Agak lama Dahin merenung gadis itu sebelum tersedar apabila Aliya menyiku lengannya.
“Nak makan orang ke?” usik Aliya sambil tergelak kecil. Dahin berdehem perlahan. Afiyah hanya tersenyum kecil.
“Korang berbual dulu. Aku masuk dalam ada hal sikit,” kata Aliya sambil bangun dari kerusinya dengan senyuman nakal. Afiyah memandang sahaja gadis itu yang sempat menjelirkan lidah ke arahnya sebelum berlalu masuk.
Nak kena minah ini!
“Fiyah sihat?” tanya Dahin memulakan bicara. Afiyah membalas pandangan lelaki itu semula.
“Sihat. Awak?” jawabnya separuh menyoal. Dahin mengangguk tersenyum.
“Alhamdullillah,” balasnya.
“Saya ingatkan awak dah pindah tinggal dengan papa awak,” kata Afiyah apabila agak lama mendiamkan diri.
“Saya sayangkan rumah itu. Semua kenangan arwah mama ada kat situ. Awak tahu pasal saya…,”
“Saya tahu. Dulu saya sempat berbual dengan papa awak pasal awak dan keluarga awak. Mungkin sebab papa awak dah biasa dengan keluarga saya, sebab itu senang sangat dia berkongsi. Awak tak kisahkan?” tanya Afiyah agak rasa bersalah apabila menyentuh hal keluarga lelaki itu. Dahin menggeleng tersenyum.
“Saya tak kisah kalau orang itu awak,” jawabnya penuh makna. Afiyah tersenyum pahit.
“Awak masih tak berubah Dahin. Sama seperti dulu,” katanya agak sinis. Dahin tergelak kecil.
“Maksud Fiyah?”
“Gatal,” jawab Afiyah selamba. Dahin tergelak besar.
“Jahatnya Fiyah. Baru jumpa dah nak kutuk Dahin. Nanti kalau Dahin dah kahwin dengan Fiyah, jangan harap bibir itu boleh kutuk Dahin lagi,” balas Dahin dengan senyuman nakal.
“Ini gatal dah tahap maksimum ini. Siapa cakap saya nak kahwin dengan awak?” balas Afiyah dengan kening berkerut.
“Dahin akan masuk meminang Fiyah,” kata Dahin dengan berani. Afiyah tergelak kecil.
“Jangan bergurau lah Dahin. Saya tak suka gurauan itu,” katanya dengan nada agak tegas. Dahin hanya tersenyum memandang gadis itu.
Fiyah tunggu.
*****
Datuk Hashim hanya memandang kedua-dua insan yang ada di hadapannya itu yang sedari tadi hanya mendiamkan diri. Dia menoleh pula memandang Tan Sri Fakrul yang duduk tidak jauh darinya. Tan Sri Fakrul hanya tersenyum kecil membalas pandangan sahabatnya itu.
“Fiyah masih ingatkan dengan Eij?” soal Datuk Hashim tepat memandang wajah gadis itu. Afiyah menoleh memandang Datuk Hashim sebelum beralih memandang Eijaz yang duduk berdepan dengannya.
Papa memang sengaja nak kenakan Fiyah.
Bisik hati kecil Afiyah apabila melihat wajah tenang Eijaz membalas pandangannya. Afiyah menarik nafas dalam sebelum perlahan-lahan mengukirkan senyuman.
“Mesti lah Fiyah ingat. Fiyah tak pernah lupa pa,” katanya dengan nada agak tegas. Eijaz tersenyum sinis mendengar jawapan gadis itu.
“Takkan lah Fiyah boleh lupa Eij ini Shim. Tiga tahun aje bukannya tiga puluh tahun. Betul tak Eij?” celah Tan Sri Fakrul sambil tersenyum memandang anak lelakinya itu. Eijaz hanya tersenyum nipis. Datuk Hashim tergelak kecil.
“Sorry. Okay kita mulakan meeting kita,” katanya sambil memandang Ishika yang berdiri di sudut biliknya. Ishika mengangguk tersenyum sambil menghampiri. Afiyah mengeluh dalam diam.
Kenapa aku mesti kerja dengan lelaki ini!?
*****
Puan Sri Erma menurut sahaja langkah Tan Sri Fakrul yang sedang melangkah masuk ke dalam kamar peraduan mereka.
“Awak ini tak sabar lah. Abang nak mandi pun tak sempat,” rungut Tan Sri Fakrul.
