Bab 5 hanya dia bidadariku
Bab 5
"Along!" Sergah Mukhlis dengan suara yang lantang. Nisa yang termenung sedari tadi tersentak. Dipandang wajah Mukhlis berang.
"Kenapa along tukarkan Najiha ke tempat lain? Apa yang along tak puas hati dengan dia sangat ha?" Soal Mukhlis lagi.
Penjelasan harus dituntut. Nisa hanya tersenyum gembira, Mukhlis sudah terbakar jiwa melihat senyuman ejekan Nisa itu.
"Amboi! Bukan main kurang ajar lagi kau sekarang dengan along ye ngah, salam takda, hai takda, tiba-tiba datang terus menyergah. Apa budak gedik tu mengadu dekat angah?" Nisa menyilangkan tangan didada. Marah dengan sikap Mukhlis yang dirasakan tidak ada adab. Eleh! Macam la dia ada adab bila kenakan Najiha.
"Nama dia Najiha! I repeat... Najiha! Tak kisah la dia mengadu ke tak ke, angah just nak tahu kenapa along tukarkan dia ke tempat lain?" Mukhlis masih dengan pertanyaan yang sama, cuma kali ini nadanya sedikit perlahan. Sedaya upaya dia cuba menahan amarah yang meluap di dada.
"Did i care what her name is? Dah tempat lain perlukan orang and i can see her potential to handle everything in there, along tukar la dia dekat sana. Salah ke keputusan along tu?" jelas Nisa sebelum mengembalikan soalan kepada Mukhlis.
"Her potential? Seriously?" Mukhlis mengangkat keningnya sebelah.
Mukhlis tidak percaya dengan alasan yang diberikan. Jika potensi alasan Najiha ditukarkan, kenapa tidak dari awal? Kenapa mesti selepas dia membuat keputusan untuk berkahwin dengan Najiha perkara ini terjadi.
"What do you mean seriously?" Nisa pura-pura tidak faham akan maksud adiknya itu.
"Jangan pura-pura bodoh la along! You know exactly what i mean.” Mukhlis kembali menyinga. Geram dengan sikap Nisa yang seolah cuba mencabar kesabaran dirinya.
"Mind your word young man! Kau jangan melampau sangat angah. Kerana perempuan tu kau sanggup tinggi suara dengan along," Nisa juga turut menyinga.
Nisa seolah turut tercabar dengan herdikan dan cara percakapan adiknya itu. Tidak menyangka yang Mukhlis akan menjadi marah seperti ini.
"Along, Angah! What is going on here? Apa yang bising-bising ni?" Satu suara garau menempik dari arah belakang mereka berdua, membuatkan mereka terdiam dan berpaling serentak ke arah suara itu.
"Daddy tanyalah anak lelaki kesayangan daddy ni," Nisa menuding jari ke arah Mukhlis. Pandangan Dato Zaman beralih pula kepada Mukhlis.
"Dont look at me daddy, tanya along apa yang dia dah buat dengan Najiha. Just simply use her power on personal issues." Mukhlis berlalu pergi meninggalkan Nisa dan Dato' Zaman di situ. Lagi lama dia berada di situ, lagi sakit hatinya memikirkan apa yang sudah terjadi.
"Tengok tu daddy, kurang ajar betul dia ni sekarang, tinggal macam tu je." Nisa menjeling tajam mengekori langkah adiknya yang kian menghilang. Dato Zaman hanya tersenyum.
"Now, you have to tell me. Kenapa korang berdua bertekak?" Soal Dato Zaman lembut.
Dia menghempaskan punggungnya di sofa yang tersedia di balkoni tingkat dua rumah banglo itu.
Nisa mengeluh. Dia duduk bersebelahan dengan Dato Zaman. Pandangannya dilempar keluar, tidak berani mahu memandang wajah Dato Zaman yang tersedia bengis itu. Walaupun bicara nya lembut tetapi Dato Zaman seorang yang amat tegas.
