“
Ya Allah…apa yang telah terjadi kepada kau, Suraya?” Tanya Hakimah dengan
debaran di dada. Keadaan Suraya yang bagaikan kurang siuman membuatkan hatinya
bertambah resah.
Sebentar
tadi Hakimah mendapat panggilan daripada pihak hotel meminta dia segera datang
menjemput sahabatnya itu di situ. Hatinya masih tertanya-tanya mengapa Suraya
boleh berada di hotel ini. Apakah tujuan sebenar Suraya berada di sini dan
mengapa Suraya berkelakuan bagaikan orang kurang waras ini?
Sebaik
sahaja melihatkan wajah Hakimah, Suraya terus meluru dan mendakap tubuh Hakimah
dengan erat. Dia terus menghamburkan airmata kekecewaan di dada Hakimah.
“
Peluk aku, Kimah. Peluk aku, Kimah. Peluk aku agar semua kesakitan ini hilang,”
tangis Suraya dalam pelukan Hakimah.
Hakimah
menguatkan pelukannya. Hatinya dihambar sayu dengan bicara Suraya itu. Akhirnya
dia juga turut menangis bersama-sama dengan Suraya.
“
Apa yang telah berlaku kepada kau, Su? Ceritakan kepada aku,” kata Hakimah
sambil mengelus rambut Suraya yang panjang mengurai.
“
Hati aku sakit sangat, Kimah! Sakit sangat-sangat! Kalau boleh aku mahu
membunuh mereka biar mereka mati di tangan aku!” Kata Suraya dalam tangisannya.
Hakimah
dapat menggagak pasti ada sesuatu yang buruk telah menimpa sabahat baiknya itu.
Pasti semua ini angkara Adam. Hakimah yakin benar. Perasaan benci dan geram
semakin membara di hati Hakimah. Wajah Adam yang jahat itu menari-nari di ruang
ingatannya. Seperti juga Suraya, Hakimah juga terasa ingin menamatkan riwayat
Adam yang kejam itu.
“
Apa yang Adam dah lakukan kepada kau?” Tanya Hakimah dengan perasaan membara.
Di dalam diam dia sudah berjanji akan menuntut bela ke atas apa yang telah
terjadi kepada Suraya. Dia akan membantu Suraya mendapat pembalasan yang
sewajarnya.
“
Mereka telah jual aku kepada lelaki inggeris semata-mata untuk mendapatkan
tender. Aku sudah menjadi bahan dagangan mereka, Kimah! Aku ni tak ubah seperti
pelacur! Aku ni kotor, Kimah…..” Cerita Suraya.
Bagaikan
terhenti denyutan nadi Hakimah apabila mendengarkan cerita penuh duka itu.
Benarkah apa yang sedang didengarinya itu atau Suraya sedang mereka cerita? Dia
tidak pernah menyangka sama sekali Adam yang dikenalinya itu sejahat itu.
Sanggup Adam memperlakukan isterinya sebegitu?
“
Binatang! Aku tak akan biarkan binatang itu hidup dengan tenang! Jom kita buat
laporan polis!" Kata Hakimah.
Debaran
di dadanya semakin laju. Hatinya sakit sekali. Tidak pernah dia merasakan
kesakitan sebegini. Ya Allah betapa hebatnya dugaan yang telah Kau berikan
kepada sahabatku ini. Kau tabahkan hatinya Ya Allah dalam menempuhi dugaan yang
maha perit ini.
“
Aku tak nak buat laporan polis!” Kata Suraya. Tangisannya sentiasa menghiasi
kolam matanya. Hanya itu yang mampu dia lakukan di saat kegetiran dan dugaan
yang maha hebat yang dipersembahkan kepadanya tatkala ini. Dia mahu membalas
dendam terhadap apa yang telah berlaku kepadanya. Dia sudah tidak peduli lagi
dengan apa yang akan berlaku kepadanya asalkan hatinya puas setelah dia dapat
menamatkan riwayat Adam yang durjana itu.
“
Kenapa kau tak nak buat laporan polis? Kau takut ke? Jangan takut Su, aku
sentiasa ada bersama kau. Lagipun negara ini ada undang-undang. Adam tidak akan
lepas dari hukumannya!” Pujuk Hakimah.
