Bab 12 hanya dia bidadariku
HDB bab 12
“Assalamualaikum bang, maaf Din lambat sikit.” Aminuddin tunduk bersalaman dengan Zafriel. Semalaman tidak dapat melelapkan mata membuatkan dia terlewat bangun dari tidur yang tidak tahu bila matanya terlelap.
“Takpe Din, kami pun baru je sampai.” Puan Sri Aishah mencelah. Aminuddin hanya tersengih hingga menampakkan barisan giginya yang putih dan bersih itu.
Mereka berjalan masuk ke dalam pasaraya itu beriringan seperti sebuah kumpulan boria yang mahu membuat persembahan di pentas. Mereka semua menuju ke restoran Kenny Rogers untuk makan tengah hari. Aminuddin hanya mengikut kemahuan mereka. Pertama kali dia menjejakkan kaki ke restoran mahal seperti itu.
"Din, kalau abang minta sesuatu boleh?" Zafriel membuka bicara saat mereka ditinggalkan berdua selepas yang lain hilang di dalam butik pakaian untuk membeli-belah.
"Apa dia bang? Macam berat ja bunyinya tu?" Aminuddin menyoal sedikit ragu, dalam hatinya sudah mula timbul rasa cuak. Apakah permintaan Zafriel padanya? Adakah berkaitan dengan Farisha.
"Tolong jaga Isha elok-elok sepanjang dia dekat sini boleh? Isha tu nampak ja kuat tapi dia cuma nak tutup kesedihan dan kelemahan dia je and please make sure she's not get hurt like before, can you do it.” Zafriel mengamanahkan Farisha untuk dijaga lelaki itu. Aminuddin mati kata, otaknya ligat memikirkan jawapan hendak diberi kan.
"In shaa Allah." Hanya itu sahaja yang mampu diungkapkan. Terluka macam dulu? Apa maksud Zafriel berkata seperti itu padanya. Kenapa Zafriel tidak mahu adiknya disakiti lagi. Apakah sebenarnya kisah disebalik sikap kasar dan penampilan seperti lelaki yang ditunjukkan Farisha.
Aminuddin tertanya-tanya, dia harus mencari tahu segala hal tentang Farisha. Tetapi bagaimana caranya. Dari mana harus dia bermula, dan pada siapa harus dia bertanya. Melalui Farisha? Dunia bergoncang sekalipun belum tentu gadis itu mahu bercerita. Dia harus memikirkan sesuatu, yang pasti dia perlu menggali kehidupan lalu Farisha.
Mereka bersalaman sebelum berpisah. Farisha sudah mula menitiskan airmata, begitu juga dengan Puan Sri Aishah. Masa sangat mencemburui mereka. Tidak terasa masa yang diluangkan bersama keluarganya itu. Toyota vellfire milik Zafriel sudah bergerak menghilang dari pandangan. Aminuddin sudah masuk ke dalam kereta, dengan perlahan Farisha melangkah masuk ke dalam perut kereta.
"Jadi, Cik Farisha Amirah binti Tan Sri Aziz, ke manakah kita hendak pergi selepas ini?" Sengaja ditekakan pada perkataan Tan Sri itu. Farisha yang sedari tadi melayan perasaan terkedu.
Membulat matanya mendengar ayat yang disebut oleh lelaki itu. Dipandang wajah Aminuddin yang sudah sedia menanti pandang wajahnya. Dipamerkan senyuman manis kepada lelaki yang sudah tersengih melihat dirinya itu.
"Hang tau mana?" Soal Farisha, bagaimana lelaki itu dapat tahu tentang status dirinya. Pasti Zafriel yang beritahu pada lelaki itu. Dia sangat yakin.
"Sampai hati hang na Isha! Hang muhong aku? Habaq pi ja la kalau hang anak raja sekali pun, buat apa nak muhong? Dulu aku pernah tanya hang, hang ni anak Datuk ka apa ka? Hang kata dak, tapi kenyataan nya? Anak Tan Sri? Hurmm." Lelaki itu meluah segala rasa kesal pada Farisha. Dilepaskan keluhan berat dan sarat. Ye sarat dengan pertanyaan dan persoalan kisah hidup gadis Farisha Amirah.
"Sorry Din, aku tak maksud camtu, cuma aku..., aku.... "
"Aku apa? Takut aku tak mau kawan ngan hang? Sebab hang takut aku rasa tak layak kawan ngan hang? Ke sebab aku ni budak kampung, hang mudah muhong aku? Owh, ke hang takut aku kikis harta hang?" Soal Aminuddin. Sungguh pedas soalan terakhir itu, tidak kisah apa pun, yang pasti biar dia mendapat segala jawapan yang bermain dibenak fikirannya.
"Bukan, bukan itu, cuma aku tak suka bermegah dengan kekayaan yang aku ada. Bila aku jadi orang yang sederhana aku kenal ramai kawan yang boleh dianggap sahabat, dan bukan sekadar kawan yang mengharapkan kesenangan aku je, macam Izzudin!" Tanpa sedar nama lelaki itu meluncur laju dari mulut gadis itu. Aminuddin memandang pelik gadis itu. Siapa pula Izzudin? Kenapa dia merasakan Farisha seakan membenci nama itu?
