak cukup dengan satu dosa membunuh yang kau buat?” tanya Afiq tiba-tiba yang sedang dipapah oleh Ummu. Kepalanya masih tersisa pening meski tidak seperti ketika dia bangun tidur tadi.

“Tuhan dah lama tinggalkan aku. Peduli apa aku pasal dosa!” Satu lagi tumbukan hinggap di pipi Echad.

“Tuhan berikan kau ujian sikit, dan kau dah jadi begini? Echad! ALLAH tidak pernah tinggalkan umatnya. ALLAH sentiasa bersama umatnya yang turut mahu bersamanya. Tanya diri kau Echad, selama kau meminta dari TUHAN, pernahkah kau tunaikan apa yang TUHAN minta daripada kau?”

Echad terdiam. Wajah Afiq ditatap oleh Echad. Inikah Afiq yang dia kenal dulu?

“Cukuplah dengan satu dosa yang kau lakukan. Aku tak nak tengok seorang kawan yang aku kenal, buat semua ini. Cukuplah nyawa mereka yang kau bunuh!” kata pula Acha.

“Aku kawan kau?” tanya Echad tidak percaya.

“Kau tetap kawan aku walaupun aku tak ingat apa-apa,” tutur Afiqpulayang kemudian membuatkan Echad menangis teresak-esak seperti bayi yang kehilangan susu.

“Orang pertama yang memanggil aku sebagai kawan…”

Wajah Echad sekadar direnung oleh Afiq. Afiq bangun perlahan-lahan. Acha tidak dapat menahan sebak. Air matanya tumpah jua.

Ya, Acha mengaku bahawa dia telah menggunakan Echad untuk kepentingan dia. Dan dia terpaksa juga mengaku Echad pada hari ini ialah raksasa yang mereka, mahasiswa UTDM sendiri bina hasil daripada buli dan pulau hanya kerana Echad berbeza dengan mereka.

“Echad… kau tetap kawan aku,” tutur Acha tiba-tiba sambil menghulurkan tangan ke arah Echad.

Namun, belum sempat Echad mahu membalas huluran tangan Acha tiba-tiba sahaja Dr Izwan menepis tangan Acha. Wajah Acha tajam direnung oleh Dr Izwan. Kemudian, Dr Izwan menghampiri Echad yang terlentang di atas lantai lalu meletakkan lututnya di atas peha Echad untuk menghalang Echad daripada bergerak.

“Kenapa?” tanya Acha bingung.

“Dia tetap seorang pembunuh walaupun kamu semua menganggap dia sebagai seorang kawan. Aku tak nak nanti dia jadi gila lagi, masa tu habislah! Naim, bawak tali yang kita ambil masa jumpa Ummu dulu!” Naim mengangguk lalu membuka beg galasnya dan mencampakkan seutas tali kepada Dr Izwan.

“Aku percayakan Echad!” Afiq meninggikan suaranya.

Namun, Dr Izwan tidak mempedulikan Afiq, sebaliknya dia menolak tubuh Echad membelakanginya lalu tangannya menarik tangan Echad ke belakang lalu mengikatnya dengan tali. Anehnya, Echad tidak meronta walau sedikit pun.

“Aku percayakan dia!”

Dr Izwan bangkit lalu menggengamkan koler baju Afiq.

“Dengar sini budak! Aku tahu kau mungkin menghargai apa yang bernama persahabatan, tetapi percayalah kepercayaan kau tak berguna di sini. Persahabatan tidak akan membawa kau ke mana pada saat ini dan orang gila macam dia, perlu di kawal! Lagi pun kau tak ada sebarang memori mengenai lelaki di hadapan kau! Jangan nak bajet hero!”

Naim mengangguk setuju. Afiq tergamam. Echad pula masih kaku di atas lantai.

“Kau ialah main of faith, tapi aku ialah man of science!” tutur Dr Izwan lagi.

Tiba-tiba baju Afiq ditarik oleh Ummu. Afiq yang sedang bertengkar dengan Dr Izwan itu menepis. Namun, Ummu menarik baju Afiq buat kali kedua. Kali ini Afiq menoleh dengan wajah yang membengis.

“Ada apa?” tanya Afiq dalam nada suara yang agak tinggi membuatkan riak wajah Ummu berubah serta merta.

“Errr… dinosaur!” tutur Ummu sambil menundingkan jarinya ke arah kawanan Velcoiraptor yang muncul dari hujung koridor. Afiq menoleh pantas. Serta-merta, wajah Afiq bertukar pucat.

Echad mendongak melihat beberapa ekor Velociraptor sedang melangkah ke arah mereka sambil membuat bunyi nyaring dengan mulut mereka. Ketika itu, mereka berdua serentak menoleh belakang. Kelihatan beberapa ekor Velociraptor muncul lagi, tetapi kali ini dari arah yang bertentangan.

“Kita dah terkepung…” tutur Dr Izwan.

Echad cuba bangkit namun tak terdaya.

“Aku tahu jalan lain untuk keluar dari sini!” tutur Echad tiba-tiba.

