Home Novel Cinta pilihan terakhir
Bab 5

"Awak tolong," jerit seseorang. Langkah Afiyah terhenti sambil memandang bola yang tergolek berhampirannya. Dia memandang empunya diri yang meminta tolong sebentar tadi. Eijaz yang berdiri tidak jauh dari Afiyah tersenyum melambai. Afiyah menendang bola tersebut dengan lebih jauh lagi sebelum melangkah semula.

Dasar pemalas!

Kutuk hati kecilnya. Eijaz terkedu. Dia mendengus perlahan sebelum berlari anak menghampiri Afiyah.

"Tunggu!"

Langkah Afiyah terhenti lagi apabila Eijaz berdiri menghalangnya.

"Kau dah kenapa? Aku cuma minta tolong kau angkat bola itu bukannya angkat batu," marah Eijaz dengan perasaan tidak puas hati. Afiyah memandang tajam ke arah lelaki itu.

Amboi sedapnya mulut nak marah aku!

"Ada aku kisah?" balasnya selamba. Eijaz terkedu lagi. Dia berpaling memandang Afiyah yang telah pun menyambung langkahnya semula. Eijaz mendengus perlahan. Dia mengejar langkah Afiyah.

"Kau memang sengaja nak cari pasal dengan aku," kata Eijaz sambil menarik lengan Afiyah. Tarikan yang kuat itu menyebabkan Afiyah terjatuh dalam pelukan Eijaz. Afiyah terkedu. Apatah lagi jarak wajahnya dengan lelaki hanya beberapa inci saja lagi. Eijaz terpana memandang wajah Afiyah dari jarak dekat.

Subhanallah!

Afiyah yang tersedar dengan pandangan nakal lelaki itu pantas menolak kuat tubuh Eijaz.

Pangg!!

"Idiot!" kata Afiyah dengan nada keras sebelum berlalu dengan pantas meninggalkan lelaki itu. Eijaz menyentuh pipinya yang terasa perit sambil memandang langkah laju Afiyah. Tanpa sedar bibirnya mengukir senyuman.

*****

Suha menarik nafas lega apabila melihat Afiyah yang sedang duduk bersendirian pada bangku yang berhadapan dengan tasik.

Puas aku cari rupanya kat sini.

Suha melangkah pantas menghampiri Afiyah. Dia menghulurkan minuman kotak perisa mangga kepada gadis itu sambil mengambil tempat di sisinya. Berkerut dahi Afiyah memandang gadis itu. Suha tersenyum lebar.

"Jangan risau. Suha yang beli," katanya faham apa yang difikirkan oleh gadis itu. Afiyah memandang lama minuman kotak tersebut sebelum menyambutnya perlahan.

"Thank you," ucapnya dengan perasaan berbaur. Suha hanya mengangguk tersenyum. Afiyah menarik nafas dalam.

"I’m sorry," ucapnya sambil memandang wajah Suha. Suha yang sedang meneguk air mineralnya hampir tersedak.

Aku salah dengar ke?

Suha membalas pandangan gadis itu. Afiyah tersenyum namun agak hambar. Bulat mata Suha memandang senyuman gadis itu.

"You smile," katanya kurang percaya dengan apa yang dilihatnya.

"Pelik ke?" soal Afiyah agak terkejut dengan kata-kata gadis itu.

"Fiyah," Suha pantas memeluk gadis itu. Walaupun Afiyah agak terkejut dengan telatah Suha namun dia tetap membalas pelukan gadis itu.

“Pelik bin ajaib. Sejak jumpa Fiyah, Suha tak pernah lagi nampak Fiyah senyum macam ini. Maksud Suha…, senyum ikhlas. Jangan marah tau,” jawab Suha sambil tergelak besar. Dia melepaskan pelukannya. Afiyah tersenyum mula memahami.

"Saya minta maaf. Sejak sampai sini saya tak pernah layan awak dengan baik. Awak pula layan saya dengan baik," ucap Afiyah dengan perasaan bersalah. Dia sedar yang dia tidak boleh melibatkan semua orang terdekat Aliya dengan masalahnya. Di sini musuhnya cuma Aliya dan Datuk Hashim.

"Hisy, apa pula cakap macam itu. Tak apa saya faham. Syukur lah setelah hampir tiga minggu kat sini, akhirnya awak dah mula tersenyum," balas Suha agak teruja. Afiyah hanya tersenyum mendengar kata-kata gadis itu.