“
Undang-undang? Di manakah undang-undang itu ketika sepak terajang Adam menjadi
santapan aku, Kimah? Di mana? Dunia ini tidak pernah adil buatku dan hanya aku
yang layak menentukan nasib Adam!” Kata Suraya. Perasaan dendam itu semakin
subur di hatinya. Wajah Adam yang durjana itu mula menari-nari di ruang
ingatannya. Tatkala itu dia bagaikan melihat Adam sedang melutut di kakinya
agar dirinya di maafkan.
Berdebar
hebat Hakimah apabila mendengarkan ucapan Suraya itu. Dia mula dikerumuni
dengan perasan takut dan bimbang. Mana tahu Suraya akan mengambil tindakan yang
bakal merosakkan dirinya sendiri.
“
Apa yang kau nak lakukan, Su?” Tanya Hakimah sambil terus merenungi Suraya yang
masih berada di dalam pelukannya.
Suraya
melepaskan pelukan. Kemudian dia memandang Hakimah dengan perasaan berkobar-kobar.
Dia bagaikan mendapat satu semangat.
“
Aku nak bunuh Adam!” Kata Suraya sambil tersenyum lebar.
Semakin
berdebar hati Hakimah apabila mendengarkan bicara Suraya itu. Adakah Suraya
benar-benar ingin melakukan semua itu atau sengaja mahu melepaskan tekanannya
dengan berkata sedemikian? Ah tidak mungkin Suraya berani untuk melakukan semua
itu.
“
Mengucap, Su. Mengucap!” Kata Hakimah sambil memegang kedua belah bahu Suraya.
Kemudian Hakimah mengoncang bahu tubuh sahabat baiknya itu.
Sebaliknya
Suraya hanya tersenyum mendengarkan bicara Hakimah itu membuatkan Hakimah
semakin takut. Adakah Suraya benar-benar berfikiran waras tatkala ini?
“
Kau tahu tak apa yang aku akan lakukan? Mula-mula aku akan tikam dadanya
kemudian aku akan keluarkan hatinya yang busuk itu dan aku akan cincang sampai
lumat. Lepas tu aku akan kerat tangan dan kakinya yang selalu memukul dan
menerajang aku, kemudian aku….”
“
Mengucap Su! Mengucap Su!” Kata Hakimah sambil mengegar tubuh Suraya.
Hakimah
pandang ke dalam anak mata Suraya dengan hati yang waja agar kekentalan hatinya
itu dapat dipindahkan kepada sahabatnya yang sudah tersungkur itu. Suraya yang
bagaikan terkedu pada mulanya dengan bicara Hakimah itu akhirnya mengukirkan
senyuman. Melihatkan senyuman Suraya itu membuatkan Hakimah dihambat resah.
“
Mengucap? Ha ha..mengucap? Ha ha…ha…ha…”
Makin
kuat tawa Suraya memecah gegendang telinga Hakimah. Hakimah makin kalut.
Airmatanya mengalir laju melihatkan keadaan Suraya itu. Simpatinya melimpah
ruah. Dia terus mendakap Suraya dengan erat.
“Ya
Allah apa yang harus aku lakukan untuk membantu sahabatku ini?” Doa Hakimah di
dalam hati.
“
Mengucap? Macammana nak mengucap ye? Macam ni ke? Ashaduallaila ha il Allah, Wa
ashaduanna muhammadul rasullallah,” kata Suraya sambil mendendangkan lagu nasyid
kumpulan Raihan.
Kemudian
Suraya menangis pula. Selepas itu dia ketawa pula. Keadaan Suraya itu bagaikan
orang kurang siuman. Ya Suraya sudah hilang kewarasannya membuatkan Hakimah
semakin di himpit pilu.
“
Mengucap Suraya..mengucap..ikut cakap aku ni..sebut Allah….Allah…” Kata Hakimah
cuba menyedarkan Suraya.
Namun
semuanya gagal. Suraya terus berkeadaan begitu membuatkan Hakimah semakin
mendendami Adam.