Home Novel Komedi/Romantik Komedi Sim dan Ani ; jodoh itu rahsia Allah
Sim dan Ani ; jodoh itu rahsia Allah
NaimTamdjis
29/1/2013 21:10:06
265,856
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Senarai Bab
bab 23 ; ANi kena bahan dengan rakannya

BAB 22

Mendaftar Masuk Ke Universiti

Ani atau Ari sedang menutup pintu selepas dikejutkan oleh Sim. Malas betul aku pergi kelas harini... mesti kena perli dengan member. Tapi sampai bila aku taknak pergi kelas. Nak taknak aku kena jugak menghadap budak kelas aku. Ini tahun terakhir aku... mahu mengamuk kalau bapak aku kalau aku nak tangguh belajar. Hadap jela segala kutukan dan perli... lama-lama diam lah tu diorang. Lantas Ani masuk ke bilik mandi dan mandi. Selepas mandi dia bersiap, memandangkan dia telah berjanji dengan Sim.. dia memilih skaf yang baru dibeli warna hijau dan baju tshirt serta seluar jeans warna hitam ( malas nak pakai baju kurung... konfom kena kutuk kaw-kaw dengan member nanti... lagipun dia tak selesa pakai baju kurung.. dah biasa pakai seluar ). Tiba-tiba pintu diketuk lagi... apahalla mamat ni? Nak apa lagi.. dia yang berkemban membuka pintu ;

“Apalagi ni?” tanya Ani marah.

“Aku nak gi interview dulu” kata Sim

“Ok.. bye2” lantas Ani menutup pintu dengan selambanya. Aku ingat apala tadi... bosan tul la.nak pergi kerja pergi jelah. Itupun nak bagitau aku ker?

“Jangan lupa kunci pintu” kata Sim dari luar pintu bilik. Aku tahula.... ingat aku ni budak-budak lagi ker? Kedengaran pintu rumah dikunci dan pintu pagar dibuka. Sebentar kemudian enjin kereta dihidupkan. Ani memakai seluar dan baju... sebentar kemudian Sim berlalu pergi. Aman sikit rumah ni. Ani melihat jam... alamak dah pukul 7.40 pagi... aku dah lambat pergi kelas ni... kelas mula pukul 8 pagi... dengan sesak nak masuk pintu masuk UKM lagi. Ani lantas mencapai beg laptopnya dan terus keluar dari biliknya. Dia mencapai nasi goreng yang dibeli oleh Sim di atas meja dan mencapai kunci kereta. Enjin dihidupkan dan berlalu pergi.... sebelum tu dia tidak lupa mengunci pintu rumah .

Ani sampai di Fakulti pada pukul 8.15 pagi... mampus aku lewat 15 minit.... jem pulak kat pintu masuk UKM.. maklumlah banyak kenderaan... kereta orang nak masuk kerja lagi... dengan pelajar yang nam masuk ke kuliah pagi tu lagi.Sampai di kuliah, dia melihat Prof Awalludin sedang membuka komputer... lega kuliah baru nak mula. Dia terus duduk di sebelah kawan baiknya Azman dan Ana. Banyak mata memandang aku memakai skaf... tak pernah nampak pompuan pakai skaf ker? Ke aku ni nampak macam perempuan melayu yang terakhir. Mereka berdua Ana dan Azman tersenyum ;

“Hi... pengantin baru kita ni lambatla... masak sarapan untuk laki dahulu ke sebelum datang kuliah?” perli Azman.

“Banyakla kau punya masak.... aku terbabas sikit... malam tadi main game sampai pukul 1 pagi” bentak Ani.

“Mana tak bangun lambat.... orang tido dah berteman. Main game konon... heheheheehe” selamba Azman.. aku mencubit Azman. Prof Awal yang sudah membuka power point untuk kuliah hari ini memandangku ;

“Ha Ari... eh silap. Ani.... selamat pengantin baru... wah dalam diam-diam kahwin. Bagusla kawin muda-muda. Cantik gambar kahwin awak dalam Facebook.. bagai pinang dibelah dua. Kirim salam dengan suami awak yer” aku bangun... mukaku memerah ;

“Terima kasih Prof...... Insya Allah.”

“Cantik pun awak berskaf ni.... baguslah... nampak ayu sikit... nampak keperempunan awak tu.. baiklah kelas” lalu Prof Awal mula memberi pengenalan kepada matapelajaran bagi subjek. Selepas 2 jam barulah kuliah aku habis... keluar dari bilik kuliah...

“Ari..... kuliah kita lepas ini pukul 2... mana nak lepak?” tanya Azman.

“Lepakla kat tempat biasa.. wakaf... layan Wifi.”

“Azman... Ani ni dah berlaki... kau panggilla Ani. Apalah kau ni” marah Ana kepada Azman.

“Aku tak kisah pun kau panggil apa. Ani, Ari atau Su.... janji jangan hoi dah. Dah.. jom pi wakaf... nanti penuh lak” baru Ani nak bergerak si Khai bekas roomate aku telefon plak. Aduh malas betul aku nak mengangkat... dia ni kecoh sikit ;

“Helo! Ha Khai... ada apa?” tanya Ani.

“Amboi kau... sejak dah berlaki ni... hari pertama belajar pun taknak jumpa aku kan. Aku telefon pun macam marah jer.”

“Aku bukan taknak jumpa... masalah aku duduk luar. Lagipun aku baru berpindah rumah. Semalam baru habis kemas rumah taw... penat pun tak hilang lagi.”

