"Aku masih tak percaya yang Eij itu rupanya minat kat Fiyah," kata Rina sambil merebahkan tubuhnya di atas katil Suha. Dia bermalam lagi di rumah sahabatnya pada malam itu. Kedua ibu bapanya ke Sabah atas urusan kerja. Suha yang sedang duduk berdepan dengan laptopnya pantas mengubah posisinya agar duduk berdepan dengan gadis itu.
"Aku risau lah. Hubungan Fiyah dan Liya itu bukannya baik sangat," balasnya sambil mengeluh perlahan.
"Aku pun risau juga. Tapi bila ingatkan reaksi Liya pagi tadi buat aku keliru pula. Liya macam tak kisah bila dengar Eij minat kat Fiyah," beritahu Rina dengan kening berkerut.
Apa dah jadi? Liya dah berubah hati ke?
"Yalah. Kau perasan tak yang petang tadi pun Liya langsung tak sentuh cerita pasal Eij yang hantar surat dengan Fiyah," balas Suha turut keliru.
“Mungkin Liya dah tak minat Eij lagi kot,” teka Rina.
"Tak tahu lah. Mungkin juga. Liya itu cuma minat aje dengan Eij. Kalau lah perasaan Liya lebih daripada itu, mesti dia dah meradang dengan Fiyah, " balas Suha turut meneka. Jauh di sudut hatinya dia memang sangat berharap tekaannya itu benar.
"Fiyah macam mana? Dia terima Eij ke? Lagi satu, Fiyah tahu tak yang Liya minat dengan Eij?" soal Rina bertalu. Suha terdiam mendengar soalan gadis itu.
"Tak nak kongsi ke? Aku kenal kau dah lama Suha. Kau tak payah nak menipu aku," kata Rina apabila melihat gadis itu membisu agak lama seperti memikirkan sesuatu. Suha tersenyum hambar dengan persaan bersalah.
"Aku memang ada beritahu Fiyah tentang Liya yang minat kat Eij. Aku rasa besar kemungkinan Fiyah akan terima Eij," beritahunya dengan nada perlahan.
Sorry Rina. Aku rasa belum tiba masanya aku beritahu kau pasal rancangan Fiyah.
Rina hanya mengangguk. Dia sebenarnya masih ingin bertanya dengan lebih lanjut mengenai perasaan Afiyah namun apabila melihat Suha yang teragak-agak seperti tidak bersedia untuk berkongsi maka dia lupakan sahaja niatnya itu.
"Dah lah aku nak tidur dulu. Kau boleh tak tolong cas handphone aku yang ada kat atas meja itu. Aku malas nak turun," pintanya sambil tersengih.
"Yalah kak oii," balas Suha sambil mencapai telefon bimbit gadis itu. Rina tergelak kecil.
"Good night," ucapnya sambil menarik selimut.
"Good night," balas Suha perlahan. Dia memandang sekilas sahabatnya itu sebelum melepaskan keluhan berat.
Aku bukan tak percayakan kau Rina. Aku cuma tak nak keruhkan lagi keadaan.
*****
Afiyah melangkah perlahan menyusuri kaki lima kelas. Fikirannya melayang jauh mengingat semula kata-kata Daffa.
Apa lagi yang tak selesai antara kita Daf?
Afiyah mengeluh berat.
"Fiyah."
Langkah Afiyah terhenti apabila mendengar namanya diseru. Namun tidak pula dia berpaling untuk menoleh. Dahin yang mengekori langkah gadis itu sedari tadi menghampiri perlahan. Dia berdiri di hadapan gadis itu. Afiyah hanya memandang lelaki itu tanpa senyuman. Dahin menarik tangan kanan gadis itu dan meletakkan sesuatu di telapak tangan Afiyah. Walaupun agak terkejut dengan tindakan lelaki itu namun Afiyah tetap memandang telapak tangannya. Patung badut bersaiz kecil yang berwajah lucu itu hampir sahaja membuatnya tersenyum namun dia pantas menahan. Afiyah berdehem perlahan sebelum memandang lelaki itu semula. Dahin tersenyum nakal membalas pandangan gadis itu.
"Comel tak? Saya beli sebab serupa sangat dengan awak," usiknya. Berkerut kening Afiyah.
"Boleh tak jangan cari pa..."
"Sorry about yesterday," pintas Dahin pantas. Afiyah terdiam memandang lelaki itu.