"Along cuma tukarkan tempat kerja Najiha ke pejabat satu lagi sebab sana perlukan orang, angah pula macam tak puas hati. Sampai tuduh along sengaja buat macam tu sebab tak sukakan Najiha." Nisa mereka alasan.
Dia harap ayahnya akan terima jawapan yang diberikan, dia tidak mahu menjelaskan keadaan sebenar kepada Dato Zaman. Sememangnya dia menukarkan tempat kerja Najiha kerana tidak suka gadis itu rapat dengan adiknya.
"Macam tu rupanya, ke memang betul along tak sukakan Najiha?" Soal Dato Zaman kembali.
Nisa menelan air liur. Dato Zaman sepertinya boleh membaca fikiran Nisa ketika itu. Lama terdiam dan perlahan-lahan dia menggeleng.
"Najiha budak yang baik. Daddy sukakan dia. She's my best friend daughter. Uncle Jalil. Along masih ingatkan?" Dato Zaman membuka rahsia kepada Nisa.
Berkerut dahi Nisa untuk cuba mengingati nama yang disebut ayahnya itu. Matanya membulat selepas mendapatkan kembali ingatannya, seperti tidak percaya. Air liur tertelan laju masuk ke kerongkong yang kering tiba-tiba. Perit.
"Maksud daddy dia anak Tan Sri Jalil? Yang berjiran dengan kita masa dulu tu?" Nisa meminta kepastian.
Hatinya kuat mengatakan Uncle Jalil itulah yang dimaksudkan oleh ayahnya. Selain dari itu dia tidak tahu mana-mana lagi orang yang bernama Jalil. Dato Zaman mengangguk. Di tepuk perlahan bahu anak gadisnya, lalu bangun meninggalkan Nisa di situ bersendirian.
"Alamak apa kau dah buat ni Nisa? Rasa bersalah la pula,Tapi aku dah tak boleh tarik balik keputusan yang aku buat ni. Macam mana ni?" Nisa menggaru kepala yang tidak gatal itu.
Habis kusut masai rambutnya dimainkan. Dipandang kipas siling yang berputar laju itu. Kepala terasa berat, penyesalan terbit didada. Bagaimana caranya dia hendak berhadapan dengan Najiha dan meminta maaf pada gadis itu. Sungguh dia tidak menyangka Najiha itu anak Tan Sri Jalil, adik kesayangan dia ketika mereka masih kecil. Kenangan lama kembali bermain difikiran Nisa, terimbas kembali keakraban di antara dia dan Najiha dulu.
Deruan ombak memukul pantai,kicau burung bersahutan menyanyi riang,kelihatan beberapa kumpulan anak kecil berlari riang bermain kejar-kejar. Beberapa anak muda bersorak gembira bermain bola pantai bersama rakan-rakan. Tetapi tidak sedikit pun mengganggu halwa pendengaran Najiha yang sedang termenung jauh melihat pantai Teluk Batik yang terbentang luas dan indah itu. Tubuhnya berada di situ, tetapi fikirannya jauh melayang memikirkan hal yang lain.
Lebih tepat memikirkan soal dirinya dan Mukhlis. Bagaimana dia hendak membina rumah tangga jika perhubungan mereka tidak direstui. Apakah Nisa tidak mengenali dirinya? Apakah masa telah mengubah segalanya? Atau apakah Nisa marah padanya kerana tidak pernah berhubungan dengan mereka selepas mereka berpindah? Semua fikiran negatif itu benar-benar mengusutkan kepalanya.
"Sayang... im sorry." Lembut suara itu menyapa dan menyentuh bahunya, membuatkan Najiha tersentak, pantas memandang ke arah lelaki yang sedang duduk di sebelahnya. Najiha melepaskan keluhan berat.
"Apa awak buat kat sini? Balik la, saya tak nak jumpa awak," mendatar sahaja suaranya, sedaya upaya ditahan sebak di dada. Tiada lagi panggilan B dan Sayang antara mereka. Hanya awak dan saya digunakan.
