Home Novel Cinta pilihan terakhir
Bab 35

“Fiyah memang selalu ke rumah Suha. Kau jangan lah risau sangat,” kata Aliya separuh memujuk. Dia agak simpati melihat wajah keruh lelaki itu.

“Daf pun datang sini esok?” soal Dahin tanpa memandang gadis itu.

“Aku rasa dia akan ikut. Mereka sebenarnya tak lama. Mungkin seminggu aje,” jawab Aliya perlahan. Dia mengeluh.

“Aku tak tahu apa reaksi Fiyah nanti bila jumpa dengan anuty Wiyah. Sejak balik Malaysia, Fiyah tak pernah tanya lagi pasal mereka. Liya dan papa pun tak berani nak cakap apa-apa. Takut Fiyah terluka lagi,” beritahunya dengan perasaan bimbang. Dahin terdiam mendengar kata-kata gadis itu.

“Aku pun terkejut bila tahu yang Daffa tu sepupu aku. Orang pertama yang muncul dalam kepala aku adalah Fiyah. Aku takut Dahin. Aku takut Fiyah langsung tak nak balik lagi ke sini bila tahu pasal itu. Tapi nampaknya aku silap. Fiyah mungkin masih terluka tapi dia dah move on. Aku harap aunty Wiyah sekeluarga pun macam itu,” kata Aliya lagi sambil menarik nafas dalam.

“Daffa dah pun bertunang. Aku harap tak timbul lagi cerita lama,” balas Dahin dengan suara perlahan. Aliya menepuk lembut bahu lelaki itu.

“Nampaknya aku tak ada lagi kawan lepak lepas ini. Kawan aku ini tak lama lagi nak makan nasi minyak,” usiknya sambil tergelak kecil. Dahin ikut tergelak. Dia memeluk bahu gadis itu.

“Sila lah buka hati itu untuk orang lain. Supaya tak hidup seorang diri sampai ke tua,” balasnya turut mengusik. Aliya menolak lengan lelaki itu.

“Jahatnya mulut. Ingat Liya tak laku ke?” katanya sambil menarik muncung panjang. Dahin tergelak besar. Datuk Hashim hanya menggeleng perlahan melihat telatah kedua-duanya dari jauh. Dia memandang telefon bimbitnya semula. Dia sebenarnya baru selesai berbual dengan Afiyah. Gadis itu memberitahunya yang dia akan bermalam di rumah Suha malam itu. Datuk Hashim mengeluh perlahan. Dia tidak salahkan Afiyah sekiranya gadis itu masih belum mampu menerima sepenuhnya kehadiran keluarga baru mereka itu. Apatah lagi keluarga itu pernah menyakitinya suatu ketika dulu.

“Papa tak tidur lagi?” soal Aliya yang baru melangkah masuk ke dalam rumah. Datuk Hashim tersenyum.

“Liya tidur lah dulu. Papa nak ambil angin kejap,” jawabnya sambil melangkah keluar dari rumah. Aliya hanya memandang langkah perlahan papanya itu. Dia tahu papanya itu risaukan Afiyah. Dia turut risaukan gadis itu. Aliya mengeluh perlahan sebelum melangkah naik ke tingkat atas.

*****

“Eij dah kata tak payah buat. Eij bukannya kecil lagi,” kata Eijaz dengan kerutan di dahinya yang jelas kelihatan.

“Apa salahnya?” tanya Puan Sri Erma sambil sibuk membelek buku resepi di tangannya.

“Ma…,” kata Eijaz sambil memandang wanita itu.

“Eij takut nak jumpa Liya atau Fiyah?” soal Puan Sri Erma kini membalas pandangan lelaki itu. Eijaz terdiam mendengar kata-kata wanita itu.

“Mama kenal kamu Eij. Mama harap Eij dan Liya dah tak ada apa-apa lagi,” sambung Puan Sri Erma.

“Itu kisah lama ma,” balas Eijaz perlahan.

“Fiyah? Kisah lama juga?” soal Puan Sri Erma separuh menyindir. Eijaz hanya membisu mendengar pertanyaan mamanya itu.

“Mama bukan nak sakitkan hati kamu Eij. Orang lain dah gembira dengan kehidupan masing-masing. Eij pun dah sesuai sangat nak bina hidup sendiri. Bukannya masih dibayangi dengan masa lalu. Kalau sakit cari pengganti. Kalau tak mampu nak lupakan, jangan nak tunggu aje. Nanti bila orang itu disambar yang lain, melopong Eij nanti,” kata Puan Sri Erma dalam penuh makna.

