Home Novel Cinta Hanya dia bidadariku
Bab 38

   Farisha duduk di meja makan dengan muka yang mencuka. Sedikit pun dia tidak pandang Aminuddin yang duduk bertentangan dengannya. Baru sahaja hendak merasa bahagia dengan kedatangan lelaki itu. Dia keliru dengan sikap Aminuddin. Perasaan lelaki itu kepadanya terkadang nampak jelas sayang kadang pula tidak. Farisha penat bermain dengan perasaan. 

  “Nanti Isha hantar Din pergi Stesyen bas ye. Abang ada kerja sikit kat pejabat.” Arah Zafriel. 

  “Abang...” 

  “No excused.” Zafriel tersenyum pada adiknya. 

  Farisha mengeluh. Dia tahu keputusan itu tidak akan berubah. Aminuddin hanya mendiamkan diri. Sempat dia melihat Farisha menjeling jengkel ke arahnya. Kedatangan dia di sini satu kesilapan besar. Namun hatinya berkeras mahu jumpa Farisha. Pengorbanan dia ternyata sia-sia. 

  Teefon Zafriel berdering. Nama Zarel Ikmal terpampang di dada skrin. Semua mata tertumpu kepada Zafriel bila lelaki itu menyebut nama Zarel, lebih lagi Aminuddin. Zarel beritahu yang Puan Sri Aishah sudah sedar. Zafriel meminta Aminuddin untuk tinggal sehari lagi di sini. Lelaki itu bersetuju. Mereka semua terus bersiap untuk ke Hospital . 

    Sebaik sampai, Farisha terus meluru memeluk Puan Sri Aishah dengan esakan tangisan kegembiraan dan kerinduan. Maya duduk di sebelah kiri katil Puan Sri Aishah. Zafriel menepuk lembut bahu Farisha. 

  “Malulah sikit dengan anak sedara tu. Dah besar pun menangis macam budak kecil je.” Sakat Zafriel membuatkan mereka semua ketawa besar. Farisha menmpar lengan Zafriel tanda protes bila di usik .        

   Puan Sri Aishah melepaskan pelukan Farisha. Dilap air mata anak gadisnya itu dengan hujung jari. Dia mencium dahi Farisha lama. Rindu sungguh dia pada anaknya itu. 

   “Din pun ada? Bila sampai?” Pandangan berkalih pada Aminuddin yang berdiri di belakang Farisha. 

  “Dua hari dah. Puan Sri sihat?” Soal Aminuddin pula. 

  “Apa Puan Sri pula. Makcik je. Kalau nak panggil mama pun boleh... Kan Isha?” Sakat Puan Sri Aishah. 

  Aminuddin tersipu malu. Farisha tarik muncung sedepa dan yang lain ketawa besar mendengar usikan Puan Sri Aishah kecuali seorang. Zarel Ikmal. Wajahnya bertukar masam mendengar gurauan itu. Sakit pula hatinya melihat kemesraan yang terjalin antara Aminuddin dan keluarga Farisha. 

  Tambah bengang bila Sasha dan Haziq tidak mahu melayan dia tetapi boleh menempel dengan Aminuddin dan memanggil lelaki itu dengan panggilan Pak ngah. Sewaktu memeriksa keadaan Puan Sri Aishah pun dia tidak mampu fokus. Matanya asyik memerhatikan tingkah Aminuddin dan Farisha melayan anak-anak Zafriel. Terlihat seerti sebuah keluarga bahagia. 

  “Isha, boleh abang cakap dengan Isha kejap?” Zarel Ikmal berdiri di hadapan Farisha. Gadis itu pandang Aminuddin sekilas sebelum lelaki itu mengangguk. 

  Farisha bangun dan berjalan mendahului Zarel Ikmal. Panggilan lelaki itu langsung tidak diendahkan. Zarel Ikmal mempercepatkan langkahnya supaya boleh menyaingi Farisha. 

  “Isha, abang tak suka cara Isha layan Din.” Zarel Ikmal memulakan bicara sebaik mereka berada di koridor tingkat dua Hospital itu. 

  “Maksud abang?” Soal Farisha dengan dahi yang berkerut. 

  “Isha tahukan abang sayangkan Isha. Abang nak kahwin dengan Isha, tapi Isha tetap layan Din mesra. Keluarga Isha pun layan dia macam ahli keluarga sendiri. Abang ni macam orang asing je.” Luah Zarel Ikmal hampa. 

  “Excused me... Apa yang abang cuba sampaikan ni? Isha tak faham.” Farisha mati akal. Langsung tidak faham apa kaitan semua ini dengan keadaan sekarang. 

  “Don’t pretend to be naive Isha. You know what i mean. I don't like him. Dia buatkan Isha jauh dengan abang.” Walaupun perlahana tapi ada nada kekerasan dan amaran di situ. Farisha ketawa kecil. 

  “Isha tak pernah cakap yang Isha nak kahwin dengan abang...and you have no right to stop me being friend with anyone. I'm free to be friend with who ever i like.” Farisha mula rasa jengkel dengan sikap Zarel Ikmal yang baru ini. Terlalu mengongkong dan mendesak. 

  “One more thing. If my family treat him well does not matter to me. It's thier choice and who are you to stop it? Be rational Doktor Zarel Ikmal.” Farisha berlalu meninggalkan Zarel yang terpinga di situ. 

