Home Novel Cinta Hanya dia bidadariku
Bab 25

Bab 25 hanya dia bidadariku


  Awal pagi lagi Farisha sudah bangun untuk masakkan sarapan buat Aminuddin dan Zarel. Wajah menggulung senyum dalam sambil masak. Wajah Zarel kembali bergentayangan di fikiran sejak dari pertemuan semalam. Lelaki itu semakin kacak dan bergaya. 

   Hari pertama berjumpa Zarel sudah membuat permintaan untuk makan nasi goreng belacan kegemarannya. Entah kebetulan atau suratan, Aminuddin juga memiliki citarasa yang sama. Aminuddin banyak memiliki ciri-ciri yang hampir sama dengan Zarel Ikmal. Semakin hari mengenalinya membuatkan dia merasa dekat dengan Zarel. 

    “Amboi, bahagia je muka bila Din dah sedarkan,” teguran Najiha mematikan lamunan Farisha yang menjauh ke langit tujuh. Dia menoleh ke arah Najiha dengan senyuman yang masih belum mati. 

   “Memanglah. Tapi ada satu hal lagi buat aku bahagia sangat dari semalam.” Farisha meletakkan mangkuk berisi nasi goreng ke atas meja dan melabuhkan punggung. 

    Najiha yang teruja ingin tahu apa maksud bahagia sangat itu pantas berlari menuju ke meja dan duduk menyeringai sebelah Farisha sambil berkelip-kelip mata minta diceritakan. Farisha sudah ketawa melihat gelagat sahabatnya itu. 

   “Nantilah aku cerita kat kau. Sekarang ni kau makan pergi kerja, nanti lewat.” Najiha mati senyum. Farisha buat muka selamba melihat wajah cemerut gadis itu. 

    “Suka buat camni tau. Suka siksa jiwa dan perasaan aku. Bukan kau tak tahu aku ni tak boleh tahu cerita separuh jalan, mesti hidup tak tenteram. Ceritalah.” Najiha menggoncang lengan Farisha separa merayu. 

   “Zarel Ikmal is back.” Laju sahaja Farisha menjawab. 

  Bagaikan mahu jatuh rahang Najiha. Dikorek lubang telinganya beberapa kali memastikan yang dia tidak tersilap dengar. 

    “Seriouy? You mean, your Zarel Ikmal? Zarel Ikmal Dato Zamri?” dua kali Najiha menekan nama itu kuat meminta kepastian. Farisha mengangguk laju. 

    “Macam tak percaya kan,” Wajah Zarel kembali menerpa di bayangan matanya. Farisha tersengih sendiri. 

   “Macam mana dengan Din?” tiba-tiba soalan itu terpancul dari mulut Najiha. Farisha mati senyum. Dia memusatkan pandangan tepat ke arah Najiha. 

   Kening di angkat sebelah dahi sudah berlapis-lapis berkerut. Cuba meminta penjelasan dari bahasa tubuh yang digunakan. Kenapa Aminuddin? Najiha mengeluh. Soalan dan jawapan dibiarkan sepi ditiup angin. Dia menyudu nasi ke dalam mulut sehingga habis dan bergegas keluar dari rumah untuk ke tempat kerja. 

    Farisha masih bercuti sehingga hujung minggu ini. Bersungguh gadis itu mahu menjaga Aminuddin di hospital. Lelaki itu pula tidak mahu keluarganya diberitahu, alasan tidak mahu buat mereka susah hati. Biarlah nanti dia pulang ke kampung dia akan menceritakan segalanya. Kaki yang patah itu perlu mengambil masa yang agak lama untuk sembuh. Jadi dia akan berehat di kampung sekurangnya dua hingga tiga bulan. 

    Dengan lafaz bismillah Farisha menarik nafas sedalamnya sebelum mengetuk pintu bilik Zarel Ikmal. Kedengaran suara lelaki itu menyuruhnya masuk selepas beberapa kali pintu diketuk. 

   “Assalamualaikum a… abang Zarel,” Farisha kekok. Terasa janggal pula mahu membahasakan abang sebagai perantaraan. 

  Kalau dulu memang itulah panggilannya untuk Zarel. Malah mampu diucap dengan penuh makna dan kasih sayang. Mugkin jarak dan masa membuatkan dia merasa canggung. 

    Zarel Ikmal sudah tersengih melihat Farisha yang manis bertudung hijau dan berbaju kurung yang sama warnanya. Manis sekali, sehingga mampu membuatkan jantungnya berdegup lebih kencang sekali gus mengepam darah ke otak dengan kelajuan 300km/j. Zap! Sekajap saja otak dipenuhi darah tanpa oksigen. Berombak dada Zarel cuba mengawal perasaan. 

   “Waalaikumsalam. You look gorgeous honey.” Puji Zarel Ikmal melambung. Dia bangun dan menghampiri  Farisha. Wangian DKNY green apple pekat menyengat rongga hidung Doktor Zarel Ikmal. Wangian yang masih sama seperti dulu.

   “Thanks, ini makanan yang abang nak tu, nanti makan okey. Isha nak pergi tengok Din kejap,” Farisha menyuakan bekas makanan dan cepat mengatur langkah keluar dari bilik Zarel Ikmal. 

    Hatinya diserang rasa berdebar yang teramat sangat bila Zarel Ikmal menghampiri dirinya. Pandangan redup lelaki itu mampu mencairkan hati setiap wanita yang memandang. 

   “Isha…,” Zarel cuba menahan tetapi gadis itu terus melangkah pergi meninggalkan dirinya. Zarel berjalan lemah ke meja kerjanya.

   Dia memandang sepi bekas makanan yang diberikan oleh Farisha. Dia dapat merasakan Farisha seperti mahu menjarakkan diri darinya. Mungkin malu kot? Telah hatinya. Dia kembali menguntum senyum dan membuka bekal tersebut. 