“Amboi... sejak dah ada laki hensem macam tu. Laki ang utamakan dulu no.. hikhikhik” kata Khai gedik.

“Jangan nak mengarutla. Hang kat mana ni?.”

“Aku kat fak la... ang?.”

“Aku pun sama... baru habis kelas. Datangla tempat biasa. Kat Wakaf. Azman, Ana pun ada ni. Azman ni rindu betul nak bergaduh dengan kau... maklumlah 3 bulan tak jumpa.”

“Ok” perbualan dimatikan. Kami terus ke wakaf... nasib baik wakaf ada satu lagi yang kosong. Kami duduk dan mengeluarkan komputer masing-masing. Nak berFB ler... apa lagi. Lagipun kuliah baru mula... takde assigment lagi. Minggu ini lebih kepada pengenalan topik kuliah atau kertas kerja. Aku mengeluarkan bungkusan nasi goreng yang dibeli Sim dari beg laptop.

“Jemput makan korang” Ani mengajak Ana dan Azman makan.

“Perghhhhhh selama ni kau makan tengahari jer merangkap sarapan. Ni siap bawa nasi goreng ni apahal?” tanya Azman.

“Laki aku belila. Ana... mintak sikit air kosong kau.. malas pulak nak beli air kat mesin vending” Ana menghulurkan botol airnya kepada Ani. Ani terus mengogoknya.

“Sweetnya laki kau... belikan sarapan. Sayang betul laki kau kat engkau” kata Ana.

“Biasalah... orang ada laki. Lagipun duduk berdua jer buat apa nak masak. Beli jer senang” habis jer Ani makan si Khai datang kepadanya... kami bersalaman dan berpelukan.

“Perghhhhhh... kau betul-betul dah berubah sekarang. Dah pakai skaf.. makin ayu aku nampak” kata Khai.

“Aku ni dah ada laki... kenalah ikut cakap laki. Takkan la aku nak pakai macam lelaki lagi. Pengsan laki aku karang” mereka ketawa.

“Kau ni kahwin mendadak jer? Tiba-tiba kat FB dah ada gambar kahwin kau... terkejut aku. Ribut takde... hujan takde... tup-tup dah kahwin” tanya Khai.

“Itu namanya jodoh. Lagipun laki aku tu dah kerja. Duit pun dah ada. Aku cuti semester lak tu. On je la” mereka berdua duduk di wakaf.

“Macamana kau kenal budak hensem tu” Ana bertanya.

“Keluarga aku uruskan” kata Ani pendek. Malas betul nak menjawab soalan kawannya mengenai perkahwinannya.

“Sweetnya. Pilihan keluarga... bercinta selepas kahwin nikmatnya lain dari bercinta sebelum kahwin. Hensem pulak laki kau tu” kata Ana.

“Ala... hensem sangat ker mamat tu? Aku tengok biasa jer” tanya Azman.

“Hensem la dari kau... macam Remy Ishak. Jeleske? Jagalah makwe kau tu.. makwe kau cantik juga apa. Jangan nak menyibuk laki orang lain” kata Ana memperli.

“Habis tu lepas ni tak bolehla main futsal ke, tengok bola kat mamak atau merambu malam-malam. Suami kau mesti tak izinkan” Azman memprovok Ani.

“Tolong sikit yer... suami aku sporting. Tak macam makwe kau. Serang aku dalam fon kata aku ngurat kau. Macamla kau ni hensem sangat... aku terhegeh-hegeh dengan kau. Macam mamak ambik order ada la kau ni. Laki aku benarkan pergi dengan syarat aku takleh pergi berdua dengan kau dan aku mesti memberitahu kemana aku nak pergi. Pergi mesti ada teman. Ok” kata Ani yang bengang dari tadi Azman memperlinya. Mana boleh jadi aku je kena serang...Padan muka ;

“Ha bagus Ari.... ajar sikit si Azman ni. Suka hati nak ngutuk kau... sporting betul laki kau. Tak macam Azman ni. Makwe dia nak pergi makan McD pun kena bawak Azman temankan... apalah kau jeles sangat dengan makwe kau tu. Biarlah dia merambu dengan kawan-kawannya.... nak berkepit jer 24 jam. Kalau aku rimas tahu tak” kata Khai ;

“Wei... aku gurau je la. Sori la beb. Wah Khai... sedap ngutuk nampak. Ni dah lebih dah ni. Hidup aku aman selama 3 bulan ni tak bergaduh dengan kau... ni hari pertama kau nak bergaduh dengan aku dah?.”

“Lain kali gurau pandang kiri kanan.... jangan besok mata kau lebam di belasah oleh laki aku. Cakap itu elok-elok sikit... sebelum kutuk orang... cermin dulu ok. Kau pun yang Ado”.

“Yelah-yelah.”

“Ada gambar kahwin kau? Nak tengok Ani” tanya Ana.

“Ada... dalam komputer. Jap” lantas Ani membuka fail gambar kahwinnya dan berkongsi dengan mereka. Malah Ani membukakan gambar dia berbulan madu di Krabi. Semua memuji Ani cantik dan sama padan dengan Sim. Azman je yang hanya terdiam melihat gambar-gambar yang ditunjukkan. Tepat pukul 1 petang mereka pergi makan ke kafeteria fakulti... selepas itu mereka terus menghadiri kuliah yang bermula pada pukul 2 petang.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.