Home Novel Cinta JODOH UNTUK TENGKU DELYA
BAB 12

Rayyan hanya memandang gadis itu yang langsung tidak menyentuh makanan yang dipesan tadi. “Awak taknak makan ke?” soal Rayyan sambil tersenyum senget, hatinya rasa puas dapat mengenakan gadis itu. 


“Saya tak ada selera nak makan.” dia memberi jelingan maut pada Rayyan. Rayyan hanya memandang sinis pada gadis itu. “So, izinkan saya makan dulu?” soal Rayyan yang masih menguji kesabaran gadis itu. 


“Makanlah. Saya ni tak ada kaitan pun dengan awak sampai nak minta izin semua.” dia menjeling Rayyan dan pandang ke tempat lain. Rayyan terus menyuap makanan itu ke dalam mulutnya.


Delya yang melihat Rayyan makan dengan selamba itu membuatkan hatinya bertambah sakit, ini adalah kali pertama dia jumpa lelaki sebegini rupa. 


“Saya baliklah, awak makanlah puas–puas!” sengaja dia meninggikan suaranya sebelum bangun dari meja itu. “Eh tunggulah!” jerit Rayyan apabila melihat gadis itu terus meluru keluar. 


“Hish, tak guna betullah! Sanggup dia layan aku macam ni! Lepas tu boleh pula berlakon macam tak ada apa yang jadi.” rungut Delya sebaik sahaja sampai di depan keretanya. 


Dia masuk ke dalam perut kereta dan mula memandu dengan hati yang geram. Tiba–tiba keretanya terhenti. Mula dia mengeluh, lepas satu, satu dugaan yang datang. 


__________________


Rayyan keluar dari restoran itu sebaik sahaja selesai semuanya. Tiba–tiba dia terlihat seorang gadis sedang berjalan berulang kali di depan restoran itu, dia mendekati gadis itu. 


“Eh, Tengku Delya? Kenapa tak balik lagi? Nak saya hantarkan?” Delya mengeluh sebaik sahaja mendengar suara lelaki itu. Dia memandang ke arah Rayyan, seperti meminta sesuatu, tapi tidak berani bertanya. 


“Erm, kereta saya rosak..”


“Nak saya hantarkan? Its okay, jangan malu, jangan segan. Nanti awak yang menyesal. Jom naik.” 


Dia mempelawa gadis itu untuk dihantar pulang, Delya memikirkan banyak kali sama ada untuk naik teksi atau tumpang lelaki itu. “Five second, lepastu saya pergi..” belum sempatpun Rayyan menghabiskan ayatnya, Delya terus masuk ke dalam perut kereta Ferrari milik Rayyan. 


“Tengku Delya Amanda, pakai seatbelt tu. Pasal kereta tu, awak jangan risau. Saya dah call orang untuk baiki and bawak kereta tu. So, don't worry.”


Ujar Rayyan yang sedang asyik memandu, Delya memandang tali pinggang di sebelahnya. Dia tidak pernah memakai tali pinggang sebelum ini, biarlah kena samanpun. Orang kaya katakan. 


“Wahai Tuanku, patik mohon, pakailah seatbelt tu. Nanti yang kena saman saya, bukan awak.” Delya mengeluh apabila lelaki itu mula menggunakan ayat diraja padanya. 


“Biarlah, kalau kena saman. Biar saya yang bayar, awak bawak je.” kata–kata itu Rayyan hiraukan. Dia terus mencapai tali pinggang yang berada di bahagian Delya dan menariknya. 


“Hei, pervert!” jerit Tengku Delya apabila lelaki itu mendekati dirinya. “Hei, saya tak hamak punlah dengan awak. Jangan perasan.” panas telinga Delya apabila mendengar perkataan 'Tak hamak' teruk sangat ke rupa dia? 


Boleh katakan Tengku Delya ni lebih cantik dan menawan berbanding Ratu–ratu cantik di Malaysia ini. Kecantikannya tiada tandingan, susah nak jumpa rupa sebegini perfect.

Previous: BAB 11
Next: BAB 13

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.