Home Novel Cinta JODOH UNTUK TENGKU DELYA
BAB 51


“Sayang..” kejut Rayyan pada tubuh yang tiada sebarang pergerakan itu. Dia menggenggam tangan itu se-erat mungkin. 


“Maafkan I Delya, I gagal tangkap Rafiq. I gag..” dia terasa pergerakan dijarinya. Cepat–cepat dia memandang wajah gadis itu untuk memastikan sesuatu. 


“Doktor! Doktor!” jerit Rayyan. 


_____________________


“Macam mana perkembangan isteri saya doktor?” soal Rayyan. 


“Ini kali pertama ke dia cedera parah macam ni?” soal doktor Khiddir.  


“Ini..” Rayyan terhenti kata–katanya apabila teringat kembali cerita yang Delya beritahu padanya selepas kejadian tersebut. 


“Saya dapat agak dah lebih sekali dia cedera parah macam ni kan?” teka doktor Khiddir. 


Rayyan terdiam, entah kenapa dia lebih memilih untuk berdiam diri. 


“Puan Delya mengalami gegaran otak yang membuatkan dia ambil masa lama untuk sedar. Kesan tembakan pada lengan isteri encik tu hanya kecederaan ringan. Ada yang lagi parah dari itu. Boleh saya kata, yang dia jatuh di tempat yang tinggi?” jelas doktor Khiddir. 



“Ada kesan sampingan ke doktor?”


“Belum ada lagi, tapi ketahanan pada bahagian kepala masih lemah. Elakkan sebarang perkara yang melibatkan bahagian kepala, contohnya terhantuk. Dia boleh pengsan dan hilang ingatan. Jadi buat masa ni, encik kena jaga dia betul–betul dan jangan buat dia stress.” Terang doktor Khiddir. 


Rayyan mengeluh kecil. Dia melihat tubuh isterinya yang masih terlantar, belum lagi menyedarkan diri.


___________________


“Tolong! Lepaslah!” Jerit Delya sekuat hati. Lelaki yang berusia lingkungan 20 tahun itu makin mendekati Tengku Delya. 


“Sinilah, aku bukan nak bunuh kau pun..” dia cuba memujuk gadis itu. 


“Jangan dekat! Aku kata jangan dekat!” Delya mengundur, lelaki itu maju ke hadapan. Lagi beberapa langkah, bunyi pintu dihempas menganggu niatnya. 


“Kau nak apa? Aku nak bersenang dengan dia pun susah!” tengking lelaki itu. 


Hazif mendekati lelaki itu, perasaan marah sudah bercampur baur. 


“Kau nak buat apa dengan adik aku?!” Hazif sudah menggenggam penumbuk. Adiknya dipandang, memikirkan cara untuk keluar dari tempat itu. 


“Hazif.. Let me taste your sister, just once..” 


“Kau fikir adik aku binatang ke?! Kawan jenis apa kau ni?!” Hazif mendekati adiknya, namun Hamim sempat menghalang. 


Satu tumbukan dilepaskan pada wajah Hamim, cecair berwarna merah mengalir dari bibirnya. 


“Eh Hazif, macamlah kau baik sangat. Aku sentuh adik kau sikit, tak hamak pun lah. Dia pun sama teruk macam kau! Kau bla lah Hazif!” dia menolak Hazif menjauhi Delya. 


“Kalau kau nak tau, abang kau ni bukannya baik pun. Harap je pegang title 'Islam'.” bisik Hamim sebelum bibirnya menghala pada leher Delya. 


“Hamim!” satu benda tajam menembusi badan lelaki itu, makin lama pemandangannya semakin kabur dan akhirnya merebahkan diri. 


Hazif yang memegang pisau lipat itu mula terketar–ketar tangannya. Delya sudah mengalirkan air mata kerana ketakutan. 


“Ab.. abang..” panggil Delya. Dia tidak mampu bangun lagi, tenaganya sudah habis digunakan. 


“Delya.. Adik abang okay tak?” dia mengusap wajah adiknya berkali–kali. 


“Abang..” Delya tidak mampu mengungkapkan apa–apa lagi, dia hanya mampu menangis di dalam pelukan Hazif. 


“Abang!” Delya bangun dari katil, Rayyan terjaga dan memandang ke arah isterinya. 


“Sayang, you dah sedar?” Soal Rayyan sambil memegang sisi Delya. 


“Abang Hazif tak salah, abang Hazif langsung tak salah.. Dia buat semua tu untuk I, abang Hazif tak salah..” air matanya tidak berhenti mengalir. Sibuk mempertahankan abangnya. 


“Sayang..” pujuk Rayyan. 


“Abang Hazif dah tak ada, I langsung tak sempat nak minta maaf dekat dia..”


“Apa maksud you?” soal Rayyan, setahu dia Hazif masih hidup. 


“Rafiq.. Dia bunuh abang Hazif..” tangannya mengepal penumbuk. Dia bertambah marah apabila dendamnya belum terbalas. 


“Apa maksud you? Kenapa family you tak tahu apa–apa?” soal Rayyan inginkan kepastian. 


“Diorang tak tahu?” soal Delya, dia cuba hentikan tangisannya. 


“Kenapa you kata abang Hazif tak salah?” 


“Abang Hazif cuba selamatkan I dari kena rogol dengan jantan tak guna tu!” balas Delya dengan penuh rasa benci dihatinya. Rayyan seakan tidak percaya dengan apa yang didengarnya tadi. 


“Dia.. Di.. Argh!” tiba–tiba saja Delya meraung kesakitan. 


“Doktor!” jerit Rayyan.


Delya menahan rasa sakit di kepalanya, seakan–akan ada ingatan yang baru muncul. 


“Abang Hazif tak tergamak pun nak bunuh orang. Tapi sebabkan adik dia, dia sanggup. Untuk maruah adik dia..” 


“Tapi papa.. papa..” Tersekat kata–katanya disebabkan rasa sebak di hati. 


“Papa halau abang Hazif keluar lepas perbicaraan mahkamah. Papa taknak salah satu dari kami adalah penjenayah, walaupun abang Hazif selamatkan maruah I. Papa.. Papa lebih pentingkan pangkat, kerjaya. Papa sanggup..” 


Rayyan memeluk isterinya, kata–kata yang keluar dari mulutnya terkunci. Dia tidak sanggup melihat isterinya begitu. Hanya bunyi tangisan yang didengarnya. Perlahan–lahan Rayyan mengusap belakang isterinya. 


“I taknak you stress macam ni, tenangkan fikiran. Lepastu you cerita semuanya dekat I. Sekarang ni you rehat..” dia membaringkan tubuh isterinya dan diselimutkan badannya. 


Delya cuba pejamkan mata, dia ingin melupakan hal yang membebankan dirinya buat seketika. 









Previous: BAB 50
Next: BAB 52

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.