“Mana?” tanya Naim.

“Tapi, sebelum tu tolong lepaskan aku!” kata Echad. Afiq menghampiri Echad yang terbaring itu namun bahunya disentuh oleh Dr Izwan. Jelingan daripada Dr Izwan seperti memberi amaran kepada Afiq apa yang dilakukan olehnya bakal mengundang bahawa.

“Aku percayakan sahabat aku. Ingat, kau ialah man of science. Aku ialah man of faith,” gumam Afiq lalu menepis tangan Dr Izwan.

Afiq kemudian meleraikan tali yang mengikat tangan Echad.

“Mana jalan keluar?” tanya Afiq.

“Terima kasih,” ucap Echad. “Fiq, kau nampak tingkap tu. Lompat di tingkap itu.Di luar ada beberapa buah jip lama milik pembina muzium ini. Jip itu masih boleh digunakan dan jip itulah yang membawa aku dan ahli kumpulan aku ke sini. Gunakan jip itu untuk pergi dari sini! Nah, ini kuncinya!”

“Kau kena ikut aku!” kata Afiq sambil sempat menjeling ke arah Velociraptor.

Echad menggelengkan kepalanya sambil tersenyum.

“Biar aku yang jadi pengumpan kepada mereka sementara kau tinggalkan tempat ini dengan ahli kumpulan kau. Mungkin ini satu-satunya cara untuk aku cuci dosa aku!” Echad berkeras.

Afiq tiba-tiba merangkul tubuh Echad lalu sempat membisikkan sesuatu.

“Maafkan kami. Kau jadi begini pun sebab kami dulu…”

Echad mengangguk sambil tersenyum.

“Semoga kau mampu keluar dari sini. Dan… semoga Ummu menjadi milik kau,” bisik Echad lagi.

“Pergi…” Echad menggumam lagi.

Afiq mengangguk lalu melompat keluar ke tingkap sementara Echad menjerit-jerit mencabar kawanan Velociraptor di dalam sana. Mujurlah mereka berada di tingkat paling bawah muzium itu. Tubuh Afiq dipenuhi serpihan kaca yang pecah.

“Seorang demi seorang,” teriak Afiq memberi arahan.

Ummu memanjat ruang tingkap lalu berjaya keluar. Afiq memapah Ummu yang luka di peha akibat ditikam oleh pisau Echad. Acha turut sama. Namun, ketika Husna cuba untuk keluar, sesuatu yang buruk berlaku. Hujung kasutnya tiba-tiba ditarik oleh seekor Velociraptor.

“Lepaskan aku!” teriak Husna sambil menendang-nendang kepala Velocraptor.

Ketika itu, Dr Izwan muncul sambil menghayunkan sebatang besi yang tepat mengenai kepala Velociraptor. Husna berjaya menyelamatkan dirinya.

“Naim! Giliran kau!” teriak Dr Izwan.

Naim membetulkan kaca matanya lalu mengangguk.Naimberundur beberapa tapak ke belakang, mencari jarak untuk terus melompat melalui tingkap yang terbuka luas itu. Dan… seekor Velociraptor melompat ke arahnya sambil mengacukan kuku yang bertindak sebagai taji di kaki.

“Naim!” teriak Afiq memberi amaran kepada Naim.

Bam! Seseorang tiba-tiba menolak Naim ke tepi... darah membuak-buak keluar dari mulutnya. Taji Velociraptor menikam tepat dadanya. Ketika itu, kedengaran raungan kemenangan Velociraptor lalu kepala Echad yang terkulai layu dimamah oleh Velociraptor.

“Echad…” gumam Naim yang tergamam melihat apa yang berlaku. Naim sedang terbaring di atas lantai.

Naim cuba untuk bangun tetapi kakinya pula yang terseliuh. Mungkin ketika tubuhnya ditolak oleh Echad. Afiq menggelengkan kepalanya melihat Naim. Pantas Afiq melompat masuk ke dalam muzium itu.

“Fiq! Jangan!” panggil Ummu dan Acha serentak ketika Afiq cuba menjadi hero.

“Cepat!” Afiq memeluk lengan Naim lalu membantu Naim untuk berdiri. Kemudian, mereka sama-sama berlari ke arah tingkap lalu Afiq membantu Naim untuk berdiri sementara Dr Izwan terus menerus menghayunkan besi untuk menghalang seekor Velociraptor pun mendekati mereka.

“Izwan! Naik sekarang!” arah Afiq.

Dr Izwan mengangguk. Sebelum itu, dia melemparkan besi tadi ke arah kawanan Velociraptor lalu memanjat keluar.

“Nampak tak jip kat sana?” kata Afiq.

“Ada dua jip,” gumam Naim.

“Aku, Ummu dan Acha naik jip yang itu. Izwan, bawa Naim dengan Husna naik jip yang lain,” arah Afiq tergesa-gesa sambil sempat melontarkan jelingan ke arah Velociraptor yang cuba memuatkan diri mereka memasuki ruang tingkap yang kecil itu.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.