"Eh, jom la..., hang kata nak pi cari kasut qerja kan?" Cepat gadis itu menukar haluan cerita. Tidak mahu Aminuddin bertanya lebih mengenai Izzudin. Lelaki itu akur, dia memandu keluar dari pasaraya Aeon.
Melilau mereka berpusing mencari kedai kasut, kebanyakannya tutup pada hari Ahad, jika ada kedai yang dibuka, tiada pula yang berkenan dihati lelaki itu. Aminuddin agak cerewet dalam memilih barang yang ingin dipakai, ada yang berkenan, mahal pula harganya, mahu dibantu Farisha ditolak bulat-bulat oleh lelaki itu.
Tidak mahu pula nanti dikatakan dia mengambil kesempatan di atas kesenangan gadis itu. Mencari kasut sehingga ke malam, baru berjumpa yang berkenan dihati. Kasut kerja je pun Din! Macam nak cari kasut masuk istana.
Sebelum pulang, mereka makan malam dikedai kegemaran Farisha. Kedainya menghadap laut berhadapan Pulau Marina dan Pulau Pangkor. Yang menarik di kedai Azmie tomyam itu, ada menyediakan perkhidmatan nyanyi terbuka, jadi berbagai suara dapat didengar.
"Isha, sapa Izzudin? Awat hang macam tak suka ja sebut nama tu? Cerita lah kat aku." Soal Aminuddin berhati-hati, sekadar mencuba nasib. Untung sabut Farisha akan menceritakan tentang Izzudin kepadanya.
Farisha memandang tepat wajah Aminuddin. Kemudian dihelakan nafas berat. Pandangan bertukar arah, memandang ke arah laut yang terbentang luas hitam dan kelam, sekelam hatinya apabila mengingat nama lelaki itu.
"Dia kekasih aku. I mean, bekas kekasih." Cepat Farisha membetulkan kesilapannya. Dia cuba mengumpul kekuatan untuk menceritakan cerita yang tidak pernah diketahui sesiapa termasuklah keluarganya. Cerita yang hanya Najiha sahaja tahu.
"Dia memang lelaki tak guna!Tak layak dipanggil manusia, apatah lagi lelaki! Dasar binatang." Farisha sudah mula sebak. Aminuddin hanya mendiamkan diri, membiarkan Farisha melepaskan segalanya. Dia juga ingin tahu kenapa Farisha begitu marah dengan Izzudin.
"Dia gunakan aku lepas dia tahu aku anak orang orang kaya. Mulanya aku tak tahu, sebab dia tu nampak baik sangat dan dia ambil berat pasal aku, sayang aku lebihkan aku dalam segala hal, dan aku suka cara dia tunjukkan kasih sayang dia pada aku." Farisha membuka cerita. Perkenalan dia dan Izzudin bermula dari sekolah menengah teknik di Sepang. Izzudin tua setahun dari nya, ketika mula memasuki sekolah itu.
Izzudin orang pertama yang menegur Farisha dan berkawan dengannya, semakin hari mereka semakin rapat ke mana sahaja pasti berdua baik untuk belajar mahupun bersukan mereka akan melakukannya bersama. Kemudian Izzudin meluahkan rasa hatinya pada Farisha. Gadis itu begitu teruja. Tetapi masa bahagia mereka tidak lama, mereka terpisah sekejap selepas Izzudin dapat sambung belajar ke peringkat lebih tinggi.
Kerana cinta yang mendalam mereka berjanji untuk saling setia hingga Farisha dapat sambung belajar di tempat yang sama. Hubungan mereka kekal sampai ke Universiti. Farisha menggunakan pengaruh ayahnya semata untuk membolehkan dia dan Najiha masuk ke universiti yang sama dengan Izzudin menuntut waktu itu. Sampai suatu hari, rahsia Farisha tentang dia anak seorang orang kenamaan sampai ke telinga Izzudin. Lelaki itu mendapatkan kepastian dari Farisha sendiri. Sejak dari itu, perhatian lelaki itu semakin ketat padanya, setiap minit akan di telefon jika tidak kelihatan, pantang ada lelaki yang ingin dekat dengan Farisha walaupun sekadar bertanya tentang pelajaran, pasti akan diberi amaran supaya menjauhkan diri darinya.
Semua berjalan seperti dirancang, Izzudin dan Farisha kembali menyemai cinta yang tertangguh sebelum ini. Satu universiti tahu tentang kisah kebahagian mereka. Ada yang suka dan ada yang cemburu. Yang pasti cemburu itu datangnya dari gadis-gadis yang selama ini meminati Izzudin.
Farisha tidak tahu yang Izzudin sudah mula berubah selepas dia memasuki alam Universiti, bahasa biasanya orang menyebut kejutan budaya. Demi berada setaraf dengan kawan-kawan yang lain, Izzudin sanggup berhutang untuk kelihatan mewah supaya boleh bertukar pasangan selalu.
Apabila Farisha masuk ke universiti, Izzudin cuba mengawal keadaan, dia cuba menyembunyikan perasaan yang sebenar. Entah macam mana, Izzudin terdengar perbualan seorang pensyarah kelasnya yang Farisha itu seorang anak Tan Sri. Jadi dia mula menyelidiki latar belakang Farisha. Dari situ Izzudin sudah mula membayangkan kehidupan yang lebih bai jika dia berkahwin dengan Farisha.