TIDAK berkelip mata Faiq memerhatikan gadis yang
melanggarnya sebentar tadi berlalu dari situ. Cis. Sedap betul mengutuk konsep
majlis aku ni, ya? Hati kecil Faiq terus rasa tercalar dan tercabar.
Dia
melihat sekeliling dewan. Kalau ikutkan hatinya, dia sendiri tidak berkenan
dengan konsep ini tetapi nak buat macam mana kalau klien sendiri yang mahu!
Faiq
memandang ke arah kertas yang diberikan oleh gadis itu tadi. Zulaikha dan
nombor telefonnya. Nampak gaya,
salah satu masalahnya akan selesai. Faiq mengingatkan dirinya untuk menelefon gadis
itu esok. Dia meletakkan kertas itu di salah satu kocek sut.
Matanya
mula menerawang mencari Shahmi yang telah hilang entah ke mana. Usai solat Maghrib
tadi di bilik, Faiq segera turun semula ke Dewan Musytari untuk memantau
majlis. Setakat ini segalanya berjalan dengan lancar.
“Hello!”
Faiq
menoleh pantas ke arah suara di belakangnya. Eryna berada di situ sambil
tersenyum lebar. Gadis itu mengangkat ibu jarinya berulang kali.
“Well
donebos! Cantik! Kalau I tahu, dari mula lagi I bagi you uruskan,” puji
Eryna.
Faiq
hanya tersenyum kecil sebelum berkata, “cantik? Betul ke?”
“Yalah,
you ingat I tipu ke?”
“Mungkin,
sebab I ni bos you.”
Eryna
tergelak lagi. Dia nampak begitu anggun dengan jubah panjang berwarna peach
dan dihiasi dengan selendang warna lebih gelap yang mempunyai glitters.
“I
cakap betul. Siapa yang sanggup tolong klien realisasikan impian mereka untuk
buat konsep macam ni?” Eryna memuji lagi.
“Ada juga orang puji. Sejuk sikit hati I
mendengarnya.” Faiq berkata perlahan sambil tersengih.
“Kenapa?
Ada orang tak
puas hati?”
Faiq
mengangguk selamba.
“Siapa?
Siapa yang tak reti nak menghargai konsep dan rekabentuk seni tu?” soal Eryna
sambil menyilangkan tangannya.
“Tak
payah you fikir. Yang you datang ni kenapa? I ingat you tak suka dengan klien
ni?” soal Faiq dengan perlahan.
“Hmm.
Dato’ telefon dan jemput I datang. Terpaksalah. Demi bisnes. Macamlah you tak
faham kan?”
bisik Eryna kembali.
Faiq
mengangguk. Mereka berdiri di penjuru ruang dewan sambil memerhatikan majlis
yang sudahpun bermula. Dari jauh, Faiq nampak Zulaikha yang berbaju kurung
warna biru muda itu sedang berjalan ke sana
sini untuk mengambil gambar.
Selain
Zulaikha, ada beberapa orang lagi jurufoto yang mundar-mandir di dalam dewan.
Faiq masih memerhatikan Zulaikha yang begitu cekap menghalakan muncung
kameranya.
“Eryna,
Shahmi kat sana,”
ujar Faiq dengan ringkas setelah dia ternampak Shahmi yang berada tidak jauh
daripada Zulaikha ketika itu.
“I
datang sebab Dato’. Bukan sebab Shahmi.” Suara Eryna kedengaran tegang.
Faiq
memandang ke arahnya. “Tapi dia kan
tunang you. I rasa you patut…”
“I
dah minta putus.”
Lelaki
itu memandang Eryna tanpa berkelip. “Putus?”
Eryna
mengangguk. “I dah penat.”
Faiq
memandang wajah Shahmi dari jauh. Sahabatnya itu mungkin tidak menyedari
kehadiran Eryna di sini. Patutlah muram saja dia melihat Shahmi sejak pagi
tadi.
“You
dah fikir panjang? Dah hampir setahun you berdua bertunang.” Faiq menyoal
sambil terus melihat Shahmi dan Zulaikha silih berganti.
“Sepuluh
tahun pun belum tentu boleh bahagia Faiq.” Eryna berkata.
Faiq
mengangguk dan terus berkata-kata di dalam hatinya. Itulah alasan mengapa dia
mahu mengelak untuk menjalinkan hubungan dengan mana-mana gadis sekalipun.
