Home Novel Cinta Dia Yang Terakhir
Dia Yang Terakhir
Ms.Lia
6/4/2020 13:26:30
2,202
Kategori: Novel
Genre: Cinta
BAB 12

Karl berkejar pada kaunter. 


"Mila, panggil doktor Zafril sekarang! Ada pesakit dekat sini!" Karl meninggikan suaranya. 


Jururawat yang berada belakang sudah menunjukkan wajah pasrah. Pelik Mila melihatnya. 


Karl memegang tangan Lara yang makin sejuk. 


Terlihat Zafril berkejar mendapatkan Karl. Dia melihat pesakit di atas katil. Lara? 


"Tapi doktor..." ujar seorang jururawat. 


Zafril memandang ke arah jururawat itu, Dina menggeleng lemah. 


Pantas saja Zafril memeriksa nadi Lara. Tiada denyutan. 


Dia memeriksa degupan jantung. Senyap. Tiada bunyi. 


"Kau buat apa?! bawak dia pergi bilik OR 1 sekarang!" marah Karl. 


Zafril menahan sebak, dia tahu. Tubuh dihadapannya hanyalah jasad Lara. Rohnya telah dibawa pergi. 


"Cepatlah!" 


Disebabkan Zafril seperti patung disitu, dia menyuruh jururawat yang lain membantu dia menyorong katil ke bilik OR 1. 


Zafril yang tercegat disitu, terus lututnya lemah. Dia duduk mencangkung. 


"Lara..." air matanya menitis. 


Zafril bergegas di bilik OR 1. Dia membantu jururawat yang lain meletakkan segala wayar pada Lara. 


Baru sahaja dia hendak meletak CPR, satu bunyi dapat didengar oleh mereka.


"Titttttt..." 


Zafril terduduk. Yang lain hanya mampu menunjukkan raut wajah kecewa. 


Ya, Zafril semestinya tidak sanggup menerima kebenaran yang Lara sudah tiada lagi...


"Scalpel, cepat!" arah Karl. 


Jururawat disitu hanya mampu duduk diam. Mereka sedar tentang apa yang berlaku, tapi kenapa Karl seperti tidak faham akan situasi itu? 


"Semua jururawat keluar." arah Zafril. 


Karl terus memandang Zafril dengan wajah serius. Berani kau arah diorang keluar?!


"Lara dah tenat macam ni, kau duduk diam je kenapa?! tolonglah aku!" marah Karl. 


Kolar baju Zafril dicengkam. Dia pandang serius pada Zafril. 


"Dahlah Karl!" Zafril meninggikan suara. 


"Kau nak biarkan Lara mati ke? buatlah sesuatu!" tengking Karl. Jururawat diluar gementar melihat pertengkaran mereka. 


"Lara dah tak ada!" tegas Zafril. Suaranya terketar–ketar. 


"Kau bodoh ke?!" satu tumbukan dilepaskan pada wajah Zafril. Cecair merah mengalir di tepi mulutnya. 


"Dia isteri aku. Dia hidup lagi! kau... kau! kenapa kau tak bagitahu awal–awal yang Lara kanser?!" lantang suaranya menengking Zafril. 


"Karl... aku minta maaf..." 


"Lara hidup lagi!" tegas Karl. Dia pergi ke arah sekujur tubuh Lara yang kaku itu. Dia mengambil scalpel untuk meneruskan pembedahan.


"Kau tak payah seksa dia lagi!" Zafril menepis pisau bedah itu dari tangan Karl. 


"Aku minta maaf Karl. Aku memang bodoh sebab tak dapat selamatkan Lara, tapi ini takdir dia! dia dah tak ada Karl. Dia dah tak ada!" Zafril menggoncang tubuh Karl. Dia mahu lelaki itu kembali waras. 


"Jangan sampai aku bunuh kau. Lara hidup lagi! dia isteri aku. Dia tak patut tinggalkan aku!" air matanya menitis. Namun wajahnya masih serius.


