Home Novel Cinta JODOH UNTUK TENGKU DELYA
BAB 4

Mereka duduk seperti biasa. Delya pula sudah semakin rindu untuk mengusik jejaka di sebelahnya. 


“You buat apa?” Delya mulakan berbicara. 


“Buat assignment.” Eh, kalau jawab tu. Pandanglah, sombong betul! 


“You pulak buat apa?” soal Rafiq sambil tangannya ralit menulis assignment. 


“Tengah tengok you.” balas Delya selamba. Hati Rafiq mula berdebar, sampai bila gadis itu hendak merenungnya. Tak tenteram hati si Rafiq. 


“You boleh je tengok keindahan alam yang Allah dah cipta.”


“Iyalah, I tengah tengok keindahan yang Allah cipta lah ni. Dekat sebelah I.”


Rafiq sudah gelisah, tangannya berhenti menulis. Tak mampu lagi nak menulis dalam keadaan begitu, Delya menongkat dagu sambil melihat wajah Rafiq. 


“Are you fall in love with me?” Delya berbisik pada telinganya. 


Angin yang keluar dari mulut Delya membuatkan jantungnya berdegup laju. Tambah lagi dengan suara yang menggoda itu. Rafiq menjarakkan dirinya untuk terlepas dari zon bahaya! 


“You ni, I bosan tau. Asyik–asyik I je yang syok sendiri. You layan I macam nak taknak je.” Delya mencebik. Penat dia cuba bermacam benda untuk membuat lelaki itu cair dengannya. Tetapi sedikit respond pun tak ada dari lelaki itu. 


“So you nak I buat macam mana?”


Delya angkat bahu tanda tidak tahu. 


“Nak couple dengan I?” 


Delya sudah tersenyum mendengar ayat itu. Inilah yang ditunggunya selama ini. Tapi adakah ini mimpi? Mudah sangat lelaki itu meluahkan kata–kata itu. 


“Itu yang you harap I akan cakapkan? No Delya, buat masa sekarang, I lebih suka single. Happy go lucky,  tak ada terikat apa–apa.” terus berubah air mukanya apabila Rafiq berkata begitu. 


Iyalah, takkanlah senang sangat Mr hati batu ni nak cair. Senang cerita memang tak boleh cair, batukan? Kena guna tukul untuk pecahkan batu itu.


_____________________


Sesi belajar dah tamat, mereka semua membawa beg untuk pulang. Delya hanya mengikut Rafiq dari belakang sehinggalah melepasi pagar. Rafiq mengeluh, gadis itu hendak ikut dia ke rumah ke? 


Delya hanya berjalan sambil berpeluk tubuh, selagi dia tak puas hati, dia tidak akan berhenti. 

“Dah kenapa ikut I?” soal Rafiq.


“Best sangatlah dah reject I?”


“Entah.”


“You benci I ke?”


“Nak kata benci tu tak, but sometimes you buat I rimas.” 


Delya mengeluh tanda tidak puas hati. “Salah you lah, muka you yang handsome tu kacau I setiap hari. Rimas!” balas Delya, seperti ingin berdebat pula. 


“You tahu kenapa I reject you?”


Delya gelengkan kepala tanda tak tahu. “Sebab I tak berminat dengan cinta. Second, you hanya minat I sebab rupa. Betulkan?” soal Rafiq, Delya terdiam seketika. Beberapa saat kemudian, dia bersuara semula. 


“Normal lah, semua orang minat seseorang sebab rupa. You pun, takkan you nak cari perempuan macam keling rupanya?” Walaupun jawapannya dah cukup bernas. Itu semua berlawanan dengan Rafiq. 


“Tak, I tak kesah pasal rupa semua tu. Okaylah, I bagi you satu soalan. Kalaulah I tak ada rupa, lepas tu kerek, you still minat dekat I? Mestilah takkan? Its all about the looks.” Delya terdiam kembali. Biar betul dia tak kesah pasal rupa? Means, buruk macam mana pun dia terima? 


“I tak perlukan perempuan yang cantik, popular, seksi. Yang I paling pandang ialah perangai dia. Mampu tak dia buat I jatuh hati dengan perangai, again I cakap. I tak kesah pasal paras rupa.” Kini soalan Delya sudah terjawab sepenuhnya. 


Iya, memang dari rupa si Rafiq itu, hatinya memang susah untuk ditawan kalau perangai dah teruk. Macam Tengku Delya Amanda, baru hari pertama dah masuk bilik kaunseling. Delya hanya terdiam sehinggalah hilang susuk tubuh lelaki itu.

Previous: BAB 3
Next: BAB 5

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.