Bab 14 hanya dia bidadariku
Hdb bab 14
Suasana bilik itu masih kelam, Farisha masih bingung. Tidak tahu apa yang sudah terjadi. Bukankah sepatutnya dia sedang menikmati makan malam romantis dengan Izzudin. Bagaimana pula di berada di dalam bilik hotel, apa mereka bertiga buat di sini? Kepalanya terasa sakit.
"Aku kat mana ni? Kenapa kau ada kat sini?" Tanya Farisha lemah. Dpicit kepala yang masih memberat itu, pandangannya sedikit kabur. Najiha menguhulurkan sebotol air untuk gadis itu bertenang, Zarel menceritakan segala-galanya, ditunjukkan kamera yang tersimpan foto yang diambil oleh Zamri itu.
Farisha terkedu, dia tidak tahu apa yang harus dikatakan lagi. Sungguh dia malu dengan Zarel Ikmal dan Najiha. Bagaimana dia mahu berdepan dengan semua orang. Dan yang pasti dia mula bencikan Izzudin. Dia tidak menyangka lelaki yang disayanginya sejahat itu. Farisha menangis semahunya dalam pelukan Najiha.
"Gila! Sampai lagutu dia buat kat hang? Kalau aku jumpa Izzudin tu aku tumbuk muka dia." Aminuddin menjadi emosi mendengar cerita Farisha. Gadis itu ketawa melihat reaksi spontan Aminuddin.
"Takda maknanya, dia pun tak tau pi mana dah. Lepas dari kejadian tu aku tak pernah jumpa dia sampai la sekarang." Farisha menyambung lagi, dia tidak percaya yang dia boleh menceritakan kisah hitam dan tragis itu kepada Aminuddin. Boleh dikatakan semua rahsia yang dipegang bersama Najiha selama ini, dikongsi dengan lelaki itu.
"Habis tu Zarel pi mana? Bukan dia sayang kat hang ka?" Tanya lelaki itu lagi.
Zarel Ikmal menjadi sasarannya pula, dia ingin tahu semuanya tentang masa lalu gadis itu, bukan untuk jadi ‘busybody’ cuma ingin menyelami kisah di sebalik perubahan Farisha.
Kini semua sudah jelas kenapa Farisha berubah seperti itu. Kerana marah dan dendam dia mengubah dirinya menjadi seorang perempuan yang kasar dan berpenampilan seperti lelaki. Alangkah baiknya kalau Farisha berubah menjadi perempuan muslimah dengan melindung segala aurat yang ada daripada dia berubah seperti ini.
Aminuddin jatuh simpati pada nasib gadis itu. Timbul satu perasaan nekad dalam diri untuk membantu Farisha berubah menjadi seorang gadis yang di tuntut oleh agama. Pastinya Farisha akan lebih kelihatan ayu dan manis jika bertudung.
"Memang aku pun sayang dekat dia, sayang sangat..., tapi lepas dari kejadian tu dia macam cuba jauhkan diri dari aku, last aku dengaq dia dapat tawaran sambung PHD dekat Ireland." Farisha menyambung lemah, membuatkan lamunan Aminuddin terhenti. Pandangan lelaki itu beralih ke wajah kosong Farisha, di amati wajah polos itu sedalamnya. Jelas terpancar wajah kerinduannya pada lelaki bernama Zarel Ikmal itu.
Sehingga kini Farisha masih belum dapat melupakan Zarel Ikmal. Lelaki yang banyak melindungi dirinya, dan menyanyangi dirinya seikhlas hati. Tapi sayang, dia terlambat menyedari perasaannya itu. Ada juga dia cuba mencari Zarel, tetapi tidak berhasil. Merajuk sungguh lelaki itu dengan dirinya.
'Sayang? Sayang sangat? Amboi!' Getus Aminuddin. Sepertinya ada rasa cemburu mula terbit dihatinya itu.
"Dahlah, jom balik. Isok nak reja lagi." Aminuddin pura-pura menguap, sengaja dia ingin menamatkan kisah luahan hati pada malam itu. Tidak mahu Farisha bercerita lanjut tentang Zarel Ikmal. Pasti lelaki itu seorang yang hebat di mata Farisha.
