Home Novel Cinta JODOH UNTUK TENGKU DELYA
BAB 33

Rafiq berjalan ke arah susuk tubuh seseorang yang agak tegap itu. Lelaki itu terus memandang ke arahnya sambil berpeluk tubuh. 


“Hai Tengku Hazif?” sapa Rafiq kepada lelaki itu. 


Tengku Hazif merenung tajam ke arahnya, kalau bukan disebabkan ugutan, memang tidaklah dia ingin bersemuka dengan pembunuh bersiri ini. 


“Kenapa kau nak jumpa aku?” soal Hazif, Rafiq memicit dagunya berkali–kali sambil matanya memandang ke atas, entah apa yang difikirkan pun tak tahulah. 


“Aku.. nak adik kau, simple.” Hazif mengeluh berat, dia memberi senyuman hambar. 


“Pembunuh macam kau ni, ada hati nakkan adik aku. Eh, aku tak percayalah yang kau ni darah daging aku, mengalahkan syaitan perangai!” bingit telinganya apabila dipekik begitu, dia memandang serius ke arah Tengku Hazif yang langsung tidak gementar berhadapan dengannya. 


“Kalau aku bukan darah daging korang, kahwinkan aku dengan Delya, kami halal berkahwin. Sebabkan orang–orang gila tu, aku tak dapat kahwin dengan dia, apa? Aku tak percayalah pasal semua benda yang diorang bagitahu!” tiba–tiba sahaja dia menjadi emosi. 


Setiap kali dia teringatkan kejadian itu, setiap kali itu lah dia emosi. Emosi yang boleh membahayakan orang lain. 


“Kau jaga mulut kau, orang–orang gila? Diorang mak bapak aku. Kau jangan lebih–lebih.” Hazif memberi amaran. Walaupun dia sudah dihalau, dia masih memenangkan kedua ibubapanya. 


“Mak bapak? Bukan kau dah kena halau ke? Kau masih mengaku diorang mak bapak kau? Haih, baik sangat kau ni.” dia gelak menyindir. Kemudian dia tersenyum sinis. 


“Rafiq.. Aku kesian dengan kau, sebabkan cinta, kau sanggup pembunuh. Kalau aku jadi kau, aku cari orang lain. Aku takkan jadi sampah macam kau.” meleret sahaja dia mengutuk lelaki itu. Telinga Rafiq sudah mula kepanasan mendengar kata–kata tak berlapik itu. 


“Sebab adik kau dah buka hati aku, dia orang pertama yang aku jatuh cinta. Lepas tu dia lepas tangan macam tu je? Perasaan aku ni siapa yang nak rawat?” dia meluahkan segala yang terpendam dalam dirinya. 


“Orang pertama tak semestinya akan jadi orang terakhir. Delya bukan jodoh kau, dah ada satu dinding yang pisahkan korang. Darah daging, kau masih nak melawan takdir ke?” Walaupun kata–katanya akan menusuk jiwa, tapi terselit jaga nasihat dalam kata–katanya. 


“Aku dah tak percaya takdir semua tu, semua tu jahanam!” Bentak Rafiq. 


“Ikut kaulah, aku akan jaga adik aku baik–baik. Kalau kau sentuh dia, terimalah padahnya. Assalamualaikum..” dia mengakhirkan perbicaraan dengan memberi salam, saja dia ingin menghangatkan lagi orang tak reti bahasa itu. 


______________________


“Delya, bila nak dapat anak? Dah nak dekat empat bulan mummy tunggu. Tak sabar nak timang cucu, rindu sangat..” itu kata–kata pertama yang keluar dari mak mertuanya, rasa menyesal pun ada juga kerana pergi kerumah mak mertuanya. 


Delya hanya tersenyum kelat. Itulah perangai orang melayu, tak kahwin, dikata perempuan melayu terakhir. Dah kahwin, tanya anak pula, susah betul hendak menyelesaikan masalah yang tiada kesudahan ini. 


“Hmm, belum ada rezeki lagi mummy. Mummy sabar eh?” lembut sahaja dia membalas. 


“Mummy bukan apa, kalau mummy mampu beranak lagi. Tak adalah mummy tanya pasal cucu semua ni, mummy rindu nak main–main dengan baby.” Luah Datin Fifa, Delya hanya mengangguk. Dia faham perasaan mak mertuanya, semua orang tua begitu. 