“Eij lebih suka dengan kehidupan sekarang ma. Tak ada masa nak fikir benda lain,” balas Eijaz dengan nada tegas. Puan Sri Erma tersenyum sinis.

“Kalau macam itu mama andaikan Eij tak ada masalah kalau mama jemput keluarga uncle Shim,” katanya sebelum bangun menuju ke ruang dapur. Eijaz mengeluh perlahan.

Eij…, kau dah kenapa?

*****

Afiyah melangkah keluar dari kereta Suha sambil tersenyum memandang Ishika yang sedang menghulurkan tangan menyambut briefcase miliknya.

“Thank you,” ucap Afiyah.

“Tak ada masalah. Kaki bos dah okay?” soal Ishika dengan senyuman.

“I’m good. Awak boleh masuk dulu. Saya nak pergi sarapan. Dah sarapan?”

“Dah tadi. Kalau macam itu saya naik dulu,” balas Ishika sebelum berlalu.

“Untung lah bila jadi bos. Boleh masuk sesuka hati,” usik Suha apabila Afiyah masuk semula ke dalam kereta.

“Itu pujian ke sindiran?” soal Afiyah sambil memandang sekilas ke arah sahabatnya itu. Suha tergelak besar.

“Pujian bos. Harap-harap adalah orang belanja lepas ini,” usiknya lagi sambil mula menggerakkan keretanya. Afiyah hanya tersenyum menggeleng.

*****

“Awak semakin kacak lah sekarang ini Eij. Dah ada calon ke?” soal Suha separuh mengusik. Afiyah menjeling geram memandang sahabatnya itu.

Menyesal pula aku bawa minah ini sarapan kat sini. Yang seorang ini pun, tak ada tempat lain ke?!

“Biasa aje. Calon? Awak carikan saya seorang,” balas Eijaz separuh bergurau. Dia merenung Afiyah yang langsung tidak memandangnya sedari tadi. Suha tergelak kecil.

“Ini depan mata ini pun single. Cun pula itu,” katanya sambil memeluk bahu Afiyah. Hampir saja Afiyah tersedak dibuatnya.

“Dah buang tabiat?” soal Afiyah dengan nada agak keras. Suha hanya tersengih.

“Itu tak boleh. Nanti tak pasal saya masuk hospital. Hak orang kita tak boleh kacau. Betul tak?” soal Eijaz separuh menyindir. Berkerut kening Afiyah memandang senyuman sinis lelaki di hadapannya itu. Suha berdehem perlahan.

“Itu aku setuju,” jawabnya dengan senyuman kelat.

“Saya naik dulu. Tak apa saya belanja,” kata Eijaz sambil bangun dari kerusi.

“Jumpa lagi. Thank you,” ucap Suha dengan senyuman lebar.

“Oh ya, awak datang lah rumah saya minggu depan. Ada majlis sikit,” jemput Eijaz sebelum berlalu dengan senyuman.

“Okay,” balas Suha separuh menjerit. Dia menoleh memandang Afiyah yang hanya membisu sedari tadi.

“Dah puas kenakan aku?” soal Afiyah separuh menyindir. Suha menggaru kepalanya yang tidak gatal.

“Sorry sayang,” ucapnya sambil memeluk bahu gadis itu.

“Tapi, aku rasa Eij itu masih sayangkan kau. Cara dia pandang kau lain Fiyah. Kau tak perasan?” komen Suha separuh menyoal. Afiyah menarik nafas dalam.

“Kau dah tukar kerja ke? Nak jadi tukang tilik pula?” soal Afiyah sambil meniup perlahan kopi yang masih berasap. Suha tergelak kecil.

“Kau tak nak beri Eij peluang sekali lagi?” tanyanya sambil mencapai kuih lapis di hadapannya.

“Peluang apa? Kau tak ingat apa aku dah buat dulu?”

“Apa? Ahh, kau mainkan dia? Kau tahu tak Fiyah, dalam hal itu kau dan Eij seri tahu. Dua-dua salah. Cuma Eij yang teruk sikit. Sebab terlanjur sayangkan kau. Tapi itu bukan salah kau bila kau tolak dia. Nak buat macam mana. Hati kau itu keras,” balas Suha separuh menyindir. Afiyah tersenyum sinis.

