Home Novel Cinta pilihan terakhir
Bab 10

"Satu kolej dah heboh si Romeo dah jumpa Julietnya. Kau mesti tak percaya kalau aku beritahu siapa Julietnya," beritahu Rina agak teruja. Aliya hanya tersenyum sinis. Dia hanya memandang sekilas ke arah sahabatnya itu.

"Afiyah. Ainun Afiyah," beritahu Rina dengan riak gembira.

"So?" soal Aliya tanpa memandang wajah gadis itu. Berkerut kening Rina dibuatnya.

"Kau tak terkejut ke?" soalnya hairan.

"Kenapa nak terkejut. Memang itu yang aku nak," balas Aliya dengan senyuman penuh makna.

"Aku tak faham," balas Rina kebingungan. Setahunya gadis di depannya itu antara peminat fanatik Eijaz Elman sejak lelaki itu datang ke kolej mereka.

Tapi sekarang?

"Aku rasa dah lama aku tak jumpa Suha. Sejak minah itu ada, Suha pun semakin jauh dari kita. Kau beritahu Suha yang petang ini aku nak jumpa kat Cafe. Aku belanja. Kita minum petang sama-sama," balas Aliya sengaja mengubah topik.

"Kau nak ke mana pula itu?" soal Rina apabila melihat Aliya berdiri hendak berlalu.

"Tandas," jawab Aliya tanpa memandang. Terkebil-kebil Rina memandang langkah gadis itu.

Aku salah dengar atau telinga aku yang dah tak betul ini?

*****

Afiyah tidak jadi bangun dari kerusinya apabila melihat Dahin yang sudah berdiri tegak di tepi mejanya sambil memandangnya tanpa senyuman. Berkerut kening Afiyah.

Nak cari pasal lagi?

"Nak apa?" soalnya malas.

"Suha pergi mana?" tanya Dahin tanpa menjawab. Afiyah menarik nafas perlahan.

"Cafe," jawabnya dengan suara mendatar.

"Awak?" soal Dahin lagi.

"Tak payah nak sibuk sangat lah," balas Afiyah sambil mencapai beg sandangnya.

"Saya bukannya nak menyibuk Fiyah," jawab Dahin tenang.

"Dah itu?" soal Afiyah yang mula geram dengan telatah lelaki itu.

"Awak tak kenal dengan Eijaz Elman. Dia..."

"Stop it! Kau dah kenapa? Suka hati aku lah nak kawan dengan mamat itu atau tak. Kau memang tak faham bahasa kan? Kau itu siapa nak bagi nasihat kat aku? Kau itu lebih kurang sama aje lah dengan mamat itu! Tak payah nak burukkan orang lain. Atau dalam erti kata lain, tak payah nak tunjuk baik sangat!" pintas Afiyah dengan nada keras sebelum bangun dan terus beredar. Dahin mengeluh perlahan. Dia hanya memerhatikan langkah laju gadis itu tanpa berhasrat untuk menahan.

Degil betul lah minah ini.

*****

Afiyah memandang sahaja Eijaz yang berlari anak menghampirinya.

"Sorry dear, I'm late. Kelas Eij baru aje selesai," beritahu Eijaz sambil mengambil tempat di sebelah gadis itu. Afiyah masih membisu. Dia menarik nafas dalam berusaha untuk menenangkan diri. Eijaz tersenyum kecil melihat telatah gadis itu. Dia membuka jaket yang dipakainya lalu meletakkannya ke atas paha gadis itu yang agak terdedah kerana memakai dress pendek. Afiyah menoleh memandang lelaki itu.

"Seksi sangat," kata Eijaz dengan senyuman nakal. Afiyah tersenyum sinis.

"Bukan orang lelaki suka ke bila tengok perempuan seksi," katanya dengan kening terangkat. Sengaja ingin menduga lelaki itu. Senyuman Eijaz perlahan menghilang mendengar kata-kata gadis itu.

"Fiyah,"

"Nah, ambil balik," kata Afiyah sambil menghulurkan sampul surat yang diberikan oleh lelaki itu kepadanya. Eijaz tersenyum semula.

"Fiyah dah baca?" soalnya sambil menyambut sampul surat tersebut.

"Gagal," balas Afiyah tanpa memandangnya. Berkerut kening Eijaz.

"Jangan lah macam ini Fiyah. Eij tak tidur malam tau sebab tulis surat ini aje. Please," pujuknya dengan perasaan kecewa.

"Jenis macam awak ini memang macam ini ke? Mudah jatuh cinta," soal Afiyah agak sinis. Eijaz agak terkedu dengan soalan gadis itu.

"Awak tahu tak, saya rasa dah macam tengah berlakon sekarang ini. Awak baru aje beberapa kali jumpa saya. Lepas itu dah nak saya jadi girlfriend awak. Tak pelik ke?" sambung Afiyah lagi sambil menggeleng perlahan. Eijaz hanya memandang gadis itu tanpa berkata apa-apa.

"Awak sepatutnya cari Juliet awak yang sebenar Eij. Bukannya cari saya. Saya tak ada masa nak pegang watak Juliet sekarang ini," kata Afiyah sambil mula mencapai beg sandangnya yang berada di sisi.

Kau kena mengalah Eijaz Elman! Kalau tak aku terpaksa gunakan kau.

Detik hati kecil Afiyah yang masih mengharap lelaki itu mengalah. Eijaz menyentuh lengan gadis itu cuba menahannya daripada berdiri.

"Fiyah please beri Eij peluang. Eij merayu," katanya dengan pandangan sayu. Afiyah agak terkedu dengan tindakan lelaki itu. Dia merenung wajah mengharap lelaki itu. Perlahan keluhan berat dilepaskan.

Okay fine!