“Alah sekejap aje. So, macam mana?” soal Puan Sri Erma dengan pantas.
“Maksud awak?” soal Tan Sri Fakrul pula sambil berpaling memandang wajah isterinya itu.
“Eij suka tak bila jumpa Fiyah semula? Fiyah pula macam mana?” tanya Puan Sri Erma bertalu. Tan Sri Fakrul menggeleng perlahan.
“Biasa aje. Mereka profesional Ma,” jawabnya sambil membuka tali lehernya. Berkerut kening Puan Sri Erma memandang suaminya itu.
“Ma tahu lah. Mereka ada keluar berdua tak hari ini? Maksud Ma, keluar pergi lunch sama-sama?” soalnya lagi masih tidak berpuas hati. Tan Sri Fakrul menggeleng.
“Beri mereka masa. Apa yang berlaku tiga tahun yang lalu memang tak mudah untuk mereka berdua,” katanya sambil menepuk lembut bahu isterinya sebelum berlalu ke bilik air. Puan Sri Erma mengeluh perlahan.
Menyesal pula aku tak ikut tadi.
*****
Afiyah melangkah keluar ke balkoni biliknya dengan langkah perlahan.
“Keluar pun. Dah lama saya tunggu awak,” tegur satu suara. Afiyah berpaling menoleh. Kelihatan Dahin tersenyum memandangnya sambil berpeluk tubuh. Afiyah tersenyum nipis.
“Tak perlu lah sibuk nak tunggu saya,” katanya sambil mengalihkan pandangannya ke arah lain.
“Fiyah, saya tahu awak masih marahkan saya. Saya minta maaf sebab selalu menyibuk dengan masalah awak. Tapi saya tak boleh elak perkara itu Fiyah. Saya sendiri tak mampu menahan diri daripada mencampuri urusan hidup awak. Semua benda saya nak tahu pasal awak. Apa yang buat awak gembira dan apa yang buat awak menangis. Perasaan itu kuat Fiyah,” kata Dahin perlahan namun ada ketegasan pada nada suaranya. Afiyah berpaling semula memandang lelaki itu.
“Tiga tahun yang lalu, sebelum saya ke Australia saya dah tinggalkan semua kenangan yang pahit, yang mneyakitkan dan yang menyedihkan. Saya anggap itu tak pernah berlaku sebab saya dah nekad nak mulakan hidup baru. Bukan mudah Dahin. Nak maafkan orang itu bukan perkara yang mudah. Biarpun mulut sudah memaafkan tapi hati kadangkala tetap akan menipu. Sebab kita manusia biasa,” katanya sambil tersenyum nipis. Dahin hanya memandang gadis itu tanpa berkata apa-apa.
“Saya dah lama maafkan awak. Saya mohon jangan sesekali lagi sentuh tentang masa lalu yang menyakitkan. Hidup perlu diteruskan Dahin. Kalau awak masih terikat dengan masa lalu, awak tak akan ke mana,” sambung Afiyah dengan kening yang berkerut. Dahin tersenyum kecil.
“I’m sorry. Tapi masa lalu saya adalah awak, Fiyah,” balasnya sambil memandang tajam ke arah gadis itu. Afiyah terkedu. Dia mengalihkan pandangannya ke arah lain.
“Awak jangan letak harapan yang tinggi Dahin. Saya dah ingatkan awak sebelum ini. Hati saya ini masih tak terbuka lagi,” katanya tanpa memandang lelaki itu. Dahin tersenyum mengangguk.
“So, saya kena jadi si burung pungguk lagi lah ini?” soalnya separuh mengusik. Afiyah mengeluh perlahan sebelum berlalu masuk semula ke dalam biliknya. Soalan Dahin dibiarkan tanpa jawapan. Dahin menarik nafas dalam.
Saya akan tunggu awak, Fiyah. Sekarang awak dah ada depan mata saya. Saya akan pastikan awak tak akan terlepas lagi.
*****
Eijaz meletakkan beberapa fail di hadapan Afiyah yang duduk berdepan dengannya.
“Cik Fiyah perlu fahami projek yang ada dalam fail-fail itu. Itu projek baru hasil kerjasama Tan Sri Fakrul dan Datuk Hashim. Saya dengar Cik Fiyah serba boleh dalam bidang ini. Kita tengok,” katanya dengan nada tegas tanpa senyuman. Afiyah hanya memandang fail-fail tersebut tanpa menyentuhnya. Dia membalas pandangan lelaki itu semula. Dalam bilik itu hanya mereka berdua. Ini adalah masa yang sangat sesuai untuk dia bertanya pada lelaki itu.
