Home Novel Cinta pilihan terakhir
Bab 1

Ainun Afiyah terpaku memandang bulan yang bersinar terang di atas langit. Cahaya bulan yang memancar indah itu langsung tidak terkesan di hatinya yang sedang bersedih saat itu. Menangis? Dia sudah lelah sebenarnya. Air matanya sudah kering. Apa tidak ada cara lainkah untuk dia mengurangkan derita hatinya saat itu?
Ya Allah…, aku berserah padamu Ya Allah. Hanya tempat mu aku bersandar.
Afiyah memejamkan mata.Terimbau peristiwa dua minggu lepas.

                                        ***

2 minggu yang lalu
"I'm sorry," ucap Daffa tanpa memandang wajah gadis itu. Sakit hatinya hanya tuhan yang tahu. Tanpa rela dia terpaksa. Afiyah memandang lelaki itu dengan perasaan tidak percaya.
Mimpikah dia?
"Daf...," panggilnya dengan suara yang sangat perlahan hampir tidak kedengaran.
"Daf memang sayangkan Fiyah. Daf tak boleh hidup tanpa Fiyah. Tapi Daf juga tak mampu nak tolak permintaan mama. Daf tak sanggup sakitkan hati mama," sambung Daffa sambil tunduk tidak sanggup memandang wajah gadis itu. Sakit! Tidak ada satu pun perkataan yang mampu menjelaskan kesakitan yang dia rasakan saat ini. Afiyah hilang kata-kata. Matanya mula berkaca.
"I'm sorry," ucap Daffa dengan perasaan kecewa. Afiyah menarik nafas perlahan. Dia cuba bertenang walhal lututnya sudah terasa lemah.
"Mama Daf masih tak boleh terima Fiyah?" soalnya dengan perasaan sebak. Daffa serba salah memandang gadis itu. Afiyah mengangguk perlahan.
"Tak apa Daf. Fiyah faham. Kalau Fiyah di tempat Daf, Fiyah pun tentu akan pilih mama. Pilihan Daf tepat. Seorang ibu tak ada penggantinya dalam dunia ini. Tapi tempat Fiyah boleh digantikan oleh sesiapa saja yang akan jadi pilihan mama awak," sambung Afiyah dengan suara bergetar. Sakitnya apabila mengakui sesuatu yang bukannya kehendak hati. Daffa meraup wajahnya.
Kenapa aku perlu memilih?
"Fiyah…, nak ucapkan terima kasih sebab jaga Fiyah dan sayang Fiyah selama ini. Fiyah tahu. Walaupun Fiyah tak nak, tapi Fiyah kena juga lepaskan Daf. Sebab Fiyah tak ada pilihan lain. Fiyah redha,” kata Afiyah sambil menundukkan wajahnya. Air matanya mula menitik satu persatu.
“Jaga diri Daf. Fiyah mohon supaya Daf jangan cari Fiyah lagi lepas ini. Fiyah takut tak mampu nak lupakan Daf," sambung Afiyah sambil berpaling membelakangi lelaki itu. Kakinya melangkah perlahan berlalu tanpa menoleh lagi. Jika memang sudah tersurat antara mereka tidak ada yang namanya jodoh, dia akur. Akur dalam terpaksa. Daffa mengangkat wajahnya perlahan memandang gadis itu. Matanya mula berkaca. Kakinya melangkah perlahan ingin menuruti langkah gadis itu. Hanya beberapa langkah sahaja, dia berhenti semula. Wajah sedih mamanya terbayang di mata. Daffa terduduk di atas pasir dengan pandangannya yang masih terarah pada Afiyah. Dia tewas. Air matanya menitis perlahan. Dia ingin meraung memanggil nama gadis itu. Namun sayangnya kelibat Afiyah semakin menjauh sehingga hilang dari pandangannya. Daffa memejamkan mata.


