Khairol menarik tangan Athirah membuatkan gadis itu hampir tersembam ke dalam pelukannya. Athirah menoleh dengan muka ketat.
“Apa abang ni, sakit tangan Athi tau.”
“Yang Athi jalan laju-laju ni nak pergi mana? Kenapa lari dari diaorang?” Soal Khairol sedikit bengang. Mukanya sudah sedikit kemerahan menahan marah. Cara Athirah itu menampakkan mereka sedang berbuat salah besar.
“Abang tak nampak ke muka Kak Jiha tadi? Kalau dia mengadu dekat Farisha yang kita keluar berdua macam mana? Nanti...” Athirah tidak jadi meneruskan kata-katanya.
“Nanti apa?”
“Takda apalah. Jom kita balik. Athi dah hilang selera nak makan dengan jalan-jalan hari ni.” Athirah menarik tangan Khairol untuk keluar dari pasaraya itu.
“Habis tu tiket wayang beli tadi macam mana?” Khairol menayangkan dua keping tiket di hadapan mata Athirah.
“Athi cakap nak balik. Abang nak tengok, tengoklah sendiri. Kalau abang tak nak hantar Athi, Athi balik naik teksi je.” Athirah meninggalkan Khairol terkulat di situ.
Khairol mengeluh. Dia mengejar Athirah dari belakang dan menarik tangan gadis itu menuju ke kereta mereka. Athirah senyum dalam diam. Terasa menang bila lelaki itu menurut katanya. Khairol mengajak Athirah menemani dirinya makan terlebih dahulu sebelum pulang. Mereka singgah di restoran nasi arab di Sitiawan.
Selepas pelayan mengambil pesanan Khairol merenung tepat ke wajah Athirah. Gadis itu jadi kurang selesa. Dia melarikan pandangan dari panahan tajam mata memikat Khairol itu.
“Kenapa abang tenung Athi macam tu? Malulah.” Athirah membelek-belek menu di hadapannya.
“Athi ni cantik sangat tau. Tak puas abang pandang.” Khairol menarik turun buku menu yang menghalang pandangan untuk menatapa wajah Athirah.
“Sweettalker sangat tau.” Hampir mahu pecah jantung Athirah bila menerima pujian seperti itu. Mukanya mula terasa bahang berbara.
“Abang ikhlas ni. Abang tak pernah rasa macam nu dengan perempuan lain tau. U're the first one.” Khairol mencari jemari Athirah kemudian digenggam lembut.
Athirah pula sudah terbuai oleh nafsu dan perasaan. Belum pernah ada lelaki yang melayan dia seperti Khairol. Sungguh romantis dan menyentuh kalbu. Setiap kali berada dengan Khairol dia seolah-olah bertebangan di udara.
Khairol terus bermain dengan kata-kata manis membuatkan gadis itu terus rebah dalam genggamannya. Habis makan Khairol terus memandu pulang ke rumahnya. Athirah masih berbelah bahagi untuk turun dari kereta. Khairol tolong bukakan pintu untuk Athirah. Hanya satu kenyitan mata, Athirah bagaikan dipukau terus turun dari kereta.
Sementara di rumah Qisya dan Najiha resah menanti kepulangan Athirah. Teefon tidak di angkat mesej juga tidak berbalas.
“Kak, macam mana ni, kita report polis nak?” Qisya memberi cadangan.
“Tak boleh. Belum 24jam lagi dia hilang dari rumah.” Najiha tidak setuju. Dia pun sudah tidak tahu apa yang harus dibuat.
“Habis tu kita nak buat apa? Qisya risau la kak. Har... Takpun kita bagitahu Kak Isha, mana tahu dia boleh tolong.” Sekali lagi Qisya berikan cadangan.
“Tak boleh. Mama Kak Isha kan tengah sakit kita tak boleh susahkan hati dia lagi.”
