Home Novel Cinta pilihan terakhir
Bab 19

"Daf akan balik minggu depan pa. Mama dah mula makan?" tanya Daffa dengan perasaan bimbang. Datuk Ramli mengeluh perlahan.

"Maafkan papa Daf. Mama kamu itu degil sangat. Sarapan tadi dia cuma jamah sekeping roti aje," beritahunya. Daffa meraup wajahnya perlahan.

"Maafkan papa. Papa dah lama tak pergi office sebab risaukan mama. Papa tak ada pilihan lain selain paksa kamu pulang cepat," sambung Datuk Ramli dengan perasaan bersalah. Dia tahu anak lelakinya itu masih belum berjaya memujuk Afiyah semula. Namun dia terpaksa meminta Daffa kembali ke Melaka dengan segera disebabkan isterinya yang jatuh sakit.

"Tak apa pa, dah memang tanggungjawab Daf tolong papa. Lagipun mama tak sihat. Daf kena pulang juga," balas Daffa dengan suara perlahan.

"Fiyah macam mana? Daf nak tinggalkan macam itu aje?" tanya Datuk Ramli agak serba salah.

"Mungkin dah memang tak ada jodoh pa. Daf redha. Daf tak akan menyesal sebab Daf dah datang sini dan cuba pujuk dia. Daf kena lah terima hakikat walaupun pahit," jawab Daffa agak sebak. Sakit hatinya mengakui sesuatu yang bukan kehendaknya. Jauh di sudut hati, bukan itu yang dia inginkan. Datuk Ramli mengangguk faham.

"Pa, esok pagi Daf ada kelas. Kirim salam dengan mama ya. Beritahu mama yang Daf akan balik minggu depan. Pesan kat mama juga yang Daf tak balik kalau mama tak makan dan tak jaga kesihatan. Assalamualaikum pa," ucap Daffa dengan senyuman hambar.

"Baik lah Daf. Kamu kat sana tu hati-hati. Waalaikumsalam," jawab Datuk Ramli sebelum memutuskan talian. Dia berpaling memandang isterinya yang sedang termenung di birai katil.

"Daf akan balik minggu depan. Daf kirim salam. Dia pesan supaya Wiyah jaga kesihatan dan makan dengan teratur. Wiyah, abang tak tahu nak cakap apa lagi. Cuma satu aje. Abang tak pernah setuju dengan rancangan Wiyah itu. Daf itu pun anak abang juga. Abang tak nak Daf menderita dengan rancangan Wiyah itu," kata Datuk Ramli dengan tegas sebelum berlalu keluar dari bilik. Datin Isnawiyah bangun dari katil dan melangkah ke beranda bilik. Dia mengeluh perlahan.

Kejam sangat ke aku? Aku cuma mahu yang terbaik untuk Daf. Kenapa semua orang tak faham?

Datin Isnawiyah mendengus perlahan.

*****

Aliya menahan langkah Eijaz.

"Eij," panggilnya lembut. Eijaz hanya merenung wajah gadis itu tanpa berkata apa-apa. Aliya menarik nafas perlahan.

"Pasal semalam..."

"Why, dah ready nak lepaskan saya?" pintas Eijaz. Aliya terkedu. Eijaz mendengus geram.

"Saya ada kelas pagi ini. Awak boleh tak jangan rosakkan mood saya?" marahnya sebelum melangkah semula. Aliya menggigit bibir. Dia berpaling memandang lelaki itu semula.

Kenapa susah sangat aku nak ucap perkataan itu?

"Liya," panggil satu suara. Aliya menoleh. Rina tersenyum menghampiri.

"Tak masuk kelas lagi?" tanya Rina.

"Nak masuk lah ini. Jom lah masuk sama-sama," ajaknya sambil melangkah perlahan. Rina hanya mengangguk menuruti langkah gadis itu.

"Kau ada rahsiakan apa-apa dari aku ke?" soal Aliya sambil memandang sahabatnya itu. Rina yang agak terkejut dengan pertanyaan itu pantas menggeleng.

"Rahsia? Tak ada. Mana ada," jawabnya tanpa membalas pandangan gadis itu. Aliya mengangguk faham. Rina menarik nafas lega.

Wait…, tanya aku pula. Bukan Liya ke yang berahsia sangat?

Rina menggeleng perlahan.

*****

Afiyah memandang Daffa yang sedang duduk di bahagian hadapan kelas. Lelaki itu dilihatnya sedang termenung. Dia mengeluh perlahan. Suha yang duduk di sebelah gadis itu hanya memandang sekilas sahabatnya itu.

"Suha," panggil Afiyah perlahan.

"Ya," jawab Suha tanpa memandang. Dia agak sibuk dengan laptop di depannya.

