“Liya,” panggil Datuk Hashim lembut. Aliya yang sedang duduk di atas buaian tersenyum memandang papanya itu. Datuk Hashim mengambil tempat di sebelah gadis itu.
“Tak keluar?” soalnya. Aliya tersenyum hambar sambil menggeleng.
“Kenapa ini? Gaduh dengan Eij?” tanya Datuk Hashim lagi. Aliya menarik nafas perlahan.
“Papa, memang mama ke cinta pertama papa?” soalnya tanpa memandang wajah papanya. Datuk Hashim tersenyum kecil.
“Yes, she is my first love,” jawabnya tenang.
“Biarpun papa dah kahwin dengan orang lain?” soal Aliya lagi. Dia agak tidak berpuas hati dengan jawapan papanya itu. Datuk Hashim merenung wajah anak daranya itu.
“Ya Liya. Dia tetap cinta pertama papa,” jawabnya perlahan. Aliya tersenyum sinis.
“Why papa? Kalau papa cintakan mama, papa tak akan sanggup kahwin dengan orang lain. Why?” tanya Aliya bertalu dengan perasaan sebak.
“Liya…” Datuk Hashim hilang kata-kata mendengar soalan gadis itu.
“Liya tak akan maafkan papa kalau Eij tak jadi milik Liya,” kata Aliya sambil bingkas berdiri dan terus berlalu. Berkerut kening Datuk Hashim memandang langkah gadis itu.
Apa yang berlaku?
*****
Rina meraup wajahnya. Dia memandang Suha dengan pandangan yang masih kurang percaya.
“Kau biar betul?” soalnya lagi masih tidak berpuas hati dengan cerita sahabatnya itu. Suha mengangguk perlahan.
“Aku sayang Fiyah dan Liya. Sepatutnya aku tak boleh cerita dengan kau. Tapi kepala aku rasa nak pecah bila fikir benda ini. Aku tak tahu nak buat apa Rina,” kata Suha dengan dahi berkerut. Rina mengambil tempat di sebelah gadis itu.
“Kejap, maksudnya Fiyah cuma nak berlakon supaya Eij jatuh cinta dengannya dan itu akan buat Liya kecewa? Dan dalam masa yang sama pula, Liya pun minta dengan Eij supaya memikat Fiyah dan tinggalkan Fiyah bila Fiyah dah sayang Eij?” soal Rina cuba mengulang semula cerita sahabatnya itu. Suha mengangguk tanpa suara. Rina menggeleng masih tidak percaya.
“What…, dah macam drama pula benda ini. Eij macam mana? Dia tahu yang Fiyah cuma gunakan dia untuk sakitkan hati Liya?” soal Rina dengan kening berkerut. Suha membalas pandangan Rina sambil menggeleng perlahan. Rina mengeluh berat.
“Aku kasihankan Eij itu aje. Sekarang ini Eij suka siapa sebenarnya?” soal Rina lagi jelas tidak puas hati. Suha tunduk meraup wajahnya. Dia menggeleng perlahan.
“Oh my…,” Rina menepuk dahinya.
*****
“I’m sorry,” ucap Eijaz perlahan. Terangkat kening Afiyah memandang lelaki itu.
“No need. Lagipun kita bukannya pasangan kekasih. Atau awak dah anggap saya lebih dari itu?” soalnya sinis.
“Yes, I love you,” ucap Eijaz dengan nada tegas sambil memandang tepat wajah gadis itu. Afiyah menarik nafas perlahan.
“Eij, as you friend, I’m sorry,” ucap Afiyah dengan perasaan bersalah. Berkerut kening Eijaz memandang gadis itu.
“Fiyah cuma nak gunakan Eij untuk sakitkan hati Liya. Up to you kalau nak benci or what. I reallly have no idea Eij. Rupanya saya pun terkena sama dalam permainan ini. But it’s okay, sebab Fiyah tak pernah anggap Eij lebih dari seorang kawan. I’m sorry again,” ucap Afiyah lagi dengan perasaan bersalah. Eijaz memandang gadis itu dengan perasaan berbaur.
“Fiyah ada kelas ini,” kata Afiyah sambil mula melangkah.