Aku siku juga minah ini. Asyik nak kenakan aku.

“Cepat lah makan. Malas aku nak dengar kau membebel,” katanya sambil mencapai telefonnya. Suha tergelak besar.

“Okay bos.”

*****

Berkerut kening Afiyah memandang lelaki itu yang selamba berbaring di atas sofa miliknya. Dia mengerling jam dinding yang sudah menunjukkan tepat jam empat petang.

“Awak tak ada kerja ke?” soalnya tepat memandang lelaki yang sedang memejamkan matanya itu.

“Dah siap,” balas Dahin masih memejamkan matanya. Afiyah mendengus perlahan.

“Dah itu kenapa tak balik?” soalnya sambil memandang skrin komputernya semula.

“Awak halau saya ke?” soal Dahin kini membuka matanya.

“Yes,” kata Afiyah tanpa perasaan. Dahin tersenyum kecil. Dia bangun dan duduk bersandar pada sofa. Dia merenung Afiyah yang sedang tekun menaip sesuatu pada komputernya.

“Awak balik tak malam ini?” soalnya perlahan.

“Tak tahu lagi,” balas Afiyah tanpa memandang.

“Awak nak pergi mana-mana tak?” tanya Dahin lagi. Afiyah menoleh memandang lelaki itu.

“Kenapa?” soalnya dengan kening berkerut. Dahin tersenyum.

“Nak ajak Fiyah dinner,” katanya dengan penuh harapan.

“Tengok lah. Fiyah banyak kerja lah Dahin,” balas Afiyah sambil memandang skrin komputernya semula.

“Saya tunggu,” kata Dahin dengan senyuman. Afiyah mengeluh perlahan.

Mamat ini memang tak faham bahasa.

*****

Eijaz memandang tajam ke arah Dahin yang sudah terlelap di atas sofa sebelum menghampiri meja Afiyah.

“Awak nak kahwin free ke?” tanyanya dengan wajah serius. Afiyah mengangkat wajahnya memandang lelaki itu. Dia langsung tidak sedar Eijaz masuk ke dalam biliknya.

“Awak cakap apa?” soalnya semula kerana kurang jelas dengan pertanyaan lelaki itu. Eijaz menarik nafas perlahan.

“Saya tanya, awak nak kahwin free?” soalnya lagi masih dengan wajah seriusnya.

“Apa awak merepek ini?” soal Afiyah lagi yang kurang mengerti maksud lelaki itu.

“Kenapa dia ada kat sini? Tak takut kena tangkap?” tanyanya kini tidak bertapis. Afiyah memandang Dahin sebelum menggeleng perlahan.

“Asalkan orang itu bukan awak. So, saya tak kisah,” jawabnya selamba sengaja mahu melihat reaksi lelaki itu. Eijaz terkedu mendengar kata-kata Afiyah. Afiyah tersenyum sinis.

“Awak itu pula buat apa kat sini?” soalnya sambil mengerling kotak yang dipegang lelaki itu sedari tadi. Eijaz meletakkan kotak tersebut di hadapan Afiyah.

“Sorry pasal hal kelmarin,” ucapnya sebelum beredar perlahan. Berkerut kening Afiyah memandang langkah perlahan lelaki itu keluar dari biliknya. Dia mengeluh perlahan sebelum mencapai kotak di hadapannya. Afiyah menggigit bibirnya melihat sepasang kasut berwarna hitam berada di dalam kotak tersebut.

Why?

“Awak okay?” soal Dahin yang terjaga apabila terdengar suara Eijaz sebentar tadi. Afiyah hanya memandang sekilas lelaki itu sebelum menutup komputernya.

“Jom,” ajaknya sambil bangun dari kerusinya tanpa menjawab soalan lelaki itu. Dahin menarik nafas dalam sebelum turut bangun dari sofa.

“Awak dinner kat rumah saya aje,” kata Afiyah separuh mengajak sambil melangkah keluar dari bilik pejabatnya. Dahin yang mengikut dari belakang agak terkejut mendengar ajakan gadis itu.

Dia salah dengar ke?

*****

“Tak tidur lagi?” tegur Tan Sri Fakrul sambil berdiri di sebelah Eijaz.

“Kejap lagi pa,” balas Eijaz dengan senyuman.

