Home Novel Cinta SUAMI PALING ANNOYING!
SUAMI PALING ANNOYING!
Ms.Lia
21/11/2020 23:46:36
125
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
BAB 1
Tengku Muhammad Azrif Daniel mengatur langkah ke meja makan. 


”Mana Tia? Tak bangun lagi?” Soal Tengku Aida iaitu ibu mereka. 


”That sleepy head? Mestilah belum bangun lagi mama..” jawabnya bersahaja. 


Sedang dia mengunyah sandwich yang dihidangkan oleh bibik mereka. Mamanya bersuara lagi. 


"Dah tu? Sebagai abang? Kamu kena.." Belum sempat Tengku Aida menghabiskan ayatnya, dia mula menyampuk. 


"Sebagai abang, dah memang jadi tanggungjawab untuk kejutkan adik?" Dia terus bangun dan naik semula anak tangga. 


"Tia! Wake up!" Pintunya diketuk kuat. 


"3 minute.." Dia menyambung kembali tidurnya. Tengku Azrif tidak berhenti mengetuk pintunya. 


"Ish bisinglah, orang dah kata 3 minute!" Dia menutup kepalanya dengan bantal. 


"Tia, wake up now! Or else, I will kick the door!" begitulah cara dia mengejut adiknya setiap hari. 


Langsung tidak berlemah lembut walaupun adiknya seorang perempuan. Dengan rasa malas, dia bangun dari tilamnya yang empuk dan mencapai tuala. 


Setelah siap membersihkan diri dan mengenakan pakaian, dia menuruni anak tangga dan duduk di kerusi meja makan. 


"Mama, lain kali tak payah suruh lionshark ni kejutkan Tia." dia menjeling ke arah abangnya yang sedang asyik makan.


"Cewah, lionshark ni jugaklah yang hantar kau pergi kolej. Dah ada lesen motor taknak bawa." abangnya mula membebel. Walaupun mukanya tampan, tapi salah satu sifatnya ialah suka membebel. 


"Eleh, Tia dah katakan selagi Tia tak ada lesen kereta. Tia takkan pergi kolej sendiri." balasnya, dia memang tidak boleh kalah apabila bergaduh dengan abangnya. 


"Dah–dah, kamu dua beradik ni suka sangat bergaduh dekat meja makan. Tia, this is your first day in collage. Don't make any trouble." Tengku Aida memberi peringatan kepada Tia, satu–satunya anak perempuan yang dia ada. 


"Dengar tak mama kata apa tu?" dia cuba mengingatkan kembali pesanan yang diberi oleh mamanya. 


"Dengarlah, ingat orang pekak ke?" dia menjeling ke arah abangnya. 


Tengku Aida hanya mampu menggelengkan kepalanya melihat mereka berdua. 


“Memandangkan harini hari first Tia ke kolej, biar papa yang hantar.” Tia menunjukkan reaksi yang sedikit terkejut. Entah apa yang berada dalam fikirannya. 


"Ha kenapa? Nak melenconglah tu." serius mukanya apabila meneka apa yang akan dibuat oleh anaknya. 


"Mana ada pa, Tia just nak bersendirian." jawabnya dengan lemah lembut.


"No no, not today Tia. I know what's in your mind." ujar tengku Arman. 


"Haih, papa tak percaya dengan Tia ke?" sayu suaranya agar dapat mengubah hati tengku Arman. 


"Muktamad. Ke nak papa settle dengan pihak kolej?" soal tengku Arman, laju Tia menggeleng. Takut hal jadi lebih besar, dia hanya akur dengan arahan papanya. 


*******


"Cepat masuk, papa tengok dari jauh." arah papanya. Tia hanya mengeluh dan melangkah keluar dari kereta itu, sampailah ke pagar utama kolej itu, barulah papanya berlalu pergi. 


"Hish, apa nak buat dekat kolej ni, bosanlah.." ujarnya seorang diri. Dia memang sudah hilang keingingan untuk sambung belajar, walaupun dia seorang yang bijak. 


____________________


"Zane, ingat cakap mama, jangan cari pasal dengan perempuan dekat kolej tu, cari pasal tak boleh, cari jodoh boleh." pesan Tengku Aulia kepada anak bongsunya. 


Dia tahu, anaknya bukan sahaja tidak berminat dengan perempuan, malah suka cari pasal dengan perempuan. Hatinya keras dan dia bukan seorang yang 'Gay'. 


____________________


Tia berjalan ke hulu ke hilir, bukan mencari kelas, tapi melihat setiap sudut di kolej itu. 


Tiba–tiba terlihat seorang lelaki berbadan seperti model berjalan menuju ke arahnya dengan dua belah tangan berada di poket. 


"Eh, sakit pulak hati kita." omel Tia. Mulalah idea nakalnya datang. Apabila lelaki itu makin dekat, sengaja dia memanjangkan kakinya ke sebelah.  


Automatik lelaki yang berkelakuan segak tadi jatuh terjelopok ke atas lantai. 


"Opss, sorry. Ada cedera tak? ni I bagi duit eh." Tia terus membuka handbag berwarna hitam yang dihiasi dengan beberapa biji permata itu lalu mengambil sehelai duit berwarna ungu. 


