Home Novel Cinta pilihan terakhir
Bab 6

Berkerut dahi Amylia memandang Daffa yang asyik termenung sejak sampai di cafe kegemaran mereka. Makanan di hadapan lelaki itu masih tidak terusik.

"I think you should meet her," Amylia bersuara risau. Daffa tunduk meraup wajahnya. Keluhan berat dilepaskan. Kalau lah tindakan itu lebih mudah dari kata-kata.

"I miss her very much," balasnya perlahan hampir tidak kedengaran. Amylia menarik nafas perlahan. Dia simpati melihat keadaan lelaki itu yang tidak terurus.

"Daf tak tahu nak buat apa lagi untuk lupakan dia. Daf dah cuba tapi tak mampu," sambung Daffa dengan suara sayu.

"Saya buntu Amy. Mama and Fiyah, I love both of them. I can't choose," katanya lagi dengan suara serak.

"Daf, awak kena bincang benda ini dengan aunty dan uncle sekali lagi. Mungkin aunty tak benarkan tapi uncle boleh pujuk aunty. Uncle seorang papa yang lemah lembut. Dia mesti boleh pujuk aunty. Amy tahu yang uncle memang busy dengan kerja. Tapi Daf kena lah pandai curi masa uncle. Daf tak boleh berterusan macam ini. Daf sendiri yang akan sakit nanti," nasihat Amylia panjang lebar.

"Amy pun tahu papa selalu akan ikut cakap mama," balas Daffa perlahan.

"Daf kena cuba. Amy yakin kali ini uncle pasti akan faham. Uncle pun lelaki. Mesti dia lebih faham dengan awak. Apatah lagi Daf ini anak tunggal. Daf please, I know you tak boleh memilih sebab aunty. Tapi you tak boleh mengalah sekarang," nasihat Amylia lagi.

"Daf kena berusaha sebelum Daf betul-betul kehilangan Fiyah. Daf jangan salahkan diri dengan keputusan yang Daf dah buat sebelum ini. Amy yakin Fiyah mesti faham. Tak ada anak yang tak sayang ibu bapanya," sambungnya dengan senyuman. Daffa terdiam membalas pandangan gadis itu.

"Daf selalu susahkan Amy," balasnya dengan perasaan bersalah.

"No. Amy tak pernah rasa Daf itu menyusahkan. Amy ikhlas nak tolong Daf. Tolong dengar Amy untuk kali ini aje. Lakukan sebelum terlambat. Kalau Daf terlambat, Amy pun dah tak mampu bantu Daf lagi," balas Amylia bersungguh. Daffa tersenyum hambar sambil mengangguk perlahan.

"Daf akan cuba.Thank you Amy," ucapnya agak terharu dengan kebaikan sahabat baik yang juga merangkap sepupunya itu. Amylia sentiasa ada di sisinya memberikan nasihat dan sokongan disaat dia memerlukan seseorang. Amylia hanya mengangguk tersenyum.

*****

Eijaz memeluk erat tubuh gadis itu. Aliya terkedu. Dia pantas memandang sekeliling takut ada mata yang melihat.

"I miss you so much," ucap Eijaz dengan perasaan sebak. Aliya tersenyum hambar sambil menolak lembut tubuh lelaki itu.

"Miss you too," balasnya sambil memandang tepat wajah Eijaz.

"Dah lama Eij tak dengar ucapan itu. Sayang, dah berapa tahun kita tak jumpa?" soal Eijaz sambil menggenggam erat jemari gadis itu.

"4 tahun?" teka Aliya.

"Nasib baik Liya ingat," usik Eijaz sambil tergelak kecil.

"Sindir Liya ek," balas Aliya agak terasa dengan kata-kata lelaki itu. Eijaz mengucup jemari gadis itu.

"Bila Eij balik dari London, Eij cari Liya tapi tak jumpa. Nasib baik uncle Shim selalu jumpa dengan papa. Liya pun tak beritahu Eij yang Liya dan uncle Shim dah pindah rumah. Sayang suka sangat berahsia dengan Eij," katanya separuh merajuk. Aliya tersenyum hambar mendengar kata-kata lelaki itu.

"Liya masih marahkan Eij?" soal Eijaz sambil memandang tepat wajah gadis itu.

"Mula-mula itu memang lah Liya marah. Tapi Eij kan dah balik. Lagipun Eij tak tinggalkan Liya lagi kan?" soal Aliya dengan kening berkerut. Eijaz tersenyum sambil mengangguk.

