Home Novel Cinta JODOH UNTUK TENGKU DELYA
BAB 48

“Boss! Ada orang nak jumpa boss.” beritahu Mikail, salah seorang dari konco Rafiq. 


“Suruh dia masuk.” Arah Rafiq. 


Mikail mengangguk lalu memanggil lelaki itu supaya masuk. 


“Kau ada apa nak jumpa aku? Ada hal ke?” soal Rafiq, matanya merenung wajah lelaki di hadapannya. 


“Memang ada hal. Aku datang nak bunuh kau.” balas Haris dengan yakin. 


Rafiq melepaskan tawa hambar, seakan tidak percaya dengan apa yang dikatakan oleh lelaki itu.


“Kau tahu tak kau ada dekat mana sekarang?” soal Rafiq. 


“Aku tahu, tapi apa yang aku nak sekarang, aku nak bunuh kau.” balas Haris.


“Korang buat tunggu apa lagi? Belasahlah dia!” arah Rafiq.


_________________


Delya berjalan tanpa arah tuju. Selepas itu dia teringatkan seseorang. Terus dia menghubungi orang itu. 


Panggilan pertama tidak dapat, dia cuba menghubunginya lagi. 


“Hello..” 


“Hello Haris, kau dekat mana?” 


“Aku.. Aku dekat rumah.” 


“Bagi aku alamat kau, aku nak jumpa sekarang.”


Delya terus meletakkan panggilan. 


Haris termenung jauh, sesekali dia pegang pipinya yang terasa sakit. Selepas itu dia membuka aplikasi watsapp dan menaip alamatnya lalu dihantarkan pada Tengku Delya. 


__________________


“Haris..” Delya mengetuk pintu rumah itu, cepat–cepat Haris membuka daun pintu serta berpakaian topi dan jaket di badannya. 


“Ke.. Kenapa kau pakai macam ni?” soal Delya. Boleh dikatakan wajah lelaki itu hampir tidak kelihatan. 


“Hah? Sejuk. Kau nak masuk ke, nanti kena tangkap pulak.” ujar Haris. 


“Tak ada siapa nak report pun. Lagipun, bukan aku nak buat apa–apa yang tak senonoh.” balas Delya. 


Delya mula masuk ke ruang tamu. Dia melihat di sekeliling rumah itu, kecil sahaja. Tapi lagi elok berbanding rumah usang itu. 


“Kau ni, susah la nak bercakap dengan kau, bukaklah topi tu.” laju saja tangannya mencapai topi di kepala Haris dan membukanya. 


Dia agak terkejut apabila melihat terdapat banyak kesan lebam di wajah lelaki itu.


“Del.. Delya, kau jangan salah faham. Ini..” tergagap–gagap dia ingin menutup perkara sebenar. 


“Kau gaduh dengan siapa?” soal Delya, wajah lelaki itu ditenung lama. 


“K.. Kawan.” balas Haris. 


Delya mengeluh berat, dia melihat kesan–kesan lebam di wajah Haris dengan teliti. 


“Sejak bila kau ada kawan? Haris, dah bertahun kau hidup dekat rumah usang tu, jauh daripada bandar.” Delya sudah boleh agak apa yang berlaku. 


“aku..”


“Kau pergi jumpa Rafiq kan?” Teka Delya. 


Selepas melihat Haris mendiamkan diri, dia melepaskan keluhan berat. Tidak lama itu, dia mulakan bicara. 


“Haris, aku dah katakan, biar aku yang buat semuanya. Kau jangan masuk campur.” ujar Delya. 


“Kalau aku tak masuk campur, takkan aku nak biarkan kau mereput dalam penjara?” balas Haris tegas. 


“Biarlah, yang penting aku taknak orang sekeliling aku terlibat dengan semua ni. Dendam ni hanya aku sorang, korang langsung tak terlibat. Aku taknak korang cedera sebabkan aku.” dia mengesat air mata yang keluar. 


“Macam tu jugak aku, aku tak boleh tengok orang yang aku sayang merana. Kau tak sedar Delya, sejak kau tinggal dengan aku dekat rumah tu, aku dah jatuh cinta dengan kau. Aku rasa kesian tengok kau.” luah Haris. 


Delya terkejut mendengar luahan itu, sejak bila Haris menaruh perasaan padanya? Kenapa sebelum ini dia langsung tidak perasan? 


“Haris..” panggil Delya. 


“Delya, hidup aku dah tak ada nilai. Biarlah aku berkorban untuk kau. Kalau kau rasa bersalah sebab tak dapat terima cinta aku, biar aku balaskan dendam untuk kau.” dia menatap wajah gadis itu, namun Delya cepat–cepat beralih pandangan. 


“Dahlah, biar aku rawat lebam tu dulu.” Delya bingkas bangun dari sofa, dan meninggalkan ruang tamu itu untuk mencari ubat. 


Delya kembali setelah menjumpai ubat dan mengambil tempat di sebelah Haris. 


Haris merenung gadis itu, dia ingin berbicara lagi, tapi gadis itu seperti menghalang dia dari terus bersuara. 


“Tahan sikit, sakit tak?” perlahan–lahan dia menyapu ubat itu di wajah Haris. Sesekali Haris mengaduh kesakitan. 


Belum selesaipun dia merawat lelaki itu, wajahnya tertunduk ke bawah. Haris terdengar esakan yang cuba disorokkan oleh Delya. 


Pantas dia mengangkat wajah itu untuk menghadap wajahnya. 


“Aku tak suka orang sekeliling aku cedera, so please, kau lepaskan tangan untuk kali ni je..” Delya bersuara.


Air mata yang mengalir itu diseka oleh Haris. Tidak sampai hati untuk dia bersuara lagi, dia takut gadis itu bertambah sedih.

Previous: BAB 47
Next: BAB 49

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.