Home Novel Cinta JODOH UNTUK TENGKU DELYA
BAB 38

“Tengku Delya Amanda anak perempuan Tengku Hadi ditahan kerana disyaki membunuh Zeff Wadi, pemilik syarikat Mawas Holding.” Cawan yang dipegang oleh Tengku Zana terus jatuh apabila mendengar berita di dalam tv itu. 


Dia terus terduduk, seakan tidak percaya dengan apa yang didengarnya. Tengku Hadi yang berada di sekitar itu terus datang pada isterinya. 


“Abang.. Delya masuk penjara bang..” sesak nafasnya untuk memberitahu perkara itu pada suaminya.


“Zana, apa awak merepek ni?” soal Tengku Hadi tidak percaya. 


“Delya masuk berita bang.. tolonglah buat sesuatu..” Tengku Hadi jatuh terduduk di atas sofa.


______________________


“Sayang.. bangunlah. Dah pagi..” suara yang terngilai–ngilai itu terus membangunkan Delya dari tidurnya. Dia lihat orang disebelahnya, mulutnya terus ditekup sebaik sahaja melihat orang disebelahnya. 


“Kenapa?” soal Rafiq sambil tersenyum sinis. 


“Macam mana you boleh..” 


“I culik you, lagipun I rindu you lah sayang..” balas Rafiq seraya mengusap lembut kepala gadis itu. 


“Rafiq, you dah gila ke?!” tengking Delya. 


“Ya, aku gila. Aku gilakan kau!” dia mengeluarkan pisau yang berada di poket bahagian belakang seluarnya. 


“Rafiq..” Suaranya menjadi perlahan apabila melihat pisau itu sudah melingkari lehernya.


“Kau tak rindukan aku ke?” soal Rafiq, tangannya ralit mengusap lembut kepala gadis itu. 


“I.. taknak you jadi macam ni disebabkan cinta terlarang ni, tolonglah Rafiq..” Rayu Delya. Wajah itu dipandang dengan penuh simpati, walaupun hatinya sedang takut sekarang ini. 


“Cinta terlarang? Sekali lagi kau cakap macam tu, aku kerjakan kau!” bentak Rafiq.


Delya terus berdiam diri. Takut hendak bersuara lagi. “Sayang.. Kita kahwin, nak tak?” soal Rafiq seperti orang gila. Tadi marah, sekarang baik pula. 


“Tapi I isteri Rayyan..” balas Delya dalam keadaan takut. 


Rafiq meraup kasar wajahnya. Gadis itu ditenung lama, tidak lama kemudian baru dia bersuara. “You minta cerai dengan dia. I boleh call dia sekarang.” Rafiq memberi cadangan. 


“Rafiq.. Kenapa you buat I macam ni? Kalau betul you sayangkan I, kenapa libatkan I dalam kes pembunuhan yang you dah buat. Kenapa you buat I merana Rafiq?” soal Delya bertubi–tubi. Air matanya juga sudah banyak kali diseka. 


“Sebab kau tinggalkan aku.” balas Rafiq. 


“Delya.. Aku tak boleh tengok kau menangis. Berhenti please..” Dia yang tadinya dingin terus berubah menjadi kasihan apabila bekas kekasihnya tidak berhenti menangis. 


“I nak you lepaskan I. Atau bunuh I, you buat hidup I jadi sengsara. Mana perginya Rafiq yang dulu? Tengok apa dah jadi dekat you, you dah jadi pembunuh Rafiq..” ujar Tengku Delya lagi. 


Air matanya yang mengalir diseka oleh Rafiq. Tangannya turun ke pipi mulus gadis itu. “Sayang.. I takkan bunuh you, sebab I sayangkan you. I minta satu je, I nak kita bersama balik.” ujarnya lembut. 


“Tak boleh Rafiq..” susah untuk dia menyambung ayat itu. Takut lelaki itu mengamuk lagi. 


“Sayang.. Kalau you hidup bersama dengan I, I janji, I akan jaga you sepenuh hati I.” dia cuba memujuk gadis itu. Iya, mungkin dia telah menjadi jahat. Tapi apabila berhadapan dengan Tengku Delya, hatinya menjadi lembut. Dia tidak boleh melupakan gadis itu. 


“Kalau you sayangkan I, lepaskan I Rafiq, please..” Delya masih merayu untuk dilepaskan. 


Rafiq cuba menahan amarahnya apabila melihat gadis itu tidak berhenti menangis. 


“I akan lepaskan you, bila I rasa I nak lepaskan. Tapi selagi hati I ni sayang dekat you, selagi tu I takkan lepaskan you.” dia terus meninggalkan Delya seorang di bilik itu. 


“Rayyan.. Selamatkan saya.. Saya takut..” dia bermonolog sendirian. Dia menangis tak berlagu. Sampai bila Rafiq hendak memperlakukan dirinya begitu? 


___________________


“Rayyan.. Ada orang culik Delya.. Ini rakaman cctv yang sempat kami tangkap.” Faiz menunjukkan rakaman itu pada Rayyan. 


“Rafiq.. Dia betul–betul cabar aku.” dia terus bangun dari tempat duduknya dan mencapai satu pistol lalu dimasukkan ke dalam poket seluarnya. 


“Rayyan.. Kamu tidak dibenarkan membawa pistol tanpa kebenaran.” Tuan Jaffar menghalang laluan Rayyan. 


“Tuan, isteri saya diculik. Diculik dari dalam penjara. Kalau kita biarkan, Rafiq tu akan menjadi–jadi.” Rayyan membantah. 


“Kami akan uruskan, jadi kamu perlu duduk di sini. Letak pistol tu, kalau kamu keluar juga, kamu dipecat.” Rayyan terus terduduk lemah. Kalau dia dipecat nanti, bagaimana dengan kes isterinya?

Previous: BAB 37
Next: BAB 39

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.