Dia menghulurkan duit berwarna ungu itu pada lelaki dihadapannya yang masih di atas lantai. 


Namun, bukan duit itu yang dicapai. Tangan Tia dicapai dan lelaki itu kembali bangun. Tia mengeluh, suka hati je pegang tangan suci ni? 


"Kau sengaja." ujar Zane. 


"Taklah, I tak sengaja okay. Dahlah, I dah lambat." Tia baru saja hendak pergi, namun dirinya ditarik semula. 


"Kau fikir aku pakai speck mata hitam ni, aku tak nampak apa–apa ke?" jantung Tia mula berdegup laju. Terasa seram sejuk pula dengan gaya lelaki itu menyoal. 


"Eh, jangan fitnah oranglah. I dah kata I tak sengaja kan?!" suaranya naik se-oktaf berserta getaran di hujung ayat. Dia sedang takut. 


"Okay. Jom cek cctv." kata Zane. 


"Eh, I dah lambatlah!" kata–kata itu Zane abaikan. Dia tarik gadis itu ke suatu tempat. 


"Hei, you nak I report polis ke? suka hati je heret anak dara orang!" Tia sudah buntu, kekuatan

 lelaki itu tidak mampu dilawan. 


Tiba di satu bilik, Zane melepaskan tangannya. 


"Jom tengok siapa yang salah." lelaki itu bersuara lagi. 


Dah tentulah aku yang salah. Ei mamat ni! kes kecil macam ni pun dia besar–besarkan! 

 

Tia terpaksa mengikut lelaki itu masuk ke dalam bilik yang penuh dengan rakaman cctv. 


"Encik, boleh tolong kami cek sesuatu?" soal Zane. 


"Kamu berdua nak cek apa?" soal orang yang menjaga cctv itu pula. 


"Nak cek kejadian yang berlaku di balkoni Dahlia untuk hari ini." Jelas Zane. 


Amboi, siap hafal lagi nama balkoni tu ya? Orang yang menjaga itu terangguk–angguk, kononnya serius sangatlah kejadian tu. 


"Kejadian langgar–langgar ni ke?" soal penjaga itu. Zane mengangguk, kepalanya terus beralih pada rakaman cctv. 


"Cuba encik tengok betul–betul. Perempuan ni saja panjangkan kaki dia kan?" penjaga itu masih melihat. Dia cuba teliti. 


Selepas itu dia pandang tengku Tia yang berpeluk tubuh. Cantik orangnya. Tergoda iman. 


"Tak adalah. Dia mana ada panjangkan kaki. Awak tu yang jalan pandang atas kenapa?" soal penjaga itu. 


Zane pandang Tia atas bawah. Patutlah penjaga itu menyebelahinya, dengan cara pemakaian yang mampu menggoda kaum adam. 


Blouse berwarna merah jambu bersama skirt atas lutut. Betapa tidak cukup kainnya gadis itu. 


"Encik, saya boleh buat encik hilang pekerjaan dalam sekelip mata tau. Nak ke?" ugut Zane. 


Penjaga itu terdiam. Dia pandang Tengku Tia sekali lagi. Berbelah bahagi pula hatinya untuk membuat keputusan. 


"Tak apa, kalau jadi apa–apa pada pekerjaan you. I yang akan bertanggungjawab." lagak Tia. 


Zane pandang tidak percaya. Heh, ingat aku ni orang sembarangan ke? Aku ni anak Tengku okay! 


Siapa yang cari pasal dengan Tengku Tia Hanari, dia memang tempah tiket ke neraka! 


Tiba–tiba telefonnya berbunyi. Tia bingkas angkat panggilan itu. 


"Hello, dah kenapa call I time kolej ni?!" tengking Tia. 


Terkejut penjaga itu mendengarnya. Zane tayangkan muka kelat, harapkan muka saja, tingkah laku sangat tidak diundang! 


"You... Jomlah kahwin dengan I. Semuanya I dah prepare untuk you. Please sayang..." rayu lelaki di dalam panggilan itu. 


"Hei shit! I baru 18 tahun okay! kita putus!" serta merta panggilan diputuskan. 


"So, encik tak percaya ke insan yang tidak bersalah ni?" cepat saja dia bertukar perbualan. 


"Sa... saya dengan keputusan saya. Cik cantik ni tak bersalah!" Tia tersenyum sinis. Memang kecantikan dan keseksiannya adalah senjata pada kaum adam. 


"Kalau macam tu... kita kira dah settle lah! jom encik Perfect 10!" dia tarik tangan lelaki itu sehingga ke luar dari bilik rakaman cctv. 


"Dah gila ke? aku tak kira, aku tetap akan bawa kes ni ke balai polis!" tegas Zane. 


Sewaktu Zane ingin masuk, Tia pantas menjengket dan buat hal tidak sepatutnya. Bibir mereka bertaut rapat. Zane bagai tidak percaya, bibir sucinya telah dinodai! 


Cepat–cepat Tia lepaskan ciuman itu. 


"By the way, dekat sini ada cctv tau? bye Tengku Zane!" dengan selamba Tia meninggalkan lelaki itu.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.