“Why…? Why both of…,” Eijaz memejamkan matanya sambil meraup wajahnya perlahan. Afiyah menggigit bibir mendengar kata-kata lelaki itu. Dia mempercepatkan langkahnya untuk beredar.
*****
Aliya memandang sahaja Afiyah yang sedang berjalan laju menuju ke arahnya. Dia melihat semuanya dari jauh. Afiyah mendengus perlahan apabila melihat Aliya yang sedang berdiri di hadapannya.
Tadi Eij. Sekarang minah ini pula.
“Fiyah,” Aliya menghalang langkah gadis itu. Afiyah menghentikan langkahnya. Dia menoleh memandang wajah Aliya.
“Liya menyesal,” kata Aliya dengan suara perlahan.
“Menyesal? Kenapa? Sebab Eij dah tinggalkan kau?” soal Afiyah sambil tersenyum sinis sengaja ingin menyakitkan hati gadis itu.
“Liya masih sayangkan Eij,” balas Aliya mula sebak. Afiyah menarik nafas dalam.
“Kau pergi lah beritahu dia. Kenapa beritahu aku pula?” balasnya dengan suara agak keras. Walaupun geram dengan Aliya namun jauh di sudut hatinya dia tetap rasa tersentuh melihat wajah sayu gadis itu.
“Eij tak nak dengar cakap Liya lagi,” jawab Aliya perlahan. Egonya jatuh di depan gadis itu disebabkan Eijaz.
“Aku tak ada masa nak dengar kau meluah kat sini. Kalau dah berani buat itu, kena lah berani tanggung,” sindir Afiyah sebelum meneruskan langkahnya semula. Aliya mengeluh lagi.
Apa dah jadi dengan aku ini?
*****
Dahin melangkah perlahan ke beranda biliknya. Dia menoleh memandang rumah jiran sebelah. Senyuman perlahan terukir dibibir Dahin apabila melihat Afiyah yang sedang leka merenung langit malam.
“Fiyah,” panggilnya dengan suara lembut. Afiyah yang agak terkejut mendengar namanya diseru pantas berpaling menoleh. Senyuman Dahin menyapa pandangannya. Afiyah melepaskan keluhan perlahan.
“Fiyah, I’m sorry about…”
“Tak, saya yang patut minta maaf dengan awak. I’m sorry,” ucap Afiyah perlahan sambil memandang tepat wajah lelaki itu. Dahin terkedu mendengar ucapan yang baru saja keluar dari mulut gadis itu.
“Awak tak ada salah apa pun dengan saya,” balasnya perlahan dengan perasaan masih kurang percaya.
“Saya tahu,” balas Afiyah sambil mengalihkan semula pandangannya ke arah langit yang gelap tanpa sang bulan. Dahin tersenyum sambil menggeleng perlahan.
“So, kenapa minta maaf?” soalnya sengaja ingin mengusik gadis itu.
“Dah berapa lama awak kenal Liya?” tanya Afiyah tanpa menjawab pertanyaan lelaki itu. Senyuman Dahin perlahan menghilang.
“Sejak kecil,” jawabnya pendek.
“Then, tell me about her,” pinta Afiyah sambil menoleh semula memandang ke arah lelaki itu. Dahin tersenyum kecil.
“Liya is a good girl. Ceria, penyayang, memahami, prihatin dan agak manja,” jawab Dahin tenang. Dia cuba membaca reaksi wajah gadis dihadapannya itu namun gagal. Afiyah hanya mengangguk perlahan.
“You like her?” soalnya tenang. Dahin terdiam sejenak mendengar soalan gadis itu.
Apa maksud Fiyah sebenarnya?
“Saya tak tahu apa hubungan awak dengan Liya. Tapi kalau Liya asyik mengadu dengan awak, mesti awak ini istimewa dalam hidupnya,” sambung Afiyah kini dengan wajah serius.
“So?” soal Dahin masih tidak faham akan maksud gadis itu.
“Nothing,” balas Afiyah kini mula melangkah untuk beredar masuk ke dalam biliknya semula.
“Fiyah,” panggil Dahin dengan kening yang berkerut. Afiyah tidak menoleh walaupun mendengar namanya diseru oleh lelaki itu. Dahin mengeluh perlahan.
Fiyah, apa maksud awak sebenarnya?