“Saiful… nenek rindukan Saiful…”
Suara tangisan seseorang yang sangat rapat dengan Saiful menyapa telinganya. Terpisat-pisat Saiful membuka matanya. Wajahnya kini
dibasahi peluh. Suara neneknya tadi barangkali merupakan mainan tidur. Badan Saiful
terasa lenguh dan sakit. Mata Saiful ditalakan ke sekelilingnya. Keadaan
pesawat yang membawa dirinya kelihatan teruk sekali. Banyak jasad yang tidak
lagi bernyawa kelihatan terperangkap di kerusi mereka.
“Tolong
saya!”teriak
Cik Mia yang sedang dikelilingi oleh tiga orang lelaki.
Sebaik sahaja suara Cik Mia menyapa
cuping telinganya, tenaga baru seolah-olah mengalir dalam saraf tubuh Saiful.
Pantas Saiful merentap tali pinggang kaledarnya lalu bergerak ke arah punca
suara. Kelihatan tiga orang lelaki sedang
mengelilingi Cik Mia yang sedang tersandar di sebatang pokok besar. Barangkali
lelaki itu merupakan penumpang pesawat yang terhempas di lantai hutan itu.
“Lepaskan
perempuan tu,” gumam Saiful Hawiz. Tiga orang lelaki tadi menoleh ke belakang.
Salah seorang daripada mereka tiba-tiba mengeluarkan sepucuk pistol lalu
mengacukannya ke arah Saiful.
“Aku
dah bagi amaran...” tutur Saiful bosan.
Mata
pistol itu tiba-tiba disentuh oleh Saiful Hawiz. Kemudian, dengan kekuatan yang
ada, Saiful menolak mata pistol ke atas. Si lelaki tadi cuba untuk melawan
tetapi kekuatan yang dimiliki oleh Saiful memang mengagumkan. Tembakan
dilepaskan, tetapi sekadar di udara. Kemudian, Saiful memegang erat mata picu
pistol itu.
“Aku
tak kisah yang tangan aku akan berlubang untuk Cik Mia.”
Suara
Saiful kedengaran sangat dingin ketika menuturkan perkataan itu. Kelihatan Cik
Mia cuba melindungi bahagian tubuhnya yang terdedah dengan tangan. Baju kurung
hijau yang sinonim denganwanita ayu itu koyak dikerjakan oleh tiga orang
manusia tadi.
Si
lelaki tadi cuba menarik pistol itu daripada tangan Saiful, namun tidak
berjaya. Sekali hayunan kaki sahaja membuatkan si lelaki tadi tercampak ke
belakang. Dua orang rakannya yang memerhati sahaja cuba menyerang Saiful Hawiz
dari belakang, namun semuanya dielak dengan senang oleh Saiful. Kemudian,
tangan Saiful mencapai leher salah seorang daripada manusia durjana yang cuba
merogol Cik Mialalu mencampakkannya ke semak yang berhampiran. Kemudian, Saiful
menghadiahkan sebuah penumbuk kepada lelaki yang telah mengoyakkan baju kurung
Cik Mia.
“Aku
kira sampai tiga, kalau korang tak pergi dari sini, aku akan...”
Belum
sempat Saiful menghabiskan kata-katanya, tiga orang manusia durjana tadi membuka langkah seribu. Kemudian,
pandangan mata Saiful hinggap pada Cik Mia yang sedang duduk sambil berpeluk
tubuh. Saiful
tiba-tiba membuka kemeja bajunya.
“Saiful...
jangan buka...” gumam Cik Mia yang tergagap-gagap. Tak akanlah Saiful menghalau
lelaki jahat tadi hanya kerana dia mahu menikmati aku seorang diri? Tidak! Saiful
bukanlah orang yang macam itu, getus hati Cik Mia.
“Saya
tak buat apa-apalah,” tutur Saiful sambil mencampakkan baju kemejanya untuk
pada Cik Mia. “Pakai baju saya dulu. Saya tak kisah sekadar berseluar jeans
ni.”
Cik
Mia sekadar menelan air liur yang tiba-tiba terasa mengental di kerongkong
ketika melihat betapa sasanya dan berotot tubuh anak muridnya yang bernama Saiful
Hawiz itu.
Kelihatan Saiful berjalan ke arah bangkai pesawat untuk mencari apa-apa yang
boleh digunakan untuk proses kekal hidup di atas dunia asing itu.