"Fiyah setuju untuk jumpa Daf," kata Afiyah dengan suara yang sangat perlahan hampir tidak kedengaran. Suha menoleh memandang gadis itu. Dia tersenyum lebar.

"Bagus lah kalau macam itu. Bila Fiyah nak jumpa? Suha boleh beritahu Daf nanti," soalnya agak teruja. Afiyah terdiam mendengar soalan gadis itu. Dalam diam dia akui yang dia sangat selesa dengan kehadiran gadis itu. Sehingga dia merasakan yang dia amat memerlukan Suha apabila setiap kali ingin membuat keputusan.

"Fiyah are you hear me? Sempat lagi dia ini." Suha mengetuk dahi gadis itu.

"Auhh! Sakit lah," berkerut kening Afiyah memandang gadis itu sambil mengusap dahinya. Suha hanya tergelak besar.

"Sorry. Fiyah tengah fikirkan orang depan itu ke?" usiknya.

"Jangan mengarut lah," balas Afiyah sambil mencebik.

"Suha boleh beritahu dia. Tak salah rasanya kalau saya jumpa dia buat kali yang terakhir. Mungkin lepas ini saya tak ada peluang untuk jumpa dia lagi. Saya sedar, perpisahan yang berlaku antara kami tak pernah mendorong saya untuk buang dia terus dari hidup saya. Dia mungkin bukan yang istimewa lagi, tapi dia tetap orang yang pernah berkongsi suka duka dengan saya suatu ketika dulu," sambung Afiyah dengan senyuman pahit. Suha menyentuh jemari gadis itu. Dia sebenarnya sangat lega dengan keputusan Afiyah. Malahan keputusan gadis itu memang di luar jangkaannya.

"Thank you," ucap Afiyah ikhlas sambil memandang tepat wajah gadis itu. Suha hanya tersenyum mengangguk.

Mungkin Fiyah tak sedar. Tapi keputusan itu di tangan Fiyah.

*****

Terangkat kening Dahin apabila lelaki itu menahannya keluar dari kelas.

"Awak nak apa?" soalnya hairan.

"Awak..." Daffa terdiam sejenak.

"Cepat lah kalau nak cakap apa-apa. Saya dah lapar sangat ini," balas Dahin mula naik angin.

Dah kenapa dengan mamat ini.

"Saya akan balik tak lama lagi. Awak tentu dah tahu kan kenapa saya datang sini?" soal Daffa sambil memandang tepat wajah lelaki itu.

"Well…, mungkin. Tapi bagus lah kalau awak nak balik. Saya rasa sangat tak selamat bila awak ada kat sini," balas Dahin tanpa berselindung. Daffa tersenyum pahit.

"Kenapa? Takut Fiyah kembali dengan saya?" soalnya agak sinis.

"Wait..., jadi telahan saya selama ini betul? Awak dan Fiyah...I mean...,"

"Ya. Saya masih sayangkan dia. Sebab itu saya datang sini untuk pujuk dia semula. Tapi nampak gayanya saya terpaksa pulang dengan tangan kosong," potong Daffa dengan perasaan kecewa. Dahin terdiam memandang lelaki itu.

"Saya tahu awak ada hati dengan Fiyah. Saya dapat rasakannya. Dengar Dahin, saya pernah lukakan dia. Saya tahu dia mungkin tak akan terima saya semula. Kalau awak...," Daffa berhenti seketika. Dia menarik nafas perlahan cuba menenangkan diri.

"Kalau awak betul-betul ikhlas dengan Fiyah. Jangan ulangi kesilapan yang saya pernah lakukan," sambung Daffa dengan nada agak tegas. Dahin terkedu mendengar kata-kata lelaki itu. Daffa menarik nafas berat.

Fiyah…, cukuplah saya dah lukakan awak sekali. Saya tak akan ulangi lagi.

*****

Datuk Hashim hanya memandang dari jauh Afiyah dan Daffa yang berada di halaman rumah. Dia mengeluh perlahan. Semasa menyambut kedatangan Daffa sebentar tadi, lelaki itu memberitahunya yang Afiyah telah menjemputnya datang. Dia memang agak risau apabila mengingat semula cerita Daffa kepadanya.

"Papa buat apa kat sini?" soal Aliya sambil memandang apa yang dipandang oleh papanya sedari tadi.

Opps…! Itu bukan Daffa ke?

"Jom masuk," ajak Datuk Hashim sambil menarik lengan anak daranya itu. Aliya hanya menurut. Sempat dia tersenyum sinis memandang Afiyah.

Gatal nak berlaki!

Kutuknya dalam hati.

"Fiyah sihat?" tanya Daffa sambil memandang tepat pada wajah yang dirinduinya itu. Afiyah hanya mengangguk tenang. Dia turut membalas pandangan lelaki itu.

