Home Novel Cinta JODOH UNTUK TENGKU DELYA
BAB 55

“Apa you fikir dari tadi?” soal Delya. 


Makanan yang berada di hadapannya langsung tidak berusik. 


“Pasal Rafiq..” balas Rayyan. 


Delya terdiam sejenak. Anak matanya mula lari. 


“Ada apa–apa yang you rahsiakan dari I ke?” soal Rayyan. 


“Rah.. Rahsia? Tak ada.” balas Delya. 


“Rafiq kata dia nak bunuh Raudah, Khairul, I dan last sekali you. Jangan tipu I Delya. I tahu yang dah tahu semuanya.” 


“Boleh tak you lepaskan I. I nak settlekan semuanya.” pinta Delya. 


“Tak! Jangan sesekali cakap you nak masuk campur. I takkan benarkan!” tinggi suara Rayyan membalas. 


“Kenapa? Kalau I munculkan diri. Rafiq akan berhenti membunuh. Cara itu je yang kita ada.” balas Delya tidak mahu mengalah. 


“You want me to give up on you? You nak I tengok orang yang I sayang mati?” 


“Habis tu cara apa yang kita ada. Harapkan polispun tak dapat selesaikan masalah. You nak tengok orang seterusnya mati ke?” 


“Boleh tak you jangan bertindak apa–apa. Biar I selesaikan semuanya.” 


“Habis tu macam mana lagi!” tengking Delya. 


Rayyan menarik nafas dalam–dalam. Kemudian dihembus perlahan. 


“I nak you tahu, kalau you mati. Tak ada guna lagi untuk I hidup. I dah mula cintakan you, sayangkan you. Terima you sebagai seorang isteri. Jadi tugas you, dengar cakap I. Tak susah Delya.. Tolonglah.” Rayu Rayyan. 


Delya mengeluh berat, wajah suaminya langsung tidak dipandang. 


“Sayang..” panggil Rayyan lembut. 


“Macam mana kita nak tangkap Rafiq kalau you sendiri taknak beri kerjasama dengan I. Please, trust me..” pujuk Rayyan. 


Delya memandang wajah suaminya. Tapi mulutnya masih terkunci. 


“I taknak Khairul dengan Raudah mati macam mana Rafiq bunuh yang lain. Tapi I taknak you mati jugak. Dan I akan buat yang terbaik supaya semuanya berjalan dengan lancar. Sekarang ni, I perlukan sokongan you sebagai seorang isteri.” 


Kedua belah tangan isterinya digenggam, mohon simpati dari sang isteri. 


“I pun taknak you mati dekat tangan Rafiq, sebab tu..” 


“No no, I janji. I akan lawan dia semampu yang boleh. Selagi boleh I takkan tumpas depan dia.” ujar Rayyan, cuba meyakinkan isterinya. 


“Rayyan..” 


“Sayang, percaya cakap I please..” Rayu Rayyan. 



______________________


“Kami dah dapat kesan dimana Rafiq sekarang.” kata dari salah seorang detektif itu. 


“Mana dia sekarang?” soal Rayyan. 


Nawi menunjukkan lokasi itu pada Rayyan. Rayyan meneliti lokasi itu, dia masih berfikir mengapa lokasi itu yang Rafiq pilih. 


“Kita cari dia sekarang.” arah Rayyan. 


Yang lain semua mengangguk setuju, dan keluar dari balai polis. 


“Ingat.. Harini, kita tak boleh terlepas lagi. Kalau tak, banyak lagi mangsa yang tak bersalah mati.” mereka mengangguk lagi, salah seorang dari mereka start enjin kereta dan keluar dari perkarangan balai polis. 


Sesudah tiba di sebuah tempat. Mereka mula mencari kelibat Rafiq. 


________________________


“Boss! Diorang dah jumpa tempat ni.” beritahu salah seorang dari konco–konconya. 


“Bodoh! Bawak orang tua tu! Aku tak kira, aku akan bunuh dia harini jugak!” Rafiq bengang, rancangan dia untuk bunuh Khairul terganggu dek kerana mereka. 


Sewaktu Rafiq sedang menarik Khairul, ada suara yang menghalangnya dari terus berjalan. 


“Jangan bergerak!” jerit Rayyan. 


“Ah korang ni semaklah..” keluhnya pelahan. 


“Kau nak apa Rayyan?” soal Rafiq. 


“Aku nak tangkap kau.” 


“Tangkap aku? Boleh ke kalau aku buat macam ni?” 


Dia terus menarik Khairul dan dihunuskan sebuah pisau pada leher Khairul. 


“Cepatlah. Cuba tangkap aku, selangkah je kau bergerak, dia akan mati.” ugut Rafiq. 


“Rafiq, tolong letakkan senjata anda sekarang.” kata seorang polis disitu. 


“Korang tangkap aku, dia mati!” ugut Rafiq lagi. 


“Bunuhlah dia.” arah Rayyan. 


______________________________



“Haris.. Angkatlah..” Delya berjalan kehulu–kehilir. 


“Hello? Kenapa ni?” soal Haris. 


“Rayyan..” balas Delya dalam keadaan resah. 


“Delya.. Kau tunggu situ, biar aku datang.” arah Haris lalu menamatkan panggilan tersebut. 


15 minit kemudian, Haris datang dan terlihat Delya sudah terpacul di luar rumah. 


“Kenapa dengan Rayyan?” soal Haris. 


“Aku rasa Rayyan jumpa Rafiq.. Aku tak sedap hatilah.. tolonglah aku Haris.” Rayu Delya. 


“Kau nak buat apa sekarang?” 


“Kita pergi balai polis, tanya Rayyan dekat mana sekarang.” cadang Delya. 


Haris mengangguk setuju, dia pergi ke balai polis bersama Delya. Setelah sampai, dia tanya dari salah seorang kakitangan tempat itu. 


“Saya isteri Rayyan, dia dekat mana sekarang?” soal Delya. 


“Rayyan? Ada hal mustahak ke?” soal pekerja itu. 


“Saya ada hal penting nak bincang dengan dia.” 


Pekerja itu terus memberi maklumat tentang dimana Rayyan berada sekarang. 


Sebaik sahaja mendapat maklumat, mereka terus beredar. 


“Kau gila ke? Tu tempat bahaya lah!” tengking seorang kakitangan itu. 


_______________________________




“Kau suruh aku bunuh dia?” soal Rafiq tidak percaya. 


“Bunuhlah. Kalau kau tak bunuh dia, aku yang bunuh kau!” satu tembakan dilepaskan. Tepat kena pada lengan Rafiq. 


Rafiq terus melepaskan Khairul dan memegang lengannya yang terasa sakit. 


“Argh!” jerit Rafiq. 


Pisau yang dipegang terlepas kerana tangannya sudah lemah. 


Rayyan memberi isyarat mata pada polis–polis dibelakangnya, mereka berkejar untuk mendapatkan Khairul dan Rafiq. 


“Lepaslah!” 


Tiba–tiba bunyi lagi satu tembakan dilepaskan. Terlihat Rafiq sedang memegang sebuah pistol dan dihalakan pada Rayyan. 


Rayyan memandang bahagian perutnya, satu peluru telah menembusi badannya. 


“Rayyan!” jerit Faiz. 


Dia pergi mendapatkan Rayyan yang sudah merebahkan diri. 


“Mana dia.. Rayyan?” Delya terlihat tubuh yang sedang berlumuran darah itu.

Previous: BAB 54
Next: BAB 56

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.