"Eij tak mungkin akan tinggalkan Liya lagi," janjinya. Aliya menarik nafas lega. Empat tahun yang lalu lelaki itu telah mengambil keputusan untuk mengikut bapa saudaranya ke luar negara telah menimbulkan kemarahannya. Pada masa itu dia dan Eijaz baru saja tiga bulan menjadi pasangan kekasih. Walaupun lelaki itu tidak pernah lupa menelefonnya hampir setiap masa namun dia masih tidak berpuas hati. Itu empat tahun yang lalu. Kini dia sudah boleh menarik nafas lega kerana lelaki itu sudah pun kembali.

“Sayang…” panggil Eijaz lembut apabila melihat Aliya yang termenung.

"Liya nak minta Eij lakukan sesuatu untuk Liya," kata Aliya mula menumpukan semula perhatiannya kepada lelaki itu. Terangkat kening Eijaz membalas pandangan gadis itu.

"So, hari ini Liya datang jumpa Eij bukan sebab rindukan Eij?" soalnya agak kecewa.

"Eij," berkerut dahi Aliya memandang lelaki itu.

"Okay. Apa dia?" soal Eijaz mula mengalah. Aliya tersenyum gembira.

"Eij tahu kan pasal kakak kandung Liya?" Eijaz terdiam seketika mendengar pertanyaan gadis itu.

Kalau aku tak silapLiya ada ceritakan pasal kakak kandungnya sebelum akubalik Malaysia.

"Kenapa dengan dia?" soalnya ingin tahu.

"Eij kenal dengan dia?" soal Aliya pula. Eijaz tergelak kecil.

"Liya ini buat lawak ek. Of course Eij tak kenal kakak Liya itu," jawabnya agak lucu dengan soalan gadis itu. Aliya tersengih.

Memang patut pun Eij tak tahu. Aku tak beritahu Eij lagi pasal Fiyah ada kat kolej ini.

Aliya mengeluarkan sekeping foto dari dalam begnya dan menghulurkannya kepada Eijaz.

"Ainun Afiyah. Dia pun study kat kolej kita," beritahunya. Eijaz teragak-agak menyambut foto tersebut. Agak lama Eijaz memandang wajah dalam foto tersebut sebelum memandang Aliya semula.

"Liya nak Eij buat perempuan itu jatuh cinta dengan Eij. Lepas itu Eij tinggalkan," kata Aliya separuh mengarah sambil tersenyum jahat. Eijaz terkedu mendengar kata-kata gadis itu.

"Liya pernah cerita pasal perempuan itu dengan Eij dulu. Perempuan itu sebenarnya sebaya dengan kita. Cuma lahir lebih awal dari Liya. Sebab itu dapat gelaran kakak," beritahu Aliya lagi. Eijaz memandang semula foto di tangannya.

Kecilnya dunia ini!

"Eij kena ikut cakap Liya ke?" soalnya masih dengan perasaan tidak percaya apabila mendengar permintaan gadis itu sebentar tadi.

"Eij tak sayangkan Liya?" soal Aliya pula. Eijaz membalas pandangan gadis itu dengan perasaan kecewa.

"Kalau Eij sayangkan Liya. Tolong Liya untuk kali ini aje," rayu Aliya. Eijaz menarik nafas dalam cuba menenangkan dirinya semampu yang boleh.

"Tapi kenapa? Dia ada buat salah dengan Liya? Kenapa sampai nak buat macam ini?" soalnya bertalu. Saat ini dia benar-benar rasa kecewa dengan gadis di hadapannya itu. Aliya menarik nafas perlahan.

"Perempuan itu anak isteri kedua papa. Liya kan dah pernah cerita pasal perempuan itu dengan Eij. Liya tak suka perempuan itu. Liya benci perempuan itu. Tolong lah Eij. Liya merayu," pintanya dengan wajah penuh mengharap. Eijaz meraup wajahnya.

"Tiada cara lain ke?" soalnya perlahan dengan perasaan berbaur. Kecewa bercampur sayang. Aliya menggeleng dengan perasaan bersalah.

Eij kena tolong aku. Perempuan itu perlu rasa apa yang mama dia pernah rasa dulu!

"Please Eij," rayunya lagi. Eijaz merenung lama wajah gadis itu.

"Kenapa buat Eij macam ini?" soalnya dengan perasaan kecewa yang tidak terhingga.

"Sebab Eij aje yang boleh puaskan hati Liya. Tak ada orang lain," jawab Aliya dengan penuh harapan. Eijaz melepaskan keluhan berat.

*****

Dahin menghampiri ketiga-tiga orang gadis itu. Dia mengambil tempat yang berdepan dengan Afiyah.

"Untuk awak," katanya sambil meletakkan minuman kotak perisa mangga di hadapan gadis itu. Suha dan Rina saling berpandangan. Afiyah hanya menjeling tajam lelaki itu. Dahin tersenyum menyentuh dadanya.

"Dah kenapa pula tu?" soal Rina hairan.