“Awak masih marahkan saya, Eij?” soalnya perlahan namun jelas di telinga Eijaz. Eijaz bersandar pada kerusinya sambil turut membalas pandangan gadis itu.
“Saya tahu awak masih marahkan saya,” sambung Afiyah lagi.
Fiyah, semalam kau bukan main lagi mengata Dahin. Siapa sebenarnya yang cuba mengenang masa lalu?
Afiyah mengeluh perlahan mendengar kata hatinya sendiri.
“Untuk pengetahuan cik Fiyah, saya tak suka hal peribadi dicampur adukkan dengan hal kerja. Itu tak profesional namanya,” balas Eijaz dengan nada tegas. Kening Afiyah terangkat mendengar kata-kata lelaki itu.
I see.
“Baik lah Eijaz Elman. Saya akan ingat prinsip awak itu. Petang ini saya akan call awak pasal fail-fail yang awak bawa ini,” balasnya agak sinis.
“Terima kasih,” ucap Eijaz sebelum berdiri dan terus keluar dari bilik pejabat Afiyah. Afiyah mendengus perlahan.
“Semua okay tak?” soal Ishika yang baru sahaja melangkah masuk.
“Lelaki itu memang macam itu ke?” soal Afiyah dengan kening berkerut.
“Le…laki?” soal Ishika kurang faham.
“Awak boleh keluar. Saya akan panggil bila perlu. Thank you,” ucap Afiyah dengan senyuman pahit.
“Okay,” balas Ishika sebelum melangkah berlalu. Afiyah bersandar pada kerusinya sebelum melepaskan keluhan perlahan. Allah maha besar. Sebenci mana pun dia kepada Datuk Hashim, kini dia sendiri yang duduk menggantikan tempat papanya itu. Tidak pernah walau sekalipun terlintas di fikirannya yang tempat itu akan menjadi miliknya suatu hari nanti. Semuanya berlaku tanpa dirancang. Afiyah agak terganggu apabila telefon bimbitnya berbunyi menandakan ada mesej yang masuk.
-Sayang, lunch nanti saya jemput kat sana-
Berkerut kening Afiyah memandang mesej daripada Dahin.
Sayang??
*****
“So, macam mana?” soal Suha tanpa memandang wajah gadis itu. Berkerut kening Afiyah memandang gadis itu.
“Maksud?” soalnya semula agak keliru dengan soalan gadis itu.
“Kerja dengan Eijaz,” balas Suha sambil tersenyum nakal.
“Biasa aje. Tak ada yang luar biasa,” jawab Afiyah ringkas sambil mencapai sepotong kek perisa Vanila di hadapannya. Suha mengangguk perlahan.
“Dahin?” tanyanya pula. Afiyah yang sedang mengunyah kek mengeluh perlahan.
“Tak ada soalan lain ke?” soalnya kembali dengan kening yang terangkat. Suha tergelak kecil.
“Sorry. Jangan lah marah. Tadi Dahin ada call Suha. Dia tanya betul ke tak Fiyah keluar dengan Suha,” beritahu Suha.
“What?” bulat mata Afiyah memandang gadis itu. Dia mendengus perlahan.
“Kenapa suka sangat nak sibuk hal saya? Suka hati saya lah nak keluar dengan siapa. Yang dia nak sibuk sangat kenapa?” soal Afiyah tidak puas hati.
“Sabar,” kata Suha sambil mengangkat kedua-dua tangannya. Dia ingin tergelak namun cuba ditahan.
“Bukan Dahin ajak Fiyah keluar lunch ke tadi?” tanyanya pula dengan senyuman.
“Ada. Tapi saya tak pergi. Mamat itu tak pernah berubah. Takut saya dibuatnya,” balas Afiyah dengan kening yang masih berkerut.
“Takut kenapa pula? Takut jatuh hati?” soal Suha separuh mengusik sambil tergelak kecil. Afiyah tersenyum sinis.
“Bukan saya, tapi mamat itu. Saya takut dia masih tak mampu lupakan saya. Saya pula bukan jenis yang suka beri harapan pada orang,” jawabnya dengan nada perlahan. Suha terdiam mendengar jawapan gadis itu.
“Boleh saya tanya?” soalnya agak berdebar. Afiyah hanya memandang gadis itu menunggu ayat seterusnya.
