Home Novel Cinta JODOH UNTUK TENGKU DELYA
BAB 6

Mulalah misi Tengku Delya untuk memikat Rafiq Daniel. Sewaktu di dalam kelas, “Lepas ni lunch dengan I?” soal Delya.


 Rafiq memandang wajahnya, dia masih lagi terbayang kejadian semalam. 


“I.. I busy.” balas Rafiq tergagap–gagap sambil anak matanya cuba dilarikan. 


“Kalau macam tu, dinner dengan I?” 


Terbeliak mata Rafiq apabila dikata begitu. “Lunch! Deal.” tangannya terus mencapai pen, nak tulis apapun tak tahulah. Bila dikenangkan kejadian yang berlaku semalam ialah malam, dia tidak boleh berjumpa dengan gadis itu pada waktu malam, trauma! 



“How cute..” balas Delya seakan–akan hendak mencubit pipi lelaki itu. Rafiq hanya memandang tempat lain. Tidak mahu termasuk ke dalam godaan gadis itu. 


____________________


“You nak makan apa?” soal Rafiq sambil mengeluarkan dompetnya. “Eh, tak payah belanja. Susah–susah je.” balas Delya yang sudah tersipu malu. “Siapa kata I belanja? I tanya je. I malas nak pilih menu.” balas Rafiq selamba.



“Ouh.. Haha, I makan.. ni je..” balas Delya yang cuba menutup malunya. 


“Ini je? Diet?” soal Rafiq apabila melihat tangan Delya hanya memegang roti berkrim coklat, tidak seperti makan tengahari. 


Setelah membeli makanan, mereka mengambil tempat duduk. Delya membuka balut roti lalu dicubit sekecilnya dan masuk ke dalam mulut. 


“Are you okay Delya?” soal Rafiq apabila melihat sikap Delya yang aneh itu. 


“I okay je, memang macam ni pun I makan.”


“Are you sure?”


“Ya.”


Rafiq terus makan mi goreng yang dibeli tadi. Delya hanya memuncungkan mulut kerana rancangannya tidak berhasil. Mungkin kerana dia terlalu menunjuk–nunjuk perubahannya? 


***********


Tiga bulan berlalu, Delya masih cuba memikat hati batu milik si Rafiq Daniel. Akhirnya hati yang keras itu sudah lembut sedikit, siapa boleh tahan dengan godaan Tengku Delya yang cantik itu?


Selepas habis kelas Encik Khamil, Delya berkemas–kemas dan pergi ke sebuah pondok. Rafiq Daniel turut mengekori gadis itu. 


Delya duduk di pondok, tidak lama kemudian dia bersuara, “I rasa I nak pindahlah.” Delya perasan akan Rafiq yang dari tadi mengikutnya. Rafiq terus memunculkan dirinya. 


“Kenapa pulak?” soal Rafiq ingin tahu. 


“You never love me Rafiq, I think I should give up.” jawapan Delya membuatkan Rafiq tidak puas hati. Cepat sangat mengalah, tapi yang menjadi masalahnya sekarang si Rafiq, hatinya telah mengisi nama Delya. Tapi dia tak berani luahkan perasaan itu. 


“Sebenarnya I ada benda nak cakap.”


“Apa dia?” Delya mula merapatkan sedikit badannya pada lelaki itu, tak ada niat apa pun, cuma nak dengar dengan lebih jelas. “I think I L-O-V-E.” disebabkan terlalu malu, dia mengeja. 


“Apa tu?” Delya sudah teruja, tapi disimpannya dalam hati dulu. 


“I rasa I dah start suka you..” balasnya perlahan. 


“Apa dia? Tak dengarlah.” saja dia buat–buat tak dengar. 


Rafiq mengeluh, dia sudah malu, gadis itu menambah malunya lagi. 


“Hmm, kalau tak ada apa–apa. I pergi dululah.” ujar Delya dan langkahnya perlahan sahaja untuk pergi dari situ. 


Tiba–tiba seseorang memeluknya dari belakang. “For the first time, I know what is love is, for the first time, I fall in love with someone, and the someone I love is you Delya, tengku Delya Amanda, I love you so much.” kali ini jantung gadis itu pula berdegup kencang. 


Tak sangka lelaki dihadapannya lebih romantik darinya. Pertama kali? Macam dah ada pengalaman je. 


“Delya?”


Suara itu menyedarkan gadis itu kembali ke alam nyata. “Hah.. Ahah, ya?” wajahnya sudah merona kemerahan. 


“Can you accept me?” soal Rafiq sambil memegang tangan gadis itu. Lidahnya kelu, terlalu malu dan perbuatan lelaki itu tak seperti lelaki yang selalu dia berhadapan. 


Delya cuba mencari oksigen, dia perlu menjawab soalan itu secepat mungkin sebelum lelaki itu berubah hati.


“Yes Rafiq!” selepas berkata begitu, dia terus mencangkung dan matanya memandang ke arah rumput. 


Malu sungguh! Rafiq hanya tersenyum melihat perbuatan gadis itu, selalunya dialah yang menggoda, merayu tanpa ada perasaan malu. Tapi kali ini, berbeza sungguh! 


Rafiq hanya tenung gadis itu, comel sangat! “You okay tak? Boleh bangun?” soal Rafiq kerana gadis itu dari tadi mencangkung. 


Rafiq ingin menolongnya, namun Delya seperti tiada keseimbangan. “Kaki I, kaki I kejang.” patutlah tak bangun–bangun dari tadi.


Rafiq tergelak kecil, dia cuba membantu gadis itu untuk bangun. Mereka duduk di pondok tadi, Delya langsung tidak memandang wajah si Rafiq itu. Rafiq hanya tersenyum, dia tahu gadis itu sedang menahan malu.

Previous: BAB 5
Next: Bab 7

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.