"Awak dah nampak kurus," komennya perlahan. Daffa tersenyum kecil.

"Tak lalu nak makan. Daf sangat berharap sepanjang Daf ada kat sini, Daf boleh lah makan dengan Fiyah tapi nampaknya tak kesampaian hajat itu," balasnya dengan perasaan kecewa yang sedaya upaya diselindungkan disebalik senyumannya. Afiyah tersenyum hambar.

"Fiyah tentu dah dengar dari Suha. Minggu depan Daf akan balik. Mama sakit dan papa tak dapat uruskan syarikat. Mereka perlukan Daf. Tapi sebelum Daf balik Daf nak jumpa Fiyah dulu. Alhamdullilah hasrat Daf tercapai. Syukur Allah lembutkan hati Fiyah," sambung Daffa dengan senyuman. Sebak hatinya memikirkan perpisahan buat kali kedua dengan gadis itu.

"Tak sangka mama Daf itu benarkan Daf datang sini," kata Afiyah dengan suara perlahan.

"Sebab Daf paksa mama. Daf janji dengan mama yang Daf akan balik dengan Fiyah. Mungkin Daf terlalu yakin. Akhirnya takdir tak menyebelahi Daf," balas Daffa sambil tergelak kecil. Dia sebenarnya mentertawakan dirinya sendiri.

Loser!

"Mama Daf masih tak boleh terima Fiyah. Fiyah dah ingatkan Daf sebelum ini. Daf masih ada mama. Tolong jaga mama Daf dengan baik. Jangan lukakan mama Daf lagi. Fiyah tak nak hubungan Daf dan mama Daf retak sebab Fiyah," kata Afiyah dengan perasaan sebak. Dia sangat berharap lelaki itu faham dan menerima dengan hati yang terbuka akan perpisahan yang berlaku antara mereka. Seperti mana dia sendiri telah belajar menerima hakikat antara mereka tidak ada yang namanya jodoh. Daffa tersenyum hambar sambil mengangguk perlahan.

Pedih!

"Terima kasih ingatkan Daf. Insya Allah," balasnya ikhlas. Afiyah turut mengangguk.

"Fiyah pun kena janji dengan Daf. Janji dengan Daf yang Fiyah akan baiki hubungan dengan papa Fiyah. He's good father Fiyah. Of course dia bersalah. Kita manusia tak pernah lari dari melakukan kesilapan. Fiyah nampak sendiri apa yang berlaku antara kita. Daf tak nak Fiyah terus salahkan papa Fiyah. Daf nak Fiyah gembira kat sini. Daf bukannya ada kat sini nak tengok dan jaga Fiyah lagi. Papa Fiyah yang akan lindungi dan sayangkan Fiyah kat sini. Daf dah janji dengan arwah mama nak jaga Fiyah. Tapi nampaknya Daf tak mungkin akan mampu tunaikan hasrat arwah itu. So, Fiyah kena tolong Daf. Fiyah kena baiki hubungan dengan Papa supaya hasrat arwah tercapai. Arwah nak tengok Fiyah gembira," pinta Daffa dengan harapan. Afiyah terdiam mendengar permintaan lelaki itu. Dia hilang kata-kata untuk membalas. Hatinya hiba.

"Fiyah, Daf nak tinggalkan Fiyah kat sini dengan hati yang tenang," sambung Daffa lagi. Afiyah tersenyum hambar memandang lelaki itu.

"Fiyah akan cuba. Tapi…, mungkin akan ambil masa yang lama. Daf sendiri tahukan apa yang berlaku antara Fiyah dan papa," balasnya agak sayu. Daffa mengangguk faham.

"Daf, Fiyah hargai pengorbanan Daf datang sini semata-mata demi nak pujuk Fiyah semula. Fiyah sangat berterima kasih. Kasih sayang Daf pada Fiyah sangat bernilai. Mungkin lepas ini Fiyah sukar nak cari seseorang yang sayangkan Fiyah seperti mana Daf sayangkan Fiyah. Terima kasih sebab jaga Fiyah dan mama selama ini. Daf sangat bermakna dalam hidup Fiyah dan mama. Apa yang berlaku antara kita, Fiyah minta maaf. Fiyah juga dah maafkan Daf dan mama Daf. Terima kasih sebab hadir dalam hidup Fiyah," ucap Afiyah panjang lebar. Dia tunduk melarikan pandangannya daripada lelaki itu. Air matanya menitis perlahan. Daffa tersenyum hambar memandang gadis itu. Ubun kepala gadis itu disentuh lembut.

I love you, Fiyah.



Previous: Bab 18
Next: Bab 20

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.