"Jatuh hati," jawab Dahin yang masih memandang Afiyah. Rina menggeleng.

"Sudah lah itu Dahin. Awak itu memang setiap hari jatuh hati. Bukan saya tak tahu," sindirnya.

"Rina ini tak pandai simpan rahsia betul," balas Dahin dengan senyuman.

"Rahsia lah sangat," celah Suha pula. Dahin tergelak kecil.

"Liya mana? Tak nampak pun," tanyanya pula sambil memandang sekeliling. Rina dan Suha serentak mengangkat bahu.

"Aii, kekasih sendiri pun tak tahu pergi mana?" sindir Rina lagi. Dahin tersenyum. Dia menoleh memandang Afiyah yang hanya membisu sedari tadi.

"Fiyah tahu tak Liya kat mana?" soalnya lembut. Afiyah diam tidak membalas.

"Sayang," panggil Dahin lembut. Afiyah membalas pandangan lelaki itu dengan tajam. Kalau ikutkan hati mahu saja dia menampar bibir nakal lelaki itu. Suha dan Rina mula tidak senang duduk. Dahin masih tersenyum tenang membalas pandangan gadis itu.

"Kenapa awak garang sangat dengan saya? Awak suka saya ek?" soalnya nakal.

"Kau ingat semua perempuan kat dunia ini suka kat kau? Sedar diri sikit. Kau itu siapa?" balas Afiyah dengan sinis. Dia bangun dari kerusinya. Minuman kotak di hadapannya turut dicapai lantas dilemparkan ke atas lantai.

"Aku tak minta dan kau tak payah bagi sebab aku tak akan terima sampai bila-bila!" kata Afiyah dengan nada keras sebelum berlalu keluar dari cafe. Rina dan Suha turut bangun.

"Nampaknya cik abang kena berusaha lagi. Good luck," sempat Rina menyindir sebelum mengikut langkah Suha. Dahin hanya tergelak kecil sambil memandang langkah Afiyah yang semakin jauh.

Interesting…,

*****

“Fiyah okay?” tanya Suha apabila melihat gadis itu hanya membisu sejak mereka melangkah masuk ke dalam kelas.

“Fiyah jangan ambil hati sangat dengan Dahin itu. Dia memang nakal sikit. Tapi dia okay,” kata Suha separuh memujuk. Afiyah tersenyum sinis mendengar kata-kata gadis itu.

Okay? Hari-hari kacau aku, okay ke macam itu?? Sewel ada lah!

“Fiyah…” panggil Suha apabila melihat gadis itu mula termenung. Afiyah tersenyum hambar.

“Aku okay. Jangan risau,” balasnya sambil mula mengeluarkan buku dari begnya. Suha mengangguk tersenyum lega. Dia mengalihkan pandangan ke bahagian hadapan kelas. Suha menggigit bibir geram apabila melihat Dahin yang sedang leka merenung Afiyah dari jauh. Suha menoleh memandang Afiyah pula.

Huh! Nasib baik Fiyah tak perasan. Si kasanova ini memang nak kena dengan aku!

Suha menayangkan penumbuknya ke arah Dahin. Dahin hanya tersengih melihat telatah gadis itu.

Minah ini selalu aje menyibuk.

*****

Eijaz bersandar pada kerusinya sambil melepaskan keluhan berat. Permintaan Aliya benar-benar membuatnya hilang semangat. Namun dalam masa yang sama dia juga tidak mampu untuk menolak permintaan gadis itu. Walaupun akalnya mengatakan perbuatan tersebut adalah salah, namun hatinya tidak mampu untuk berkata tidak kepada Aliya. Semuanya disebabkan rasa sayangnya kepada gadis itu. Eijaz tunduk meraup wajahnya.

Apa tidak ada cara lain…?

Eijaz mengangkat wajahnya semula apabila teringat foto Ainun Afiyah. Dia membuka laci mejanya sambil mencapai foto tersebut. Foto itu ditatap lama.

Rupanya nama awak…,Ainun Afiyah. Tapi kenapa mesti awak?

Masih terasa perit pipinya apabila ditampar oleh gadis itu beberapa hari yang lalu. Tanpa sedar bibir Eijaz mengukir senyuman.

Ainun Afiyah. Esok saya akan jumpa awak.

Putus Eijaz sambil meletakkan semula foto Afiyah ke dalam laci. Dia menarik nafas dalam.

*****

Eijaz mengikut saja langkah Afiyah dari satu rak berpindah ke rak yang lain. Dia serba salah untuk mendekati gadis itu.

Sorry Fiyah…,

Eijaz menarik nafas perlahan sebelum mengambil keputusan untuk menghampiri Afiyah. Gadis itu tidak sedar dengan kehadirannya disebabkan leka membelek buku di tangannya.

