Home Novel Cinta JODOH UNTUK TENGKU DELYA
BAB 52

7 TAHUN YANG LALU 


Delya mengikut langkah keluarganya sehingga ke dalam rumah. Dirinya masih ketakutan, dia tidak pernah mengalami situasi begitu. 


Sebaik sahaja mereka berkumpul di ruang tamu, Tengku Hadi mulakan bicara. 


“Papa dah bank in 200 ribu dalam account Haz..” ujar Tengku Hadi. 


Mata Hazif terbeliak mendengar apa yang disampaikan oleh ayahnya. 


“Ke.. Kenapa banyak sangat?” soal Hazif. 


“Papa dah selesaikan tanggungjawab papa dengan kamu, papa nak kamu kemas barang sekarang. Pindah dari rumah ni.” Arah Tengku Hadi. 


Bagai hendak gugur jantungnya apabila mendengar ayat yang dikeluarkan oleh papanya sendiri. Delya terus memandang Tengku Hadi, dia juga terkejut dengan tindakan Tengku Hadi. 


“Pa.. Ke.. Kenapa papa nak halau abang Haz?” soal Delya perlahan, air matanya cuba ditahan. 


“Papa taknak hidup serumah dengan pembunuh.” balas Tengku Hadi tanpa menunjukkan sebarang riak. Seolah–olah dia sudah tiada rasa sayang terhadap Hazif. 


“Pa, Haz minta maaf..” 


“Tak! Abang tak salah! Abang cuba selamatkan maruah Delya! Selamatkan nyawa Delya, papa tak faham ke?!” bentak Delya. 


“Keputusan papa muktamad!” balas tengku Hadi tegas. 


“No, kalau papa halau abang Haz, Delya rela mati!” Delya juga tidak mengalah, dia cuba melawan papanya. 


“Adik dahlah! Sejak bila adik jadi anak derhaka ni?” Hazif cuba campur tangan. 


“Oh.. Kalau macam tu, papa sukalah tengok Delya hilang dara? Papa nak Delya jadi macam tu ke?” lembut saja dia bersuara. 


Panas hati Tengku Hadi mendengar kata–kata sindiran itu. Ya, Tengku Hadi kalau dah pilih A, takkan ada yang lain, mesti A juga! 


“Delya pergi masuk bilik!” Tegas Tengku Hadi. 


“No! I will stay here, abang Haz langsung tak salah. Look papa, Anak papa hampir kena rogol, papa ingat ni masalah kecil ke?!” Tengking Delya. 


Tengku Zana hanya mampu menyimpan rasa sedihnya di dalam hati, dia melihat dua beranak yang tidak mahu mengalah itu. 


“Okay pa, Haz akan pergi. Haz akan keluar dari rumah ni. Tapi satu je Haz nak pesan, jangan lebihkan bisness berbanding anak sendiri. Maruah anak papa lagi penting. Haz tau Haz salah sebab bunuh dia, Haz terima semua yang papa buat dekat Haz.” balas Hazif. 


Dia pasrah. Kalau itu jalan yang ayahnya pilih, demi nama baik keluarga, dia rela keluar dari rumah itu. 


“Jangan jejakkan kaki ke rumah ni lagi.” Pesan Tengku Hadi. Beg yang sudah tersedia di sebelahnya diambil dan perlahan–lahan dia mengatur langkah ke luar dari rumah itu. 


“Abang! Abang tak boleh tinggalkan Delya, abang tak boleh! Papa kejam, kenapa papa halau abang Haz!” Delya memberontak minta dilepaskan oleh Tengku Zana. 


“Delya benci papa! Delya..” dia terus merebahkan diri. Tengku Hadi terus menggendong anaknya masuk ke dalam rumah. 


“Abang ego, kalau tak disebabkan Haz, dah habis Delya dikerjakan.” Rungut Zana. 


“Awak diam, saya tahu apa yang saya buat.” balas Tengku Hadi. 


“Iyalah, saya nak tahu sejauh mana abang mampu bertindak. Abang tahukan abang pentingkan diri sendiri? Semua ni berlaku sebab budak yang dibunuh tu anak rakan kongsi abang kan?” ujar Tengku Zana tidak mahu mengalah. 


FLASHBACK TAMAT


Setelah 7 tahun ingatannya tentang Hazif hilang, akhirnya memori itu kembali semula. Semua perkara 7 tahun lepas diingat kembali. 


“You tak kerja ke?” tegur Delya. 


“Tak, I nak jaga you sampai you pulih sepenuhnya.” balas Rayyan. 


“I dah okaylah, you pergilah kerja.” tegas Delya. 


“Tak apalah, boss I faham. Sekarang ni tugas you cepat–cepat sihat.” Rayyan memegang tangan isterinya, Delya sedar pun dia sudah cukup bersyukur. 


“I have a request..” 


Rayyan membesarkan anak matanya, permintaan apa yang ingin dikatakan oleh isterinya? 


“I nak you selesaikan kes Rafiq.. I rasa I tak mampu nak balas dendam macam ni je.” pinta Delya. 


“Sayang, you tak minta pun I tetap akan buat. I akan buat dia terima hukuman yang setimpal. Jadi serahkan semuanya pada I..” pujuk Rayyan. 


______________________


“Rayyan, kita dah jumpa bahan bukti yang Rafiq telah membunuh Zeff Wadi.” Rayyan mendongakkan wajahnya memandang Tuan Zaffar. 


“Maksud Tuan? Kita dah boleh keluarkan waran?” soal Rayyan. 


“Iya. Dan ada satu perkara yang curiga tentang Rafiq..” 


“Apa dia?”


“Puan Raudah, ibu kepada Rafiq, pengasas kosmetik terkenal. Dia di tahan di hospital sakit mental.” Jelas Tuan Jaffar. 


“Apa yang Tuan curiga tentang dia?” 


“Kematian ayah Rafiq, semuanya tak tahu berpunca dari apa, boleh katakan tubuh mayat pun belum dijumpai.” terangnya lagi. 


“Saya rasa, kita perlu siasat setiap inci tentang Rafiq, banyak perkara misteri tentang dia.” Arah Tuan Jaffar. 


“Baik Tuan, saya akan siasat semuanya. Mungkin juga Rafiq yang bunuh ayah dia sendiri, kita tak tahu kan?” balas Rayyan. 


Tuan Jaffar mengangguk setuju. 


“Rafiq.. Kau dah tak selamat sekarang ni..” bisik hati Rayyan.

Previous: BAB 51
Next: BAB 53

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.