Home Novel Cinta JODOH UNTUK TENGKU DELYA
BAB 54

“Bawak orang tua tu dekat sini.” arah Rafiq.


Fakhir dan Mikail mengheret lelaki berusia itu menghadap Rafiq. Lelaki itu sudah tidak bermaya, hari–hari dipukul tanpa belas kasihan. 


“Khairul.. Oi! Apa perasaan kau bila dilayan macam ni?” soal Rafiq sambil tersenyum sinis. 


“K.. Kau siapa sebenarnya..” soal Khairul. 


“Aku? Anak kau yang dah lama kau tinggalkan. Kau ingat tak, kau lafazkan cerai dekat Raudah sehari selepas aku lahir ke dunia. Bukan kau je buat aku macam orang tak berguna, Raudah pun sama. Maklumlah, korang anggap aku ni pembawa malangkan?” luah Rafiq dengan wajah bengisnya.  


Khairul kaku, bibirnya seakan membeku. Anak yang telah dibiarkan selama 24 tahun kini berada dihadapannya sebagai seorang pembunuh. Dan dia akan menjadi mangsa seterusnya.  


“Rafiq?” dia cuba melihat tubuh itu sebaik mungkin dengan matanya yang kuyu. 


“Siapa lagi kalau bukan Rafiq? Korang, korang! Korang yang buat aku jadi seorang pembunuh! Semua berpunca dari korang semua!” bentak Rafiq. 


Badan tua itu ditendang sehingga Khairul tersembam ke atas lantai.  


Dia sudah tidak mampu berbuat apa–apa. Tenaganya sudah hilang sepenuhnya, sudahlah diseksa. Tidak diberi makan lagi. Memang seperti mayat hidup Khairul dikerjakan oleh Rafiq. Disebabkan dendam yang sudah menggunung.


“Maafkan ayah!” jerit Khairul. 


“Ayah dah menyesal, menyesal dengan apa yang ayah buat. Rafiq.. Memang semua yang berlaku ni salah ayah. Tolong maafkan ayah..” rayu Khairul. Dia cuba menenangkan Rafiq. 


“Kau fikir aku nak maafkan kau ke? Lepas aku bunuh kau, aku bunuh Raudah pulak. Baru aman hidup aku.” balas Rafiq. 


“Raudah? Apa maksud kamu? Kenapa kamu nak bunuh Raudah? Mak kamu sendiri!” dia cuba melepaskan dirinya dari ikatan itu, namun tiada yang berhasil. 


“Bukan kau benci Raudah ke? Tak payah nak tunjuk baik sangatlah!” sekali lagi badan Khairul ditendang kuat, kali ini dia muntah darah. 


“Aku nak bunuh semua orang yang sakitkan hati aku. Kau makanlah harini, esok adalah hari kematian kau.” kata Rafiq. 


Biarpun Khairul sudah tua, dia gerun melihat anaknya, orang yang penuh dengan dendam. Tak lama lagi dia juga akan dibunuh. Hati meronta–ronta minta dilepaskan, belum bersedia untuk mati. 


_____________________


“Kau yakin ke ni hospitalnya?” soal Rayyan. 


Faiz mengangguk laju. Rayyan melangkah masuk ke dalam hospital tersebut dan menuju ke kaunter pendaftaran. 


“Ya encik, ada sesiapa yang sakit ke?” soal jururawat itu. 


“Kenal tak dia? Jutawan kosmetik terkenal?” soal Rayyan pula. 


Jururawat itu mendiamkan diri, dilihat dua orang dihadapannya dengan penuh curiga. 


“Maaf encik, tapi siapa..” 


“Kami detektif. Sila beri kerjasama cik.” 


Setelah menunjukkan kad identiti mereka, jururawat tersebut terus memberitahu maklumat tentang orang yang disiasat itu. 


Rayyan dan Faiz berjalan mencari bilik yang diberitahu. Sesudah sampai, Rayyan terus masuk ke dalam untuk memastikan orang itu masih ada. 


Terlihat satu tubuh wanita berusia sedang duduk sambil memeluk tubuh, wanita berusia itu tidak beralih pandangannya dari tingkap. 


“Puan..” tegur Rayyan. 


“Jangan dekat!” jerit wanita itu. 


