Home Novel Cinta Hanya dia bidadariku
Bab 20

Bab 20 hanya dia bidadariku


Bab 20


   Bau nasi goreng tomyam menyengat kuat masuk ke rongga hidung Farisha. Gadis itu keluar dari bilik dan terus menuju ke dapur. Terkejut dia melihat Najiha sedang bertungkus lumus memasak di dapur. Digosok matanya berulang kali seakan tidak percaya. Ditampar pipi kiri dan kanan, digelengkan kepala berulang kali masih nampak Najiha yang sama. 

    Perlahan Farisha berjalan menghampiri Najiha. Dipandang sahabatnya itu atas dan bawah, kemudian dia menyentuh dahi Najiha dengan belakang tapak tangan, tidak dirasakan panas, bermakna gadis itu sihat sahaja, dia mencubit pipi sendiri kemudian dia terjerit kesakitan. Ini bukan satu mimpi, ini adalah realiti. Kenyataan yang sememangnya Najiha sedang memasak di dapur. 


     "Eh, kau ni dah kenapa? Macam orang tak betul je." Soal Najiha pelik, nak ketawa pun ada uga melihat reaksi sahabatnya itu. 


       "Kau tu yang kenapa. Apa kes tiba-tiba rajin masak sarapan?" Farisha berpeluk tubuh, dia menyandar di hadapan peti sejuk sebelah Najiha. 

   

      "Aik, aku rajin masak pun salah ke?" Soal Najiha sambil mencedok nasi goreng meletakkan ke dalam pinggan, lalu disuakan kepada Farisha. Gadis itu menyambut dan berjalan menuju ke meja makan, Najiha menyusul dari belakang dengan membawa dua buah gelas. 


     "Aku tahu kau penat, balik kampung mertua kan? Mesti banyak aktiviti buat kat sana, jadi aku rajinkan diri aku masak sarapan." Pedas sindiran Najiha pada Farisha, membuatkan gadis itu tergamam. Dia berpusing menghadap Najiha, memandang tepat ke arah wajah gadis itu. 


       "Amboi, perli aku ke apa? bukan main lagi kau ye. Tapi kau tahu mana?" Farisha bertanya. 

   Dari mana pula Najiha tahu kalau dia pergi ke rumah Aminuddin, seingatnya tidak pula bercerita apa-apa soal ini. 

      "Kau hutang aku satu cerita okey. So kira upah aku masakkan nasi goreng ni la ye." Najiha sudah tersengih di meja makan. Farisha menjuih. Tekaannya tepat, pasti gadis itu mahukan sesuatu darinya, kerana itu Najiha terlebih rajin hari ini. 


      "Wei, kau dengar tak? Aku nak kau cerita kat aku semuanya." Najiha tidak berpuas hati apabila melihat Farisha yang hanya mendiamkan diri sambil menyudu nasi dipinggan, langsung tidak diendahkan permintaan Najiha itu. 


       Langkah Farisha terhenti di hadapan pintu rumah, dia meraba kepalanya, sepertinya dia terlupa akan sesuatu, mungkin sudah terbiasa dengan keadaan seperti itu, dia lupa akan niatnya sesudah subuh tadi, bergegas Farisha berlari masuk ke dalam bilik, membuat Najiha terpinga. 


       "Wei makcik! Kau buat apa kat dalam bilik tu, cepat lah sikit nanti lewat oi!" Najiha memekik dari hadapan pintu rumah, selepas lima minit Farisha masuk dan tidak muncul, dilihat jam di tangan sudah pun menganjak ke jam tujuh sepuluh minit pagi. 


      "Okey dah. Jom pergi kerja." Farisha menarik pintu untuk dikunci. 

    Najiha terlopong, mata terkebil-kebil memandang Farisha. Apakah benar apa yang dilihat? Atau ini sekadar ilusi pagi. 


       "Don't say any word! Jom, nanti lambat." Belum sempat Najiha membuka mulut Farisha sudah memintas keadaan, dia tahu apa yang ingin dicakapkan Najiha. Sekarang bukan masa untuk menjelaskan perkara itu, dia yakin bukan hanya Najiha, tetapi mungkin semua orang akan terkejut dengan apa yang berlaku sekarang ini. 


        Semua mata terumpu pada Farisha, bahkan pengawal keselamatan yang selama ini langsung tidak memperdulikan kehadirannya disitu, menoleh seperti mahu terkehel tulang tengkuknya. Semuanya seakan tidak percaya dengan apa yang dilihat.  Farisha cuba berlagak tenang, dia tahu ini satu perubahan yang drastik dalam hidupnya, tetapi dia menjadi kurang selesa apabila menjadi bahan tumpuan pandangan mata sekeliling. 


     "Isha ka ni? Ke adik dia?" Tegur Yasin yang sudah tersenyum lebar itu. Terkejut dia melihat Farisha ketika mereka terserempak di hadapan pintu masuk pagi tadi. Aminuddin disebelah sudah menjeling, geram dengan Yasin. Mahu sahaja di sekeh kepala lelaki berambut kerinting itu. 


