Home Novel Cinta Hanya dia bidadariku
Bab 2

Bab 2 hanya dia bidadariku


    Yasin mundar mandir sedari tadi, jam ditangan sudah berkali-kali dikerling. Hatinya dipagut resah dan gelisah.  Akmal dan Aminuddin hanya berdiam diri, mereka lebih tenang berbanding Yasin, walau dalam hati ada terpalit sedikit kerisauan tetapi mereka berdua lebih selesa memilih untuk tenang dan terus menanti. 


       "Cer hang duduk, pening  aku tengok hang duk musing dari tadi, kalah orang tengah tunggu bini nak beranak aih. Hang buat teruk sungguh la,” Aminuddin akhirnya bersuara setelah penat melihat Yasin yang tidak tentu arah. Yasin hanya mengeluh. Jika pagi tadi dialah orang yang paling semangat, kini dia orang yang paling lemah semangat. Sifat Yasin yang tidak boleh diubah, kelam kabut!


   "Wei, mana depa ni? Tinggai kita bertiga ja tak masuk lagi, tadi hang tengok, bukan main ramai lagi orang kat sini. Jangan-jangan kita kena tipu ka apa,” Yasin menggaru kepalanya yang tidak gatal, dia berjalan menghampiri mereka berdua dan bertenggek di atas motor. 


      "Tipu apanya, satgi depa mai la tu. Hang tipon dak lagi Pak Hamid bagitau kita dah tunggu lama kat sini?” soal Aminuddin pada Yasin. Lelaki berambut kerinting itu terdiam kaku, kemudian satu sengihan terbit dari mulut lelaki itu. Aminuddin sudah mendapatkan jawapan dari soalan tadi. Tidak lagi perlu bertanya lanjut. 


      "Aku..., kredit takdak,” perlahan sahaja Yasin menjawab. Aminuddin mencerlung ke arah Yasin, rasa seperti mahu ditelan sahabatnya hidup-hidup.  Akmal sudah mengekek melihat adegan sebabak itu. Aminuddin memang kaki bebel. Kalau sudah mula,seharian pun belum tentu berhenti. Yasin hanyq menadah telinga. Panas telinga lelaki itu mendengar bebelan dari atok kebayan. 


      "Hello ni Aminuddin ke?” satu suara halus lagi merdu menyapa dihujung hingga membuatkan jantung Aminuddin bergetar hebat. 


       "Waalaikumsalam, ha ni Aminuddin, siapa dia ni?” sempat lagi lelaki itu menyindir. Farisha terkelu, air liur tertelan laju masuk ke tekak. Dahi ditepuk berulang kali atas khilafnya. Dia lupa adab sebagai seorang islam bila memulakan bicaranya. 


      "Assalamualaikum, kamu semua ada dekat mana ye? Saya ada dekat pondok pengawal ni, meh datang sini,”Farisha memberi salam semula sebelum bertanya keberadaan mereka. Mulanya ada juga dia cuba mencari dan menjenguk ke luar pagar, tapi kelibat mereka tidak kelihatan kerana mereka terlindung di sebalik pokok yang rendang di luar pagar kawasana parkir motor itu. 

      Aminuddin mengangguk beberapa kali sambil tersenyum, Yasin dan Akmal hanya memerhati. Talian dimatikan, Aminuddin mengambil beg di dalam bakul motornya dan tersengih pada dua sahabatnya itu. Yasin dan Akmal saling berbalas pandang, sebelum pandangan mereka dilemparkan kembali kepada Aminuddin. 

     

      "Jom, ada awek tengah tunggu kita,” mendengar perkataan awek itu sahaja sudah mampu membuat Yasin dan Akmal ikutan tersenyum manis seperti madu itu. Dengan pantas langkah diatur membuntuti lagkah Aminuddin. 

     Dasar lelaki! Pantang dengar suara perempuan, mulalah miangnya naik melata seluruh tubuh. Sempat mereka cuba membayangkan wajah gadis yang sedang menanti kehadiran mereka. Otak pula sudah ligat menyusun ayat ‘pick up line’ untuk si gadis. 