***
Seorang
lelaki sedang terlentang di lantai sebuah hutan tropika yang semua pokoknya
tumbuh sombong, tinggi melampai sambil memerhatikan lelaki yang memakai jersi
Liverpool itu membuka matanya. Rambutnya sedikit berdebu terkena tanah di bawahnya.
Si trouble maker Universiti Tun Dr
Mahathir, membuka matanya.
“Ummu?
Zaff?” Nama dua orang sahabatnya itu timbul di bibirnya sebaik sahajasedar daripengsan.
Kelihatan sebuah kerusi empuk tersangkut di atas pokok di atasnya. Barangkali
dia terjatuh bersama kerusi pesawatnya, dan mujurlah pokok di atas itu
menyelamatkannya.
Afiq
menoleh ke kirinya, namunbayang
Ummu yang dicari tidak ketemu. Dia cuba bangkit
namun kepalanya terasa pening. Spontan, kalimah istighfar terbit dari lidahnya.
Terdapat kesan darah yang masih segar. Afiq kemudiannya menggagahkan dirinya
untuk bangkit.
“Aku
kat mana ni?” tanya Afiq namun soalannya tidak menemui jawapan.
Afiq
melihat sekelilingnya. Pokok-pokok yang tumbuh di sekelilingnya kelihatan
sangat ganjil, dan seumur hidupnya, Afiq tidak pernah melihat pokok yang
sebegitu rupa. Tekaknya terasa haus secara tiba-tiba.
Seekor
haiwan yang aneh sedang merangkak di sebelahnya. Haiwan itu kelihatan berbulu
yang sangat lebat. Kehadiran Afiq di tempat itu langsung tidak mencuri
perhatian si haiwan tadi. Sebaliknya, si haiwan tadi meneruskan perjalanannya
ke destinati.
Afiq
mengatur langkah mengekori haiwan tadi. Dia di bawa ke sebuah sungai yang
sangat lebar. Afiq hampir tidak dapat melihat apa yang berada di seberang sana. Perasaan syukur terbit di hati Afiq.
Sekurang-kurangnya Afiq boleh membasahkan anak tekaknya.
“Alhamdulilah...”
tutur Afiq sambil tunduk untuk meminumnya. Ketika sedang kusyuk minum, jeritan
seseorang menyapa cuping telinganya. Afiq mendongak, lalu memasang telinga. Haiwan
berbulu tadi pantas menyelam ke dalam sungai, mungkin terkejut mendengarkan
jeritan yang agak asing di telinganya.
“Sesiapa
sahaja! Tolong saya!” Suara itu bergema lagi. Afiq pantas bangkit. Ini
bermakna, dia tidak keseorangan di lantai hutan itu. Apa yang didengarnya bukan
fantasi tetapi seorang gadis sedang dilingkari oleh bahaya.
“Jangan
makan aku!”
Afiq
terus membuka langkah seribu, bergerak ke arah punca jeritan. Selepas lama
berlari, dia singgah di sebuah tempat yang kelihatan seperti sebuah sarang.
Seorang gadis dalam pakaian baju kebaya biru, pakaian asasi untuk pramugari Malaysia
Airlines sedang menangis teresak-esak
apabila belakang tubuhnya dipijak oleh seekor mahkluk aneh.
Beberapa
dinosaur berbulu yang setinggi pinggang
manusia sedang berdiri mengelilingi Husna
seorang. Kelihatan beberapa biji telur yang dijaga oleh seekor yang agak jauh dari Husna. Mungkin itu ialah
ketua kawanan specis dinosaur itu.
“Hus...”
Belum
sempat Afiq mahu menjerit memanggil nama Husna, seseorang tiba-tiba memegang
mulutnya lalu menarik dirinya untuk bersembunyi di dalam semak yang
berhampiran. Afiq menoleh ke belakang, seorang lelaki yang berkemeja putih, berseluar
slack serta berkaca mata sedang merenung tajam ke arahnya. Seorang lelaki
yang berambut putih uban, juga berkaca mata serta berwajah cengkung, sedang
erat menggengam komputer riba,
berada di sebelah lelaki berkemeja putih itu.
“Apa
yang korang buat kat sini?” tanya Afiq.
“Bersembunyi,”
jawab Dr Izwan, pendek. Naim di sebelahnya mengangguk setuju.
“Dan,
apa benda tu?” tanya Afiq.