"Awak," bisik Eijaz perlahan. Afiyah mengangkat wajah. Eijaz yang berdiri di hadapan gadis itu tersenyum manis memandangnya. Afiyah menatap lama wajah di depannya itu.

Mamat ini…,

"Hai," ucap Eijaz yang masih dengan senyumannya. Afiyah menyimpan semula buku di tangannya. Dia berjalan melepasi Eijaz tanpa menghiraukan lelaki itu. Eijaz berpaling mengikut langkah gadis itu semula. Afiyah berjalan menuju ke bahagian belakang. Eijaz masih setia mengikut langkah gadis itu. Apabila Afiyah mula menarik kerusi untuk duduk, Eijaz turut menarik kerusi yang berdepan dengan gadis itu. Afiyah mendengus perlahan.

"Bola awak sampai dalam perpustakaan ini ke?" sindirnya dengan nada sinis. Eijaz tergelak kecil.

"Awak dah curi bola saya hari itu. Saya datang nak ambil semula," balasnya dengan senyuman nakal.

"Tempat ini bukan tempat untuk menggatal. Kalau awak dah kegatalan sangat pergi kat luar. Ramai perempuan kat luar itu yang rela hati nak awak," kata Afiyah geram.

Dah kenapa dengan mamat-mamat kat kolej ini?!

Eijaz merenung wajah masam di depannya itu.

Kenapa Eij? Aku baru dua kali jumpa dengan gadis ini. Kenapa aku rasa macam dah lama kenal Fiyah?

"Tapi saya nak awak. Bukan orang lain," balasnya tanpa sedar. Eijaz terkedu dengan kata-katanya sendiri.

Apa aku cakap ini?!

Afiyah menutup semula buku di atas meja. Dia pantas bangun ingin beredar.

"Awak nak ke mana?" soal Eijaz apabila melihat Afiyah mencapai beg.

"Bukan hal awak," jawab Afiyah dengan malas sebelum berlalu. Eijaz berdiri turut mengikut langkah gadis itu. Afiyah berhenti melangkah.

"Kalau awak tak nak penampar dari saya, jangan berani nak kacau saya.” Afiyah memberi amaran tanpa memandang Eijaz. Langkah Eijaz terhenti. Dia hanya membiarkan Afiyah berlalu tanpa berhasrat untuk mengekorinya lagi. Eijaz menarik nafas dalam.

Ainun Afiyah…,

*****

"Dah jumpa buku itu?" soal Suha sambil memandang tepat wajah Afiyah. Dia agak risau melihat wajah masam gadis itu.

Ini mesti kerja Dahin ini.

Tekanya dengan perasaan geram.

"Dah tapi tak sempat belek. Mamat itu..."

"Mamat? Dahin? Aduh! Memang nak kenalah mamat ini," pintas Suha sambil mula menekan telefon bimbitnya.

"Bukan," balas Afiyah. Suha memandang gadis itu semula.

"Maksud Fiyah?" soalnya agak keliru. Afiyah menyambung semula langkahnya tanpa memberikan jawapan. Suha mengekori langkah gadis itu dengan pantas.

"Siapa?" soalnya tidak sabar.

"Aku tak tahu nama mamat itu. Tapi kau gelar mamat itu romeo," jawab Afiyah akhirnya tanpa memandang gadis itu. Langkah Suha terhenti.

"Oh my!" kata Suha separuh menjerit.

"Why?" soal Afiyah sambil turut berhenti melangkah kerana terkejut dengan jeritan gadis itu. Dia berpaling memandang Suha dengan kening berkerut.

"Fiyah ke?" tanya Suha tidak percaya sambil berjalan menghampiri Afiyah. Terangkat kening Afiyah membalas pandangan gadis itu.

Dah kenapa dengan minah ini?

"Ingat tak dulu Suha pernah cerita pasal pelajar perempuan yang bertuah itu? Alah, kekasih rahsia Eijaz Elman," Suha cuba mengingatkan gadis itu semula.

"Jangan nak mengarut lah," balas Afiyah yang mula faham dengan maksud gadis itu. Dia menyambung langkahnya semula.

"Tapi," Suha masih tidak mahu mengalah.

"Nak balik ke tak?" soal Afiyah tanpa memandang sahabatnya itu.

"Nak," Suha berlari anak mengejar langkah gadis itu dengan senyuman lebar. Dia mencuri pandang wajah Afiyah yang berjalan disebelahnya.

Kalau betul lah Fiyah orangnya. Apa agaknya reaksi Liya?

Hati kecil Suha bertanya risau. Dia mula bimbang dengan kemungkinan itu.



Previous: Bab 5
Next: Bab 7

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.