Home Novel Komedi/Romantik Komedi Sim dan Ani ; jodoh itu rahsia Allah
Sim dan Ani ; jodoh itu rahsia Allah
NaimTamdjis
29/1/2013 21:10:06
265,931
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Senarai Bab
Bab 9 ; Hamid atau Mid

BAB 9

Hamid atau Mid

Keesokan paginya Sim bangun pada pukul 7.00 pagi.... itupun Ani kejutkan. Hendak tahu macamana dia kejutkan?. Dia kuis-kuisnya kaki Sim... bila Sim tiada respon... dibaling bantal ke muka Sim. Terkejutlah Sim, Siot betul Ani.... kasar betul kau ni... gumam Sim dalam hati. Sim lekas bangun dan mandi. Pukul lapan pagi baru dia turun bersarapan. Sim bersarapan bersama-sama dengan anak-anak buahnya kerana yang lain sudah sarapan pukul 7.00 pagi tadi. Siot tul.... mungkin mereka menganggap malam tadi aku ‘bersama’Ani melayari bahtera... padahal aku tidur bawah lantai. Sebab itu Sim lambat turun... Indahnya malam pertama aku rasakan. Ayah mertua Sim pula awal-awal pagi lagi sudah pergi kerja.... Selepas sarapan Sim mencapai telefon bimbit dan keluar dari rumah dan menelefon Hamid ;

“Salam.... Mid. Kau tidak bangun tidur lagi ker?” Sim tahu feel Mid ni, 2-3 kali aku telefon  tak dia jawab maka tengah membuta lagilah jawabnya.

“Biasala geng. Tak kerja lagi harini. Asal kau telefon aku ni? Semalam aku telefon asal kau tak angkat... pagi-pagi aku kol kau.. risaulah aku. Aku ingat nak cari kau kat taman tu. Tapi aku tak beranilah. Takut geng tu ada kat situ. Kau selamat ker?” tanya Mid separuh sedar.

“Aku senyapkan kol... ada benda yang terjadi. Aku selamat. Kau?.”

“Aku masih ada di rumah kawan aku ni... tapi aku rasa sudah setel down kot. Takde pulak dorang tepon aku lagi. Kalau tidak, tidak putus-putus diorang memanggil. Patutlah aku kol tak jawab.. rupanya kau senyapkan telefon. Kenapa?.”

“Aku hendak balik rumah... mahu mengambil baju dan kereta. Aku mahu berpindah rumah. Nanti aku cerita... ok” aku menjelaskan tujuan aku menelefonnya.

“Kau berkemas-kemas hendak balik KL ker? Aku ikut.”

“Tidaklah... aku sebenarnya ada hal mahu cerita kat kau ni... nanti kita jumpa kat rumah kita pukul 11 pagi. Aku ceritakan semuanya kat engkau.. dalam telefon ni susah sikit.”

“Ok... pukul 11 pagi ha... aku mandi dulu dan sarapan.”

“Ok... chow” Sim menamatkan talian. Mesti Mid tak percaya Sim dah kahwin sekarang ini. Mesti terkejut beruk punyalah... ujurnya di dalam hati. Kemudian Sim masuk ke dalam rumah dan berbual dengan abang-abang iparnya. Pukul 10 pagi dia meminta diri untuk keluar sebentar. Sim berjumpa dengan Ani di tingkat atas dengan niat untuk meminjam keretanya.

“Apa yang kau mahu? Tak nampak ke aku tengah sibuk ni?” Ani yang sedang bermain PS3 di tingkat atas marah apabila aku menegurnya tapi dengan suara yang perlahan.

“Sibuk? Main game sibuk? Lainlah memasak ker... basuh baju. Aku hendak pinjam kereta kau sekejap. Ada hal sikit” Sim menjelaskan hasratnya.

“Buat apa? Nak lari? Nak lari pakai kereta aku... pakailah motor bapak aku tu. Lagipun baru semalam pomen hantar kereta aku. Baru servis kereta tu” Ani tidak mengizinkan.

“Apa pulak... aku mahu balik rumah ambik baju dan kereta. Takkan pakai baju abang kau saja. Tidak selesalah... lagipun aku malu asyik pakai baju abang kau. Ambik dokumen-dokumen penting, pinjamlah kereta kau sekejap... aku terpaksa sekarang ini.. kalau tak.. tak hingin aku de” lantas Ani mengambil kunci yang terletak di atas meja soleknya.

“Kau jangan pulak larikan kereta aku.... isi minyak! pandu elok-elok. Aku baru bikin kereta tu... jangan bawak laju-laju... terkejut enjin dia karang.”

