Home Novel Cinta JODOH UNTUK TENGKU DELYA
BAB 32

Faiz dan Hazif membuat rutin harian mereka, bersenam di gim. Sedang Hazif sibuk mengangkat berat, telefonnya berbunyi. 


“Hello, siapa ni?”  


“Hello abang, ni Delya.” 


Hazif sangat terkejut dengan kemunculan adiknya di dalam talian. Sudah lama mereka tidak berhubung, ini semua gara–gara ayah mereka sendiri. 


“Del.. Delya? Ma.. macam mana..” tergagap–gagap percakapannya dek kerana terlalu terkejut. 


“Adalah, abang, Delya nak jumpa abang.. Boleh tak?” rayu tengku Delya. 


“Lya, for the sake of happiness, better don't..” Hazif pasrah, dia lagi sanggup tidak berjumpa dengan adiknya daripada adiknya dihalau keluar oleh Tengku Hadi. 


“No, I must meet you. Now!” Delya membantah, walau macam mana sekalipun, dia harus berjumpa dengan abangnya. Hatinya gelisah selagi mereka tidak bertemu. 


“Delya, jangan degil. Abang buat semua ni untuk Delya. Delya happy ke bila kena halau dengan papa?” dia masih menasihati adiknya. Dia sudah rasa betapa peritnya bila dihalau keluar dari ayah sendiri. 


“Abang, Delya dah lama hidup berumah tangga. Tak ada sebab lagi papa nak halau Delya..” balas Delya. Ada suara yang kecewa di hujung talian. Bukannya perkahwinan mereka dirahsiakan, malah dihebohkan, hampir satu Malaysia tah u. 


“Abang minta maaf, congratulation my beloved sister. Jangan jumpa abang, Delya jaga je hubungan Delya dengan suami baik–baik. Assalamualaikum..” panggilan dimatikan oleh.  Hazif.


Faiz dapat melihat raup wajah sahabatnya yang sedang kecewa. Tapi apa yang mereka mampu buat, hanya mampu menerima sahaja dugaan yang datang. 


_______________________


Delya memandu laju keretanya, dia ingin mencari abangnya hari itu juga. Tiba–tiba sebuah kereta mengejarnya dari belakang. Delya melajukan lagi meter keretanya, namun kereta itu masih dapat mengejarnya. 


Akhirnya kereta itu berada di hadapan kereta Tengku Delya yang membuatkan Delya terpaksa berhenti. 


Delya terus keluar dari kereta untuk melihat orang yang menghalang jalannya. Dia melihat lelaki yang keluar dari kereta itu, dia terkejut dengan gerangan yang keluar, namun dia merenung tajam ke arah lelaki itu. 


“Delya.. Tolong jangan jumpa dengan abang Haz. Bahaya..” Delya merengus geram, tak cukup lagi abangnya menghalang, suaminya pun ikut sama? 


“Awak ni kenapa? Awak dah izinkan saya, then awak tarik balik?” soal Delya tidak puas hati. 


“Saya tarik balik bersebab, kalau awak jumpa jugak. Abang Haz akan berada dalam bahaya..” terang Rayyan secara terperinci. 


“Saya tak kesahlah! Saya nak jumpa abang Haz.. awak jangan halang saya!” tengking Delya sebelum kembali ke keretanya. 


“Rafiq tu bahaya! Dia akan intip setiap gerak geri awak, siapa awak jumpa. Awak tak ingat ke Zeff Wadi? Dia mati lepas jumpa awak!” jerit Rayyan yang sudah jauh di belakang Delya. 


Langkahnya terhenti, dia memusing badan menghadap Rayyan. 


“Habis tu sampai kiamat pun saya tak dapat jumpa abang Haz lah!” baru sahaja dia ingin membuka langkah, Rayyan mengejarnya dan menarik tangannya. 


“Kalau awak jumpa abang Haz, dia akan mati lepas jumpa awak. Awak rela ke?” dia cuba menguji isterinya. 


“Kalau dia akan mati, saya rela berkorban untuk dia.” balas Delya. 


Sebaik sahaja Delya memusingkan badan, Rayyan memeluknya dari belakang. “Tapi saya tak boleh kehilangan awak.. saya tak sekuat awak Delya. Please dengar cakap saya..” Rayyan merayu. 


Pelukan itu membuatkan hati Delya menjadi sayu. Hatinya yang meronta–ronta ingin pergi, terus menjadi tenang semula. 


“Please Delya.. saya janji, satu hari nanti, saya akan bawa awak jumpa abang Haz.” ujar Rayyan. Pelukan tadi dia lepaskan, dia memandang wajah suaminya yang muram itu. 


“Saya tak tahulah kenapa hidup saya jadi macam ni, hidup saya berubah drastik sangat. Saya dah tujuh tahun tak jumpa abang Haz.” kata Delya, dia cuba untuk menjelaskan kenapa dia terdesak sangat ingin berjumpa dengan abangnya. 


“Saya faham, tapi ini untuk kebaikan abang awak jugak.” Rayyan masih cuba memujuk isterinya. 


“Macam mana awak tahu Abang Haz mungkin akan terbunuh?” soal Delya. 


“Sebab hasil penyiasatan kami, mungkin nampak tak logik, tapi 99 peratus puncanya adalah cemburu.” dahinya terus berkerut, memang punca itu kedengaran sangat tidak masuk akal. 


“Macam mana awak boleh dapat punca macam tu?” soal Delya lagi, dia masih tidak percaya dengan apa yang didengarnya. Cemburu? Disebabkan cemburu, orang disekeliling boleh terbunuh? Sungguh tidak masuk akal.


“Doktor psikologi dah sahkan, cemburu tu adalah sebahagian dari mental, bila kita tak dapat kawal, akan menyebabkan sesuatu yang bahaya berlaku, contohnya membunuh.” terang Rayyan. 


Delya hanya memendamkan rasa sedihnya dengan perubahan si Rafiq itu, orang yang dicintainya dulu sudah menjadi seorang pembunuh. Hatinya sungguh terluka. Kerana dia, orang lain yang terbunuh.

Previous: BAB 31
Next: BAB 33

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.