Home Novel Cinta JODOH UNTUK TENGKU DELYA
BAB 25

“Abang.. Delya taknak kahwinlah..” rengek si adik ketika mereka berdua sedang sarapan pagi. 


Tengku Harith beralih pandangan pada adiknya. “Habis tu kenapa jawab yes?” soal Harith sambil keningnya diangkat sebelah. 


“Sebab Delya terpaksa, Delya taknak malukan mama dengan papa.” balas Delya lalu berpeluk tubuh. 


“Cik Tengku.. Tuan dan puan dah nak balik. Cepatlah mandi..” ujar satu suara, iaitu bibik mereka. 


“Mak Yah, mak Yah fahamkan perasaan Delya macam mana?” Mak yah hanya memberikan satu senyuman tanpa memberi jawapan. 


“Mak Yah, tolonglah backup Delya..” Rayu Delya. 


“Cik Tengku.. Saya rasa Tuan Rayyan tu baik orangnya, cik Tengku terima jelah.” dia membeli renungan tajam pada abangnya. 


Abangnya terus berhenti makan, orang lain yang jawab, orang lain pula yang kena. Lalu Tengku Harith bercekak pinggang. 


“Tak tahu ke hari ni adalah pernikahan korang. Cepatlah Delya, pergi mandi. Kalau bukan Rayyan calonnya, siapa lagi? Ada ke yang lagi baik?”


Delya mencebik, ada betulnya juga kata abangnya. Bukan dia kenal mana–mana lelakipun untuk dijadikan suami. 


“Delya..  Cuba terima dia.” pujuk Tengku Harith. 


“Okay fine! Delya terima dia. Delya mengalah!”


Tengku Delya terus bangun dari meja makan. Belum sempat dia melangkah pergi, Tengku Harith menarik tangannya. 


“Remember, don't be late..” dia mengingatkan adiknya sekali lagi. Delya hanya merengus geram sebelum mengorak langkah ke tangga. 


_____________________


“Tengku Zana.. Jadi ke anak kita nikah ni?” soal Datin Fifa apabila melihat bakal pengantin perempuan masih belum tiba. 


“Maafkan saya Datin, tunggu sikit je lagi..” Tengku Zana meredakan kegelisahan Datin Fifa. Semuanya melilau–lilau mencari kelibat pengantin perempuan. 


“Eh, ada pun!” Rayyan memandang ke arah Tengku Delya, matanya terpukau melihat gadis itu, lain sangat! Terlalu cantik apabila gadis itu memakai make-up dan dikenakan dengan baju kurung putih khas untuk orang bernikah sahaja. 


Ia menambah lagi keserian wajahnya. “Delya.. Cepatlah!” dia memanggil anaknya dengan keadaan berbisik. 


Tengku Delya pantas duduk di sebelah kiri di bahagian belakang. Dia melihat sahaja Tok kadi yang sudah lama bersedia untuk memberi lafaz nikah. 


“Aku nikahkan dikau dengan Tengku Delya Amanda Bt Tengku Hadi dengan mas kahwinnya 10 ribu ringgit, Tunai.”


Giliran Rayyan pula untuk melafazkan. 


“Aku terima nikahnya Tengku Hadi Bt Tengku  dengan Delya...  mas kahwinnya 10 ribu..”


Tok Kadi sudah menggelengkan kepala, orang di belakang pula sudah mula tergelak, ada juga bertanya–tanya. Kenapa pula nak bernikah dengan ayahnya? Haih, terlalu gugup tu! 


Tengku Delya yang berada di bahagian belakang sudah berpeluh, dia juga berdebar mendengar lafaz nikah itu. Lagi–lagi apabila berlakunya kesilapan teknikal. 


Tok kadi memberi lafaz nikah sekali lagi, kali ini, Rayyan pula yang berpeluh kerana dia gagal melafazkan akad nikah sebentar tadi. Dia takut kesilapan itu berulang lagi. 


“Aku terima nikahnya Rayyan..” lagi sekali dia gagal. Nama sendiri pula yang disebut. Tok kadi menggeleng kepala sekali lagi, Tengku Zana pula sudah risau, takut anaknya tak jadi bernikah! 


“Pengantin lelaki, tarik nafas dalam–dalam.. Tenangkan diri dulu. Ingat orang yang awak akan hidup dengan awak selama–selamanya, dia ada di belakang. Kalau dah okay, kita akan mulakan semula.” 


Tok Kadi cuba menenangkan si Rayyan yang terlalu gugup itu. Dia faham, memang susah untuk orang melafazkan nikah dengan sekali lafaz sahaja. 


Rayyan menarik nafas sedalam–dalamnya, lalu dia menghela nafas panjang. Lalu Rayyan mengangguk, Tok Kadi juga mengangguk dan mulakan semula acara akad nikah tersebut. 


Setelah Tok kadi memberi lafaz nikah, sekali lagi giliran Rayyan untuk melafazkan. Dia cuba buang semua rasa gugup dalam dirinya. 


“Aku terima nikahnya, Tengku Delya Amanda dengan mas kahwin 10 ribu ringgit, Tunai..” semua menghembuskan nafas lega. Akhirnya selsai juga upacara akad nikah ini. 