“Yelah-yelah.... aku bawak dengan hati-hati. 60km sejam... boleh? Ini last aku pinjam kereta kau. Thank you sayang” aku mencubit pipinya kemudian aku terus keluar ke rumah menuju ke rumah sewaku di Sungai Petani. Ani menjengilkan matanya

{{{{{{{{{{{{{{{

Kereta Satria Neo milik Ani memang macam kereta lelaki. Tak mengambarkan langsung kereta milik orang perempuan. Pelbagai aksesori di tambah... rim merah, cermin digelapkan, kerusi kulit lumba jenama R3. Tombol gear pun ditukar.... sama macam minat aku la Minah ni, suka makeup kereta. Sim pun minat juga dalam membikin kereta, Sim menghabiskan dekat RM 10,000 mekap dan beli aksesori.  

Rumah sewa Sim terletak di Sungai Petani.... lebih kurang 3o hingga 40 minit perjalanan... Sim memandu perlahan kereta Ani.... maklumlah baru keluar bengkel... ikutkan hatinya nak pecut jer. Tapi niat itu dibatalkan... karang kalau terjadi apa-apa hal.. mengamuk pulak tomboi tu.  Sim ampai di rumah sewanya dalam pukul 10.45 pagi... lima belas minit agak awal dari waktu yang dijanjikan. Sim melihat kawannya Mid telah sampai di rumah teres setingkat itu. Sim terus masuk dan memberi salam.... dijawab oleh Hamid ;

“Kereta siapa yang kau pakai tu? Ada tastela” tegur Mid di halaman rumah.

“Kereta bini aku” selambanya.

“Apa?.”

“Kau ni pekak ke apa? Kereta bini akulah” Sim menguatkan suaranya.

“Bila masa pulak kau berbini ni???? Setahu aku.. kau awek pun takde. Kau bergurau yer.”

“Nak bergurau apanya.... betulla aku dah kahwin... aku kena tangkap basah malam tadi. Nak taknak kahwin ekspress la aku. Ini ha buktinya” Sim menunjukkan gambar kahwinnya di telefon.

“Fulamak! Lawa bini kau ni. Macam pelakon Fiza Masa muda. Macamana kau boleh kahwin ngan minah ni?” Mid kehairanan.

“Lawa? Kau tengok pulak gambar dia tak bertudung ni” lalu menunjukkan gambar pasport isterinya yang berambut pendek. Gambar tersebut diperolehi dari Mak Adah.

“Aik.... lelaki mana kau rembat ni? Pondan ker?” aku mengetuk kepala Mid.

“Suka hati je cakap aku kawin dengan pondankan. Dia ni tomboila... perempuan tapi berperangai lelaki... ganas giler bini aku ni” katanya sambil duduk di sofa.

“Habis tu... macamana kau boleh tertangkap basah” Mid kehairanan.

“Ini semua geng pelabur tu punya pasal. Lepas aku telefon kau... aku carilah rumah yang boleh aku lepak... tup...tup, Abang Ali dengan gengnya dapat cari aku. Aku nak lari pun tak boleh, dah kena kepung... apa lagi.... kena belasah la aku. Nasib baik belasah badan...bukan muka. Kalau tak lebam-lebam aku sekarang kat muka. Bila aku pengsan, mereka tinggalkan aku di depan rumah tomboi ni. Tomboi yang baru balik dari menonton bola ternampak aku terbaring bawah pokok di depan rumahnya. Mungkin kesian agaknya, dia tarik aku dalam rumah... aku mandi dan dirawat dalam rumah tu. Takde nafsu langsung aku nak usik tomboi tu. Alih-alih pak Aji datang tangkap basah aku. Aku dibawa ke pejabat Agama” terangnya panjang lebar peristiwa malam semalam.

“Kau tak terangkan semuanya? Kenapa kau boleh berada dalam rumah dia?” tanya Mid.

“Aku dah terangkan... dengan pak mertua aku pun aku dah terangkan. Tapi bapa mertua aku nak juga aku kahwin dengan anaknya. Katanya aku telah menjatuhkan maruah dan nama baik dia. Kau tahu siapa bapa mertua aku?” tanya Sim kepada Mid.

“Siapa?” tanya Mid....

“Dato Malek... Timbalan Ketua Polis Negeri ni kau tahu tak. Nak taknak aku kahwin la juga dengan anak dia tu. Kalau tak pistol meletup kat kepala aku ni” katanya sambil tangan membuat gaya pistol diacukan ke kepala.

“Habis... bini kau terima kau tak?.”

“Terima apanya... malam tadi aku tidur bawah lantai tahu tak. Siap bergaduh mulut lagi. Panggil aku engkau jer... bukan abang atau sayang.”

“Hahahahahahahahahahaha. Habis nanti kau nak ceraikan bini kau?” tanya Mid lagi.

“Aku dah berjanji dengan bapa mertua aku tidak bercerai dengan Ani tergesa-gesa. Lagipun ayah mertua aku nak selesaikan kes kita. Sebagai balasan aku kenalah jaga anaknya sebaik-baiknya. Aku kena berusaha memikat hati Ani. Tapi kalau tak berjaya jugak kenalah aku ceraikannya. Buat apa berkahwin kalau hanya bertepuk sebelah tangan, tidur bawah lantai. Rugi pulak aku rasa.”

“Hahahahahahaha... malam pengantin kena tidur bawah katil... romantiknya isteri kau. Ani yek nama isteri lu.”