“Dinosaur
species Troodon. Antara haiwan
dinosaur yang terbijak pernah dunia lihat. Biasanya menyerang dalam kawanan,
dan tidak akan sesekali terpisah. Mereka walaupun kecil, tapi geliga,” tutur
Naim seperti membaca sahaja maklumat itu daripada buku.
Afiq
terlopong tidak percaya.
***
Cik
Mia sedang teresak-esak menangis di satu sudut. Saiful Hawiz sekadar
melontarkan renungan kosong ke
arah Cik Mia. Wajah ayu gurunya yang masih menyarungkan
kemejanya ditatap
penuh sayu oleh Saiful.
“Cik
Mia okey?” tanya Saiful yang melabuhkan punggungnya di sebelah Cik Mia. Cik Mia
mengangguk pendek.
“Kita
kena cari bahagian hadapan pesawat yang terpisah. Kat sana, saya boleh cari
baju saya dan Cik Mia tak perlu pakai baju saya lagi,” tutur Saiful yang
kemudian, mahu bangkit. Namun, pergelangan tangannya dicapai oleh Cik Mia.
“Kenapa
awak baik sangat dengan saya?” tanya Cik Mia tiba-tiba.
Saiful
Hawiz tersenyum.
“Sebab
Cik Mia baik dengan saya,” tutur Saiful.
Kening
Cik Mia terangkat. Saiful tersenyum lagi kembali duduk di sebelah Cik Mia.
“Cik
Mia ingat lagi tak masa hari pertama saya kat kampus dulu?”
***
Saiful
Hawiz yang hanya berbaju-T hitam dan berseluar jeans biru yang koyak di bahagian
lutut itu melangkah di koridor yang akan membawanya ke dewan kuliah. Sebaik
sahaja kakinya menyentuh ke dalam dewan itu, semua mata di situ terus fokus ke arahnya.
“Kenapa
pandang aku? Aku bukannya artis untuk korang pandang!” Perkataan itu meluncur
selamba daripada mulutnya. Beberapa orang berbisik-bisik melihat tingkah Saiful
yang aneh itu.
Saiful
melangkah ke arah kerusi yang masih kosong di bahagian belakang, lalu duduk di
situ. Dia tidak langsung menegur pensyarahnya yang sedang berdiri, seolah-olah Cik Mia ialah tunggul kayu.
Saiful
kemudiannya mengeluarkan MP3 dari
beg galasnyalalu menyumbatfon telinga ke lubangtelinganya.
Saiful kemudiannyamemejamkan
matanya, sambil kepala ditalakan menghadap siling dewan.
“Assalamualaikum.
Anda semua sudah mengenali saya. Saya ialah pensyarah anda untuk subjek
Introduction to Phsycology. Nama saya Mia Hanez, dan saya lebih suka kamu panggil
saya sebagai Cik Mia. Jadi, sebelum kita belajar, saya perlu kenal dengan
setiap orang antara anda. Anda boleh ceritakan apa-apa pasal anda... kita
mulakan dengan, anda,” tutur Cik Mia sambil menundingkan jarinya ke arah Afiq
yang sedang kusyuk berbual dengan Ummu. Apa lagi, menggelabah Afiq bangkit
sambil menggaru belakang kepalanya.
“Assalamualaikum
semua. Nama saya Muhammad Afiq binZaki. Panggil saya Fiq,” tutur Afiq sambil
mengusutkan
rambutnya. “Cita-cita saya nak jadi penulis. Dan, saya tak sangka dapat masuk
dalam Universiti Tun Dr Mahathir, sebuah universiti terbaik di Malaysia.
Mungkin nasib saya atau ayah saya ada orang dalam...”
Kepala
Afiq ditolak dari belakang. Afiq pantas menoleh dan, Hafeez yang sedang duduk
sambil diapit oleh dua orang gadis jelita itu tersenyum sinis. Afiq berundur
beberapa tapak ke belakang sambil memegang kepalanya yang sakit.
“Kau
dari orientasi tu asyik cari gaduh dengan aku!” Afiq berang dengan sikap
Hafeez. Jari hantunya ditundingkan ke arah Hafeez. Hafeez tiba-tiba
menggelengkan kepalanya.
“Cik
Mia, saya tak tahu apa yang saya dah buat, tapi budak ni sengaja cari pasal,”
tutur Hafeez sambil mempamerkan wajah tidak bersalahnya.
Afiq
lantas memanjat kerusinya, untuk naik ke kerusi yang diduduki oleh Hafeez.
Keadaan dewan itu yang mempunyai kerusi-kerusi yang condong ke bawah, memaksa
Afiq perlu berbuat seperti itu kalau tidak mahu menggunakan tangga.