“Mummy doalah supaya Delya cepat dapat

 zuriat.” kata Delya, Datin Fifa hanya tersenyum kecil. Dia senang hati dengan sikap menantunya. Langsung tidak pernah menentang permintaanya. 


“Macam mana kamu dengan Rayyan? Dia okay tak?” baru sahaja dia teringat untuk bertanya khabar anaknya yang sorang itu. 


“Rayyan? Macam biasalah, dia busy dengan kes–kes yang menggunung tu.” balas Delya. 


“Dia tak ada luangkan masa dengan kamu?” 


“Ada, Delya faham. Dia busy hal kerja, Delya busy jugak.” Cepat–cepat sahaja dia menyokong suaminya, takut nanti Datin Fifa loya buruk pula. 


_________________________


Sebaik sahaja Rayyan membuka pintu, Delya sudah tercegat di depan pintu. Dia mengambil beg kerja yang dipegang oleh Rayyan dan diletakkan di atas sofa. 


“Penat ke?” soal Delya. Iyalah, pekerjaan mereka memang jauh bezanya. Delya melukis dengan tenang bersama angin sepoi–sepoi bahasa. Manakala Rayyan pula sibuk memerah otak untuk selesaikan kes–kes yang kadang–kadang rumit. 


Nasiblah dia tidak menjadi tak terurus seperti salah seorang detektif di balai itu. 


“Bolehlah..” balas Rayyan, dia pelik dengan perangai isterinya. Tiba–tiba sahaja menjalankan tugas sebagai seorang isteri? 


“Rehatlah, saya dah ada beli makanan tadi. Lepas mandi semua, boleh makan. Sorrylah, saya tak pandai masak. Nanti buat awak sakit perut je.” sempat lagi dia memikirkan keadaannya hari itu, dialah tukang masak pertama di nombor terakhir. 


“Saya tengok awakpun saya dah kenyang..” dia memeluk isterinya dari belakang, dagunya singgah di bahu isterinya. 


“Yeke? Eloklah tu, lain kali saya tak payah risau pasal makan minum awak lagi. Tengok muka saya je eh?” dia menyindir suaminya, romantik tak kena masa. Kelaparan betul–betul baru tahu. 


“Eh, tak baik cakap macam tu dengan suami. Cuba manja–manja sikit dengan saya, dapat pahala..” Delya hanya memberi senyuman hambar. Dia tidak kesahpun semua tu. 


“Awak taknak makan ke? Kalau taknak, saya habiskan semua.” Rayyan tersenyum nakal, cepat sahaja bibirnya melekat di bibir isterinya. Itu sahaja caranya untuk hentikan isterinya dari terus menyindir. 


“Saya taknak mandi dulu, saya nak makan. Lapar.” Delya masih kaku, tidak berganjak langsung. Ajakan suaminya diabaikan. Dalam beberapa saat, wajahnya berona kemerahan. 


Rayyan hanya tersenyum melihat isterinya yang sudah menjadi patung itu. Tidak lama kemudian, tangan isterinya ditarik mengikutnya ke meja makan. 


Rayyan membuka tudung saji, dia tergelak kecil apabila melihat makanan yang terhidang. Spaghetti Aglio Olio? 


Delya hanya menunggu suaminya untuk menyuap makanan tersebut. Apabila masuk ke dalam mulut, Rayyan tersenyum lebar. Rasanya sungguh lazat. Berbeza dengan sebelumnya. 


“Macam mana, sedap ke?” dia tidak dapat mengawal dirinya dari berdiam diri. Sebenarnya dialah yang membuat spaghetti itu. Saja dia menipu suaminya. 


“Sedap sangat..” Rayyan tidak berhenti menyuap spaghetti itu masuk ke dalam mulutnya. Delya menongkat dagu sambil mulutnya tidak berhenti senyum. 


“Ni sebenarnya awak masakkan?” soal Rayyan. Dia dapat melihat reaksi isterinya ketika dia memuji masakan tersebut. 


“Saya cuba je, sebab hari tu tak jadi..” wajahnya menunduk ke bawah, hanya pinggan sahaja yang dia pandang. 


“Its really tasty sayang.. pandai sayang masak.” Mulalah pipinya berona merah sekali lagi apabila dipuji, diselitkan pula panggilan 'sayang' dalam pujian itu. 


