Home Novel Cinta JODOH UNTUK TENGKU DELYA
Bab 18

Tengku Delya melangkah masuk ke dalam rumahnya dengan wajah yang tidak menyenangkan. “Macam mana date kamu dengan Rayyan?” soal Tengku Zana. 


“Entahlah ma, I want to rest.” balas Delya acuh tak acuh. Tengku Zana hanya melihat Delya dari belakang, seperti ada masalah aje. 


“Sebelum naik bilik tu, papa kamu nak cakap sesuatu.” ujar Tengku Zana. Delya toleh ke belakang, “Pasal bisnes ke? Delya penatlah nak bincang semua ni.” Delya mengeluh, dia paling tidak suka berbincang tentang bisnes dengan ayahnya. Iyalah, ayahnya suka memaksa. 


“Entahlah, mama rasa pasal galeri.” wajah yang penat tadi terus bertukar menjadi teruja. 


“You're not joking right?” 


“Iya, pergilah dulu.”


Sampai sahaja di bilik bacaan, dia mengetuk pintu. “Masuk.” arah Tengku Hadi. “Pa, betul ke apa yang mama cakap tu?” Soal Delya dengan penuh harapan, memang cita–citanya dari dulu lagi untuk membuka galeri. 


Dari dahulu lagi, dia menghabiskan masa dengan melukis benda–benda di sekelilingnya, ada masanya, dia mereka lukisan sendiri. 


“Betul, tapi..”


“Tapi apa pa?” 


“Kamu janji dengan papa, kamu akan kahwin dengan Rayyan.” 


“Pa, kami baru kenal tiga hari, takkan dah nak kahwin kot.” balas Delya spontan. 


“Kenapa tak bagitau papa, yang Rafiq dah balik?”


Delya agak terkejut dengan kata–kata papanya, lalu dia mendiamkan diri. “Bagitahu papa, kamu masih ada perasaan dekat dia ke?” soal Tengku Hadi yang mula serius. 


“Nonsense lah pa.” balas Delya yang cuba menyembunyikan rasa gementarnya. Sejujurnya, dia masih ada perasaan terhadap lelaki itu. Iyalah, cinta pertama kot. Tapi apa boleh buat, dia harus menerima takdir yang sudah ditetapkan. 


“Jangan jumpa dengan Rafiq tu, papa merayu sangat, semua yang papa buat untuk kebaikan Delya jugak.” ujar Tengku Hadi lagi. Delya hanya mengangguk sahaja. 


__________________________


“Sampai bila awak nak ajak saya keluar date? Awak suka saya ke?” soal Delya. “Sampai awak jatuh hati dengan saya.” balas Rayyan sambil menayangkan senyuman manisnya. 


“Hei, awak ingat saya akan jatuh hati dengan awak ke?” balas Delya sambil membuat muka menyampah. 


“Awak tahu saya kerja apa?” 


“Kerja along.” balas Delya spontan. 


“Saya adalah detektif.”


Jawapan itu disambut dengan ketawa terbahak–bahak oleh Delya, jarang sekali dia mendengar pekerjaan seperti itu pada orang sekelilingnya.


“I'm serious lah.” sakit hati pula apabila gadis itu seperti mempersendakan pekerjaannya. 


“Hei, dah terang–terang saya akan reject awak. Sebab apa? Sebab awak kerja detektif. I know kerja detektif ni pun gaji dia boleh tahan. But the thing is, saya tak suka orang yang terlibat dengan jenayah. So, bye Mr Detective!” 


Delya terus bangun dari tempat duduknya dan beredar dari situ. Rayyan mendengus kasar, gadis itu sungguh mencabar kesabarannya. Pekerjaan yang dianggap begitu mulia olehnya, tapi dianggap sampah oleh Tengku Delya Amanda.


__________________


“Ma, Rayyan nak batalkan semua perancangan mama. Rayyan dengan Delya memang pasangan yang berlawanan tau tak. Dia reject Rayyan dari awal lagi, Rayyan tak tahu nak buat apa lagi dah.”


Adu Rayyan pada Datin Fifa. Mamanya hanya mampu menggelengkan kepala. “You have to try, bukan senang nak dapat apa yang kita nak.” ujar Datin Fifa. 


“Bukan Rayyan yang nak, mama yang nak Delya tu jadi menantu. I don't like her!” Rayyan terus naik tangga tanpa mendengar dahulu jawapan dari Datin Fifa. 


Datin Fifa agak tersentak apabila anaknya meninggikan suara terhadap dirinya. Niatnya sudah disalah tafsirkan oleh Rayyan, dia hanya mahukan yang terbaik untuk anaknya.

Previous: BAB 17
Next: BAB 19

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.