PECAH ketawa aku apabila Mr George
mengangkat Cherry, jurusolek yang berperwatakan lembut itu keluar dari studio.
Menjerit-jerit Cherry dibuatnya. Nah, terus keluar suara jantan!
Rayyan
pula berdekah-dekah ketawa. Itulah, siapa suruh mengganggu lagi Mr George
semasa dia sedang bekerja? Kata Rayyan, hanya Cherry atau nama sebenarnya Sabri
saja yang tidak tahu takut dengan Mr George.
“Anyone
wants me to do the same way toCherry?” Mr George muncul kembali sambil
berseloroh.
“Me!
Again! Again!”
Terburai
ketawa semua orang yang ada di studio apabila Cherry muncul kembali di sisi Mr
George sambil melompat-lompat sebelum akhirnya berlari keluar semula. Mr George
menepuk dahinya sebelum mengambil semula kamera yang terdampar di atas meja
berdekatan.
Aku
menggelengkan kepala sambil menahan ketawa. Sebetulnya assignments aku
di studio sebelah telahpun tamat. Senang apabila bersua muka dengan model yang
fotogenik dan tidak banyak karenah.
Wajah lawa, dengar kata,
pandai posingdan fotogenik. Cukup untuk membuatkan jurufoto menarik
nafas lega. Kebetulan Rayyan ada di studio sini, jadi aku ambil keputusan
sekejap untuk melihat cara Mr George bekerja.
“Kau tak pergi makan ke?”
soal Rayyan setelah kembali duduk di hadapan meja solek.
Elaine, gadis berbangsa
Eurasian yang juga seorang stylistitu segera menatarias wajah Rayyan.
Aku pula masih duduk di meja solek sebelah lagi sambil menyilangkan tangan.
“Kejap lagilah,” ujar aku
dan sempat pula menjeling jam dinding yang menghampiri angka satu.
“You nak keluar makan kat
mana?” soal Elaine.
“Bistro sebelah ni aje
kot.” Aku menjawab sambil membetulkan shawl di hadapan cermin besar.
“Alah, situ lagi ke?”
Elaine bertanya lagi sambil tergelak.
“Kenapa?”
Rayyan turut sama ketawa.
“Dia belum bosan lagi tu Elaine. Tunggulah sebulan lagi.”
“Kenapa?” Aku bertanya
lagi.
“Kami dah tak larat makan
situ. Nak cuba tempat lain jauh pula,” ujar Elaine sambil tersengih.
Aku tersenyum. “Sekarang
ni bolehlah. Silap-silap tak lama lagi I bawa bekal aje.”
“Eleh, rajin sangat nak
masak!” usik Rayyan.
“Ah, kau mana tahu!” Aku
berpura-pura menumbuk bahunya.
“Okeylah. Ria pun Rialah!
I nak minta tolong you tapaukan, boleh? Spageti Chicken Carbonara.” Elaine
berkata. Dia menggoncangkan spray rambut sebelum disemburnya ke rambut Rayyan
yang sudah dirias.
Aku melihat saja
perlakuannya. Kadang-kadang seronok juga tengok stylist ini. Sentuhan
mereka adakalanya seperti magic. Yang tak lawa pun boleh jadi lawa. Yang
lawa lagilah bertambah lawanya.
“Siapa yang nak pergi
tapau tu? I pun nak!” Mr George tiba-tiba bersuara.
“I pun! I pun!”
Melopong aku mendengar
suara beberapa orang krew pengambaran saling bersahutan. Elaine dan Rayyan pula
sudah tergelak.
“Tulis, tulis! Nanti I
lupa. Lepas tu, no money no talk!” Aku berseloroh sambil menjerit.
Tersengih-sengih aku
melihat mereka menulis pesanan masing-masing di dalam sebuah buku nota kecil
yang diberikan oleh salah seorang krew di situ. Aku bersyukur kerana mereka
semua di sini sangat baik dan saling membantu.
*******************************************************************
“EH, Ju!” Aku mengangkat muka
apabila melihat kerusi di hadapan aku ditarik.
“Oh,
Encik Faiq.”
“Hisy.
Tak payahlah nak berencik sangat. Faiq sudah,” kata lelaki itu sambil tersengih
sehingga menampakkan lesung pipit di kedua-dua belah pipinya.
Aku
ketawa kecil. “Baru nak makan ke?”
“Sibuk,”
ujarnya sambil membelek menu.
“Big
boss macam tulah.”
“Yang
awak ni lunchseorang saja kenapa?”
Aku
tersenyum kecil. Lunch memang seorang. Cuba kau tengok kejap lagi
pesanan aku banyak mana. Mahu terbuntang biji mata. Sekarang ni pun aku tengah
fikir siapa yang nak jadi mangsa aku untuk tolong bawa bekalan makanan sepuluh
orang kejap lagi naik ke atas studio.
“Semua
sibuk.” Akhirnya aku menjawab ringkas.
“Fashion
Queen kalau tak busy memang tak sah.”
“Tahu
tak apa.”
“Ray
ada datang?”
Aku
mengangguk. “Ada kat atas. Tengah shooting.”
“Ju…”
“Oh,
cop. Saya lupa nak tanya. Macam mana awak boleh panggil saya Juju?” Aku terus
bertanya sambil menyuap kuey teow kungfu yang sudah semakin tinggal sedikit.
Faiq
tersengih. “Saya dengar Ray panggil. To tell you the truth,Juju suits
you better thanIka.”
“Why?”
“Juju
nampak lembut. Ika bunyi macam ganas.”
Aku
terus tergelak sebelum berkata, “well, luar saja awak nampak saya
lembut. Dalaman saya ganas.”