"Semua yang hidup akan mati Karl. Tak kira umur. Kau fikir aku boleh terima ke pemergian Lara? aku... aku kawan dengan dia dah 6 tahun! Aku... aku yang simpan semua rekod sakit dia. Aku terpaksa tebalkan hati bila buat appointment dengan dia! aku lagi terseksa Karl!" 


Karl mula jatuh terduduk. Matanya memandang lantai. Air matanya jatuh.


"Kau fikir aku tak terseksa ke? bila aku tahu berapa lama je Lara boleh hidup, jantung aku macam nak terhenti! Setiap kali aku cek dia, aku rasa macam nak bunuh diri Karl!" luah Zafril, segala yang terpendam, habis diluahkan semua. Air matanya tidak berhenti mengalir. Tubuhnya menggigil. Dia tidak percaya, dia akan kehilangan Lara.


Karl bangun, dia pergi ke katil Lara. Lalu tangan sejuk itu digenggam. Air matanya mengalir tak henti. 


"Sayang... bangun sayang..." rayu Karl. 


Dia mengusap wajah Lara yang sudah pucat. Wajahnya didekatkan pada wajah Lara.


"Lara, kau dah janji takkan tinggalkan aku. Kau tahukan aku tak boleh hidup tanpa kau? bangunlah Lara... kau kata, kau nak pergi honeymoon dengan aku? kalau kau baring macam ni, macam mana kita nak pergi honeymoon? bangunlah Lara..." pujuknya pada jasad Lara. 


Bunyi tangisan lelaki mula kedengaran. Zafril terduduk. Dia lemah, dia tidak mahu Lara mati. Hatinya menjerit, meminta untuk Lara hidup semula. 


"Karl..." panggil Zafril perlahan. 


"Lara... jangan tinggalkan aku. Kau orang yang paling istimewa pernah aku ada, bangunlah Lara... aku tak sanggup. Aku tak sanggup kehilangan kau... tolonglah... aku merayu!" air matanya sudah melimpah keluar. Dia terus menangis. 


"Karl... ni semua salah aku." pujuk Zafril dibelakangnya.


"Aku baru sebulan kahwin dengan dia. Kami baru mendirikan rumah tangga Zafril... aku sayangkan dia. Tapi... kenapa dia tinggalkan aku? kenapa dia tak bagitahu tentang penyakit dia? kenapa dia buat aku macam ni Ril..." 


Semua soalan yang tak mampu untuk dijawab. Karl jatuh terduduk. 


"Aku tak boleh hidup tanpa Lara Ril..." rayunya. Bagai hilang separuh nyawa, begitulah keadaannya sekarang. 


"Aku minta maaf sebab lambat bagitahu kau, seminggu sebelum Lara meninggal, dia ada jumpa aku. Kandungan Lara dah seminggu Karl..." jelas Zafril, dia menahan hati yang sebak. Dugaan apa yang menimpa kau Karl...


"Dia... dia mengandung?" hatinya sebak. Air matanya makin banyak mengalir. Dia menarik rambutnya kasar. Wajahnya kemerah–merahan. Sedih yang tidak dapat ditafsirkan.


"Lara mengandung? aku jadi ayah?" hatinya tak keruan. 


Gadis itu bergadai nyawa sekali dengan kandungan yang dibawanya. Dua nyawa telah hilang. Anak yang selalu di impikan oleh Karl, kini telah pergi bersama Lara.


"Aku tak boleh hidup tanpa Lara... biar aku mati dengan Lara." Dia bangun, dia mengambil pisau bedah dan lagi seinci hendak menikam perutnya, Zafril menghalang. 


"Jangan jadi gila Karl! berdosa besar kalau kau bunuh diri! kau kena relakan pemergian dia!" 


Badan Karl menggeletar, dia terus lemah. Badannya terjatuh namun sempat disambut oleh Zafril, matanya sudah terpejam rapat. 


"Karl!" 


_____________________


"Ya Allah... abang..." puan Bettyra jatuh terduduk. 


Encik Hamid terus menyambut isterinya. Dia risau melihat puan Bettyra yang tiba–tiba jatuh. 