"Awak kena bersabar. Saya perlukan masa untuk fikirkan permintaan awak ini. Lagi satu, saya tak nak awak berharap sangat. Nanti awak sendiri yang akan sakit nanti," balasnya sambil berdiri semula. Eijaz ikut berdiri. Dia menarik nafas lega mendengar jawapan gadis itu.

"Of course. Ambil lah berapa banyak masa pun. Asalkan Fiyah dapat terima Eij," jawabnya dengan perasaan gembira. Afiyah tersenyum sinis sebelum beredar pergi. Eijaz hanya memandang gadis itu berlalu. Dia melepaskan keluhan berat.

Kenapa dengan aku ini? Antara perasaan gembira dan bersalah. Kenapa rasa gembira itu melebihi perasaan bersalah?

Eijaz meraup wajahnya.

*****

"Fiyah serius nak gunakan Eij?" soal Suha berdebar. Afiyah hanya menggeleng.

"Saya dah beri Eij peluang untuk berfikir sebelum ini. Yalah saya pun bukannya jahat sangat nak gunakan Eij. Tapi Eij tak nak mengalah. Nampak gayanya saya kena lah teruskan rancangan ini," balasnya dengan senyuman jahat.

"Fiyah dan Liya tak baik lagi?" soal Suha lagi. Afiyah memandang gadis itu.

"Kenapa? Minah itu mengumpat saya ke tadi?" soalnya pula ingin tahu. Suha ada memberitahunya yang dia hendak bertemu dengan Aliya dan Rina.

"Tak lah mengumpat. Cuma tak puas hati," jawab Suha serba salah. Afiyah tersenyum sinis.

Apa bezanya?

"Saya tak akan berbaik semula dengan kawan baik awak itu. Melainkan minah itu yang datang minta maaf dulu. Awak jangan kecil hati tau. Sebab saya akan sakitkan hati kawan baik awak itu," katanya tanpa memandang Suha. Suha hanya tersenyum hambar mendengar kata-kata gadis itu. Dia tersepit.

"Saya tak kisah kalau awak bencikan saya. Saya tahu saya ini jahat. Awak sekarang ini tengah berkawan dengan orang jahat. Awak berhak tentukan siapa kawan awak. Saya tak ada hak untuk halang awak," sambung Afiyah dengan senyuman.

"Tapi saya dah buat keputusan untuk berkawan dengan awak. Sampai bila-bila," balas Suha pula dengan senyuman manis. Afiyah tersenyum hambar mendengar jawapan gadis itu. Dia terharu dan dalam masa yang sama dia turut rasa bersalah kerana terpaksa mengheret gadis itu terlibat sama dalam rancangannya. Tanpa sedar dia turut memaksa gadis itu membuat pilihan antara dirinya dan Aliya.

Maafkan aku suha. Terima kasih sebab sangat memahami aku.

*****

Datin Isnawiyah memerhatikan sahaja Daffa yang sedang mengemas pakaiannya.

"Mama, kenapa berdiri aje kat situ? Masuk lah," tegur Daffa tersenyum memandang wanita yang sedang berdiri di muka pintu biliknya.

"Kamu ini memang degil Daf. Ingat, mama tak akan terima perempuan itu jadi menantu mama. Kalau Daf sayang sangat dengan perempuan itu, bagus Daf tak payah balik sini lagi. Mama tak izinkan Daf masuk dalam rumah ini kalau Daf tetap degil nak bawa perempuan itu ke sini!" kata Datin Isnawiyah dengan nada keras separuh mengugut. Dia mendengus perlahan sebelum beredar. Daffa terduduk di birai katil. Dia mengeluh perlahan.

*****

Agak lama Afiyah merenung nombor yang terpampang pada skrin telefonnya. Sejak berpisah lelaki itu tidak pernah menghubunginya lagi.

Mengapa sekarang?

"Kau tak reti nak angkat telefon itu ke?!" jerit Aliya dari dapur. Afiyah mendengus perlahan.

Sibuk aje!

Dia bangun dari sofa dan berlalu keluar menuju ke halaman rumah. Datuk Hashim yang baru turun dari tingkat atas hanya memandang langkah gadis itu.

Siapa agaknya yang call?

Afiyah menekan punat hijau dengan perasaan agak berdebar.

"Nak apa?" soalnya dengan suara yang hampir tidak kedengaran.

"Fiyah,"

"Saya dah lupakan awak. Tolong jangan ganggu hidup saya lagi," balas Afiyah dengan perasaan sebak. Daffa menarik nafas perlahan.

"I miss you," ucapnya turut sebak.

"I'm sorry," ucapnya lagi dengan perasaan bersalah. Afiyah menyentuh dahinya sambil memejamkan mata.

"Daf tolong lah jangan buat saya macam ini. Saya dah terlalu sakit lalui semua yang dah lepas. Luka masih tak sembuh lagi. Tolong jangan tambah lagi. Saya merayu dengan awak," balasnya seiring dengan air mata yang tidak mampu lagi ditahan olehnya.

"Kalau Fiyah tak nak maafkan Daf. Itu hak Fiyah. Fiyah boleh bencikan Daf. Daf tak akan halang sebab Daf tahu Daf dah lukakan hati Fiyah. Tapi Daf tak akan pernah berhenti untuk dapatkan kemaafan itu daripada Fiyah," balas Daffa dengan perasaan hiba. Afiyah menekan punat merah.

Senangnya manusia mengungkapkan kata maaf. Sama Seperti mudahnya melakukan kesilapan.

Daffa memandang telefonnya tanpa berhasrat untuk menghubungi Afiyah semula. Dia meraup wajahnya perlahan.

I'm really sorry sayang.



Previous: Bab 9
Next: Bab 11

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.