Home Novel Cinta JODOH UNTUK TENGKU DELYA
BAB 43

“Bangun! Dah pukul 4 pagi!” terdengar suara yang sedang terpekik–pekik mengejut gadis itu untuk bangun. 


Seperti biasa, Delya menolak kasar tangan lelaki itu. Haris merengus geram, sampai bila dia hendak menjadi penggera untuk gadis itu? Sudahlah liat nak bangun! 


“Delya.. Aku suruh bangun, bangunlah!” dia menggoncang badan gadis itu. Delya mula merungut walaupun matanya masih pejam. 


“Baru pukul 4 lah, whats your problem. Let me sleep!” marah Delya, matanya dipejamkan kembali. 


“Kalau tak, aku takkan ajar seni pertahankan diri.” ugut Haris. Delya terus mencelikkan mata. Asyik diugut aje! 


“Bangun, aku nak timbang badan kau.” Lain macam aje ayatnya? Delya merenung tajam lelaki itu. 


“Mana ada penimbang!” tengking Delya, bukan dia tidak tahu, dalam rumah ini banyak yang tak ada! 


“Aku penimbang kau.” Haris mula meniarap. Terbuntang mata Delya melihat tindakan lelaki itu. Dia nak aku naik atas badan dia? 


“Naiklah cepat!” Haris bersuara. 


“Taknak, hei, orang bijak macam mana pun. Dia takkan boleh timbang macam tu lah.” bebel Delya. 


“Habis tu, kau lupakan je lah hasrat kau.” Ujar Haris. 


“Cepatlah!” 


Dengan rasa malas, Delya memijak badan lelaki itu. Delya menunggu keputusannya, dari mulut lelaki itulah. Di badan lelaki itu bukan ada nombor pun. 


“Dah cukup berat. Kita boleh training sekarang.” sekali lagi Delya terkejut, namun dia turun terlebih dahulu untuk menyambung perasaan terkejutnya. 


“Kau ni kan, pagi–pagi lagi dah buat orang hilang mood!” rungut Delya. 


“Jom.” Haris terus keluar dari rumah itu. Hanya menunggu gadis itu saja untuk menyusul dari belakang. 


Delya menghentak kaki, geram. Dia tidak suka dirinya diatur sesuka hati. 


“Cepatlah!” terdengar suara menjerit dari luar. Siapa lagi kalau bukan Haris? 


“Apa?” soal Delya. 


“Kita akan cuba lagi sekali, back hug.” kata Haris. 


Delya menggeleng laju. “Asal pulak taknak?” soal Haris. 


“Banyak lagi benda lain, nak juga buat back hug.” balas Delya. 


Haris menepuk kepalanya, sungguh dia tidak tahan dengan perangai gadis itu. Rambutnya mula diramas kasar. Dia memandang gadis itu yang sedsng berpeluk tubuh. 


“Apa?” soal Delya. 


“Ini yang orang jahat selalu buat. Dia akan serang kau dari belakang. Sekarang ni, aku nak ajar kau macam mana nak tampung berat badan seseorang.” terang Haris. 


“Oooo, kalau macam tu, biar aku test.” dia mula pergi ke belakang Haris dan memeluk leher haris. dengan sekelip mata, tangan gadis itu dicapai dan dihempaskan di atas tikar tebal. Huh, nasib baik ada tikar tu. Kalau tidak, sudah patah riuk tu. 


“Kau boleh buat macam tu sebab aku ringankan?” Delya masih lagi bersangka buruk. 


“Sebab aku boleh tampung badan kau.” Delya mencebik. Haris menggelengkan kepala melihat tingkah laku gadis itu. 


“Jomlah. Aku start sekarang.” Haris mula memeluk leher Delya dan Delya cuba bertindak, dia menarik tangan lelaki itu dan akhirnya... Dia jatuh bertindih di atas Haris.


“Bangun!” namun gadis itu masih diam, dia langsung tidak mengalihkan posisi badannya. 


“Kaki aku, terseliuh. Aduh..” dia mengaduh kesakitan apabila kakinya beralih sedikit. 


Haris mengeluh kecil, lalu didudukkan tubuh kecil itu menghadap dirinya. “Sini kaki tu, biar aku urut.” Haris menarik kaki Delya. 


Sesekali dia menelan liur melihat kaki yang putih melepak itu. “Tak apalah biar.. Argh!” sebaik sahaja dia mengalihkan kakinya, rasa sakit makin bertambah. 


“Degil! Biar aku urut. Duduk diam–diam!” Haris meninggikan suaranya. Serta merta Delya menyepikan diri. Dia risau juga dengan pandangan yang diberikan oleh Haris terhadap kakinya. Seolah–olah sedang melihat ayam goreng!

Previous: BAB 42
Next: BAB 44

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.