Qisya mengangguk lemah. Betul juga kata Najiha. Akhirnya mereka berdua minta pertolongan Mukhlis. Hampir jam dua pagi mereka pusing-pusing sekitar kawasan Manjung, Setiawan dan Lumut mencari Athirah. Namun bayang gadis itu langsung tidak kelihatan.
“Apa kita nak buat ni Kak? Qisya takutlah kalau ada benda buruk jadi dekat Athirah.” Qisya memandang Najiha dan Mukhlis bersilih ganti.
Satu keluhan dilepaskan bila soalannya dibiarkan tidak berjawab. Cawan berisi air milo ditarik dekat dengannya. Straw terus diputar tanpa ada niat untuk minum.
“Akak rasa kita balik dulu. Esok kalau sampai tengah hari dia tak balik juga kita buat report polis.” Najiha akhirnya memberi cadangan. Mukhlis mengangguk tanda setuju. Mereka juga sudah keletihan dan mengantuk .
Athirah menggeliat kecil. Selimut ditarik menutupi dirinya yang kedinginan dek kerana suhu penghaw dingin terlalu rendah . Dia melihat Khairol sedang nyenak tidur di sebelahnya. Athirah tersenyum bila memandang tubuh sasa Khairol yang tidak berbaju. Athirah mendaratkan kepalanya di dada bidang milik Khairol.
Lelaki itu memeluk erat tubuh Athirah. Dihadiahkan satu ciuman di ubun-ubun gadis itu. Athirah merasa hangat di dalam pelukan mesra Khairol.
“Thanks sayang.” Ucap Khairol dengan nada romantis.
“My pleasure honey.” Semakin erat Athirah memeluk Khairol. Tengkuk lelaki itu dicium beberapa kali.
“Athi tak menyesal?” Soal Khairol. Wajah Athirah ditatap dengan penuh rasa nafsu.
Athirah menggeleng laju. Dia ada rasa berdosa bila melakukan perkara terkutuk itu. Tetapi dia kalah dengan pujukan nafsunya. Entah kenapa dia begitu mudah serahkan kesuciannya kepada lelaki itu.
“Janji dengan Athi yang abang takkan tinggalkan Athi. Abang orang pertama yang sentuh Athi dan Athi harap abang seorang saja yang akan sentiasa sentuh tubuh Athi.” Lengan kekar Khairol diurut perlahan.
“Abang akan bertanggungjawab okey.” Khairol menarik rapat tubuh Athirah. Satu ciuman singgah di bibir gadis itu. Mereka sekali lagi hanyut dalam gelora nafsu bisikan syaitan.
Manakala di rumah Najiha, Qisya sudah gelisah bagaikan kucing kehilangan anak. Mereka masih lagi tidak dapat menghubungi Athirah. Baru sahaja mereka mahu keluar rumah bayang Athirah muncul di hadapan pintu.
“Athi, kau pergi mana? Puas kita orang cari dan telefon kau tau.” Qisya terus memeluk Athirah. Najiha hanya berpeluk tubuh di sebelah Qisya.
“Aku masuk dulu ye. Penatlah.” Athirah menolak tubuh Qisya dan berlalu masuk ke dalam bilik. Sempat dia menjeling ke arah Najiha dengan satu jelingan tajam.
Eh budak ni! Ada juga yang kena terajang karang. Bentak Najiha dalam hati. Sudahlah masuk tidak beri salam. Semalaman orang risaukan dia boleh pula main jeling macam itu? Betul-betul tiada adab.
Qisya perasan akan perubahan riak wajah Najiha bila Athirah langsung tidak menegur gadis itu. Malu alah dengan sikap kurang sopan Athirah, Qisya meminta maaf kepada Najiha sebelum masuk mendapatkan Athirah di dalam bilik.
“Kau dah kenapa Athi? Tak baik tau kau buat macam tu.” Qisya melabuhkan punggung di sebelah Athirah yang sedang berbaring itu.