Sayang...,

                                     *****

Daffa hanya memandang ke luar tingkap dengan pandangan kosong. Amylia yang sedang memandu memandang sekilas ke arah lelaki itu.
"Are you okay?" soalnya perlahan.
"I'm not," balas Daffa perlahan hampir tidak kedengaran. Amylia menarik nafas perlahan.
"Amy memang tak nak masuk campur. Tapi sebagai cousin you, Amy sebenarnya tak setuju dengan keputusan you. Yes I know, You buat semua ini sebab aunty. Tapi You bahagia ke?" soalnya agak geram dengan tindakan lelaki itu. Daffa memejamkan matanya. Soalan Amylia ibarat pisau tajam yang menghiris-hiris hatinya saat itu.
"I'm sorry," ucap Amylia apabila melihat wajah muram lelaki itu.
"Aunty terlalu sayangkan Daf. Tapi tak penah cuba nak faham Daf. Sorry Daf. Amy pun tak tahu macam mana nak tolong Daf," sambungnya sambil mengeluh perlahan. Daffa dilihatnya sedang mengesat air matanya.
"It's okay," balas Daffa perlahan tanpa memandang gadis itu. Amylia menggelengkan kepalanya. Dia simpati melihat keadaan lelaki itu. Dia yang mengikuti perkembangan kisah cinta lelaki itu memang sangat maklum yang Daffa terlalu sayangkan Afiyah. Dia tahu sepupunya itu pasti akan mengambil masa yang lama untuk melupakan Afiyah. Atau mungkin juga...,

Amylia memandang sekilas ke arah Daffa. Mampukah lelaki ini melupakan Afiyah?

                                *****

Ainun Afiyah membiarkan telefon bimbitnya berdering sedari tadi. Air matanya sangat degil. Dia mengesat air matanya dengan kasar.
Sampai hati awak Daf!
Afiyah tunduk meraup wajahnya perlahan.
Awak dah janji. Awak janji awak tak akan sesekali sakitkan saya. Awak janji nak lindungi saya. Tapi awak mungkir janji!
Afiyah akhirnya mengalah. Dia teresak lagi.
I miss you already...,
"Adik okay ke? Buat apa seorang kat sini dik? Dah gelap ini."
Afiyah terkedu mendengar teguran itu. Dia pantas berpaling. Kelihatan seorang pengawal keselamatan sedang berdiri tegak memandangnya hairan. Afiyah mengesat air mata dan pantas mencapai telefon bimbitnya. Dia berlalu tanpa menjawab. Terkebil-kebil ‘abang’ pengawal itu memandang langkah lemah Afiyah. Dia hanya menggeleng sebelum turut beredar.

                                   *****

Sampai sahaja di depan pintu pagar rumah, Afiyah terkedu apabila melihat orang ramai sedang berkumpul di halaman rumahnya.
Apa yang berlaku?
Fikirannya melayang mengingatkan seseorang.
Mama!
Afiyah jatuh terjelepok.
"Mama!"

                                    *****

Afiyah tersedar dari lamunan apabila terasa bahunya disentuh lembut. Dia berpaling menoleh. Bienda sedang tersenyum memandangnya.
"Jauh betul Fiyah mengelamun. Aunty masuk pun sampai tak sedar," tegurnya sambil mengusap lembut ubun kepala gadis itu. Simpatinya melimpah ruah buat gadis itu. Afiyah hanya tersenyum hambar.
"Lepas ini Fiyah dah tak ada lagi tempat mengadu. Fiyah dah tak ada sesiapa aunty. Mama dah tinggalkan Fiyah. Mama dah pergi buat selama-lamanya. Fiyah memang anak tak guna. Fiyah tinggalkan mama seorang diri masa itu. Kalau hari itu Fiyah tak jalan, mama tentu masih boleh diselamatkan. Fiyah memang tak guna," katanya dengan suara serak. Dia kalah. Air matanya menitis lagi. Bienda menarik Afiyah ke dalam pelukannya.
"Fiyah dengar sini sayang. Apa yang berlaku bukannya salah Fiyah atau sesiapa. Ini adalah kehendak-NYA. Aunty tahu memang tak mudah tapi Fiyah kena terima kenyataan ini. Fiyah jangan lupa, aunty masih ada untuk Fiyah. Apa yang paling penting sekali, Fiyah masih ada papa. Papa Fiyah ada kat bawah tengah tunggu Fiyah turun," beritahu Bienda lembut. Afiyah terkedu.
Papa?!