Apatah lagi lelaki itu seorang doktor, seorang lelaki yang sempurna jika dibandingkan dengan diri sendiri. Eh! Kenapa perlu bandingkan dirinya dengan Zarel. Kenapa dia merasa tergugat dengan lelaki yang bernama Zarel Ikmal, apa sebenarnya yang sedang bermain di hati? Aminuddin bingung sendiri. Farisha tidak membantah, gadis itu bangun dan membontoti Aminuddin yang sudah berjalan menuju ke kereta.
Aminuddin merebahkan tubuhnya di atas katil, ditarik nafas sedalam mungkin sebelum dilepaskan dengan satu keluhan berat. Mata merenung ke arah kipas siling yang berputar laju, seligat otak yang berputar-putar memikirkan perkara sebentar tadi.
Apakah Farisha masih mencintai Izzudin? Atau masih berharap kepulangan Zarel Ikmal dalam hidupnya. Mampukah dia menyaingi kehebatan dua orang lelaki yang begitu istimewa di dalam hati Farisha.
Ish! Hang ni pasai apa Din oi? Pasai apa hang nak peningkan kepala hang duk pikiaq pasai depa? Takkan lah hang dah… Huish, takkan kot! Hang kena ingat Din hang tu budak kampung ja, mana layak dengan Isha tu. Anak Tan Sri kot. Aminuddin memberi amaran keras pada dirinya. Jangan semudah itu dia mahu meruntuhkan benteng yang dibina oleh dirinya sendiri.
Andai ku bercinta lagi
Suatu hari nanti
Lagu kegemaran Aminuddin yang ditetapkan sebagai nada panggilan memekik nyaring. Ditatap paparan skrin telefonnya itu lama. Hatinya dipagut rasa bersalah apabila melihat nama pemanggil itu, dibiarkan panggilan berakhir tanpa jawapan. Sekali lagi telefonnya berdering dan tetap panggilan itu dibiar tanpa dijawab.
Kenangan lalu bertandang kembali. Segala kisah suka dan duka kembali bermain di fikirannya. Mata dipejam rapat cuba menenangkan jiwa yang celaru. Tanpa sedar air mata menitis perlahan membasahi pipi kasar milik Aminuddin. Air mata yang penuh keperitan dan kedukaan, akhirnya lelaki itu terlelap dengan segala kenangan lalu.
"Abang, duduk kejap, mama ada benda nak tanya dengan abang ni." Puan Sri Aishah menggamit sebaik melihat kelibat Zafriel turun dari tingkat atas. Zafriel menurut lalu duduk bersebelahan dengan ibunya. Dicapai sekeping roti dan disapukan jem nenas kegemarannya itu.
"Ada apa ma? Abang tak boleh lama ni kejap lagi ada meeting dengan vendor kita untuk projek baru dekat Gombak." Zafriel menjelaskan terlebih dahulu sebelum ibunya mula bertanya.
Jika tidak pasti dia akan tersangkut lama di situ. Kebiasaannya jika Puan Sri Aishah ingin bertanyakan sesuatu, bukan satu soalan tetapi bermacam soalan yang akan diajukan.
"Budak lelaki dengan Isha hari tu kekasih dia ke? Mesra semacam ja mama tengok diaorang tu?" Soal Puan Sri pada Zafriel.
Mahu bertanya langsung pada Farisha, tetapi terlupa dek kerana sibuk melayan kerenah anak cucunya membeli-belah.
"Dia orang tu kawan je mama, macam dia dengan Zarel dulu." Zafriel sudah mengagak itu soalan yang akan diajukan oleh ibunya.
Lelaki itu mengharap ibunya akan percaya dengan jawapan yang diberikan dan tidak bertanya lebih lanjut soal itu. Sememangnya Farisha dan Aminuddin hanya berteman dan tiada istilah suka antara mereka berdua.
"Mama suka tengok budak tu, sopan santun hormat orang tua dan manis je mata memandang." Puji Puan Sri Aishah melambung. Zafriel sudah menelan air liur pahit, lain pula cara ibunya memuji lelaki itu. Seperti ada maksud yang tersirat di sebalik pujian yang diberikan.
"Ma… abang dah lambat ni, ada masa kita sembang lagi ye. Abang gerak dulu, takut jalan jamed. Assalamualaikum." Zafriel bangun lalu tunduk bersalaman dengan ibunya, terus dia berlalu pergi tanpa menunggu jawapan balas dari ibunya.