“Ganas?
Iya ke?” Faiq mengerling perlahan sambil tersenyum.
Alamak,
salah ke ayat aku tadi? Aku segera mengetap bibir kerana baru tersedar kemungkinan
Faiq salah tafsir maksud keganasan ayat aku tadi. Adus!
“Juju,
awak dah kahwin ke?”
Pergh!
Mujur tak tersedak aku dibuatnya. Aku mencapai tisu lalu menyapu air suam yang
tertumpah di dagu akibat terkejut mendengar kata-katanya.
“Kahwin?”
Aku menyoal lagi, bimbang tersalah dengar.
Faiq
mengangguk dengan wajah yang selamba. Berani betul dia tanya, fikir aku. Lama
aku melihat Faiq yang sangat kasual berkemeja lengan panjang yang disingsing ke
siku dan berseluar slack hitam itu sebelum memberikan jawapan.
Aku
menggelengkan kepala. “Awak?”
“Bujang
juga,” jawabnya dengan tenang.
Aku
mengerutkan dahi kerana terfikir mengapa aku harus bertanya soalan yang sama
kepadanya? Pelik betul. Walhal kalau dia dah kahwin ke atau belum, bukan ada
kena mengena dengan aku pun.
“Saya
tak percaya perkahwinan.”
Ayatnya
menyebabkan aku membulatkan mata. “Maksud awak?”
Kami
terdiam seketika apabila pelayan menghantar jus epal hijau yang dipesan. Aku
cuba mengagak di dalam hati. Mungkin Faiq pernah dilukai oleh perempuan lain
sehingga menyebabkan dia tawar hati untuk berkahwin. Boleh jadi juga. Ataupun
mungkinkah dia…
“No.
Obviously I’m not gay!”
What?!
Tersentap aku apabila Faiq seolah-olah memberikan jawapan terhadap apa yang aku
fikirkan. Mak aih, punyalah berterus-terang! Nasib baiklah kiri dan kanan aku
ni tak ada orang.
“I’m
not saying that…” Aku berkata dengan wajah yang merah padam.
Faiq
tersenyum tanpa menjawab. Seketika kemudian, telefonnya berbunyi nyaring. Faiq
segera menjawab. Manakala aku pula mengerling ke arah dapur untuk melihat
jikalau pesanan aku sudah siap.
“Aku
ada di bawah. Kau dah sampai? Hah, jumpa sini dululah.”
Aku
pasti Faiq mahu menemui seseorang. Setelah meletakkan telefon bimbitnya, dia
berpaling ke arah luar Bistro Ria. Mata aku terus tertancap ke arah seseorang
yang amat aku kenali!
“Assalamua’laikum,”
ujarnya kepada kami.
“Wa’alaikumsalam.
Duduklah dulu. Ju, ini kawan saya Razif. Tak apa eh dia duduk sini?” kata Faiq.
Aku
pula tergamam tanpa menjawab. Mr Chipsmore! Tolong! Mr Chipsmore aku kat depan
mata! Rayyan! Ray! Mana Ray?! Aku dah tak tentu arah dibuatnya.
“Ju…”
“Oh,
hah… Tak apa. Duduklah. Lagipun sekejap lagi saya nak naik studio semula.” Aku
berkata dengan perasaan gemuruh.
Razif
terus duduk di sebelah Faiq sambil tersenyum. Nak saja aku terus tanya, siapa
kau? Dari mana kau datang? Kau kenal aku ke selama ni? Kat mana kita pernah
jumpa?
“Razif
ni kawan saya masa di universiti dulu. Ju ni kerja kat bangunan sebelah.” Faiq
memperkenalkan kami berdua.
Aku
hanya mengangguk perlahan. Segalanya berlaku begitu pantas. Balik saja
Malaysia, jumpa Mr Chipsmore. Lepas tu jumpa Shahmi. Lepas tu dapat kawan baru,
Faiq. Lepas tu kerja. Lepas ni apa pula?!
“Siapa
nama penuh awak Ju?” Razif tiba-tiba bertanya tatkala Faiq bangun untuk ke
tandas.
“Saya…
Saya… Emm, Airin. Airin Zulaikha Shane.” Aku menjawab dan kemudian menarik
nafas panjang.
Bertenang
Ju! Bertenang! Yang kau gelabah tak tentu pasal ni kenapa? Perlukah aku
bertanya sekarang tentang isu kami yang misteri? Mengapa kami jumpa sekali
setiap tahun dan dia seolah-olah telah mengenali aku selama ini?
“Awak
tinggal di mana?” Aku segera bertanya.
“Damansara.”
Fikiran
aku melayang. Tak pernah pula aku tinggal di situ dan tak pernah pula aku ada
urusan di sana. Kat mana kita berjumpa agaknya.
“Awak
macam familiar sangat pada saya.” Akhirnya aku berkata.
Razif
tersenyum. “Awak pun sama.”
Terus
buntu aku nak bertanya bila dia berikan jawapan ringkas macam tu. Baru saja aku
nak bersuara, pelayan datang membawa pesanan.
“Orang
pesan.” Aku terus berkata kepada Razif yang mengerutkan dahinya.
“Banyaknya!”
Faiq muncul sambil membeliakkan mata.
“Hah,
dah alang-alang ni kan, apa kata awak tolong saya bawa sekejap naik ke studio?”
Tanpa berlengah, aku meminta bantuan Faiq.
Mujurlah
lelaki itu hanya mengangguk dan tidak bertanya apa-apa. Aku memberikan senyuman
buat Razif dan terus berlalu dengan debaran hati yang kencang.