Tengku Zana dan Datin Fifa juga tersenyum, akhirnya lafaz akad nikah itu berjaya dilafazkan oleh Rayyan. Tengku Delya juga mengukirkan senyuman, dia lega tetapi dalam masa yang sama, dia tidak tahu untuk menerima takdir ini atau tidak. 


Setelah habis semuanya, pengantin lelaki diminta menyarungkan cincin pada pengantin perempuan. Delya hanya menunggu Rayyan untuk menyarungkan cincin itu. 


Rayyan sudah mengeluarkan cincin, namun dia teragak–agak untuk mengambil tangan gadis itu. Lalu Tengku Zana berbisik sesuatu pada Delya, Delya tersenyum kelat lalu menghulurkan tangannya pada si Rayyan. 


Rayyan tersenyum kecil, kemudian dia menyarungkan cincin itu pada jari manis Tengku Delya. Rayyan mencium dahi Delya dalam keadaan spontan, tiada siapa yang suruhpun sebenarnya. Walaupun gadis itu agak terkejut, lalu dia membiarkan saja. 


“Thanks sayang..” tangan gadis itu pula dikucup perlahan. Secara tidak langsung, Tengku Delya mengukirkan senyuman, bukannya kerana terpaksa, tetapi secara tiba–tiba. 


Diluar masjid, Tengku Harith terus memeluk adiknya yang masih berpakaian nikah sebentar tadi. Delya agak terkejut, jarang abangnya memeluk dirinya sejak dia meningkat dewasa. 


“Jaga diri elok–elok, Lya tu dah jadi isteri orang. Kalau Rayyan buat apa–apa, bagitahu abang. Tahulah abang nak buat apa.” pesan Tengku Harith. 


Tengku Zana hanya menggelengkan kepala melihat aksi anaknya yang nombor dua, terlalu risau akan adiknya yang seorang itu. 


“Abang ni.. Orang tahulah, abang jangan emotion sangat.” ujar Tengku Delya apabila melihat abangnya mula menitiskan air mata. 


“I hope you can be happy, like others.” tengku Delya hanya mengangguk lalu menghadiahkan senyuman. 


“Harith, lepas ni kita bertolak pergi hotel pula, jangan risau. Adik kamu tu lama lagi dengan kita.” ujar Tengku Zana pula. 


____________________


Delya pergi ke belakang dewan untuk menukar baju kepada baju majlis kahwin pula. Dia melihat tukang solek itu langsung tidak berhenti menyolek mukanya dari tadi. 


“Erm.. tak tebal sangat ke make-up ni?” soal Delya apabila melihat wajahnya mula dilapis–lapiskan dengan bermacam jenis make-up. 


“Tema kita Golden Rose kan? Jadi, make-up nya pun mestilah kena setanding dengan temanya. Tengku Delya hanya mengangguk lalu membiarkan juru solek itu make-up wajahnya. 


Sebaik sahaja Tengku Delya melangkah keluar, Rayyan orang pertama yang melihat perubahan gadis itu, Delya sudah memandang tempat lain, malu. 


“It looks really beautiful, my lovely sister..” tengku Harith menegurnya dari belakang Rayyan. 


“Ehem.. Tengoklah.. siapa?” dia cuba berlagak tenang dan membalas kata–kata abangnya. 


“Isteri Rayyan?” ujar Tengku Harith, wajahnya sudah berona merah, walapun sudah dipakai blusher, makin merah pipinya apabila dia malu. 


____________________


Setelah habis semuanya, Tengku Delya dan Rayyan mula masuk ke dalam bilik mereka. Rayyan memandang gadis itu, kalau boleh dia ingin melihat gadis itu dengan pakaiannya sampai bila–bila. 


“Awak ni, tengok macam nak telan saya je..” Delya bersuara, Rayyan tergelak kecil. Lalu dia menghampiri gadis itu. 


“Boleh tahan eh?” ujar Rayyan. 


“Boleh tahan apa?” dia pantas menutup badannya dengan tangan. Takut lelaki itu buat yang bukan–bukan. 


“You are pretty, so pretty. Mengalahkan artis korea.” puji Rayyan apabila dapat mengesan gadis itu mula berfikir bukan–bukan tentang dirinya. 


“Ehem.. Th.. Thanks..”


“Welcome, memandangkan awak dah jadi isteri saya..” Rayyan mendekatkan dirinya pada gadis itu. Delya mula mengundur ke belakang. 


“Awak kenalah hormat saya sebagai suami awakkan?” langkah Delya terhenti, dia memandang suaminya dengan renungan tajam. 


“Suka hati sayalah!” balas Delya. 


Badan gadis itu terus ditolak ke atas katil. “Me too, can do whatever I want right?” Dia menyelak rambut gadis itu yang sudah menutup bahagian mata. 


“Rayyan..” apabila terdengar rayuan tengku Delya, cepat–cepat dia melepaskan badan gadis itu yang dikunci tadi. Tujuannya untuk bergurau saja.

Previous: BAB 24
Next: BAB 26

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.