Home Novel Cinta JODOH UNTUK TENGKU DELYA
BAB 14

Delya berjalan ke ruang tamu untuk meneguk secawan air. Sedang dia minum, Tengku Zana menegur anaknya. “How's your date?” Delya meletakkan cawan yang dia minum tadi. 


“he's an utternal jerk!” balas Delya senada.


“Delya! Tak baik macam tu. Mama tengok dia elok je.” 


“Elok sangat depan mata mama. Belakang mama, dia buat Delya ni macam patung, tak ada perasaan.”


“Delya, apa yang dia buat sampai kamu jadi macam ni?”


“Senang–senang je dia cerita dekat Delya dekat tempat umum tu pasal kesalahan Delya dah jadi list paling hot dekat internet tu!” 


Tengku Zana menggelengkan kepala, sudah terang–terang apa yang Rayyan ceritakan tu jelas dan nyata. “Betullah tu, mama ni sebagai ibu Delya lagilah malu bila tengok nama Delya ada dekat list paling hot.” Delya memberi jelingan terhadap Datin Zana. 


Kalau dah semua backup si Rayyan, siapa nak backup Tengku Delya? “Haa yelah, Delya ni bukan anak mama. Tu, Rayyan Khail tu anak mama. Dahlah, Delya naik atas dulu. Penat tau ma.” dia terus meninggalkan mamanya yang berada di dapur. 


________________


“Alamak, fail lagi!” marah Delya apabila level di dalam game Candy Crush tidak naik–naik. Tiba–tiba terdapat satu notifikasi, lantas dia membuka mesej tersebut. 


' Tengku Delya Amanda, jumpa saya esok ' 


Delya mengerutkan dahinya, siapa pula yang mesej dia ni. Macam mana nak jumpa kalau tak kenal? 


‘ Siapa awak? ’ -Delya


‘ Saya putera di hati awak. ’ -Rayyan


‘ Tell me your name? ’ -Delya 


‘ Saya putera... Di hati awak. ’ -Rayyan


“Hey stupid, what's your name?!” kata–kata itu hanya keluar dari mulutnya. Terlalu geram dengan orang yang berbalas whatsapp dengannya. 


‘ Saya rasa, saya kena block awaklah. ’ -Delya


‘ Stupid girl, saya Putera Rayyan Khail. ’ -Rayyan


Rayyan merengus geram. Sudah jelas nama depannya 'Putera'. Hanya disebabkan namanya ditambah dengan ayat lain, gadis itu terus salah faham. 


‘ Excuse me, kalau saya stupid, awak tu bastard! ’ -Delya


Telefon Delya terus berdering selepas membalas whatsapp si Rayyan.


 “Hello?” 


“Sedap hati awak je panggil saya bastard?!”


Delya menjauhkan telefonnya yang mendengung suara Rayyan di telinganya. Sampai begitu sekali Rayyan memarahinya hanya kerana satu perkataan. 


“Apa, betullah. Awak cakap saya stupid kan?” Delya tersenyum kepuasan. Akhirnya dia dapat melepaskan geram yang dipendam selama ini. 


“I call you stupid sebab otak awak tu dah hilang, nama penuh saya Putera Rayyan Khail, otak tu letak mana?” makin kasar dia melayan gadis itu. 


“Hei, tak perlu kot marah–marah. Lain kali, kalau orang tanya tu jawab straight to the point, tak payah nak putera di hati awak sangatlah!” panas pula hatinya apabila lelaki itu yang marah dirinya beria–ria. Sedangkan dia langsung tidak bersalah. 


“Awak ni harap je perempuan, perangai mengalahkan orang lelaki!”


“Awak ni orang paling bermasalah pernah saya jumpa. Selalunya lepas date, habis macam tu je. Ni awak nak kacau hidup saya kenapa? Kalau tak suka saya kenapa masih calling–calling saya? Bye stupid man!”


Telefonnya dicampak ke atas katil. Sedang mood dia baik, ada saja yang merosakkan. Dia berjalan kehulu–kehilir, ikutkan hati, hendak saja dia memukul lelaki itu kerana sudah merosakkan harinya.

Previous: BAB 13
Next: BAB 15

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.