Bagi
Faiq, soal perasaan ini ternyata adalah sesuatu yang menggusarkan fikiran. Dia
lebih rela serabut tentang soal kerja daripada melayan emosi seorang gadis.
Sebab
itulah sehingga sekarang dia tidak pernah jatuh cinta. Faiq tidak menafikan
bahawa dia pernah memikirkan soal perkahwinan tetapi itu semua belum cukup
baginya untuk dijadikan alasan mencari teman hidup.
******************************
ANAK mata Shahmi menangkap kelibat seorang gadis
yang sedang mengambil gambar pengantin di meja makan. Ada semacam aura tentang gadis itu.
Shahmi
menunggu sehingga gadis itu berpaling. Susuk tubuhnya mengingatkan Shahmi
tentang seseorang. Lama juga dia berfikir sebelum akhirnya gadis itu berlalu
dari situ.
Seperti
terkena renjatan elektrik, tubuh Shahmi terkaku apabila dia ternampak jelas
wajah gadis yang pernah bertakhta di hatinya dahulu. Zulaikha!
Tanpa
perlu menunggu lama, Shahmi segera melangkah ke arah Zulaikha. Gadis itu pula
berjalan laju menuju ke bahagian belakang dewan.
“Zu…
Zulaikha?” Shahmi mencuit perlahan bahu gadis yang membelakanginya itu.
Zulaikha
yang sedang leka membelek gambar-gambar di skrin kecil kamera menoleh ke arah
suara yang memanggil namanya.
Bulat
anak mata masing-masing apabila akhirnya pandangan mereka bertentang. Shahmi
dan Zulaikha saling berpandangan beberapa saat.
“Shahmi…
Apa… Apa you buat kat sini?” Zulaikha berkata dengan tergagap.
Shahmi
tersenyum kecil. “I yang uruskan majlis ni. You? Jurufoto?”
Zulaikha
hanya mengangguk. Dia kembali tunduk memeriksa kameranya. Shahmi yang berada di
sebelah terkaku lagi seperti tidak berupaya mengeluarkan suara.
“You…
You sihat? Dah lama kita tak jumpa, kan?”
Zulaikha
mengukir senyuman sebelum membalas soalan Shahmi, “alhamdulillah.”
“You
datang seorang aje?” soal Shahmi lagi.
Zulaikha
mengangguk sambil menutup muncung kamera dengan penutupnya. Gadis itu
kemudiannya memandang ke arah sekeliling dewan, cuba mengelak daripada bertembung
pandangan dengan Shahmi.
“Amsyar…
Amsyar apa khabar?”
Soalan
Shahmi membuatkan Zulaikha terkedu. Gadis itu menelan air liur dan menarik
nafas panjang sebelum memandang ke arah Shahmi.
“Kenapa
you tanya?”
“Emm.”
Shahmi terdiam kerana dia sendiri tidak tahu mengapa soalan itu yang dia tanya.
“Sorry,
I terpaksa pergi.” Zulaikha berkata ringkas sebelum akhirnya berlalu pergi
tanpa menunggu kata-kata Shahmi.
Gadis
itu keluar dari dewan untuk menuju ke tandas. Hatinya terusik dengan pertanyaan
Shahmi. Hampir bergenang air matanya kerana terkejut melihat Shahmi, lelaki
yang pernah disayanginya sebelum kehadiran Amsyar.
Ah,
benci! Zulaikha menggetus di dalam hati. Kenapalah banyak sungguh masalah
menimpa dirinya sekembalinya ke Malaysia?
Zulaikha
meletakkan beg kamera di atas kaunter sinki lalu melihat dirinya di cermin. Dia
menarik nafas panjang dan kemudian menghembusnya perlahan.
Shahmi
hanya mengingatkan dirinya tentang Eryna, kawan yang pernah menjadi sahabat
baiknya sepanjang mereka bersekolah.
Dia
tidak tahu mengapa Eryna terlalu mencemburuinya. Hubungan Zulaikha dan Shahmi
putus setelah Eryna mengambil tindakan untuk mendapatkan Shahmi tanpa
mempedulikan perasaan Zulaikha.
Amsyar
hadir tatkala hatinya dirundung pilu dan kini, lelaki itu pula yang menghilang.
Kenapa dia berjumpa Shahmi kembali sekarang? Zulaikha berkira-kira untuk terus
pulang tanpa masuk kembali ke dalam dewan.