"Anak kita bang..." air matanya mengalir deras. Jantungnya bagai hendak terhenti mendengar panggilan seorang jururawat tadi. 


"Anak kita, Lara dah tak ada bang!" dia menangis. 


Encik Hamid membulatkan mata. Lara dah tak ada? dari cangkung, dia jatuh terduduk.


"Awak jangan main–main dengan saya Ira..." suaranya mula terketar–ketar. 


"Anak kita, dia meninggal sebab kanser tulang tahap 4... anak kita dah tak ada bang! macam mana saya nak teruskan hidup!" puan Bettyra menangis teresak–esak. 


Encik Hamid memeluk isterinya. Hatinya sebak, air matanya mengalir. Dia menangis tak berlagu.


___________________


"Aril, mama nak bagitahu ni..." air matanya masih menitis. 


"Lara dah tak ada Aril, baliklah jumpa adik kamu..." ujarnya sayu. 


"What? ma... mama buat lawak apa ni? Lara kata dia nak tunggu Aril balik, dia nak sambut hari Aril balik ke Malaysia. Mama cakap apa ni ma? Aril tak faham." tangannya mula menggeletar.


Lara pernah berjanji untuk buat suprise pada Aril apabila pulang ke malaysia nanti. Aril masih lagi sambung belajar di luar negara. Tapi... apa yang baru didengarnya tadi? Lara dah tak ada?


"Lara dah tak ada. Lara dah tinggalkan kita. Dia meninggal sebab kanser tulang tahap 4 sayang... baliklah. Tengok adik kamu sebelum dikebumikan..." 


Telefonnya jatuh ke atas lantai. Dia terduduk. Lara dah tak ada? adik yang dia paling sayang, kini telah pergi meninggalkan dia? 


______________________


"Karl... ini surat Lara sebelum dia pergi. Dia minta aku bagi dekat kau, bila dia dah tak ada nanti.


Karl duduk termenung. Dia melihat pemandangan di taman bunga. Kosong. Jiwanya kosong. Tiada lagi secalit senyuman dibibirnya. 


Karl mengambil surat di tangan Zafril, lalu dia membukanya. 


Surat Lara :


Hai buddy a.k.a suami (Karl)


    Kita kawan dah 14 tahun, pernah tak kau terfikir kalau aku dah tak ada nanti, macam mana dengan hidup kau? sebab itulah aku setuju jadi isteri kau. Aku nak jaga kau selama yang aku mampu. Tapi... aku tak boleh Karl.


   Aku hanya mampu hidup setahun je lagi. Aku minta maaf, aku tak mampu untuk setia dengan kau hingga hujung nyawa kau.


   Tak sangka... akhirnya aku kahwin dengan kawan aku sendiri kan? Hahaha, aku sebenarnya sakit, aku kanser tulang tahap 4. Masa tu, aku hanya fikir, untuk luangkan masa yang ada dengan keluarga, dan kau Karl. 


   Tapi, dalam masa 4 bulan, aku jatuh cinta dengan kau Karl. Aku... aku mula rasa takut. Aku taknak mati, aku nak mencintai kau seumur hidup aku. Tapi ini semua kehendak aku, hanya Allah yang menentukan.


  Aku harap, bila aku dah tak ada, kau dapat teruskan hidup. Lupakan aku, kalau kau rasa terseksa. Sebab aku tak mampu untuk berada di sisi kau lagi...


   Setiap hari aku merayu, aku menangis. Aku taknak mati... tapi, ini takdir aku. Aku pura–pura bahagia depan kau supaya kau tak susah hati.


   Aku pernah tanya kau, kalau aku masuk bilik bedah, kau akan bedah aku ke? aku harap, kau tak bedah aku. Aku taknak tengok kau terseksa. 


   Aku sedar sakit aku ni dah 2 tahun, Doktor Zafril    ada semua data aku masa aku sakit. Aku minta dia rahsiakan penyakit aku dari kau, jangan marah dia. 


   Karl... aku nak luahkan benda ni lagi sekali. Aku cintakan kau Karl Edwin.


