Home Novel Komedi/Romantik Komedi Sim dan Ani ; jodoh itu rahsia Allah
Sim dan Ani ; jodoh itu rahsia Allah
NaimTamdjis
29/1/2013 21:10:06
265,862
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Senarai Bab
bab 34 ; bermulanya krisis

BAB 33

Bermulanya krisis

Bulan sepuluh tahun 2012, genap 3 bulan Sim berkahwin dengan Ani. Mereka berdua masih berfungsi seolah-olah sebagai seorang kawan.. bukan lagi sebagai sepasang suami isteri. Ani lebih mementingkan kawannya daripada Sim... keluar malam... balik pagi. Tapi kesibukan mereka berdua menyebabkan Sim tidak berapa kisah dengan statusnya kini. Boleh dikatakan setiap hari Sim balik lewat ke rumah kerana menguruskan perniagaan dan pekerjaannya sekaligus. Selepas waktu bekerja, Sim  selalunya akan singgah di stor  untuk mendapatkan maklumat dan seterusnya menguruskan barang.. selalunya Sim akan menulis kepala surat penghantaran cepat sebelum dihantar kepada ejen kutipan. Pukul 10 malam kadang-kadang Sim baru balik ke rumah... apabila Sim balik, Ani samada tiada di rumah atau jika dia ada di rumah, Ani hanya memerap dalam bilik. Katanya dia sedang melukis pelan atau lukisan kejuruteraan atauoun sibuk membuat tesis.

Ani ada jugak tanya kepada Sim kenapa Sim selalu balik lambat ... Sim memberi alasan kepada Ani bahawa dia  sibuk sikit dengan kerja dan banyak juga kertas erja yang  perlu disiapkan untuk membuka  stesen layan diri yang baru ( aku masih tidak mahu memberitahu Ani perniagaan dalam talianku ). Ayah pula telah berpindah ke rumah teresnya di Bukit Sentosa Hulu Selangor. Kini dia bertugas sebagai Timbalan Pengarah ibu pejabat Polis Trafik Bukit Aman. Mertuaku gembira terutama mak Adah kerana dekat dengan anak dan cucu-cucunya. Aku pernah melahirkan kekecewaan aku pada Ani yang selalu sahaja tiada di rumah... hanya menganggap rumah ini sebagai hotel... tempat tidur dan mandi sahaja. Lepas tu selalu keluar entah ke mana );

“Awak... awak ni selalu tak lekat kat rumah kebelakangan ini. Kenapa?” tanya Sim kepada Ani yang sedang leka bermain PS 3 di ruang tamu di satu pagi hari minggu.

“Kang saya sibuk buat tesis. Lagipun saya selalu keluar main futsal atau tengok bola dengan kawan-kawan. Release tensen” jawabnya.

“Awak tu isteri orang.. tak boleh ke duduk rumah ni? Main la game tu untuk release tensen... Astro pun dah ada. Habis tu wat pe pasang Astro tu? Kata dulu pasang Astro nak tengok bola. Ini asyik keluar dengan kawan awak terutama si Azman tu.”

“Mana awak tahu?” Ani memandang Sim.

“Bukan awak selalu mesej mintak izin keluar dari rumah dengan geng awak termasuklah si Azman tu. Semalam saya terserempak awak dan Azman keluar dari 7 eleven. Berdua sahaja yer? Mesra nampak... siap suap-suap slurrp Ice. Romantiknya.. saya pun awak tak pernah suapkan” kata Sim.

“La... kami beli air je la. Lagipun Azman tu satu kumpulan dengan kami. Kami baru balik diskuss.. pasal semalam tu, saya nak rasa Ice dia punya.. saya punya berry.. dia punya strawberri” jelasnya.. Sim masih tidak berpuas hati dengan jawapannya.

“Kenapa dia naik kereta awak? Tak boleh ke dia nak motor cabuk tu... dia tu macam minat jer dengan awak. Asyik nak berkepit dengan awak 24 jam” tanya Sim.

“Yang awak nak jeles tak tentu pasal ni kenapa? Dia tu cuma kawan saya je la... tahu tak.. kawan. Saya takde apa-apalah dengan dia... lagipun dia tu dah awekla” katanya tegas.

“habistu? Kenapa dia tak boleh keluar dengan aweknya? Awak ingat.... awak tu isteri orang. Tak baik berdua-duaan dengan lelaki lain. Nanti boleh menimbulkan fitnah. Saya taknak orang lain mengatakan isteri saya keluar dengan lelaki lain... saya buat tak tahu jer. Nanti dituduhnya saya ini dayus” kata Sim memberi peringatan.

“Yela-yela... lain kali saya keluar dengan dia berteman” Ani lantas masuk ke dalam biliknya. Sim terasa hati dengan sikapnya.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.