“Siot je lu. A ah... nama sebenar Ariani Suzana. Masa kami mula kenal... dia suruh aku panggil Ari... bapak jantan.”

“Hahahahahahahaha. Jadi... apa rancangan kau selepas ini?.”

“Aku berpindah rumah mertua aku dan duduk di situ dalam sebulan... kemudian cari kerja dekat Bangi atau Kajang. Menyewa rumah di sana, Ani masih belajar di UKM. Carilah kerja apapun... janji halal. Aku tak boleh jadi penyangak lagi. Mati kalau bapa mertua aku tahu” aku menjelaskan perancangannya selepas ini.

“Oooo. Aku pun nak balik KL semula la. Kat sini apa yang ada. Aku ingat nak menumpang rumah mak long aku. Cari kerja pastu pindah. Betul jugak kata kau tu... sampai bila nak jadi penyangak. Serikla kena buru kali ni... nasib baik tak kena belasah macam ko. Tapi untung kau dapat kahwin free. Dengan anak pengawai polis lak tu. Hahahahahahaahah” suka yer lu Mid... gelak... gelak... bila time lu... gua pulak gelak puas-puas.... masa tu tahulah kau langit tu tinggi rendah;

“Siot kau... sukanya kau gelakkan aku yer. Dah la, aku nak mengemas mana yang patut. Layan kau ni satu kerja pun aku tak boleh buat” lalu Sim masuk ke dalam bilik bujangnya. Sim mengambil beg pakaian dan beg sorong untuk mengisi beberapa barang yang perlu. Sim mengambil baju-baju, seluar, kain pelikat, barangan penjagaan diri, laptop dan kasut serta selipar. Hampir satu jam Sim mengemas barang-barang tersebut dan memasukkannya ke dalam beg. Sim kemudian mengambil buku bank dan melihat bakinya. Ada dalam RM 35,000, hasil komisen aku jadi agen skim cepat kaya dengan simpanan dari gaji aku dulu. Dalam simpanan tunai aku di mesin ATM ada dalam 3,000 ringgit. Bolehla aku buat belanja kahwin... RM 10,000 hantaran manakala RM 2000 beli hantaran. Kemudian Sim meletakkan beg-beg dan barang di dalam kereta, setelah selesai meletakkan barang di dalam keretanya.... Sim duduk di sofa bersebelahan Mid yang sedang enak melantak Maggi. Sim melepaskan lelah ;

“Perghhhh... penat siot kemas barang. Aik... makan megi jer? Nasi-nasi takde?” tanya Sim kepada Mid.

“Megi je yang ada kat dapur. Nak kau masak la sendiri. Aku malas. Kau lepas ni terus duduk umah mertua? Tak balik sini?.”

“Tak la... aku duduk sana terus.. bila aku pindah Bangi nanti.. aku datang ambik katil aku dengan almari dan barang aku yang tinggal dalam rumah ni. Ini sofa ni aku yang beli tau... tu peti ais pun aku beli gak. Cuma Tv dengan dekoder astro tu aku tak ambik. Itu kau yang payungkan”.

“Wah... semua kau claim balik.Ni bantal busuk aku kau taknak claim? Buat peneman tidur” kata Mid sambil menunjukkan bantal busuknya yang telah berkepam.

“Apa yang aku nak buat dengan bantal busuk kau ni... tah berapa abad kau tak basuh. Habis kau lepas ni apa pelan Mid?.”

“Kau keluar.. aku pun chowla. Balik KL. Cari kerja apa yang patut. Meniaga burger ker.. pisang goreng. Bila kau nak bersanding?”.

“Meniaga makanan? Kau tahu ker memasak.. selama aku duk dalam rumah ni. Aku jer yang memasak... kau haramlah. Mungkin lagi sebulan dari sekarang. Lagi 2 minggu selepas bersanding aku balik Bangi. Jadi sebelum tu aku memang sibuk gila la nak mencari rumah, keje, nak buat persiapan kahwin. Perghhh... sempat ker aku nak buat semua ni. Sebut pasal sanding, kau jadi pengapit aku. Tolong pakai baju melayu baru dan kasut kulit. Jangan pakai selipar buruk dengan baju Pakistan kau tu. Jaga sikit imej mertua aku sikit” kata Sim memberi ingatan.

“Ok...ok... demi kawan baik aku.. aku beli satu set Baju Melayu dan kasut. Warna apa?.”

“Itu aku kena bincang dengan keluarga mertua. Eh! Jom ikut aku pergi rumah. Kau bawak kereta aku. Aku bawa kereta bini aku. Lepas tu aku hantar kau balik ke sini semula. Nanti lambat-lambat mengamuk pulak bini aku tu.”

“Ok jom... boleh jugak kenal-kenal dengan keluarga kau. Jap aku tukar pakaian” lantas Mid bangun dan menuju ke dalam biliknya. Mangkuk Maggi ditinggalkan di atas atas meja, memang dasar pemalas.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.