“Maksudnya haritu memang tak sedapkan?” dia dia ingin membongkar pendapat suaminya. 


“Taklah, haritu sedap, hari laaaaagi sedap.” bersungguh–sungguh dia memuji isterinya. Hari itu menjadi hari yang paling bahagia buatnya kerana dapat meluangkan masa bersama isterinya walaupun dalam masa yang singkat. 


Sedang mereka berborak, perutnya lapar kembali. Makanan dipinggan itu masih belum habis dek kerana terlalu asyik berborak. 


Dia kembali menyuap makanan itu ke dalam mulutnya, nikmat sungguh rasanya. Tekaknya ringan sahaja menelan makanan itu. 


Sedang Rayyan sibuk makan, Delya mengajukan soalan. 


“Awak taknak anak ke?” soal Delya selamba. Tersedak cik suami dibuatnya. Nasib tidak tersembur makanan itu kerana sudah masuk sehingga ke tekak. 


“Delya.. Dekat meja makan ni..” tegur Rayyan, Delya sudah kelam kabut mencari air kerana suaminya tidak berhenti batuk. 


“So.. Sorrylah.. Nah minum air.” dia memberi segelas air tembikai yang dibuat olehnya sendiri. 


Rayyan lega, nasib baik sedaknya hilang selepas menyedut air tembikai itu. 


“Sayang.. Makanlah dulu, dari tadi awak asyik tanya soalan je. Tak lapar ke?” baru dia perasan yang dia sedang lapar. Cepat–cepat dia mengambil segulung spaghetti dan masuk ke dalam mulutnya, barulah terasa lega perutnya apabila sudah di alas sedikit. 


Setelah mereka selesai makan, mereka masih duduk di meja makan. Rayyan tidak bangun kerana dia tahu isterinya ingin membincangkan sesuatu dengannya. 


“Awak tanya pasal anak tadi kan?” 


Delya mengangguk. 


“Saya memang teringin nak ada anak. Tapi, kita memerlukan kerelaan kedua–dua belah pihak. Sebab tu saya tak pernah cakap pasal anak.” ujar Rayyan. Delya mengangguk faham. 


“Awak nak berapa anak?” Soal Delya lagi, suaminya mula segan. Isterinya bertanya seolah–olah ini perkara kecil. 


“Sepuluh?” tersedak air tembikai yang disedutnya. Rayyan hanya menahan ketawa. Comel juga melihat isterinya begitu. 


“Awak ni, tak laratlah nak jaga sampai sepuluh anak. Agak–agaklah.” ada sedikit nada marah dalam kata–katanya. 


“Tak larat nak jaga anak ke, tak larat benda lain?” Rayyan tersenyum nakal, Delya memberi pandangan meluat terhadap suaminya. 


“Awak ni, itulah saya susah nak borak dengan awak. Elok je kita borak, awak tiba–tiba melencong. Mereng ke apa?” Rayyan terus melepaskan ketawa sebelum gelaknya mati apabila mendengar gelaran 'mereng' untuknya. 


“Aip, tak baik cakap dengan suami macam tu.” saja dia mengajar isterinya seperti budak tadika. 


“Dahlah, saya naik atas dulu.” Delya terus bangun dari meja makan dan menuju ke tangga. Rayyan juga turut mengikut langkah isterinya, sebaik sahaja membuka pintu bilik, badan isterinya dicempung dan diletakkan atas katil. 


Dia naik atas katil yang membuatkan Delya gerun melihatnya. “Awak dah ready nak jadi milik saya sepenuhnya?” soal Rayyan, dia sudah tersenyum nakal. 


“T.. Tak ready lah! Awak ni!” baru sahaja dia ingin bangun, badannya terdorong kembali kerana di tarik oleh suaminya. 


“Sayang jom..” Delya sudah gelisah, takut sesuatu yang buruk berlaku. 


“Jom tidur?” Rayyan sudah tidak dapat menahan dirinya dari tergelak dek kerana reaksi isterinya yang terlalu cemas itu. 


Delya merengus geram. Ada saja perkara yang suaminya ingin mengusiknya. Rayyan hanya tersenyum, puas dia melayan isterinya dari dapur hingga ke bilik. Dia sungguh menyayangi isterinya.

Previous: BAB 32
Next: BAB 34

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.