   Teruskan hidup abang ya? walaupun Lara mati, cinta Lara tak pernah mati untuk abang. Aku sayang kau Karl.



  Redhakan pemergian aku...


  


                                                                   Yang benar, 

                                                                    Lara Zafira

                                                                    (Isterimu)


_______________________



Air matanya menitis. Tangisan lelakinya kuat kedengaran. Zafril hanya mampu mengeluh. Dia sendiri belum boleh terima dengan pemergian Lara, apatah lagi Karl?


"Aku tak sanggup hidup tanpa dia Ril..." Karl menangis. Dia memegang dada yang terasa sakit. Hatinya remuk, pemergian Lara adalah kehilangan terbesar dalam hidup Karl. 


"Kau kena kuat... kalau Lara nampak kau macam ni, mesti dia sedih." dia memeluk tubuh sahabatnya. Belakang Karl ditepuk lembut. Dia sebak, namun dia hanya mampu menangis dalam hati. 


___________________


Sebaik sahaja Aril pulang ke rumah, dia terus meluru masuk ke ruang tamu. 


"Ma... Lara mana ma? Aril rindu dia!" 


Aril pergi merata tempat, dia mencari kelibat adiknya, namun tidak kelihatan. 


"Ma... Lara mana! Lara kata nak buat surprise untuk Aril. Mana dia ma!" Aril meninggikan suara. Berita tentang kematian Lara dia anggap sebagai khabar angin. Dia tetap percaya, bahawa adiknya masih hidup lagi. 


"Aril... Lara ada tinggalkan surat untuk kita." ujar puan Bettyra lemah. Dia menghulurkan sepucuk surat pada Aril. 


Aril terus merampas surat itu dan membacanya. Air matanya mengalir laju, ayat terakhir sekali yang dibaca. 


"Abang jangan marah Lara tau, Lara tak sempat nak buat surprise untuk abang. Tapi Lara ucapkan tahniah dekat abang, sebab dapat sambung belajar sampai PHD. Lara rindukan abang... Lara akan sentiasa sayang pada keluarga ni. Abang... jangan tinggalkan mama tau, jaga mama elok–elok." pesanan terakhir Lara.


"Lara... abang rindukan Lara... Kenapa Lara pergi! kenapa Lara tak tunggu abang balik..." dia menangis teresak–esak. Puan Bettyra memeluk anaknya. Dia tahu, berita seperti ini sangat mengejutkan Aril. Adik kesayangannya sudah tiada.


__________________


6 TAHUN KEMUDIAN


"Lara... aku dah tunaikan hasrat kau. Aku ambil anak angkat, namanya Amin." Bicaranya pada kubur Lara. 


"Lara tu siapa papa?" tanya Amin, budak yang masih tidak tahu apa–apa tentang dunia.


"Lara tu, mama angkat Amin. Sepatutnya... Amin ada sorang lagi adik beradik. Dia mungkin akan jadi abang atau kakak kepada Amin..." jawab Karl pada anak kecil itu. 


"Mama Lara dah meninggal?" tanya Amin lagi. 


"Ya, dia dah pergi ke syurga. Nanti Amin jadi anak yang baik, jumpa mama disyurga ya?" Ujar Karl sambil tersenyum.


"Amin sayang papa, Amin sayang mama Lara. Amin janji, akan jadi anak yang baik." jari kelingkingnya dihulurkan. 


"Kita doakan mama Lara tenang disana, dan kita sedekahkan yassin untuk mama Lara ya?" 


Amin mengangguk laju. 


Setelah habis membaca Yassin, dia memegang batu nisan itu. 


"Lara, aku balik dulu ya... semoga kau dan anak kita tenang disana..." kata Karl sambil tersenyum. Dia redha dengan pemergian Lara. Tapi hatinya masih rindu pada gadis itu. Lara, nama yang akan sentiasa terukir di hatinya. 


Karl, dialah yang terakhir buat Lara. Dan Lara adalah yang terakhir buat Karl. 




TAMAT

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.