“KLIEN setuju dengan konsep garden wedding
yang I usulkan tempoh hari. Ini details yang I bagi dia orang. You
tengok dulu, mana tahu ada yang perlu diubah. Minggu depan I jumpa mereka
semula,” ujar Eryna dengan panjang lebar.
Anak
mata Faiq bergerak laju memandang keseluruhan cadangan. Sesekali dia mengangguk
pantas dan tersenyum sehingga menampakkan lesung pipit yang samar di kedua-dua
belah pipinya.
“Shahmi
dah tengok?” soal Faiq.
Eryna
menggeleng perlahan sebelum menjawab, “dia kan sibuk sepanjang minggu lepas dengan
cadangan Karnival Kesihatan tu? I tak sempat langsung nak bagitahu.”
Faiq
menarik nafas panjang sebelum meletakkan kertas cadangan tersebut di mejanya. Shahmi,
sahabat yang sama-sama membuka syarikat Happy Eventually dengannya itu kini
tiada di pejabat kerana perlu hadir ke mesyuarat.
“You
kan memang
handal dengan wedding planner ni? Secara keseluruhan, I setuju. I rasa Shahmi
juga setuju.” Faiq berkata sambil menyandarkan tubuhnya di kerusi.
Eryna
yang manis berbaju kurung warna merah jambu pada pagi Jumaat itu tersengih. “I
tahu, bidang tu memang kepakaran I pun tapi kenalah semuanya go through
directors first, kan?”
Faiq
ketawa kecil manakala Eryna pula tersenyum sebelum bangun dari tempat duduknya.
Dia berlalu keluar dari bilik Faiq sebelum kembali memandang pengarah urusan
syarikat tempat dia bekerja itu.
“Oh
ya, sebelum I terlupa. Jadi ke lunch date kita?” usik Eryna.
Lelaki
itu mengerutkan dahi sebelum menepuk mejanya dengan perlahan. “Ya ALLAH, sorry
Eryna. I dah janji dengan Sheila nak jumpa dia tengah hari ini lepas solat
Jumaat di KLCC.”
Wajah
Eryna berubah sedikit selepas mendengar nama Sheila. Dia mengukir senyuman
sebelum menyoal, “Sheila? You kata you rimas dengan dia tapi kenapa you masih
nak penuhi pelawaan dia?”
Faiq
yang santai dengan t-shirt jenama Crocodile dan berjeans hitam itu tergelak. “We
need a job.Itu yang paling penting.”
Eryna
menggelengkan kepalanya sebelum menyambung kata-kata, “and you sacrifice
your feelings?”
Lelaki
berketurunan Melayu, Filipina dan Korea itu mengangkat bahunya dan
menjawab, “well… it doesn’t matter.”
Faiq
memandang saja Eryna yang berlalu pergi tanpa sepatah kata. Lelaki itu mengeluh
kecil. Sheila, gadis yang bekerja di Kedutaan Filipina itu adalah anak kepada
sahabat baik ayahnya.
Dia
tahu Sheila menyukainya tetapi dia hanya menganggap gadis itu seperti adiknya
sendiri kerana mereka telah kenal lama. Namun, Faiq melayannya dengan baik atas
dasar kerja dan persahabatan mereka.
Sheila mempunyai ramai kenalan yang terdiri daripada
orang-orang atasan dan secara tidak langsung, ianya memberikan keuntungan buat
Faiq yang memiliki syarikat pengurusan majlis.
Faiq
tidak pernah memberikan apa-apa harapan untuk Sheila dan dia pasti, gadis itu
mengetahuinya. Faiq tidak menafikan dia masih melayan Sheila hanya kerana ingin
mendapatkan peluang kerja.
Bunyi
telefon menyebabkan dia tersedar daripada lamunan. Faiq mengambil Iphone
miliknya dan membelek aplikasi WhatsApp yang mempunyai mesej baru.
Sheila : Honey, jadikan hari ni?
Faiq : InsyaALLAH
Sheila : Madam Kwan’s okey?
Faiq : Ok
Faiq
tersenyum kecil melihat mesej daripada Sheila. Gadis itu masih belum kenal erti
putus asa nampak gayanya. Datanglah berpuluh mesej sayang dan cinta sekalipun,
Faiq hanya buat tidak tahu.
******************************
PINTU masuk Fashion Queen Studio nampak begitu
sibuk pada pandangan Faiq. Lelaki itu baru saja keluar daripada bangunan sebelah
yang menempatkan syarikatnya di tingkat 3.
Faiq
menuju ke bangunan milik Fashion Queen Studio yang dikenali ramai itu. Kata
bahagian pentadbiran syarikat, cek untuk Happy Eventually sudah sedia untuk
diambil.
Lelaki
itu cepat-cepat melangkah untuk mengelak bahang matahari menyengat kulitnya. Ada beberapa orang sedang
menolak troli pakaian untuk dibawa masuk ke dalam lobi syarikat manakala
sebahagian lagi sedang berkerumun di suatu sudut.
“Oh,
Encik Aaron Faiq Lee rupanya. Nak jumpa Mrs Jazzy ke?” Penyambut tetamu di lobi
itu tersengih melihat Faiq yang muncul di hadapannya dengan berwajah kemerahan
akibat cuaca panas yang membahang.
Faiq
menggeleng perlahan sambil tersenyum. “Nak ke bahagian pentadbiran.”
“Okey,
sekejap.” Gadis itu menelefon seseorang sebelum membenarkan Faiq masuk ke dalam
syarikat.