Buruk sangat agaknya muka aku kalau tak senyum…,

"Lambat lagi kuliah nak mula. Saya tak sabar nak tengok reaksi rakan sekelas kita," kata Suha lagi sambil membelek jam tangannya.

"Over," balas Afiyah dengan kening berkerut. Suha tergelak kecil.

"Sorry terlebih," jawabnya sehingga mengundang gelak Afiyah. Suha ikut tergelak. Alhamdullilah…,

*****

Dahin menghalang langkah Aliya.

"Nak apa?" soal Aliya malas. Dahin tersenyum.

"Petang ini balik dengan Dahin. Dah lama kita tak balik sama-sama," katanya separuh merungut. Aliya menarik nafas perlahan.

"Okay," jawabnya pendek sambil melangkah semula. Dahin pantas menarik lengan gadis itu.

"Apa lagi?" soal Aliya dengan nada agak keras.

"Are you okay?" soal Dahin prihatin. Aliya tersenyum sinis.

"I’m okay.”

"Liya," berkerut kening Dahin memandang gadis itu. Dia kenal Aliya sejak kecil. Gadis itu tidak boleh menipunya.

"Nanti lah Liya cerita. Liya ada kelas ini," balas Aliya dengan suara perlahan sambil menarik lengannya semula. Dahin menarik nafas dalam melihat langkah perlahan gadis itu.

Apa yang tak kena?

*****

"Amboi, kau call aku ini sebab nak tanya pasal Liya dan Fiyah aje?" soal Suha sambil merebahkan tubuhnya di atas katil.

"Aku sayang kau," ucap Rina sambil tergelak kecil. Suha ikut tergelak.

"Sayang kat aku konon. Kau itu sayang kat aku bila nak minta sesuatu aje," balasnya separuh mengusik. Rina tergelak besar.

“Kau nak tahu pasal apa?” soal Suha akhirnya.

"Kau kan rapat dengan Fiyah. Beritahu lah aku apa-apa yang kau tahu. Aku rasa ada sesuatu tak kena dengan dua beradik itu. Cerita lah sikit," pinta Rina separuh merayu.

"Kau ingat aku ini apa? Wartawan?" soal Suha agak geram. Rina tergelak semula. Suha menarik nafas dalam.

"Aku sendiri pun tak pasti lah Rina. Fiyah itu tak bersedia lagi nak berkongsi. Wei kau nak tahu tak, aku rasa bertuah sangat bila jadi orang pertama yang lihat senyuman Fiyah. Kau bukan tak tahu Fiyah itu sejak datang ke kolej kita masam memanjang aje," beritahunya agak teruja.

"Fiyah senyum?" soal Rina kurang percaya.

"Yup. Manis sangat wei. Memang cantik," jawab Suha dengan senyuman.

"Kita berdua ini dah mengalahkan mamat-mamat kat luar sana yang ternanti-nantikan senyuman Fiyah," balas Rina sambil tergelak besar. Suha ikut tergelak.

"Kau tanya aku pasal Fiyah dan Liya, kau yang sekelas dengan Liya takkan tak tahu apa-apa. Liya tak cakap apa-apa ke?" giliran Suha pula bertanya. Bukan Rina saja yang tertanya-tanya mengenai hubungan kedua beradik itu. Dia juga tidak terkecuali.

"Kalau aku tahu aku tak lah tanya kau. Entah lah Suha. Aku lihat Liya itu dah lain. Asyik nak marah aje. Aku pun tak berani nak tanya. Apa kata kau pula yang cuba tanya dia. Mana tahu Liya dengar cakap kau," jawab Rina sambil mencadangkan. Suha mengeluh perlahan.

"Aku pun risau juga dengan dua orang minah itu. Aku cuba juga tak nak ambil tahu. Tapi dah namanya kawan takkan buat-buat tak tahu pula kan. Pening aku," sambung Rina perlahan. Suha terdiam mendengar kata-kata sahabatnya itu.

"Dah lah aku nak tidur lah. Ngantuk sangat ini," kata Rina sambil menguap perlahan.

"Good night," ucap Suha. Dia menekan punat merah. Sekali lagi dia mengeluh.

Aku pula yang lebih…,

Suha tergelak kecil sebelum menutup suis lampu.

*****

Eijaz tersenyum sambil menekan punat hijau. Dia sudah lama menunggu panggilan daripada gadis itu.

"Hai sayang. Selalunya Eij yang call sayang. Itu pun jarang sangat sayang angkat. Rindu Eij ek?" soalnya separuh mengusik.

