“APA jawapan Encik Harry untuk show esok?”
Lelaki
yang membelakanginya itu hanya membisu menghadap ke arah cermin lut sinar yang
mempamerkan bangunan-bangunan pencakar langit.
“Kau
uruskan semua.”
“Tapi
Encik Harry?”
“Cinta
tahu apa yang harus dia lakukan.” Lelaki itu memintas.
“Baiklah.”
Gadis
yang berambut panjang separas bahu itu beredar dengan keluhan kecil.
Dia
bersandar semula pada kerusi kerjanya. Rekaan-rekaan yang berada atas dada meja
dibiarkan berselerakkan. Hanya pandangan kosong diberikan. Tiada lagi sentuhan
baru yang dilakaran atas kertas putih itu.
Fikiran
melayang ke arah lain. Terbayang lagi wajah gadis ayu yang bermuram sedih
ditimpa air hujan itu. Beberapa bulan telah berlalu wajah itu masih asyik
bermain di mindanya. Dia mengeluh sejenak merenung ke dalam diri sendiri. Tidak
pernah dia tertarik dengan seorang gadis sebelum ini. Hidupnya hanya
berlandaskan pada kerja.
Dia
menopang dagu.
“BAIKLAH. Saya faham.”
Cinta Nurain meletakkan
ganggang telefon. Bibirnya melepaskan keluhan berat. Terbayang wajah lelaki itu
yang ada masanya murah dengan senyuman. Dia resah tiba-tiba. Dalam diam dia
menaruh hati pada lelaki itu. Kenapa lelaki itu yang memerangkap hatinya? Layar
komputer ditatap kembali.
Bilik pejabatnya
diketuk perlahan.
“Masuk.”
“Cik Cinta…”
“Ada apa Zureen?”
Zureen melabuhkan
punggung. Wajah Zureen kelat.
Cinta Nurain mengukir
senyuman.
“Encik Harry tak mahu show-off untuk esok.
Sampai bila pengasas ‘MAYA Collections’ mahu menjadi halimunan.
Cinta Nurain sudah agak
yang Harry Ali tidak mahu tunjuk diri. Mungkin kerana ‘orang itu’ dia berbuat
demikian. Tidak mahu orang-orang sekelilingnya disakiti.
“Harry ada interkom
saya sebentar tadi. Dia sudah maklumkan hal tersebut.”
“Encik Harry tu bukannya
ada cacat cela sampai tak mahu langsung tampil diri. Cik Cinta saja yang
wakilkan dia dalam setiap pertunjukkan atau wawancara dengan wartawan.” Zureen
mengertap bibir.
“Maybe dia belum bersedia.”
“Ini jadual untuk esok.”
“ThanksZureen.”
Zureen melangkah
keluar.
Cinta Nurain sudah
masak dengan sikap Harry Ali. Lelaki itu lebih senang bekerja di belakang
tabir. Hanya orang yang tertentu sahaja bertemu dengannya. Lelaki itu cukup
menyimpan identiti dirinya.