“Macam mana kerja? Kalau ada apa-apa yang Eij nak tanya papa, tanya aje bila-bila masa. Papa bukan tak percaya Eij. Untuk belajar benda baru kita kena sentiasa bertanya Eij,” kata Tan Sri Fakrul separuh menasihati. Eijaz mengangguk tersenyum.

“Setakat ini semuanya okay. Eij sebenarnya banyak belajar daripada Fiyah. Betul kata papa. Fiyah is amazing,” beritahunya dalam nada perlahan.

“Boleh papa tanya?” soal Tan Sri Fakrul apabila suasana sepi antara mereka. Eijaz menoleh memandang papanya itu.

“Eij masih marahkan papa?” soal Tan Sri Fakrul dengan perasaan bersalah. Eijaz tersenyum.

“Pasal apa? Pasal papa suruh Eij pinang Liya dan bukannya Fiyah?” tanyanya pula tanpa menjawab.

“I’m sorry,” ucap Tan Sri Fakrul perlahan. Eijaz menggeleng.

“Bukan salah papa. Eij yang terburu-buru buat keputusan. Terlalu ikutkan kata hati. Sorry pa. Eij dah malukan papa dan mama,” balas Eijaz dengan perasaan sayu. Tan Sri Fakrul menepuk bahu lelaki itu perlahan.

“Uncle Shim ajak bercuti lepas majlis Eij nanti,” beritahunya sambil tersenyum. Terangkat kening Eijaz mendengar kata-kata papanya itu.

Bercuti? Dengan keluarga uncle Shim?

Eijaz mengeluh perlahan. Tan Sri Fakrul menepuk sekali lagi bahu lelaki itu.

“Papa masuk dulu. Pastikan Eij ikut serta masa itu nanti. Jangan pula tiba-tiba ada hal. Papa dengar aunty Wiyah sekeluarga pun ada masa itu,” beritahunya sebelum berlalu perlahan melangkah masuk ke dalam rumah.

Aunty Wiyah?

Eijaz meraup wajahnya perlahan.

*****

Suasana di meja makan sunyi sepi sahaja. Masing-masing kelu untuk memulakan bicara. Datin Isnawiyah merenung Afiyah yang duduk berdepan dengannya. Datuk Hashim berdehem perlahan.

“Bila majlis Daf itu?” tanyanya tepat memandang Daffa yang duduk di depannya.

“Insya Allah tahun depan uncle,” jawab Daffa dengan senyuman.

“Tunangnya itu masih sibuk terbang ke sana ke sini. Sebab itu kena tangguh lagi tahun depan,” celah Datuk Ramli.

“Jangan lama-lama Daf. Mama Daf itu dah tak sabar nak timang cucu,” gurau Datuk Hashim. Datuk Ramli tergelak kecil. Daffa hanya tersenyum hambar tanpa membalas. Afiyah berpaling menoleh ke sisi apabila terasa jarinya yang berada di bawah meja digenggam erat. Dahin tersenyum membalas pandangannya.

Buang tabiat mamat ini!

Afiyah menarik kasar tangannya. Aliya menyiku lengan Dahin sambil menunjukkan ibu jarinya.

“Fiyah pula bila? Dah ada calon ke?” tanya Datin Isnawiyah tiba-tiba. Afiyah agak terkedu dengan soalan wanita itu. Suasana sepi seketika. Daffa yang duduk agak jauh dari gadis itu hanya menundukkan wajahnya.

“Insya Allah majlis kami selepas majlis Daf,” jawab Dahin dengan berani. Afiyah pantas menoleh memandang lelaki itu. Datuk Hashim tergelak kecil.

“Alhamdullillah. Aunty tumpang gembira,” kata Datin Isnawiyah dengan senyuman lebar.

“Siap sedia lah kau lepas ini,” bisik Aliya di telinga Dahin apabila melihat wajah Afiyah yang sudah bertukar merah padam.

“Bertambah lagi ahli keluarga kita,” celah Datuk Ramli dengan senyuman. Sempat matanya melirik ke arah Daffa yang hanya membisu tanpa memberi sebarang reaksi.

“Alhamdulillah Ram,” ucap Datuk Hashim dengan senyuman. Afiyah menarik nafas dalam cuba menenangkan dirinya.

Kau memang nak kena dengan aku lepas ini Dahin!



Previous: Bab 34
Next: Bab 36

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.