“Fiyah dan Daf macam mana? Saya sebenarnya agak terkejut bila tahu rupanya Daffa itu sepupu Fiyah dan Liya. Maaf lah kalau soalan ini buat Fiyah tak selesa,” sambung Suha dengan perasaan bersalah. Afiyah menarik nafas dalam.
“Saya dah redha Suha. Kecewa itu tipu lah kalau tak ada. Sakit itu masih terasa. Tapi…, saya redha,” jawab Afiyah perlahan dengan senyuman hambar. Dia redha dengan ketentuan Allah. Walaupun pada awalnya memang menyakitkan namun kerana dia sudah belajar memaafkan Daffa, makahatinya perlahan sembuh sendiri. Hanya parut yang masih tersisa. Suha mengangguk faham. Dia memutuskan untuk tidak bertanya lagi kerana risau hati gadis itu terusik lagi dengan kisah lama.
*****
“Tak balik lagi ke?” Eijaz yang sedang termenung di kerusinya pantas mengangkat wajah memandang ke arah pintu. Kelihatan Afiyah sedang berdiri memandangnya tanpa senyuman. Wajah gadis itu agak pucat dan nampak keletihan. Eijaz memandang jam yang menunjukkan tepat jam satu pagi.
“Awak bawa kereta ke?” soalnya semula tanpa menjawab soalan gadis itu.
“Tak, naik kapal terbang,” sindir Afiyah sebelum menutup pintu bilik lelaki itu semula. Dia berlalu ke lif dengan langkah perlahan. Eijaz menarik nafas perlahan sebelum mencapai beg dan kotnya.
“Kenapa tak tidur aje kat sini?” soal Afiyah dengan sinis sambil memandang Eijaz melangkah masuk seiring dengannya ke dalam lif.
“Awak nak teman ke?” soal Eijaz semula tanpa memandang gadis itu. Afiyah tersenyum sinis.
“Saya hantar awak balik,” kata Eijaz sebelum melangkah keluar dari lif. Berkerut kening Afiyah memandang lelaki itu.
“Tak nak,” balasnya tegas. Eijaz berhenti melangkah sambil berpaling memandang gadis yang sedang berjalan di belakangnya itu. Langkah Afiyah turut terhenti.
“Awak, boleh tak dengar cakap saya untuk kali ini aje,” kata Eijaz separuh meminta. Afiyah berjalan menghampiri lelaki itu.
“Kenapa? Kenapa saya perlu dengar cakap awak?” soal Afiyah tajam memandang wajah lelaki itu.
“Kalau awak dah tak nak, fine. Saya tak paksa,” balas Eijaz dengan senyuman sinis sebelum melangkah untuk berlalu semula. Afiyah terkedu sejenak. Dia hanya memandang lelaki itu yang sudah masuk ke dalam keretanya. Bibirnya digigit geram.
Tak apa. Kali ini kau kenakan aku. Esok masih ada.
Afiyah mendengus geram sebelum berlalu ke keretanya.
*****
“Papa tak tidur lagi?” soal Afiyah dengan kening berkerut apabila melihat Datuk Hashim yang sedang berdiri di muka pintu menyambut kepulangannya.
“Eijaz call tadi beritahu yang Fiyah on the way balik. Itu yang papa terbangun itu,” beritahu Datuk Hashim dengan senyuman. Berkerut kening Afiyah.
Eijaz?
“Nak makan? Papa panaskan lauk,” tanya Datuk Hashim.
“No pa. Fiyah penat. Nak terus mandi lepas itu tidur. Thank you,” ucap Afiyah dengan senyuman hambar sebelum melangkah naik ke tingkat atas. Datuk Hashim hanya memandang langkah perlahan Afiyah meniti anak tangga. Dia berlalu menutup pintu utama. Afiyah melangkah masuk ke dalam biliknya dengan perasaan berbaur. Dia tidak faham. Jika lelaki itu masih berdendam dengannya, mengapa lelaki itu perlu mengambil berat lagi?
“Lambat balik,” tegur Aliya dengan suara yang perlahan. Berkerut kening Afiyah memandang gadis yang sedang terbaring di atas katilnya itu.
“Dah lupa bilik sendiri?” soalnya separuh menyindir. Aliya hanya tergelak kecil sambil menarik selimut.
“Cepat lah mandi. Dah dekat nak jam dua dah ini,” katanya sambil menutup matanya semula. Afiyah menggeleng perlahan sambil mencapai tuala.