“Aku
nak bunuh kau!” teriak Afiq sambil menghadiahkan sebuah tendangan yang
kemudiannya tepat mengenai dada Hafeez. Dua orang rakan perempuan Hafeez itu bangkit kerana tidak menjangkakan
tindak balas yang sebegitu
daripada Afiq.
Hafeez
sedang terbaring sambil memegang dadanya. Zaff bangkit lalu memegang Afiq dari
belakang, tidak mahu sesuatu yang buruk dilakukan oleh Afiq yang panas baran
itu.
“Trouble
maker...” tutur Saiful sambil tersenyum dari jauh, memerhatikan tingkah Afiq
dan Hafeez. Dia kembali memejamkan matanya, melayan alunan lagu. Kekecohan yang
berlaku dalam dewan itu langsung tidak dipedulikan. Dan akhirnya... dia
terlelap sambil kakinya diletakkan dalam posisi silang di atas kerusikosongdi bawahnya.
Selepas
pergaduhan itu berjaya dileraikan oleh Cik Mia dan Zaff. Sesi perkenalan
diteruskan dengan beberapa orang memperkenalkan diri mereka di hadapan kelas,
manakala Afiq dipisahkan tempat duduk dengan Hafeez.
“Saya
nak kamu, kenalkan diri sekarang!” pinta Cik Mia dari jauh. Saiful masih
tertidur. Tidak semena-mena, fon telinganya tercabut dari MP3 Saiful, lantas
lagu bergenre heavy metal yang
dilayan oleh Saiful memenuhi seluruh isi kelas.
Cik
Mia tersenyum sambil menggelengkan kepalanya. Ada pelbagai ragam yang harus
dihadapinya sepanjang dia mengajar di situ.
Afiq, Saiful Hawiz, Ahmad Naim dan beberapa wajah yang sempat
dikecamnya. Dengan tenang,wanita ayu itu melangkah sambil berpeluk tubuh ke
arah Saiful.
“Assalamualaikum
cik abang,” tutur Cik Mia sambil menarik fon telinga Saiful. Lantas, mata Saiful
terbuka dan, jejaka itu spontan berdiri di hadapan Cik Mia.
“Waalaikumussalam...
cik..”
“Panggil
saya Cik Mia,” tutur Cik Mia sambil tersenyum. Saiful Hawiz jelas terpanar pada senyuman itu. Lirikan yang
begitu menggoda, lesung pipit yang mencairkan dan renungan mata yang menikam.
“Kenapa
Cik Mia boleh ada kat sini? Bukan ke Cik Mia ada kat depan sana...”
“Saya
boleh berjalan. Itu kalau kamu sedar apa yang saya boleh buat,” tutur Cik Mia,
lembut tapi nada suaranya kedengaran tegas.
“Kenapa
saya berdiri?” tanya Saiful tiba-tiba.
“Sebab
kamu kena perkenalkan diri kamu kepada semua orang dalam kelas ini. Apa kata
kamu pergi hadapan, dan perkenalkan diri kamu kepada seluruh isi kelas?”
Saiful
menggelengkan kepalanya.
“Siapa
setuju dengan saya yang abang kacak ini pergi ke depan, perkenalkan diri dia?”
Kelihatan
berpuluh-puluh tangan di angkat ke udara kecuali Ahmad Naim. Lelaki itu sudah
membuka komputer ribanya, seperti menaip sesuatu. Bibirnya bergerak seperti
menggumam, “So childish.”
“Cik
Mia yakin kamu boleh,” ucap Cik Mia memberi semangat kepada Saiful Hawizketika jejaka tinggi
lampai itu melangkah menuruni tangga untuk ke hadapan dewan itu.
“Nama
aku Saiful Hawiz. Hobi aku baca buku dan bersendirian di gim. Aku tak ada mak
bapak. Mereka dah mati lama. Aku tinggal dengan nenek aku. Tinggi aku 190 cm,
berat aku dalam 80 Kg buat masa ni. Aku dapat masuk Universiti Tun Dr Mahathir
atas nama biasiswa. Nenek aku tak mampu. Aku tak suka berkawan dengan korang.
Bagi aku jalan cerita hidup korang membosankan berbanding dengan aku... dan
korang boleh menangis sekarang. Terima kasih sebab dengar cerita aku yang
menyedihkan ni.”