                                    *****

Datuk Hashim Azri memeluk tubuh kecil Afiyah dengan erat. Afiyah hanya diam tidak membalas.
"Sorry sayang, papa tak tahu. Kalau papa tahu dari awal, Fiyah tak akan keseorangan kat sini. Papa minta maaf," ucap Datuk Hashim dengan perasaan bersalah. Afiyah melepaskan pelukan papanya.
What? Papa nangis?
"Papa sedih Fiyah seorang kat sini atau papa sedih mama dah pergi?" soalnya sinis bercampur kecewa. Betapa dia sangat kecewa dengan lelaki yang bergelar ayah di depannya itu. Datuk Hashim terkedu mendengar soalan gadis itu.
“Fiyah...,"
"Sepatutnya kalau papa dah nekad tinggalkan mama, papa tak perlu lagi datang sini! Buat apa lagi papa? Mama dah mati! Mama dah pergi buat selama-lamanya. Puas hati papa kan?!" marah Afiyah dengan suara keras. Sakit hatinya saat itu hanya tuhan yang tahu. Datuk Hashim menyentuh dadanya yang terasa pedih. Ya, dia bersalah! Dia bersalah tinggalkan Rosnidar dengan Afiyah yang baru sahaja berumur 12 tahun ketika itu. Dia tinggalkan wanita itu terkapai-kapai seorang diri menjaga permata hati mereka.
Ain…, maafkan abang.
Datuk Hashim terduduk di atas sofa sambil menyapu air matanya. Dia kini benar-benar telah kehilangan wanita itu buat selama-lamanya. Afiyah hanya berpeluk tubuh memandang papanya itu. Dia berusaha menahan air matanya daripada menitis di depan orang tua itu.
Aku akan menangis tapi bukan di depan lelaki yang telah meninggalkan aku dan mama! Ya, aku akui, aku memang kejam! Tapi semuanya sebab orang tua ini!
"Afiyah…, mama tak pernah ajar Afiyah kurang ajar dengan papa. Walau apapun yang berlaku, dia tetap papa kamu. Memang papa dah buat silap sehingga hampir menghancurkan keseluruhan hati mama. Tapi ingat Afiyah, mama dah lama maafkan papa. Mama sayangkan papa dan mahu papa bahagia. Afiyah satu-satunya lambang cinta mama dan papa. Tolong jangan kecewakan mama dan papa, sayang."
Afiyah memejamkan mata. Kata-kata mamanya itu masih lagi terngiang-ngiang di telinganya. Suci sungguh hati mamanya.
Ada lagikah wanita sebaik mamanya itu di dunia ini?
Afiyah membuka mata lalu memandang Datuk Hashim yang sedang mengesat air matanya. Murah sangat air mata papanya itu.
Di mana hilangnya Datuk Hashim yang keras hati dikenalinya 8 tahun yang lalu? Sudah berubahkah papanya itu?
Afiyah mendengus perlahan.
Berubah?
"Papa tahu, papa dah buat kesilapan besar pada mama. Dosa papa pada mama dan Fiyah memang tak boleh dimaafkan. Papa tinggalkan Fiyah walaupun papa tahu Fiyah sangat perlukan kasih sayang daripada papa masa itu. Papa memang jahat! Papa tak layak jadi papa Fiyah. Papa langsung tak tahu menghargai! Maafkan papa," ucap Datuk Hashim separuh merayu. Afiyah memandang papanya itu tanpa perasaan. Hatinya sudah lama tertutup untuk memaafkan orang tua itu. Untuk membukanya semula, dia perlukan masa. Hatinya terlalu berat. Malahan berterusan menafikan hakikat ikatannya dengan Datuk Hashim.
“Papa tahu sukar untuk Fiyah maafkan papa. Mama pun mungkin…,”
"Fiyah nak beritahu satu aje, mama dah lama maafkan papa. Mama yang lebih terluka dan menderita daripada Fiyah dah lama maafkan papa. Sejak papa tinggalkan kami hari itu, mama tak pernah berhenti pujuk Fiyah supaya maafkan papa. Fiyah dah besar bila papa tinggalkan kami. Fiyah faham benar apa yang berlaku dan siapa yang patut dipersalahkan. Fiyah tak boleh maafkan papa sebab mama. Papa tak tahu. Mama tak pernah lupakan papa selama ini. Mama tak pernah berhenti rindukan papa. Mama selalu menyendiri dan kadang-kadang itu Fiyah selalu nampak mama nangis seorang diri. Sebab siapa? Sebab siapa pa?!" Bergegar bahu Afiyah menahan sebak. Datuk Hashim tunduk menutup wajahnya dengan tangan.
Ya Allah…,
"Fiyah benci dengan mama sebab mudah sangat maafkan papa. Lelaki yang tak tahu bersyukur macam papa memang tak layak untuk mama!” herdik Afiyah yang mula hilang sabar. Air matanya menitik satu persatu.
“Tapi untuk balas kesilapan Fiyah pada mama, Fiyah akan ikut cakap mama. Fiyah akan beri papa peluang sekali lagi. Bukan sebab Fiyah dah maafkan papa!" sambung Afiyah dengan lantang sambil mengesat air matanya dengan kasar. Datuk Hashim mengangkat wajahnya memandang Afiyah dengan perasaan terharu. Dia berdiri perlahan menghampiri anak daranya sambil mengesat air matanya. Jemari gadis itu disentuh lembut namun Afiyah pantas menepis dan lantas menjauh. Datuk Hashim redha.
"Fiyah…,terima kasih nak. Terima kasih dengan peluang ini. Papa tak akan berhenti untuk dapatkan kemaafan itu daripada Fiyah. Papa tak kisah kalau Fiyah ambil masa bertahun untuk maafkan papa. Papa akan tunggu Fiyah. Papa sanggup tunggu demi anak papa," katanya dengan perasaan gembira bercampur sebak. Dia tidak akan pernah salahkan gadis itu yang bersikap sedemikian terhadapnya. Memang sepatutnya dia diperlakukan seperti itu. Dia yang bersalah. Dia berdosa pada arwah isteri dan anaknya. Afiyah mendengus perlahan. Tanpa berkata apa-apa dia terus berlalu semula naik ke tingkat atas. Datuk Hashim mengesat air matanya lagi. Afiyah perlukan masa. Setelah 8 tahun berlalu, barulah dia munculkan diri. Sudah pasti anaknya itu masih terkejut. Ditambah pula dengan pemergian arwah isterinya. Memang bukan sesuatu yang mudah bagi Afiyah untuk menerima segalanya dalam sekelip mata.