"Waalaikumsalam, ish budak ni kelam kabut sangat. Nak mengelak kita tanya lebih-lebih la tu." Puan Sri Aishah menggeleng sambil mengeluh. Seperti biasa, hanya dia bersendirian dia ruang makan menjamah sarapan pagi, Maya awal pagi sudah keluar menghantar anak ke sekolah dan terus ke butik.
“Kak, meh lah sarapan dulu kak.” Puan Sri Aishah menarik tangan Mak kiah untuk duduk di sebelahnya. Nasib ada Kak Kiah, jika tidak pasti dia akan mati kering kebosanan di rumah sendirian. Kak Kiah menurut dan mencedok nasi goreng ke dalam pinggannya.
Puan Sri Aishah termenung sendiri di atas buaian yang terletak di tepi kolam renang. Masa sebeginilah dia akan terbawa oleh semua kenangan yang ada. Jika Tan Sri masih hidup, pasti dia tidak akan kesunyian. Arwah Tan Sri sangat pandai menghiburkan hatinya, ada sahaja lawak jenaka yang akan dibuat semata ingin membuatkan dia ketawa.
Farisha berdiri di hadapan pintu masuk pekerja. Berulang kali dia melihat jam di tangan, jam masa masuk kerja sudah tamat. Mata masih meliar seperti mencari kelibat seseorang. Pintu pagar ditutup oleh pengawal keselamatan yang bertugas. Farisha mengeluh berat. Perlahan dia berjalan menuju ke kabin, tempat dia bertugas.
“Kenapa dia tak ada? Cuti ke bangun lewat ek.” Farisha mengeluarkan telefon dari dalam poketnya, dicari nama Aminuddin di dalam simpanan kenalannya. Hatinya masih berkira-kira untuk menelefon lelaki itu.
Begitulah seperti selalu keadaannya. Masing-masing akan setia menanti di hadapan pintu pagar untuk melihat sesama sendiri. Barulah hati akan rasa tenang dan puas. Saling memendam rasa dan saling menidakkan rasa hati juga. Pengalaman lalu mengajar mereka erti berhati-hati, kesakitan dan penderitaan dalam percintaan amat perit untuk di lalui lagi.
Farisha melihat Yasin yang sedang berbual dengan Akmal, dia berjalan menghampiri mereka berdua. Pasti mereka tahu Aminuddin hadir atau tidak, kerana mereka duduk serumah dengan lelaki itu. Biarlah apa mereka mahu fikir, yang penting dia mendapatkan jawapan.
“Yasin, maaf ganggu. Awak ada nampak Din?” Farisha bertanya sebaik berdiri di hadapan mereka berdua. Di pamerkan senyuman manis sambil menanti jawapan.
“Tak nampak pula, awat? Rindu dia ka?” Yasin berseloroh. Farisha sudah menelan air liur. Pipinya mula terasa berbahang dek kerana gurauan kasar Yasin.
“Mengarut ja, ada barang nak bagi kat dia. Tapi tunggu dia tadi kat pagaq depan takda pula, tu tanya awak, kot nampak dia.” Farisha mereka alasan, mengharap alasannya itu di terima. Takkan dia hendak memberitahu perkara sebenar pula. Mahu digelakkan tujuh hari tujuh malam nanti oleh mereka berdua itu.
“Pagi tadi dia siap dah, tapi tak tau la mai ke dak sebab kami dua keluaq dulu.” Akmal menambah. Dia harap itu sudah dapat memberikan Farisha jawapan yang di inginkan. Farisha mengangguk lalu beredar dari situ meninggalkan Yasin dan Akmal.
Farisha melabuhkan punggung di atas kerusi. Nafas berat dilepaskan. Jika tidak melihat Aminuddin ,pasti dirinya akan gelisah. Entah Mak Esah mana la digunakan Aminuddin sampai dirinya gila bayang seperti itu. Dicapai telefon di atas meja. Kali ini dia akan menelefon terus lelaki itu untuk kepastian.Telefon dilekapkan di telinga.
Dua kali panggilannya tidak bersahut. Hatinya sudah mula rasa gelisah. Selalunya sekali sahaja dia telefon pasti Aminuddin menjawab. Kemanakah gerangan lelaki itu pergi? Apakah dia baik-baik sahaja. Farisha terus mendail nombor telefon Aminuddin.