"You right. Saya memang tak ada hak untuk halang awak jumpa sesiapa pun. Sebab saya tak ada apa-apa hubungan dengan awak. Bukan kawan, jauh sekali family. Saya hanya jiran awak yang selalu menyibuk dan menyakitkan hati awak. I'm really sorry," sambung Dahin dengan perasaan bersalah. Afiyah menarik nafas perlahan.
"Fiyah," panggil satu suara. Afiyah berpaling menoleh. Kelihatan Suha sedang berjalan pantas menghampiri mereka. Dahin tersenyum menyambut kedatangan Suha.
"What's going on here?" soal Suha sambil memandang kedua-duanya silih berganti.
"Tak ada apa. Jom," jawab Afiyah sambil melangkah berlalu melepasi Dahin. Suha sempat menjeling Dahin sebelum berlalu mengikut langkah Afiyah. Dahin hanya memandang langkah kedua-dua gadis itu. Dia mengeluh perlahan.
*****
"Kita tak sepatutnya berjumpa kat sini Eij. Nanti pelajar lain nampak. Eij tak ingat pesan Liya?" soal Aliya agak geram dengan lelaki itu. Matanya meliar memandang sekeliling. Eijaz hanya merenung wajah yang dirinduinya itu.
“Eij pun dah setuju tapi kenapa nak buat perangai lagi?" sambung Aliya masih tidak berpuas hati.
"Why?" soal Eijaz perlahan. Berkerut kening Aliya memandang lelaki itu.
"Kenapa? Liya takut? Liya takut orang lain tahu tentang hubungan kita? Liya malu dapat boyfriend macam Eij? Atau tekaan Eij selama ini betul. Liya dah tak sayangkan Eij lagi? Liya dah tak cintakan Eij?" soal Eijaz bertalu dengan perasaan kecewa.
"Eij," kata Aliya perlahan. Dia hilang kata-kata untuk membalas.
"Eij dah lama simpan semua soalan ini. Eij nak tanya Liya tapi Eij tak sampai hati nak sakitkan hati Liya. Dalam masa yang sama Eij juga tak sanggup nak dengar jawapan Liya yang boleh sakitkan hati Eij," balas Eijaz sambil mengalihkan pandangannya ke arah lain. Betapa terlukanya dia dengan sikap gadis di depannya itu.
"Eij bukan macam itu..." balas Aliya mula sebak.
"Eij lebihkan Liya dalam semua hal. Eij masuk kat kolej ini pun sebab nak study sama-sama dengan Liya. Tapi Eij kecewa bila Liya nak rahsiakan hubungan kita dari semua orang. Liya pentingkan diri sendiri," pintas Eijaz dengan nada yang agak keras.
"Eijaz Elman. Liya dah beritahu yang Liya tak sedia lagi nak beritahu semua orang. Dah banyak kali Liya beritahu Eij perkara ini. Eij masih tak faham-faham lagi? Liya tak bersedia lagi Eij. Sejak dari awal lagi kawan-kawan Liya tak tahu pun kehadiran Eij dalam hidup Liya. Tolong faham," balas Aliya separuh merayu. Eijaz memandang wanita itu dengan perasaan berbaur.
"Eij ini siapa dalam hidup Liya? Eij boleh aje beritahu semua orang yang Liya adalah insan istimewa dalam hidup Eij. Tapi Liya pula susah sangat nak buat macam itu. Eij cuba nak faham Liya dalam hal ini. Tapi Liya pula langsung tak nak faham Eij. Eij kecewa sangat dengan sikap Liya," usai berkata Eijaz berpaling dan terus melangkah berlalu pergi meninggalkan Aliya.
"Eij," panggil Aliya. Namun Eijaz langsung tidak menoleh. Aliya mengeluh perlahan.
*****
“Kau okay ke?” soal Kamal sambil memandang Eijaz yang baru saja mengambil tempat di sebelahnya. Eijaz hanya memandang sekilas ke arah rakannya itu tanpa menjawab.
“Aku nampak kau tak fokus latihan hari ini. Ada masalah ke? Pasal Fiyah?” soal Kamal bertalu.
“Fiyah? Come on Mal. Aku tak suka kau senang sangat sebut nama Fiyah. Just call her Afiyah,” balas Eijaz tanpa memandang Kamal. Kamal tergelak kecil.
“Kau ini dengan aku pun nak cemburu,” usiknya. Eijaz hanya menjeling rakannya itu. Fikirannya melayang mengingat semula pertemuannya dengan Aliya pagi tadi. Eijaz melepaskan keluhan berat.