       "Ni budak welder baru tu kan? Maaf saya lambat, ada kerja sikit tadi.” bohong Farisha tanpa rasa bersalah. Kerja? Kerja termenung adalah, tapi tidak mengapa, bukannya mereka tahu sekali pun dia bebohong. Farisha tergelak sendiri dalam hatinya. Farisha menjalankan tugasnya, semua kad pengenalan diri mereka diminta dan diisi borang kehadiran untuk sesi orientasi pekerja. 


     "Wei, hang kata awek jemput kita? Ni bukan awek, ni pakwek," Yasin separa berbisik, Aminuddin menekup mulutnya, hampir sahaja dia tergelak besar. Pakwek? Bahasa apakah itu, pertama kali dia mendengarnya. 


      Mata beralih pandang pada gadis yang sibuk menulis itu, melihat dari cara penampilan Farisha itu Aminuddin sudah dapat menangkap apakah maksud 'pakwek' yang digelarkan oleh Yasin kepada Farisha. Dia menggelengkan kepalanya tanpa menjawab pertanyaan Yasin. Selesai merekod nama mereka bertiga, Farisha mendapatkan mereka kembali dan memulangkan kembali kad pengenalan mereka. Farisha menerangkan sedikit tentang hari orientasi mereka sambil mendapatkan basikal yang diletakkan di sebelah pondok pengawal. 


     Mereka bertiga membuntuti langkah Farisha tanpa banyak bicara. Mereka terpana dan teruja melihat keluasan tapak projek Sapura Kencana itu, tidak sabar rasanya mereka mahu memulakan tugas mereka. Jika sebelum ini mereka hanya mendengar cerita dari tenaga pengajar mereka sahaja tentang keadaan di Sapura Kencana, kini mereka melihat sendiri dengan mata kepala mereka. Farisha hanya tersenyum melihat wajah teruja mereka, sama seperti waktu mula-mula dia masuk bekerja di syarikat ini. 


      "Hangpa ni orang Kedah ka?" eh? Tiba-tiba sahaja dialeknya berubah, dari berbahasa formal, Farisha bertutur menggunakan dialek utara. Mereka bertiga menoleh serentak memandang tepat wajah Farisha, seakan tidak percaya yang gadis itu sedang bertutur menggunakan dialek negeri mereka. Farisha tersenyum melihat muka pelik mereka bertiga. Salahkah cara percakapannya? Rasanya begitulah  cara orang utara berbahasa, kerana dia sering mendengarnya di kaca televisyen melalui drama rantaian yang disiarkan. 


       Ha, kami oghang Kedah. Hang ni orang  Kedah juga ka?" tanya Aminuddin, langsung tidak kekok untuk berbicara. Mulanya dia agak malu, tetapi selepas mendengar Farisha menggunakan bahasa utara untuk berkomunikasi hilang sedikit rasa malunya.

     Al-maklumlah, jumpa orang senegeri katanya,selalunya Aminuddin malu untuk berbual dengan perempuan, tetapi dia Farisha lain, dia menjadi ramah semacam. Yasin dan Akmal juga hairan melihat keramahan terlampau Aminuddin. Mungkin kerana penampilan Farisha yang berpenampilan seperti lelaki membuatkan Aminuddin kurang merasa kekok untuk berbual. 


      "Dak aih, aku orang Kolumpoq. Awat, oghang kedah ja ka buleh cakap Kedah, oghang lain tak boleh?"  Farisha kembalikan soalan pada Aminuddin. Yasin dan Akmal sudah ketawa mengekek. 

      Aminuddin tersengih sendiri. Setepek kena di dahi. Mungkin dia salah soalan, jika ikutkan rasa malu, mahu sahaja dia berlari ke bilik air dan duduk mencangkung menutup muka tidak mahu keluar. Apa punya soalan yang diajukan? Tapi jika difikirkan kembali, salah ke dia bertanya? Kenapa mereka berdua gelak? Akhirnya dibiarkan soalan itu tidak berjawab. 