   Sungguh dia tidak suka dengan orang yang sewenangnya mencampuri urusan hidup dia. Farisha menuju ke tandas dan berdiri di hadapan sinki. Paip air dibuka dan dia mencuci muka yang terasa berbahang itu. Nafas ditarik sedalamnya supaya hati berasa sedikit tenang. Tudung yang senget dibetulkan sebelum dia keluar. Perlahan kaki di atur melangkah menuju ke bilik Puan Sri Aishah tetapi fikiran melayang jauh mengenangkan sikap Zarel Ikmal yang sudah jauh berubah. 

  Gedebuk! Farisha terpinga-pinga bila dia terasa seerti melanggar sesuatu. Farisha melihat ada seorang gadis yang sedang mendukung bayi sedang mengerang kesakitan di atas lantai. Pantas dia membantu gadis itu dan meminta maaf. Bayi itu pula menangis teresak-esak. Mungkin terhantuk atau apa semasa dia melanggar mereka berdua. 

  “Saya minta maaf sangat-sangat. Saya mengelamun masa berjalan tadi.” Farisha membantu gadis itu duduk di kerusi. 

  “Eh takpe, takda apa pun.” Jawab gadis itu. 

  “Ni anak awak menangis ni. Mesti salah saya kan?” Farisha masih lagi rasa serba salah. 

  “Biasalah budak kecil awak. Memang menangis jelah yang dia tahu.” Gadis itu mendodoikan bayi perempuan yang sedang menangis sambil memasukkan puting ke dalam mulut bayi itu. 

  “Saya Farisha. Awak?” Farisha memperkenalkan diri. 

  “Nurul Ain. Boleh panggil Nurul je.” Nurul menyambut huluran salam Farisha. 

  “Okey Nurul. Datang sorang je ke? Suami tak ikut?” Mata meliar kiri dan kanan mencari kelibat seseorang yang dia tidak kenal. Mungkin suami Nurul beada di sekitar situ. 

  “Errr...saya...”

  “Kat sini rupanya Isha. Puas Din cari Isha.” 

   Nurul dan Farisha menoleh serentak. Aminuddin tergamam sebaik melihat wajah Nurul. Nurul juga sama. Mata mula berkaca dan tunggu masa untuk pecah namun sekuat daya Aminuddin cuba menahan. 

  “Din? Aminuddin Khabir?” tanya Nurul dengan nada sebak. 

  “Awak kenal dengan Din?” Farisha mencelah. Nurul mengangguk. 

  “Awak dengan Din ni...”

  “Ni isteri Din. Sayang... Jom, mama cari awak tu.” Aminuddin pantas menarik tangan Farisha membuatkan Farisha terkedu. 

  Namun diturutkan sahaja langkah lelaki itu dengan beribu soalan yang bermain di fikiran. Sempat dia menoleh ke arah Nurul sekilas. Dia melihat gadis itu menangis. Farisha melepaskan tangan Aminuddin yang menggenggam pergelangannya.

  “Apa ni Din? Siapa Nurul tu? Kenapa hang cakap aku ni isteri hang?” Kenapa dia menangis tengok hang?” Soal Farisha yang berdiri di hadapan Aminuddin. Lelaki itu mendiamkan diri. 

  Kaki melangkah meninggalkan Farisha. Dia tidak mampu untuk menjawab pertanyaan gadis itu. Hatinya sedih bila terpandang wajah Nurul. Sakit yang lama cuba dibuang kini hadir kembali. 

  “Baik. Kalau hang tak mau cakap, aku pergi tanya sendiri dekat Nurul tu.” Farisha mengugut. Hanya cari itu dia ada. 

  Aminuddin menarik tangan Farisha membuatkan gadis itu berhenti dari melangkah. Aminuddin geleng kepala kepada Farisha. Wajahnya sudah basah dengan juraian air mata. Farisha jadi serba salah. 

  Aminuddin hela nafas berat. Lama dia mendiamkan diri di sebelah Farisha. Gadis itu memberikan sedikit ruang untuk Aminuddin bertenang. Dari riak wajah sudah terlihat jelas betapa sukar untuk Aminuddin menceritakan tentang siapa Nurul. 

  Farisha tiba-tiba teringatkan sesuatu. Perbualan antara dia dengan Nadirah sewaktu bercuti di kampung Aminuddin. Otaknya cuba dikerah untuk mengingat kembali tentang orang yang bernama Nurul. Mulut sedikit terlopong bila dia sudah dapatkan kembali memori itu. Dipandang Aminuddin dengan penuh rasa simpati di hati. Pasti lelaki itu sangat terluka. 

   Mungkinkah itu Nurul Ain kekasih pertama Aminuddin yang pernah diceritakan Nadirah dulu? Kalau dah menangis bagai mesti yelah kan. Apakah cinta masih bertamu di hati? Cinta pertama lan, siapa yang mampu membuangnya. Walaupun mulut berkata benci namun hati tetap menyintai. Sama macam perasaan dia terhadap Izzudin. Rasa cinta buat lelaki itu masih tersisa walau sekuat mana pun dia cuba membuang. 

Previous: Bab 37
Next: Bab 39

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Farz Ozie