Suasana
bisu memenuhi seluruh isi dewan syarahan itu. Sesi pengenalan diri oleh Saiful
Hawiz memang sangat mengejutkan. Mereka tidak sangka ucapan pengenalan diri
yang sebegitu pernah wujud. Ketika Saiful Hawiz melintas di hadapan Cik Mia,
cuping telinganya dapat menangkap satu bisikan daripada gurunya itu.
“Cik
Mia akan tolong kamu, waktu susah ataupun senang.”
***
Koler
baju Dr Izwan digenggam erat oleh Afiq. Mata lelaki itu turut direnung tajam
oleh Afiq. Kemudian, sebuah tumbukan hinggap di pipi Dr Izwan.
“Aku
tak tahu kau siapa, tapi yang sedang berada depan kau ialah seorang perempuan.
Nyawa dia dalam bahaya dan kau orang adalah dua orang lelaki, yang ada akal dan
kudrat, apa yang korang buat?” tutur Afiq geram.
“Kau
nak kita mati demi seorang perempuan macam dia?” tutur Dr Izwan sinis, sambil
melontarkan renungan ke arah Husna yang seperti sudah hilang semangat untuk
hidup.
“Kau
sama sekepala dengan dia ke Naim?” tanya Afiq.
“Aku
genius. Aku bertindak berdasarkan akal dan fikiran aku. Bukannya berdasarkan
emosi yang aku kandung,” tutur Naim sambil membetulkan kaca matanya. Afiq
kemudian meludah berang dengan sikap yang dipamerkan oleh Dr Izwan dan Naim.Dia melepaskan Dr Izwan.
“Aku
akan tunjukkan kat korang apa itu kemanusian!” Afiq bangkit sambil mengambil
sebatang kayu. Dia berdiri penuh cekal, sambil menghadap ke arah kawanan Troodon.
Terdapat empat ekor semuanya.
“Lawan
korang ialah aku! Tinggalkan budak perempuan tu!” teriak Afiq sambil
melontarkan kayu itu ke arah telur yang sedang dijaga dengan elok oleh seekor Troodon
yang bertindak seperti ketua kawanan itu. Apa lagi, meraunglah tiga ekor
dinosaur itu apabial dua biji telurnya pecah.
“Dia
dah gila ke?” tutur Dr Izwan tidak percaya dengan apa yang dilakukan oleh Afiq.
“Kepala
otak dia memang gila. Kalau tak, tak akan dia digelarkan trouble maker.”
Afiq
berlari berundur sambil melambai ke arah tiga ekor Troodonyang sedang mendengus
kasar. Seekor melompat mahu membaham Afiq namun Afiq ligat mengelak. Dia ketawa
melihat si Troodontadi.
Seekor berlari mengejar Afiq dari belakang. Afiq apa lagi, membuka langkah
seribu. Lariannya lebih pantas daripada dinosaur rendah itu sehinggalah...
entah dari mana muncul pula seekor Troodon yang lain di depannya. Afiq menoleh
ke belakang. Dia terkepung.
Ya ALLAH, kau selamatkanlah aku.
Serentak
itu, bunyi berdengung
menyapa telinganya. Afiq melihat sebuah sarang lebah yang tersemat kemas pada dahan pokok, tepatdi
atas kepala dua
ekor dinosaur tadi. Senyuman
terukir di wajah itu. Afiq mengambilsebiji batu lalu
dilontarkan ke arahsarang
tebuan itu.Lalu amukan
ribuan sang lebah keluar berlumba-lumba dari sarang untuk mencari sang pelaku.
Afiq
kembali berlari selepas berjaya mengalihkan
perhatian dua ekor Troodonyang dikacau oleh
kawanan lebah.
“Lebah!
Lari!” teriak Afiq dengan mimik muka yang serius. Husna terus menolak seekor Troodon yang memijaknya itu ke
belakang, lalu mencapai tangan Afiq yang dihulurkan untuknya. Mereka berdua
bergerak ke arah sungai yang berhampiran. Tidak lama kemudian, kelihatan Dr
Izwan terpaksa melakukan hal yang sama dengan Naim. Sang lebah sudah sampai ke tempat mereka
bersembunyi.
“Selamat
datang ke dalam sungai kawan,” tutur Afiq ketika melihat Dr Izwan dan Naim
merenung ke arahnya dengan pandangan yang tidak puas hati.
“Kau
basahkan kami,” tutur Naim geram sambil melihat bagaimana kawanan Troodon meninggalkan sarang mereka dari dalam
sungai. Kawanan Troodonitu
tewas pada sekumpulan lebah akhirnya.