                                 *****


Afiyah mula merebahkan tubuhya di atas katil sambil mengeluh perlahan. Kehadiran semula papanya membuat dirinya tidak senang duduk. Apa lagi bila Datuk Hashim berhasrat ingin membawanya pulang ke Johor.
"Fiyah, papa nak Fiyah ikut papa balik Johor," beritahu Bienda lembut.
Afiyah mengeluh lagi apabila teringat semula perbualannya dengan Bienda.
"Untuk apa aunty? Fiyah tak nak. Fiyah nak tinggal kat sini. Sini ada mama. Ada aunty. Fiyah tak akan tinggalkan Melaka," jawabnya tegas.
"Fiyah, aunty faham. Tapi fikirkan pasal arwah. Arwah tak nak Fiyah bencikan papa. Kalau Fiyah sayangkan mama, berilah peluang pada papa. Manusia tak ada yang sempurna Fiyah. Masing-masing melakukan kesilapan dalam hidup. Begitu juga dengan papa."
Afiyah bangun semula. Dia mendengus perlahan. Datuk Hashim sepatutnya tidak muncul semula setelah meninggalkan dia dan arwah mamanya. Dia benar-benar tidak suka dengan kehadiran orang tua itu.
"Fiyah, jom makan sayang," panggil satu suara seiring dengan ketukan pada pintu biliknya. Afiyah merebahkan semula tubuhnya. Selimut tebal ditarik semula sehingga menutup seluruh badan. Datuk Hashim akhirnya mengalah apabila lama menunggu namun tidak ada balasan daripada Afiyah. Dia mengeluh perlahan sebelum melangkah semula turun ke tingkat bawah. Afiyah masih tidak dapat menerima kehadirannya. Dia sendiri tidak akan pernah berhenti untuk memujuk sekeping hati milik gadis itu. Dia akan tunggu sehingga Afiyah dapat menerima dirinya sebagai seorang ayah. Afiyah lega apabila tidak lagi mendengar ketukan di pintu biliknya. Dia membuka selimut yang menutupi wajahnya. Perlahan keluhan dilepaskan.
Mama...,


Next: Bab 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.