Home Novel Komedi/Romantik Komedi Sim dan Ani ; jodoh itu rahsia Allah
Sim dan Ani ; jodoh itu rahsia Allah
NaimTamdjis
29/1/2013 21:10:06
266,459
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Senarai Bab
Bab 20 B ; bermula kehidupan di Bangi

Besok paginya Sim terbangun lewat sedikit... maklumlah penat gila mengemas semalam.... pukul 8.00 pagi baru Sim terjaga. Sim bergegas mandi dan qada subuh ( tengok Ani tiada di ruang tamu... mungkin dalam bilik mengemas atau main game bola FIFA). Bila Sim keluar bilik Sim lihat Ani sedang memasang Televisyen LCD 42 inci hadiah kerabat Diraja Kedah. Pekerja pemasangan Astro mungkin akan sampai pada petang ini untuk membuat penyambungan. Pemasangan ini menggunakan duit Ani kerana dia yang beria-ia nak pasang Astro. Katanya senang kalau hendak tengok bola. Sim ni kurang sikit melihat bola... Cuma kalau ada Manchester main barulah Sim tengok... itupun kalau lawan dengan pasukan yang best-best. Kalau lawan team cikai sorilah Sim hendak tengok. Sim bukannya seorang penonton Tv yang tegar. Sebab itulah semasa Sim tinggal dengan Mid... Mid yang memasang Astro dan membayarnya... Sim lebih suka melihat Filem di laptop ( dan pastinya yang cetak rompak ).

“Boleh ke awak pasang tu?” tanya Sim yang melihat Ani seperti terkial-kial memasang TV.

“Tengok kakila.... kereta pun saya boleh buka dan pasang balik... inikan pulak cuma memasang TV” wah! Eksennya... biar kau pasang sorang... aku taknak masuk campur... nak tengok Ani boleh pasang ke tidak.

“Awak dah sarapan ker?.”

“Sudah.”

“Awak makan per? Takde beli untuk saya? Taknak pun tunggu sayakan sarapan sekali.”

“Ada... tu. Atas meja... nanti awak merajuk pulak saya tak belikan makanan. Wat per sarapan dengan awak... saya dah lapar. Tunggu awak entah pukul berapa bangun. Kebulurlah saya. Makanlah” Sim melihat di atas meja ada sebungkus nasi lemak. Sim membukanya ;

“Semalam saya buat kerja kuat sangatlah... mengangkat barang,,,, beratlak tu. Tu yang terbabas tidur tu. Air-air takde?” tanya Sim.

“Banyak cantik. Buat sendiri la... saya dah tolong belikan. 3 in 1 banyakkan awak beli” Sim menuju ke dapur. Periuk elektrik kami masih panas lagi. Mungkin Ani baru membuat air sendiri tadi. Sim mengambil paket Milo tiga dalam satu dan membacuhnya. Sim makan di atas meja makan kami. Sedapla nasi lemak ni... aku memandang Ani yang sedang melayan kartun... la layan kartun ke kau Ani ;

“Apalah tengok kartun.... takde cerita lain ker” Ani memandang sim dengan pandangan menyinga.

“Saya punya pasalla. Awak apa sibuk? Saya yang pasang TV ni... lagipun hari ini pagi sabtu... jadi kartun je lah yang ada” boleh pulak pasang Ani memasang TV... kalau tak boleh tadi jadi bahan Sim.

“Dah habis kemas barang-barang awak?”.

“Belum... barang masih banyak dalam kotak... kan almari kita belum sampai lagi” Sim mengangguk.... lupa ;

“Sedapla nasi lemak ni. Mana beli?”.

“Kat gerai depan Shell. Inikan tempat saya... saya tahulah mana tempat makan sedap. Lagipun saya ni malas masak. Beli je senang” Sim tersenyum...nampaknya makan kedai jela aku selepas ini. Jangan haraplah nak merasa masakan Ani... sepanjang duduk rumah mak mertuany pun mak Adah yang Memasak. Tah-tah masak nasi pun tak tahu si Ani ni... Ani, Ani. 

Sim mengemas dan membasuh cawannya sendiri. Selepas itu Sim kembali berkemas dapa yang patut. Sim memasang perhiasan dinding di rumah seperti ayat-ayat Al-Quran dan gambar perkahwinan kami ( guna drill... tak larat nak memaku ). Si Ani pula menyusun pinggan mangkuk dan mengemas apa yang patut di dapur. Sambil mengemas Sim mendengar lagu melalui pemain henset ( Ani tak suka dengar lagu rock kapok... kalau aku pasang kuat-kuat mahu dia mengamuk sakan ). Tengahari itu Ani pergi membeli makanan.. kali ini Sim memberikan dia duit.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.