       "Okay, semua dah selesai, sekarang pukul 10 pagi, hangpa boleh balik dulu, satni mai balik lepas makan. Pukul satu hangpa tipon aku. Aku bawak hangpa pi masuk induksi," beritahu Farisha kepada mereka bertiga. 

     Mereka terangguk-angguk bagaikan buruk belatuk tanda mengerti. Selepas memberikan salam mereka berjalan seiringan sambil berbual dan ketawa. Farisha ikutan ketawa sendiri melihat gelagat mereka, tidak ubah seperti bujang lapok, tapi ini versi moden. Versi segak dan sedap mata memandang, terutamanya Aminuddin. Eh! Kejap?Kenapa Aminuddin pula?Takkan la jatuh hati pula?Hai la hati, jangan macam-macam. Farisha menggelengkan kepala berulang kali. Cepat menyangkal permainan perasaan dirinya.


   "Macam mana budak baru tu, dah beres ke?" Najiha menyoal sebaik melihat kelibat Farisha masuk ke dalam kabin. Farisha menghenyak punggung di atas kerusinya, lalu menghembus nafas berat. Cuaca panas yang menyimbahi bumi sungguh panas sehingga mampu membuat dia keletihan. 


      "Dah." Jawab Farisha sepatah.


      "Okay tak dia orang, handsome tak wei?" Tanya Najiha lagi, perasaan ingin tahu begitu kuat tentang budak baru itu. Sempat juga dia membelek borang mereka bertiga tadi. Dia suka melihat gambar Yasin yang tidak ubah seperti pelakon kegemarannya, Redza Rosli. 


       "Eeiii! Gedik la kau ni, ingat sikit kau tu dah nak kahwin jangan nak menggedik lebih ek," Farisha menjeling manja, bukan main lagi beria pertanyaan Najiha itu. Najiha ketawa berdekah mendengar jawapan Farisha yang langsung tiada kena mengena dengan soalannya. 


     "Gedik acik kau, tanya je pun, apa la kau ni. Aku saja je nak tahu. Malas nak layan kau, tanya pun nak marah.”Najiha pura-pura merajuk, ditarik fail berwarna biru dihadapannya itu. Farisha mengeluh kecil. Hai lah kawan, dah besar panjang pun nak merajuk bagai. Mengada betul si Najiha ini rupanya. 


     "Ek eleh Minah ni, touching pula, yela aku cerita,” Najiha bangun dan menarik kerusinya merapat dengan Farisha. Tersengih dia apabila Farisha mahu bercerita. 


     “Dia orang tu okaylah, lucu, macam bujang lapok dah aku tengok, tapi versi moden." Farisha kembali tersenyum, senyuman manis Aminuddin kembali bermain dimatanya. Aminuddin melintasi bayangan fikirannya. Pertama kali memandang wajah lelaki itu, jiwanya bergetar hebat, ada satu tarikan dalam otaknya untuk terus memikirkan lelaki itu. 


      "Bujang lapok versi moden? Wah macam menarik je cerita kau ni wei, kenapa kau kata dia orang bujang lapok versi moden?” Najiha semakin teruja ingin mengetahui lebih lanjut tentang mereka bertiga. Farisha menceritakan dari mula dia menjemput mereka di pagar pintu utama sampailah habis sesi pendaftaran selesai. Mereka kelihatan begitu akrab sekali. Aminuddin dan Yasin paling banyak bercakap manakala Akmal pula lebih banyak ketawa dan tersenyum, mungkin dia pemalu orangnya. Najiha ikutan ketawa mendengar cerita Farisha. Dia sudah dapat membayangkan bagaimana keadaan mereka bertiga itu, pasti kelakar.

Previous: Bab 1
Next: Bab 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Farz Ozie