“Tak baik apa pula ni Sya? Aku ni penat tau, tak kuasalah aku nak dengar kau membebel pula.” Athirah bangun dan turun dari katil. Tudung ditanggalkan dan tuala sebalik pintu dicapai.
“Kenapa tengkuk kau tu? Macam lebam je aku tengok...” Qisya bangun menghampiri Athirah. Dia cuba menyentuh tengkuk Athirah namun pantas gadis itu menepis tangannya.
“Takda apalah. Aku nak mandi lepas tu tidur.” Athirah cepat keluar dari bilik menuju ke tandas untuk mengelak dari diserang beribu soalan.
Qisya yakin yang lebam ditengkuk Athirah itu adalah bekas ‘love bites'. Tapi siapa pula yang buat begitu pada Athirah? Takkanlah gadis itu buat perkara keji seperti itu. Qisya cuba untuk bersangka baik. Tidak mahu nanti timbul fitnah lain. Dia akan minta penjelasan dari Athirah nanti.
Athirah memanjangkan lehernya sebelum keluar dari bilik air. Dia cuba memanggil Qisya namun tidak bersahut. Kemudian dia melaung pula nama Najiha, juga tidak bersambut. Athirah menarik nafas lega. Dia senyum lebar keluar dari tandas sebelum masuk ke dalam biliknya.
Athirah duduk di hadapan cermin dan membelek bekas lebam di tengkuknya. Geram bila teringatkan kembali kerakusan Khairol menjamah dirinya. Sudah berapa kali dilarang untuk tidak membuat gigitan di situ namun Khairol tetap berkeras. Sekarang dia perlu mencari alasan yang kukuh untuk diberikan kepada Qisya kerana dia yakin sahabatnya itu tidak akan berputus asa mendapatkan jawapan daripadanya.
“Kalaulah Qisya tahu ini semua kerja Khairol mampus aku.”
“Khairol buat love bites kat kau ke ?” Soal Qisya bengang.
Athirah sudah terkedu. Pantas dia menoleh ke arah Qisya yang sedang bercekak pinggang berserta muka bengis seperti singa kelaparan.
“Im asking you Athi. You better tell me the truth.” Sekali lagi Qisya menyoal. Kali ini nadanya semakin tinggi dan keras.
“Buat apa? Apa... kau...kau... merepek ni Qisya.” Jawab Athirah gagap.
“Jangan pura-pura tak tahu Athi. Ni love bites kan? Semalam kau keluar dengan Khairol lepas tu tak balik rumah semalaman. Sekarang ni ada lebam kat tengkuk kau. Kau check in dekat hotel mana har?” Qisya sudah menggila. Ditunjal tengkuk Athirah berulang kali.
Pang! Satu tamparan singgah di pipi Qisya. Gadis itu terdiam. Dia mencerun ke arah Athirah bagaikan ingin ditelan hidup-hidup.
“Kau jangan nak tuduh aku bukan-bukan Qisya. Kau ingat aku ni perempuan murah? Takda maruah? Bila bercakap pakai otak sikit!” Giliran Athirah pula menggila. Dadanya berombak menahan amarah yang meluap-luap.
Athirah mencapai tudung dan beg galasnya. Dia berlari keluar dari dalam bilik menuju ke pintu utama. Tombol pintu dipulas dan ditarik sekuat hati. Najiha yang baru hendak membuka pintu terkejut.
“Tepilah!” Athirah menolak kasar tubuh Najiha membuatkan gadis itu hilang pertimbangan. Mujur ada dinding di sebelahnya jika tidak pasti sudah jatuh terlentang.
“Athirah!” Jerit Najiha geram. Athirah terus berlalu pergi tanpa pedulikan panggilan Najiha.
Qisya sudah merasa bersalah sangat dengan Najiha. Tidak sangka yang Athirah akan berubah sampai begini. Dia membantu Najiha masuk ke dalam rumah untuk menceritakan segalanya.