"Sayang, please jangan buat B macam ni! I love you... . And i can't live without you, i won't let you go." Mukhlis cuba mencari jemari Najiha untuk digenggam, sepantas kilat Najiha menariknya lalu berdiri menghadap pantai.
"Cukuplah Mukhlis, hubungan kita ni takkan ke mana selagi kakak awak tak suka saya. Jangan buatkan saya terlalu mencintai awak sedangkan dipengakhirannya kita terpaksa berpisah, jangan siksa diri saya." Najiha bernada sebak.
Sudah beberapa hari dia tidak dapat tidur memikirkan soal masa depan mereka. Matanya sudah mula berkaca, tetapi cuba ditahan selagi mampu. Tidak mahu menangis di hadapan lelaki yang sangat dicintai.
"Jangan pedulikan orang lain, yang penting B. B sayangkan sayang, B taknak kehilangan sayang. Selama ni B jujur dengan sayang, B setia dengan sayang...., cuma sayang yang tak jujur dengan B." Mukhlis masih cuba memujuk.
Sudah seminggu kekasih hatinya itu cuba menjauhkan diri, dan bermacam cara dilakukannya untuk memujuk, masih juga dingin dan tiada hasil.
"Apa maksud awak saya tak jujur dengan awak? Pernah ke saya tipu atau curang dengan awak?" Hilang sebaknya.
Dipandang wajah Mukhlis tajam, terbit sedikit perasaan marah pada lelaki itu. Kini sudah pandai pula mencari alasan. Dasar lelaki! Semuanya sama, bila sudah tidak suka, ada sahaja alasan yang diberikan. Mulut kata lain, hati kata lain. Mukhlis sudah tertunduk.
"Memang tak pernah curang, cuma B tak faham kenapa sayang mesti rahsiakan yang sayang ni anak Tan Sri Jalil? Kenapa?" Tergagap lelaki itu menyoal, risau juga hatinya jika Najiha makin menyinga. Kini giliran Najiha pula terkedu dan membisu. Dia melabuhkan punggung di sebelah lelaki itu.
"Mana B tahu?" Lemah sahaja suaranya. Rahsia yang disimpan sudah pun diketahui.
Bagaimana lelaki itu boleh tahu tentang status dirinya. Kini terserah pada Mukhlis untuk membuat keputusan.
Mendengar panggilan B pada dirinya, membuatkan Mukhlis tersenyum. Semangatnya untuk memujuk kembali memuncak. Dia tahu Najiha masih sayangkan dirinya. Dipandang gadis itu dengan senyuman manis terlebih gula.
"Ini Mukhlis Dato Zaman! You can't hide anything from me." Mukhlis membangga diri.
Dia juga baru tahu akan perkara itu selepas dia memberitahu niatnya mahu memperisterikan Najiha kepada Dato Zaman. Jika tidak, dia juga mungkin tidak tahu akan status kekasih hatinya itu sehinggalah tiba hari pernikahan mereka. Entah kenapa gadis itu merahsiakan perkara penting seperti itu. Najiha hanya mengeluh kecil.
"But one thing makes me wonder, kenapa sayang mesti rahsiakan status anak Tan Sri tu dari B? Atau semua orang tak tahu yang sayang ni anak Tan Sri?" Soal Mukhlis pelik.
Jika orang lain, sibuk nak mengaku anak orang berpangkat walaupun mereka bukan. Najiha pula sibuk merahsiakan perkara itu, dan jika melihatkan cara kehidupannya juga orang tidak akan pernah menyangka yang dia anak kepada seorang lelaki yang berpengaruh dan kaya raya. Kehidupan gadis itu sungguh bersedahana.
"Farisha je yang tahu," jawab Najiha ringkas.
Dia kalau boleh tidak mahu berbicara soal itu. Dia tidak tahu apa akan jadi kepada mereka jika Mukhlis tahu dia anak kepada Tan Sri Jalil. Seorang budak yang dibenci oleh lelaki itu dulu. Benci? Kenapa pula nak benci? Peristiwa lama masih menghantui dirinya, kerana itulah dia takut untuk berterus terang dengan Mukhlis.