“Kau hati-hati Eij. Aku dengar budak kasanova itu pun minat dengan gadis pujaan kau itu,” beritahu Kamal sambil mencapai bola di sisinya. Dia bangun dan berlalu ke gelanggang. Eijaz hanya memandang rakannya itu tanpa berkata apa-apa.
Budak kasanova? Dahin?
Eijaz mendengus perlahan.
*****
Afiyah ingin melangkah keluar ke halaman rumah namun dia membatalkan niatnya apabila melihat Aliya yang turut berada di situ. Kelihatan gadis itu sedang termenung. Afiyah tersenyum sinis. Sejak akhir-akhir ini dia sering melihat gadis itu termenung. Senyuman Afiyah perlahan menghilang apabila melihat Dahin menghampiri Aliya.
Buat apa pula mamat itu kat sini?
"Fiyah dah kenal dengan Dahin? Dahin itu anak kawan papa. Jiran kita. Dia memang selalu bertandang ke rumah kita. Papa pun dah anggap Dahin macam anak sendiri. Bila dah ada Dahin ini papa tak lah risau sangat bila anak-anak papa ke kolej sebab dah ada bodyguardtak berbayar," beritahu Datuk Hashim dengan senyuman. Afiyah hanya tersenyum sinis.
Sejak bila pula orang tua ini ada kat sebelah aku.
"Fiyah, papa akan jumpa kawan baik papa tak lama lagi. Papa harap Fiyah dapat ikut sekali. Sebab kawan papa ini nak sangat jumpa Fiyah," beritahu Datuk Hashim lagi sambil memandang Afiyah yang hanya membisu sedari tadi. Dia sebenarnya gembira apabila gadis itu sudah boleh berdiri agak lama dengannya.
"Kawan papa itu kenal dengan arwah mama. Sebab itu mereka nak sangat jumpa Fiyah," sambungnya lagi. Afiyah menoleh memandang papanya. Datuk Hashim tersenyum mengangguk. Afiyah menarik nafas perlahan sebelum melangkah semula masuk ke dalam rumah.
"Fiyah," panggil Datuk Hashim namun Afiyah sudah mula melangkah meniti anak tangga untuk ke tingkat atas. Dia mengeluh perlahan.
"Papa buat apa dekat pintu ini?" soal Aliya yang sudah berdiri di depan pintu.
"Dahin dah balik?" soal Datuk Hashim pula tanpa menjawab. Aliya mengangguk.
"Jom masuk. Sejuk kat luar ini," ajak Datuk Hashim sambil menarik lengan gadis itu. Aliya hanya menurut tanpa membantah.
"Liya, aunty Erma dan uncle Fakrul jemput kita datang rumah. Liya tak ada masalah kan? Papa pun dah beritahu Fiyah tadi. Biarpun Fiyah tak cakap apa-apa lagi, tapi papa yakin Fiyah pasti akan ikut. Liya naik lah dulu. Papa masih ada kerja nak buat," beritahu Datuk Hashim separuh mengarah sambil menepuk lembut bahu anak daranya itu. Aliya mengangguk lambat. Dia berlalu dengan langkah yang agak perlahan. Fikirannya kembali kusut mendengar kata-kata papanya.
*****
Dahin melangkah keluar ke balkoni biliknya. Dia tersenyum lebar apabila melihat jiran sebelahnya.
"Menungkan apa itu cik adik oi," usiknya. Afiyah menoleh. Dia mendengus perlahan apabila melihat Dahin yang tersenyum manis memandangnya. Pandangannya dialihkan ke arah lain. Sakit pula hatinya melihat senyuman lelaki itu. Teringat semula kata-kata maaf yang keluar dari mulut Dahin. Afiyah tersenyum sinis. Dahin berdehem perlahan.
“Awak masih marahkan saya?” soalnya agak berdebar. Afiyah menoleh memandang semula ke arah lelaki itu. Dia menarik nafas dalam.
"Saya akan maafkan awak. Tapi dengan syarat. Tolong jangan menyibuk dengan urusan hidup saya lagi. Saya tahu yang awak rapat dengan keluarga Datuk Hashim. Tapi saya tak nak masuk dalam senarai itu. Sebab saya tak suka awak. So please. Saya tak nak tambah musuh lagi," jawab Afiyah dengan nada tegas.
"Saya tahu awak memang tak suka saya," balas Dahin dengan nada perlahan. Jauh di sudut hatinya, dia sebenarnya agak kecewa dengan kata-kata gadis itu.