“Terima
kasih, awak,” ucap Husna tiba-tibamemeluk Afiq. Apa lagi, merah wajah
budak nakal itu. Darah tiba-tiba mengalir dari hidungnya.
“Weyh
Husna, kau dah buat budak tu naik ‘tocang’. Selamba sahaja perkataan itu
meluncur keluar dari mulut Dr Izwan. Husna pantas meleraikan pelukannya,
membuatkan Afiq yang masih tergamam dengan apa yang berlaku. Naim pula sekadar
tersengih melihat Afiq. Dia kemudian mengekori Dr Izwan berenang ke permukaan.
“Kita
kena cari tempat jauh dari sini. Aku tak nak kita cari pasal dengan
binatang-binatang pelik tu lagi,” tutur Dr Izwan.
Husna
kemudian berenang ke permukaan, meninggalkan Afiq yang masih berendam.
Tersenyum Husna melihat telatah Afiq yang mencuit hatinya. Apa-apa pun, Afiq
telah menjadi hero dalam hidupnya.
“Afiq,
naiklah cepat. Hari dah nak malam!” teriak Naim sambil memegang komputer
ribanya. “Nasib baik komputer aku ni kalis air.”
Afiq
mengangguk.
***
Afiq
sedang memerhatikan sahaja api yang sedang marak membakar ungun yang susah
payah dihidupkan oleh Dr Izwan seorang diri. Naim pula sedang kusyuk bermain
dengan komputer ribanya manakala Husna sedang duduk sambil berpeluk tubuh di
satu sudut tempat mereka bermalam itu.
“Kita...
kat mana ni?” tanya Afiq tiba-tiba. Memangpersoalan itulah yang
bermain di minda mereka semua, namun tiada seorang pun yang punya keberanian
untuk melontarkan pertanyaan. Mereka takut berdepan dengan realiti.
“Kalau
kau bagitahu korang, aku harap korang boleh terima benda yang aku cakap dengan
sabar dan tenang, juga tabah,” tutur Naim yang hanya disuluhi cahaya komputer
ribanya yang dikatakan menggunakan tenaga solar sebagai bateri.
“Apa
dia Naim?” tanya Husna yang tiba-tiba bersuara. Sejak tadi, gadis itu sekadar
membisu.
“Tengok
ni. Ini ialah aplikasi peta yang aku download kat dalam komputer riba aku.Lokasi pesawat kita
terhempas ialah di tengah-tengah Laut China Selatan! Beberapa puluh kilometer
dari Pulau Eurasia,” gumam Naim.
Dr
Izwan yang sedang mencucuh kayu api itu tiba-tiba bergerak ke arah Naim lalu
merampas komputer riba itu dari tangan Naim. Dia merenung tidak percaya skrin
komputer Naim.
“Jadi
ini bermakna...”
“Kita
terhempas di sebuah pulau yang tidak dicartakan. Sebuah dunia yang hilang...
kawan-kawan, dengar sini, Welcome to the
lost word! Dunia yang ALLAH lindungkan daripada kita selama
ini.” Serius Naim menerangkan mengenai dunia tempat mereka terperangkap.
Afiq
bangkit tiba-tiba lalu menendang pokok yang berdekatan dengannya untuk
melepaskan geram.
“Jadi...
macam mana kita nak balik?” tanya Husna.
“Ke
pantai. Kerana itu satu-satunya tempat untuk kita selamat,” kata Dr Izwan.
“Kita berharap adanya helikopter atau pesawat pasukan penyelamat yang
dikerahkan oleh kerajaan melintas pulau ini.”
“Hanya
kita sahaja?” tanya Afiq.
“Kalau
kita jumpa para survivor lain dalam
perjalanan. Sampai aje kat pantai, kita akan dirikan khemah. Kita akan tunggu
sampai kita diselamatkan,” ujar Dr Izwan lagi.
“Kalau
tak ada yang selamatkan kita?” Afiq tiba-tiba menyuarakan kemungkinan itu.
“Ucapkan
selamat tinggal kepada dunia kita!”
Husna
tiba-tiba menghadiahkan tamparan kepada Naim membuatkan Naim terkesima.
“Jangan
celupar sangat mulut tu, budak kecik!” Husna sedang bercekak pinggang manakala
Naim terlopong tidak percaya.
“Seorang
perempuan tampar aku?”
Husna
mengangguk sambil tersenyum.