"Sorry," ucap Aliya dengan perasaan bersalah. Terangkat kening Eijaz mendengar kata maaf daripada gadis itu.

"Ini Aira Aliya yang Eiz kenal kan?" soalnya kurang percaya.

"Eij," balas Aliya yang terasa dengan soalan lelaki itu.

"Sebab Aira Aliya yang Eiz kenal tak suka minta maaf," sambung Eijaz sengaja ingin menyakat gadis itu.

"Eij please," balas Aliya dengan nada tegas.

"Sorry sayang. I just miss you. Dah lama tak dengar suara sayang," kata Eijaz sambil mengeluh perlahan.

"Boleh tak kita jumpa esok?" tanya Aliya tanpa mengendahkan keluhan lelaki itu. Eijaz tersenyum lebar semula.

"Kenapa pula tak boleh? Sejak Eij balik Malaysia, Eij memang nak sangat jumpa Liya. Cuma Liya yang tak nak. Eij nak datang melawat Liya kat rumah pun tak boleh. Beria-ria Liya nak rahsiakan hubungan kita dari semua orang. Eij sebenarnya agak kecewa dengan Liya tau," balasnya perlahan dengan perasaan kecewa.

"Sorry Eij. I'm really sorry," ucap Aliya dengan perasaan bersalah. Eijaz mengeluh lagi.

"Eij maafkan Liya. Sebab sayang sangat kat budak degil ini, Eij sanggup buat apa aje tau. Asal Liya tak minta Eij terjun bangunan," balas Eijaz separuh bergurau. Aliya tergelak kecil.

"I miss you," ucap Eijaz perlahan. Rindunya dia dengan gadis itu. Dia sudah tidak sabar menunggu hari esok.

"Liya," panggil Eijaz lembut apabila gadis itu hanya membisu.

"Tak apa esok kita jumpa. Good night Eij," ucap Aliya sebelum menekan punat merah. Eijaz memandang telefonnya. Dia tersenyum hambar.

See you tomorrow sayang.

*****

Afiyah melangkah perlahan keluar ke beranda biliknya. Dia berpaling memandang rumah jirannya. Gelap.

Merayaplah itu.

Afiyah mendongak memandang langit. Suasana malam yang sunyi itu membuatkan fikirannya tidak lari dari memikirkan seseorang.

Apa khabar agaknya dia?

Sejak berpisah. lelaki itu langsung tidak pernah menghubunginya lagi. Mungkin lelaki itu benar-benar telah membuangnya. Afiyah mengeluh perlahan.

Kenapa aku masih ingatkan dia? Degil betul kau Fiyah. Kau kena terima hakikat yang kau dan dia tak ada jodoh!

Afiyah tunduk meraup wajahnya. Sakit hatinya mendengar kata hatinya sendiri.

Aku mungkin tak mampu lupakan kau. Tapi aku tak akan berhenti mencuba Daf.

Afiyah pantas mengesat air matanya yang menitis tanpa disedarinya.

"Awak ini tak bosan ke asyik nangis aje?" soal satu suara yang memang sudah tidak asing di telinganya. Afiyah berpaling. Kelihatan Dahin sedang tersenyum nakal membalas pandangannya. Afiyah mendengus perlahan.

"Dah siap merayap?" sindirnya tanpa memandang wajah lelaki itu.

"Awak cari saya ke?" usiknya. Afiyah tersenyum sinis mendengar soalan lelaki itu.

"Kau ingat aku tak ada kerja lain?" soalnya sambil memandang semula lelaki itu.

"Manalah tahu. Kerja awak kan asyik nangis aje," balas Dahin selamba membalas pandangan tajam gadis itu.

"Kau jangan nak berlagak macam dah lama kenal aku. Kau tahu apa pasal aku? Lagi satu, aku nak ingatkan kau, jangan sesekali masuk campur dengan urusan hidup aku!" Afiyah memberi amaran keras. Dia mendengus geram sebelum melangkah untuk masuk semula ke biliknya.

"Ainun Afiyah," panggil Dahin agak kuat. Langkah Afiyah terhenti. Namun dia tidak pula berpaling memandang lelaki itu.

"Don't cry anymore," sambung Dahin dengan nada agak tegas. Berkerut dahi Afiyah.

Aku baru aje cakap. Mamat ini memang tak faham bahasa agaknya!

Afiyah mendengus sambil melangkah semula. Dahin menarik nafas dalam.

Kenapa? Kenapa aku kisah sangat pasal dia?



Previous: Bab 4
Next: Bab 6

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.