"Kalau dah tahu itu bagus lah," balas Afiyah selamba.
"Awak orang pertama yang tak suka saya,” kata Dahin tenang. Afiyah tersenyum sinis.
"Apa awak ingat semua orang suka kat awak ke?" soalnya separuh menyindir. Dahin tergelak kecil.
“Tak apa. Saya tak kisah kalau awak tak suka kawan dengan saya. Yang penting awak dah maafkan saya,” balas Dahin dengan perasaan gembira kerana mula perasan yang Afiyah tidak lagi menggunakan kata ganti nama ‘kau’ dan ‘aku’ dengannya. Afiyah hanya mencebik mendengar kata-kata lelaki itu. Dia melangkah berlalu masuk ke dalam biliknya semula.
“Good night,” ucap Dahin dengan senyuman nakal. Namun Afiyah pantas menutup sliding door biliknya tanpa membalas ucapan lelaki itu. Dahin menggeleng perlahan.
Sombongnya minah ini.
*****
Eijaz hanya memandang gadis itu dari jauh. Kelihatan Aliya dan rakan-rakannya sedang rancak berbual. Eijaz mengeluh perlahan. Dia sangat berharap agar telahannya salah. Namun apabila melihat senyuman manis gadis itu, ia benar-benar membuatnya sesak nafas. Eijaz mengeluh lagi. Dia bangun ingin melangkah keluar dari cafe. Namun apabila sampai sahaja di hadapan pintu langkahnya terhenti. Dahin yang baru saja ingin melangkah masuk turut menghentikan langkahnya. Kedua-duanya saling berpandangan tanpa senyuman. Afiyah menolak kasar pintu cafe sehingga Dahin yang berhampiran dengan pintu turut terdorong ke hadapan. Dahin dan Eijaz serentak memandang gadis itu. Beberapa mata mula memberikan tumpuan ke arah mereka. Afiyah mendengus geram. Dia tidak mengendahkan kedua-dua lelaki itu. Langkahnya laju menuju ke arah meja yang diduduki oleh Aliya.
"Hei perempuan! Kau memang sengaja nak kenakan aku kan. Hah ambil ini! Bodoh!" tangan Afiyah singgah tepat di pipi kiri Aliya.
Pangg!!
Suasana cafe sunyi seketika. Suha dan Rina terkedu. Aliya pantas berdiri dan menarik rambut Afiyah.
"Kau ingat aku takut?! Perempuan tak guna!" jerit Aliya geram.
"Kau yang tak guna. Betina sundal!" balas Afiyah sambil turut menarik rambut gadis itu. Suha dan Rina cuba meleraikan kedua-duanya namun tidak berjaya.
"Fiyah, tolong berhenti," Dahin cuba menyentuh bahu Afiyah namun Eijaz lebih pantas menepis kasar tangan lelaki itu.
"Don't touch her!" kata Eijaz memberi amaran dengan nada keras. Matanya tajam membalas pandangan Dahin. Eijaz beralih memandang Afiyah semula. Dia pantas memeluk pinggang Afiyah dan cuba meleraikan tangan gadis itu daripada terus menarik rambut Aliya.
"Stop it dear. Bawa mengucap," bisik Eijaz di telinga Afiyah. Aliya yang terkejut dengan kehadiran Eijaz tanpa sedar melepaskan tangannya. Afiyah mendengus geram.
"Kau tunggu aku kat rumah!" katanya sebelum melepaskan tangannya. Dia menolak tangan Eijaz sebelum berlalu keluar dari cafe. Eijaz sempat memandang Aliya sebelum mengikut langkah Afiyah.
"Game's over," Dahin bersuara tegas memandang pelajar yang masih berkumpul mengelilingi mereka. Suha dan Rina mendekati Aliya. Pelajar mula bersurai memberi ruang kepada mereka.
"Leave me alone," kata Aliya sebelum turut berlalu. Suha dan Rina mengangguk faham. Dahin mengeluh perlahan.
"Dahin, tolong tengokkan Liya," pinta Suha dengan perasaan bimbang.
"Ya Dahin. Kita tak tahu Liya nak buat apa. Lagipun Liya itu dengar cakap Dahin," sokong Rina yang turut risau. Dahin tersenyum hambar sebelum mengekori langkah Aliya. Rina melepaskan keluhan berat.
"Liya dah buat apa sampai Fiyah boleh marah macam itu?" soal Suha.
"Aku pun tak tahu," jawab Rina dengan kening yang berkerut. Giliran Suha pula yang mengeluh.