    Bau nasi goreng belacan semerbak menyengat hidungnya. Dia mengibas tangan di atas nasi itu dan menyedut bau makanan tersebut. Serta-merta perutnya menggelodak kelaparan. Tanpa berlengah nasi sudah pun disuapkan ke mulut. Mata terpejam sambil mulut mengunyah perlahan menikmati kesedapan masakan air tangan gadis itu. Sungguh dia rindukan rasa itu. 

   Dulu sewaktu mereka masih belajar, Farisha sering masakkan dia nasi goreng belacan. Sememangnya Farisha seorang gadis yang suka memasak. Rasanya sama seperti masakan ibunya. 

    Daun pintu bilik wad ditolak perlahan, Farisha menjengahkan kepalanya ke dalam. Kelihatan Aminuddin masih lena dibuai mimpi. Dia berjalan perlahan-lahan menghampiri katil lelaki itu. Farisha tersenyum melihat wajah polos lelaki itu ketika tidur. Janggut sejemput di dagu dan wajah bersih tanpa jerawat sangat menenangkan jiwa setiap kali dipandang.

   “Din, bangun Din. Isha mai bawak sarapan ni,” lembut dia menggoncang bahu lelaki itu. Suara mendatar sahaja. 

    Aminuddin sedikit menguit, mata dibuka sedikit demi sedikit. Sebaik melihat Farisha di hadapannya dia tersenyum manis pada gadis itu. Dalam kepayahan dia cuba bangun untuk menyandar di kepala katil. 

   “Isha tak reja ka hari ni?” soal Aminuddin lembut. Farisha sudah terpana. Sekali lagi Farisha merasa bertebangan di udara. 

   Teringat dia kali pertama Aminuddin bernada begitu sewaktu di kampungnya. Hampir meletup jantung dia masa itu. Kali ini juga sama. Kalaulah Aminuddin itu suaminya, sudah lama lelaki itu dipeluk erat. 

   “Dak. Isha nak jaga Din sampai keluaq hospital.” Farisha menghidangkan sarapan dan beralih ke sisi katil untuk membancuh kopi panas buat lelaki itu. 

   Aminuddin sudah tersengih sendiri. Terharu dia dengan kebaikan Farisha. Walaupun mereka tiada pertalian, gadis itu sanggup mengorbankan masa menjaga dirinya. Dia yakin Farisha boleh menjadi isteri yang baik. Dia akan berusaha keras untuk memilik gadis itu. Dia tidak mahu melepaskan Farisha ke tangan orang lain. Dia yakin dengan firasat hatinya yang Farisha juga menaruh perasan padanya. 

   Nasi goreng belacan disudu dengan penuh nikmat. Tiada sebutir nasi pun yang tinggal. Aminuddin tersandar kenyang. Farisha suka melihat lelaki itu makan dengan berselera. 

    “Isha, Din nak tanya sikit boleh dak?” Aminuddin memusatkan pandangan tepat ke wajah Farisha. 

    “Tanya apa?” Farisha berhenti dari bermain telefon. 

    “Isha sayang kan Din tak?” 

   Terbuntang mata Farisha mendengar pertanyaan itu. Rahangnya bukan bagai mahu patah, tapi rasanya sudah jatuh ke atas tanah. Ditenung sedalam-dalamnya wajah lelaki itu. 

   Dah kenapa pula Mamat sorang ni? Takkan ada gegaran otak kot masa excident semalam? Farisha masih kaku. Kejung di situ. Aminuddin memetik jari beberapa kali di hadapan Farisha. Ketawa dia melihat reaksi sebegitu. Muka Farisha bertukar kemerahan menahan malu. 

    “Sa….yang,” lambat Farisha membalas. Aminuddin sudah tersenyum meleret. 

    Zarel Ikmal yang sedari tadi berada di balik pintu sudah berubah riak. Hatinya hampa mendengar jawapan Farisha. Niat untuk memeriksa keadaan Aminuddin dibatalkan. Nanti dia akan meminta rakan setugasnya menggantikan tugas dia. Tidak sanggup melihat mereka bergelak tawa dan bergurau senda, Zarel Ikmal melangkah sayu menuju ke biliknya. 

   Tidak sanggup dia melihat kemesraan yang terjalin antara mereka. Teringat kembali bagaimana dia menahan perasaan dahulu apabila Farisha dan Izzudin sedang hangat bercinta. Apakah dia akan melalui itu sekali lagi. Kenapa terlalu sukar untuk dia mendapatkan gadis idamannya. Dia mampu memiliki apa sahaja di dunia ini, tetapi bukan gadis impiannya. 

    Zarel Ikmal tersandar lemah di bangku. Kepala bagaikan ditusuk seribu batang jarum sekali gus. Zarel Ikmal cuba mengurut perlahan belakang tengkuk dan memicit dahinya namun sakitnya semakin kuat terasa. 

   Arghh! Aduh. Zarel Ikmal mengerang kesakitan. Dia sudah menggelepar di atas lantai seperti ikan naik ke darat. Kepala diketuk beberapa kali menahan kesakitan. Pandangannya semakin kabur. Dia cuba berpaut pada kaki meja untuk bangun, namun tubuhnya tidak berdaya.

    “Ikmal!” Seorang doktor perempuan memekik dan berlari mendapatkan lelaki itu. Dia mencapai satu botol ubat di atas meja dan membuka botol tersebut. Sebiji pil berwarna putih di sumbat ke dalam mulut Zarel Ikmal dan meminta lelaki itu untuk menelan ubat tersebut.

Previous: Bab 24
Next: Bab 26

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Farz Ozie