Home Novel Cinta JODOH UNTUK TENGKU DELYA
BAB 16

“Jom kita drift.” ujar Rayyan, mata Delya terus membulat. Drift? “Maksud awak?” soal Delya pula. “Maksud saya, kita lumba kereta sampai ke pantai.” Delya tersenyum, dalam masa yang sama, dia rasa resah. 


“Okay, kalau kena saman, awak bayar.” tanpa berlengah masa, Delya dan Rayyan terus masuk ke dalam perut kereta mereka.


Dalam kiraan 1,2,3 pecut!! 


Delya menggunakan kelajuan yang paling tinggi pada kereta itu, sedang Delya laju, Rayyan pula memintas. Delya mendengus, dia cuba memintas balik si Rayyan. 


Rayyan tersengih melihat kelakuan gadis itu, boleh dikategorikan perempuan luar biasa! Tanpa berlengah, kereta Rayyan berjaya meluru ke hadapan. Delya masih tidak putus asa, dia juga cuba memecut keretanya. 


“Mengalah jelah Tengku Delya Amanda!” jerit Rayyan yang sudah memotongnya buat kali ke lima. Tengku Delya sempat menjeling sebelum dia pecut ke hadapan. 


____________________


“Hish! Aku kalah!” rungut hati Delya. 


“Actually, saya bukan bawa awak untuk drift..”


“Habis tu?” Delya menggaru kepalanya yang tidak gatal. 


“Saya nak awak realise your tension.” lelaki itu dipandang seketika, dia tahu ke masalah apa yang aku tengah hadap sekarang ni? 


“What do you mean?” soal Delya, dia baru kenal lelaki itu tiga hari, takkan semua benda lelaki itu sudah tahu? 


“Orang yang selalu ada masalah, dia kena pergi pantai, untuk lupakan semua masalah dia, and the second thing, keluarkan semua suara awak.” ujar Rayyan sambil memberi pandangan simpati terhadap Delya.


“Jerit je macam saya, Arghhh!! ”


Terkejut Delya dibuatnya, macam orang hilang akal pun ada juga. Tapi, tak salah mencuba kan? 


“Arghhh!! ”


Delya turut menjerit, macam tidak percaya. Menjerit seperti orang gila itu membantu hilangkan stress. Rayyan hanya tersenyum melihat gadis itu. 


Tidak lama kemudian, air mata Delya laju mengalir. Rayyan terus mendekati gadis itu. “Kenapa ni? Awak okay tak?” Delya tidak berhenti menangis, buntu lelaki itu dibuatnya. 


“If you have any problem, just share with me.”


Rayyan memujuk gadis itu dan membawa gadis itu duduk sekali dengannya di tepi pantai itu, disebabkan terlalu asyik menangis, bahu Rayyan menjadi alas kepalanya. 


Lelaki itu hanya mampu melayan sahaja, ditepuk perlahan–lahan di bahagian belakang badan gadis itu. 


“Kenapa awak tiba–tiba menangis?” soal Rayyan sebaik sahaja tangisan gadis itu semakin reda. “Tak ada apalah, hal kecik je.” balas Delya sambil menyeka air mata yang masih mengalir. 


“Its okay Delya, saya nak tahu sikit demi sedikit tentang awak, manalah tahu, kita ni dah memang jodoh.” Delya memandang lelaki itu sekilas dan menikmati pemandangan di pantai. 


Angin yang meniup betul–betul menenangkan hatinya. Hampir setahun dia berduka, hari ini seorang lelaki telah mengubat hatinya sedikit yang sudah banyak luka. 


Rayyan memandang gadis itu, wajah Delya yang tenang itu membuatkan hatinya senang. Rayyan juga mungkin tertekan dengan ibubapanya yang tidak berhenti memaksa dia untuk berkahwin, mungkin disebabkan itu jugalah dia bergaduh dengan Delya hari itu.

Previous: BAB 15
Next: BAB 17

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.