Rayyan pelik dengan kelakuan itu, dia bukannya pembunuhpun. 


“Puan, saya datang sini nak menyiasat sesuatu. Berkenaan Khairul..” jelas Faiz. 


“Khai.. Khairul? Kenapa dengan dia?” soal Raudah. 


“Gambar yang dipangkah ni, Khairul kan?” soal Rayyan, dia menunjukkan gambar itu untuk kepastian. 


“Kenapa nak siasat tentang Khairul?” soal Raudah, dia merenung gambar itu. 


“Dia hilang..” balas Rayyan. 


“Hah? Rafiq nak bunuh dia! Tolonglah.. Tolonglah selamatkan dia encik.. Tolonglah!” rayu Raudah. 


Rayyan perhatikan wanita berusia itu, langsung tiada raut wajah yang menyatakan wanita itu mental. Nampak normal sahaja. 


“Kenapa puan dimasukkan ke hospital ni?” soal Rayyan. 


Raudah beralih pandangan, dia mula mendiamkan diri. 


“Puan.. Kalau puan taknak rasa terseksa lagi, bagitahu kami semuanya. Benda yang puan cuba sembunyikan, bagitahu pada kami.” pujuk Rayyan. 


Raudah tetap memilih untuk berdiam diri. Matanya memandang ke bawah. 


“Rafiq.. Dia anak puan kan?” soal Rayyan. 


“Macam mana..”


“Semua maklumat kami ada. Jadi puan janganlah berahsia apa–apa lagi. Jujur pada kami.” 


“Rafiq.. Dia yang kurung aunty dekat sini.”  terang Raudah. 


“Kenapa dia buat macam ni?” soal Rayyan. 


“Lepas hampir setahun dia menghilangkan diri. Dia muncul balik, tapi dia tak tunjukkan diri dekat aunty. Tup–tup ada orang dari hospital datang, terus bawa aunty masuk ambulans. Dan aunty tak dibenarkan keluar dari hospital ni. Aunty bukan sakit mental, tapi ni semua perbuatan Rafiq. Dia balas dendam pada aunty sebabkan layanan teruk aunty waktu dia masih kecil.” 


Luah Raudah sambil menitiskan air mata. Siapa rela bila anak sendiri memberi layanan seteruk ini? Sejahat manapun seorang ibu, masih ada rasa sayang dihati. 


“Encik, tolong selamatkan Khairul.. Cukuplah suami aunty dibunuh, tolonglah selamatkan Khairul.” Rayu wanita itu. 


Dahi Rayyan berkerut, mendengar kata–kata yang disampaikan oleh Raudah membuatkan dia ingin bertanya lagi. 


“Maksud puan? Siapa bunuh suami puan?” soal Rayyan inginkan kepastian. 


“Anak aunty.. Rafiq.” balas Raudah. Sungguh perit hatinya ingin menjawab pertanyaan itu. 


_______________________


“Sayang..” panggil Rayyan. 


Namun tiada sahutan, dia cuba mencari kelibat isterinya di merata tempat, tetap tidak jumpa. 


“Delya!” jerit Rayyan. 


Dia cuba mencari Delya di dalam bilik, dalam masa yang sama, tubuh seorang wanita keluar dari bilik air. 


“Sayang!” Rayyan terus memeluk tubuh itu. 


“Ke.. Kenapa ni?” soal Delya. 


“I ingatkan you hilang..” balas Rayyan, pelukan tadi semakin erat. 


“Buat apa pulak I nak hilang.. I ada je.” jawab Delya. 


Rayyan merenggangkan pelukan, dia menatap wajah isterinya. 


“Kenapa?” 


“Wait.. You baru lepas mandi ke?” soal Rayyan. 


“Iyalah..”


“And this..” Rayyan melihat dari bawah hingga ke atas, isterinya hanya mengenakan jubah mandi yang panjang paras atas lutut saja. 


“You.. You pandang apa? Dahlah keluar. I nak salin baju.” wajah Delya berona merah.  


“Kitakan suami isteri..” balas Rayyan nakal. 


“So what.. Tak ready lagilah. Get out!” dia menolak tubuh sasa itu keluar dari bilik. Rayyan tersenyum kecil, semua masalah hilang dikepalanya setelah melihat gelagat isterinya.

Previous: BAB 53
Next: BAB 55

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.