Lelaki
itu menuju ke lif untuk ke tingkat 4. Dia memandang keseluruhan tingkat bawah
Fashion Queen Studio dan tersenyum. Moga cita-citanya untuk membawa nama Happy
Eventually akan berjaya suatu hari nanti.
Sejujurnya,
dia berasa begitu bersyukur mengenali Mrs Jazzy, wanita yang berjaya
mengembangkan nama dan syarikat miliknya di Malaysia.
Kebetulan,
dia terjumpa Mrs Jazzy di sebuah majlis peragaan fesyen di mana Happy
Eventually menjadi pengurus majlis tersebut. Wanita itu kemudiannya berminat
untuk mengambil mereka menjadi pengurus majlis setelah mendapat maklum balas
yang baik daripada syarikat lain tentang Happy Eventually.
Sebagai
tanda penghargaan, Faiq mula menjalankan misi perniagaannya sendiri dengan
mengambil servis jurufoto daripada Fashion Queen Studio untuk sebarang majlis
yang mereka kendalikan.
Usahasama
ini ternyata membuahkan hasil yang menguntungkan di kedua-dua belah pihak. Faiq
menjadikan wanita itu sebagai inspirasi untuk dia menjadi lebih berjaya kerana
Mrs Jazzy juga adalah seorang yang tidak lokek untuk berkongsi ilmu.
Jambatan
perniagaan mereka menjadi lebih baik apabila Mrs Jazzy mengusulkan pejabat
kosong yang terletak di sebelah bangunan miliknya untuk dijadikan pejabat baru
Happy Eventually.
“Oh!
Faiq! Nice to see you here my dear!”
Faiq
tersenyum lebar apabila bertembung dengan Mrs Jazzy yang keluar dari lif. “How
are you Mrs Jazzy?”
“I’m
good. See you later ya? I dah terlambat nak pergi meeting!” Mrs
Jazzy berkata dan kemudiannya ketawa girang.
Seorang
gadis mengikutinya dari arah belakang dengan beberapa buah fail di tangan kanan
dan penyangkut baju di sebelah kirinya.
Faiq
tersengih sendirian di dalam lif selepas pertemuan singkat dengan Mrs Jazzy.
Dia memandang jam di pergelangan tangan. Sudah hampir jam dua belas tengah
hari.
Lelaki
itu berura-ura untuk solat Jumaat di Masjid As-Syakirin yang terletak
berhampiran KLCC sebentar lagi. Dia perlu cepat ke sana untuk mencari ruang meletak kereta yang
pastinya akan sesak menjelang waktu solat.
Faiq
mampir ke ruang menunggu di sudut pentadbiran setelah memberitahu tujuannya
kepada salah seorang pekerja yang ada di situ.
“Faiq!”
Lelaki
itu segera mengangkat wajahnya yang sejak tadi membelek majalah fesyen di atas
meja dan bangun lalu menghulurkan tangannya untuk bersalam dengan Harith, salah
seorang pereka fesyen di situ.
“Dah
lama ke sampai?” soal Harith lalu mengambil tempat duduk berhadapan dengan
Faiq.
“Baru
saja.”
“Ada projek baru ke?”
Harith bertanya lagi sambil membetulkan kot warna oren dan putih yang
dipakainya.
Sekali
imbas, Faiq memerhatikan konsep pakaiannya. Unik tapi nampak pelik jika dia
sendiri yang memakainya. Ah, apa sangatlah yang dia tahu tentang fesyen? Kalau
disuruh reka cadangan untuk sebarang majlis, tahulah juga. Kalau fesyen? Habis
koyak rabak pakaian itu dikerjakan agaknya.
“Belum
lagi tapi kami tengah deal dengan majlis anak VVIP. Katanya dia mahu
cari fashion designer untuk rekaan baju pengantin. I dah bagi nombor
telefon you. Ada
dia telefon?” Faiq menyoal dan menutup majalah fesyen ditangannya.
Harith
mengerutkan dahinya seketika sebelum tersenyum kecil. “You mean anak
VVIP yang tokei kapal cruise tu ke? Ada. Dia ada telefon I tapi kami belum jumpa
lagi. You dah pernah jumpa dia ke?”
Faiq
mengangguk. “Sudah, tapi I bagitahu you awal-awal. Dengar saja apa yang dia nak
cakap.”
Harith
tiba-tiba ketawa. “I tahu apa yang you maksudkan! Dia telefon I tapi ceritanya
macam tak ada kesudahan!”
Lelaki
berdua itu sama-sama ketawa. Faiq menyambung kata, “dia baik tapi itulah. I pun
susah nak cakap.”
“I
know. Manusia ni bila dah ada duit, kadang-kadang dia ingat dia boleh beli
semuanya. Nak itu dan nak ini tapi tak reti nak buat keputusan. Masa kita ni
bukannya untuk dia saja, kan?
Kadang-kadang I penat melayan karenah klien.”
Faiq
tersenyum kecil mendengar keluhan Harith yang sudah hampir dua tahun
dikenalinya itu. Bagi Faiq, kepuasan klien itu yang terlebih dahulu diutamakan.
Walaupun
cadangan mereka kadang-kadang nampak sangat pelik pada pandangan Faiq, tetapi
lelaki itu tetap cuba
untuk merealisasikan impian mereka dalam bentuk pengurusan majlis kerana ianya
lahir daripada hati serta perasaan mereka sendiri. Itu adalah prinsipnya.