       "Isha la ni, awatnya? Takkan tak kenai dah kot?" Jawab Farisha malu-malu kucing. Dia ketawa, mata berkalih pada lelaki di sebelah Yasin, jelas terpancar riak wajah Aminuddin berubah, berbeza sekali, tiada senyuman di wajah lelaki itu seperti selalu. Sungguh manis dan menggodakan, pastinya dia senang melihat Farisha seperti ini sekarang, tetapi kenapa pula mukanya masam mencuka. 


      "Lain sangat, segak baq hang! Berseri berkilau baj sinaran mentari menusuk kalbu." Yasin bermadah pujangga membuatkan Farisha ketawa mengekek. Yasin memang seorang yang pandai berkata-kata, seorang yang suka melawak dan menceriakan orang di sekelilingnya. 


      "Amboi! Kalbu pungkoq hang. Jom pi buat reja, toksah duk mereka tang nih," Aminuddin bersuara lantas tangan Yasin ditarik. Entah kenapa seakan ada satu perasaan cemburu menguasai dirinya melihat kemesraan Yasin dan Farisha. 


     "Alamak, ada orang cemburu lah sayang, abang Yasin pi reja dulu na, nanti kita sembang lagi." Di kenyitkan matanya kepada Farisha membuat gadis itu terlopong, kemudian ketawa terbahak-bahak. Lain macam pula Yasin hari ini. Aminuddin sudah merah muka menahan rasa, bergetar tubuhnya cuba mengawal perasan marah yang menular di jiwa. 


      "Cemburu pala otak hang! Hang nak sayang abang sangatkan? Har, hang duk tang ni! Toksah buat reja." Aminuddin berlalu pergi tanpa menoleh. 


      Farisha terpinga, dia memandang Yasin, begitu juga dengan lelaki itu, kening dijongketkan sambil bibir menjuih ke arah Aminuddin, Yasin menjungkitkan bahu menjawab pertanyaan Farisha. Perasaan menjadi tidak enak, marahkah lelaki itu apabila Yasin bergurau dengannya? Tapi perlukah dia marah? Apa yang sedang dirasakan lelaki itu? Berbagai persoalan bermain difikiran Farisha. Yasin meninggalkan Farisha yang termenung jauh disitu. 


      "Hi my princess..., you look gorgeous! Amazing! Anyway, how are you? Where have you been? Lama i tak nampak u?" Satu suara garau yang sangat dikenali bergema dari belakang, serta merta suara itu mematikan lamunan Farisha.

    Dia berpusing menghadap lelaki yang sudah tersenyum manis padanya. Sungguh menawan, jika dia sukakan lelaki itu sudah pasti dirinya terasa terapung di awangan, tetapi sayang senyuman itu hanya mampu membuatkan mentalnya tertekan, hatinya panas membara. 


      "Tak makan ubat ek? Pagi-pagi dah meroyan dekat sini, kau nak apa?" Farisha berpeluk tubuh, tangan disilang ke dada, keluhan berat dilepaskan. Sudah dia serabut memekirkan tentang  Aminuddin tadi, datang lagi satu masalah yang menambahkan beban di kepalanya. 


      "I nak u la, U nak i tak?" Lelaki itu masih bergurau, walau disambut hambar oleh Farisha. Dia tidak akan pernah menyerah kalah dan berputus asa, apatah lagi dengan penampilan gadis itu sekarang, lagi bersemangat dia ingin mendapatkan gadis itu. 


       "Ni nampak ni?" Farisha mengangkat sebelah kakinya lalu ditalakan di hadapan Khairol. 


      "Benda ni kalau singgah kat perut kau, seminggu tak makan nasi sebab senak. Kau jangan tanya soalan banggang kau dekat aku boleh." Farisha sudah mula berang, Khairol cuak melihat wajah serius gadis itu. 


      "I gurau je, rileks la sayang." Khairol mengangkat tangan, tubuh dijarakkan sedikit takut jika Farisha buat apa yang dikatakan olehnya.

    Farisha sudah menjeling, ringan sahaja kakinya mahu diangkat dan di hayun, tetapi dia cuba mengawal perasaan marah. Beg atas meja dicapai lalu beredar dari situ, lagi lama di situ lagi sakit hatinya. 


       "Lagi kau marah, lagi aku suka kau Isha! Aku akan pastikan kau jadi milik aku! Cuma aku!" Khairol tekad. Dia mengeluh kecil lalu berjalan menuju ke pejabatnya. Entah kenapa dia masih mengharap Farisha akan terima dirinya walau sudah jelas kelihatan yang gadis itu tidak pernah suka padanya, benarlah kata orang, cinta itu memang buta, kalau hati sudah sayang, itu juga yang dimahukan.

Previous: Bab 19
Next: Bab 21

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Farz Ozie