Home Novel Cinta JODOH UNTUK TENGKU DELYA
BAB 19

“Esok, semua keluarga kita akan berkumpul untuk raikan pembukaan galeri Tengku Delya Amanda.” ujar Tengku Zana, semua memandang ke arah Tengku Zana. 


“Wait, galeri apa pulak ni? Bukan Delya kena uruskan syarikat ke?” soal Tengku Harith, dalam masa yang sama, matanya tidak berkelip memandang adiknya, Tengku Delya. 


“Bakal suami dia yang akan uruskan syarikat papa. So, jangan tanya apa–apa dah.” Delya terus tersedak apabila mendengar perkataan 'Bakal suami'. Tengku Hadi menggelengkan kepala melihat tingkah laku anaknya. 


“What's wrong with you? Dari tadi abang tengok lain macam je.” tegur Tengku Harith, Delya menggeleng laju. Dalam fikirannya, dia terbayang si Rayyan dengan pekerjaannya detektif, bagaimana pula dia hendak uruskan syarikat papanya? 


“Pa.. actually, bakal suami yang mama cadangkan tu adalah seorang detektif. Macam mana sekarang? Nak batalkan ke plan mama?” Delya berani bersuara, eloklah bertindak terlebih dahulu, daripada nanti terlajak perahu tak boleh diundur. 


“Parents dia siapa?” soal Tengku Hadu. 


“Alah, parents dia orang ternama macam kita jugaklah bang. Takkan nak batalkan?” pujuk Tengku Zana, dia sungguh berkenan dengan si Rayyan itu untuk dijadikan menantu, keluargapun baik. 


“Haih, parents orang ternama, anak? Kerja Detektif? Apa jauh sangat bezanya?” 


“Habistu, abang nak saya batalkan ke?”


Laju Tengku Hadi menggeleng. “Pasal hal tu, papa fikir nanti. My decision is Rayyan, papa nak Rayyan jadi menantu. Got it Lya?” tegas Tengku Hadi. Delya hanya mampu mengeluh. 


“Haa, pa. Apa kata kita panggil abang Harraz? Ops!” dia menekup mulutnya sebaik sahaja tersedar akan sesuatu. Semua di meja itu memandang ke arahnya. 


“Papa ingatkan lagi sekali, jangan ada siapa–siapa pun berani sebut nama dia lagi. Dia dah cemarkan nama baik keluarga kita.” meja makan dihentak sebelum dia bangun dari situ. 


“You have to be responsible for this.” ujar Tengku Harith pada adiknya sambil mukanya ditayang kelat. 


____________________


“Abang nak bawak Lya pergi mana?” soal Tengku Delya, pelik juga kerana abangnya hanya menyepikan diri sepanjang perjalanan. 


“Abang ikut arahan mama je.” Delya angkat kening, tidak faham dengan kata–kata abangnya. 


“Mama nak Lya pergi jumpa dengan si Rayyan tu. Macam biasa, your date?” sebaik sahaja mendengar jawapan Tengku Harith, Delya mengeluh. 


“Turunkan Lya, ingat Lya tak ada kerja lain ke asyik nak jumpa mamat tu je?”


“Memang tak ada kerja lain pun.” spontan sahaja Tengku Harith menjawab. 


“Abang, sampai hati kan abang buat Lya macam ni? Lya terseksalah, hari–hari kena jumpa mamat tu!” Delya meninggikan suaranya. 


“Hei, Tengku Delya Amanda, kalau Delya memberontak jugak, abang taknak bagi hadiah waktu your birthday nanti. Apa tu.. Keluaran terbaru Volkswagen.. Ha! Arteon.” Tengku Harith cuba mengumpan adiknya, susah sangat nak dengar kata. 


Mata Delya terbuntang sebaik sahaja mendengar kata–kata abangnya, memang impiannya untuk memiliki kereta itu. Setahun dia mengkaji tentang kereta yang bakal dikeluarkan oleh Volkswagen, bila kereta itu keluar nanti, dialah orang pertama yang hendak membelinya. 


“Abang ni jahatlah! Lya bencilah Rayyan tu!” rengek si adik, Tengku Harith hanya mampu pekakkan telinga. 


“Kalau adik tak ikut cakap mama, tak apalah, selamat duit abang.” saja dia mengapi–apikan lagi hati adiknya. 


“Okay fine! Adik akan jumpa dia!” balas Tengku Delya sambil berpeluk tubuh, dia hendak membantah, tetapi memikirkan kereta Volkswagen idaman hatinya, dia terpaksa merelakan dirinya untuk berjumpa dengan lelaki itu. 


Tengku Harith tersenyum kemenangan, tak apalah. Setakat nak belikan hadiah kereta untuk adiknya, tak luakpun duit simpanannya. Dia juga seorang ahli bisnes yang berjaya seperti bapanya.


___________________


“Hello Mr Detective!” sergahan itu membuatkan Rayyan sedikit terkejut, dia memandang wajah gadis itu. Delya juga merenung lelaki itu. 


“Miss Tengku, taknak duduk ke?” soal Rayyan. 


“Ehem–ehem! Nak duduklah ni.” dia mengambil tempat duduk berhadapan dengan Si Rayyan. Dia memandang gadis itu, masih terpacul kata–kata semalam yang disampaikan oleh Tengku Delya.

Previous: Bab 18
Next: BAB 20

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.